Allah ta'ala telah meletakkan kejayaan dunia dan akhirat dalam agama. Lailaha ilallah..~
Bacaan Popular
-
Sebagai seorang Muslim kita semua tahu bahawa solat itu merupakan kewajipan yang Allah s.w.t. suruh seperti mana yang terdapat di dal...
-
Hari itu, saya balik selepas didenda berdiri di luar kelas selama sejam selepas waktu sekolah oleh Ustaz Ismail kerana terlupa menyiapk...
-
Ini adalah beberapa PETUA (Perubatan Orang Tua-tua Dulu-kala) untuk kita ingati dan amalkan dalam kehidupan kita. Memang dulu-dulu jarak kli...
-
Zaman sudah berubah..isteri sekarang semakin berani berlaku curang!” Kadar gejala seks bebas kian meningkat dalam masyarakat hari ini. Lebih...
-
DOA INI AFDALNYA DIBACA 11 KALI KETIKA SUJUD SEBAIK SELESAI SALAM SEMBAHYANG FARDHU. KEMUDIAN MOHON DOA KEPADA ALLAH. INSYA'ALLAH. TAWAK...
-
Minggu lepas Tok Wan ke Telok Intan, distinasi tepatnya ialah Kampung Sungai Jejawi Telok Intan, Perak. Tok pergi dengan sepupu yang...
Rabu, 22 Februari 2012
Kisah Ka'abah Yang Belum Diketahui Ramai
Mekah merupakan tanah suci bagi umat Islam di mana berdirinya sebuah struktur hebat iaitu Ka'abah yang menjadi tidal, lambang dan panduan qiblat untuk semua umat Islam di seluruh dunia. Berikut adalah 15 perkara tentang Kaabah dari sudut sains yang belum diketahui ramai.
1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.
2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.
3. Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.
4. graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi.
5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah swt.
6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.
7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.
8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.
9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.
10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.
11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah swt telah tentukan hukumnya begitu.
12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka'abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.
13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.
14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma(lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.
15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.
Akhir kata dari Tok Wan walaupun kita sudah tahu kelebihan-kelebihan yang ada pada bangunan Ka'abah itu jangan pula bila kita solat terpaksa kita akur akan fakta-fakta yang telah di sebutkan. Ini mungkin akan mengakibatkan solat atau ibadah Haji yang kita lakukan tidak sbegitu ikhlas terhadap Allah swt.
Bukan kita solat dan hadapkan wajah ke Ka'abah semata-mata kerana Ka'abah itu ada power sebaliknya kita solat menghadapkan wajah ke Rumah Allah itu adalah kerana di perintahkan Allah swt kepada kita. Ingat tu... Kita ini datang dariNya dan kepadaNya kita akan kembali. Lakukan ibadah kerana Allah swt seikhlas mungkin bukan kerana kita tahu ada kelebihan dalam setiap ibadah itu.
kredit: kamal_hasan
Salam Ukhuwah..~
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
rasanya ni kali ke 3 saya menegur...mungkin bukan teguran yang perfect tapi admin tak pernah duduk dan fikir akan teguran ini..
BalasPadamnampaknya addmin semakin galak menjustifikasikan amalan ibadat dengan fakta sains.
di mana konsep sami'na waata'na kalau semua ibadat pun nak diberi reason disebalik ibadat tersebut?
sebagai true muslim, kita mestilah laksanakan ibadat sebab allah suruh buat, bukan sebab ibadat itu menyihatkan dari sudut sains atau sebagainya, walaupun memang benar begitu..
akhir kata, untuk pihak admin dan saya yang mampu berfikir dengan advance mungkin boleh diambil kira, tapi bagaimana pula pembaca yang cetek faham tentang islam, mereka akan kata..."ooo rupanya ini tujuan tuhan suruh solat, oooo rupanya ini tujuan nabi suruh bercukur kepala...jadi aku solatlah, jadi aku pun nak bercukurlah.."
bukankah itu fitnah agama paling besar...admin(tokwan) nak tanggung dosa fitnah ini?ikhlas pun dah tercabut dari amalan mereka..
sebab itu saya menegur demi agama..untuk yang terakhir kalinya, minta hentikan posting sebegini..wallahua'lam.
Alhamdulilllah...teguran yang membina sebegini memang saya alu-alukan, Kita ni sebagai manusia terkadang terlepas pandang perkara yang saudara Hasrul maksudkan. Sayaa minta maaf jika ia menyinggung dan akan saya perbaiki dengan menambah peringatan di bahagian ujung entry tersebut, termasuk entry akan datang.
PadamTerima kasih sekali lagi kerana menegur..~
saya rasa x salah artikel ni.....fitrah manusia itu mahu tahu semua just relaxkan mindajerkn Tok Wan......motivated jer...hati yang ikhlas beramal jer yg penting...
BalasPadam