Bacaan Popular

Selasa, 7 Februari 2012

Nak Sehat Dan Cergas Sentiasa


Alhamdulillah...hari ini 6 Febuari 2012 adalah genap usia Tok Wan 57 tahun, itu ikut tahun masehi. Kalau ikut tahun hijrah dah 58 tahun. Tak kesahlah 57 atau 58, yang penting tok masih bernafas dan masih sehat.

Sempena tarikh lahir tok ini, ingin tok kongsikan dengan rakan2 dalam blog ini beberapa petua untuk hidup sehat. Ini berdasarkan rutin kehidupan tok dari pagi sampai malam.

Tok tinggal di tingkat 14 Projek Perumahan Rakyat Desa Tun Razak Kuala Lumpur atau lebih terkenal dengan nama PPR Desa Tun Razak Cheras. Ada 3 buah lif untuk memudahkan turun naik penghuni di flat ini. Kalau rosak 1 ada lagi 2, kalau rosak 2 ada lagi 1 dan kalau roask ketiga-tiganya ada lagi 4 tangga. Jika selalu lif rosak tentu hidup kami di rumah pangsa ini bertambah sehat, Alhamdulillah...

Setiap pagi jika sempat ke surau selepas dikejutkan azan suboh, tok akan segera ke surau untuk solat berjemaah disana sebab solat berjemaah ada bonus 70. Kalau tak sempat mungkin sebab tunggu lif yang cuma tinggal 1 sahaja yang beroperasi maka akan lambat sampai, kadang2 orang lain dah habis solat baru tok sampai. Tapi tetap nak ke surau juga walaupun kadang2 hati rasa macam tak sempat berjemaah. Sempat atau tak sempat baik ke surau juga sebab niat hati nak berjemaah sudah dikira pahala berjemaah juga, dapat juga 70 kan...sekali lagi Alhamdulillah...

Namun jikalau awal sikit ke surau sudah pasti dapat buat solat sunat sebelum suboh 2 raka'at lagi bagus sebab kebaikannya umpama dunia serta segala isinya. Dapat pulak jikalau selama 40 hari berturut2 di lakukan begitu. So...jika dah begitu baru dapat merasai apa yang orang lain tak dapat rasa. Contohnya ketika menurunkan jenazah kedalam lubang kubur tok dapat rasakan betapa ringannya jenazah tersebut, ia memberi gambaran betapa tingginya amal ibadah simati.

Oh yer...tok lupa nak bagitau kawan2 bahawa hobi tok ialah menghantar jenazah ke kubur, jika waris yang nak turun ke liang lahat tak cukup atau warisnya taknak turun maka inilah peluang tok untuk turun ke liang lahat dan menyambut jenazah untuk di letak pada liangnya kemudian membuka tali ikatan kafannya

Berbalik kepada tips kesehatan. Apa yang kita makan setiaap hari aakan menentukan taraf kesehatan kita. Tok sendiri selalu mengelak untuk mengambil makanan yang mempunyai minyak atau lemak.


Sarapan Pagi

Sarapan pagi yang paling tok suka ialah roti biji gandum. kalau takder roti biji gandum maka pilihan kedua ialah roti biasa tapi mesti kosong. Jumlah yang biasa tok ambil 3 atau 4 keping sahaja. Minuman pagi tok ialah nescafe.

Berkenaan nasi lemak atau roti canai yang sangat di gemari di Malaysia tok cuma ambil sebulan sekali sahaja. Sebab dalam nasi lemak tu memang ada santan dan sifat santan kalau bukan kolestrol dah tentu bukan santan namanya. Berbanding dengan mereka yang bekerja menggunakan tulang empat kerat seperti menyangkul atau sebagainya, pengambilan nasi lemak tak menjadi hal bagi mereka ini. Tapi kalau setiap pagi kita yang tak banyak keluar peluih ini makan nasi lemak dah pasti kolestrol dalam nasi, kolestrol dalam sambal dan kolestrol tertinggi dalam telor itu akan memekatkan darah dalam badan kita. Apabila darah pekat sudah pasti jantung susah nak pump darah kita untuk di salirkan kepada semua urat saraf.

Sebab itu bila kerja sikit dah terasa penat, berjalan sikit dah terasa penat teramat sangat. Apalagi kalau badan kita gemok.

Selepas minum secawan nescafe biasanya tok akan minum air suam segelas sambil isap rokok. Tapi rokok yang tok isap tok balut sendiri, he he he...rokok daun lah.

Sekitar jam 10 pagi biasanya tok akan minum lagi segelas air suam atau air mineral bagi mengimbangi kandungan air dalam badan. Jikalau kandungan air dalam badan kita tak balance maka kita akan mudah demam. Arrr...ingat tu.


Makan Tengahari

Setengah jam sebelum waktu makan tangahari tok akan minum segelas air suam. Hal ini selalunya sebelum waktu solat zohor.

Jikalau tidak keluar kemana2 tok akan makan dirumah dan menu tengahari yang paling tok suka ikan bakar bersama ulam. Kalau takder ikan bakar pilihan kedua ialah ikan masin (ikan sepat...emmm...1st choice). Dan penambah selera yang mesti cuba bagi ada setiap tengahari ialah sambal belacan.

Lepas makan tengahari selalunya tok tak minum. Setengah jam selepas itu baru tok minum segelas air. Kata orang di Negeri China dan Korea, 'Minum air sewaktu sedang makan atau selepas makan akan menggemokkan anda'. Satu jam selepas makan baru teringat nak minum air pun takper, sebab dah biasa. Mungkin sebab itu tok kurus sentiasa dari muda sampai hari ini dah 57.


Makan Malam

Makan malam tok ialah selepas solat maghrib, tapi kadang2 oleh kerana ada tazkirah atau bacaan Yaa Siin pada malam jumaat di Surau maka makan malam tok ialah selepas solat isyak.

Makan malam pun simple, kalau orang rumah masak ikan sardin, ada sayur sikit dah cukup. Kalau takder sambal belacan tok akan suruh anak tok yang kecil tu buatkan sambal belacan. Insya'Allah, tok dah ajar anak2 tok cara nak buat sambal belacan yang sedap.

Tapi kekadang anak-isteri nak makan ayam juga kan. Tambah sekarang ni harga ayam lebih murah dari harga ikan, selalu jugalah orang rumah tok beli ayam. Jadi tok akan makan sikit jer, kulitnya tok akan ketepikan sebab pada kulit ayam itu banyak kolestrol.

Nak padatkan cerita makanan ni mudah jer. Tok tak suka makan makanan yang banyak lemak atau banyak kolestrol. Kalau kari kambing tu dua minggu sekali ok, sebab pada kolestrol kambing itu terdapat kebaikan. Secara klinikal pun sudah dipastikan bahawa kolestrol kambing itu adalah terdiri daripada kolestrol baik.


Selepas Jam 10 Malam

Selepas jam 10 malam tok tak akan makan apa-apa lagi. kalau kawan ajak keluar makan pun tok akaan cuba tepis. Tapi kalau lapar makan jugalah paling tidak roti bakar dua keping atau capati dengan teh 'O'.

Jika mengadap komputer sebelah malam dan mata mengantuk maka lawannya ialah segelas kopi 'O' cuma. Jadi yang terbaik dalam satu hari cuma secawan nescafe pada sebelah pagi. Segelas kopi 'O' pada sebelah malam sebelum jam 11:00, selepas itu ataau waktu2 diantaranya cuma air suam atau air mineral.

Bagaiana dengan anda, adakah anda berani ikut ? Kalau berani silakan. Anda akan pasti rasa lebih cergas bila kandungan kolestrol dan glugose dalam darah tidak tinggi. Anda pasti rasa lebih sehat bila tekanan darah (blood pressure) tidak terlalu rendah dan tidak terlalu tinggi. Ditambah dengan sedikit senaman pada sebelah pagi atau banyakkan berjaalan kaki untuk ke tempat kerja atau kemana2.


Salam Ukhuwah..~

6 ulasan:

  1. terima kasih berkongsi tip kesihatan...

    BalasPadam
  2. Selamat hari jadi Tok Wan..moga dipanjangkan umur, dimurahkan rezki dan limpahkan rahmat dan hidayah drNya...Aminnn

    BalasPadam
  3. Pada usia 37 thn esoknya..tinggi 165cm dan.mempunyai 6 org anak..berat bdn dah cecah 68kg.
    Terima kasuh tokwan bg info yg baik.untuk daua kekal sihat
    dan cergas.

    BalasPadam
  4. Makan nasi lemak sebulan sekali ...Nak buat macam ni jugak la

    BalasPadam
  5. Kesihatan sngat pnting.. Tanpa kesihatan.. Kita x akan dpat buat apa2.. Thanx tok, 4 the tips ^_^..

    BalasPadam