Bacaan Popular

Isnin, 16 November 2009

Tips Memikat Lelaki


Cara atau Tips Memikat Lelaki..



Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan si dia.
Berwatakan menarik (Persenaliti yang mampu mengugat hatinya).

Jujur dan sentiasa merendah diri.

Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tak suka.

Mempunyai bentuk badan yang menarik dan melentik (terpulang kepada individu).

Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut.

Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada disamping lelaki yang anda minati.

Jangan terlalu mengongkong dan sangat bergantung kepada lelaki. Lelaki juga perlu wanita yang pandai berdikari. Tetapi jika dia sudi menolong apa salahnya. Tetapi jangan memaksa dan selalu sehingga menyusahkan si dia.

Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.

Jaga cara pemakaian anda,seksi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati.
Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang kamu minati sebagai rancangan pertama memikat dirinya.

Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.

Apabila berhadapan dengan lelaki yang kamu minati, renung matanya dan tunjukkan sifat humor kamu. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan beerti kamu ini perempuan murahan dan mudah didekati.

Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka.

Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.

Yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik.
Jangan sesekali memperbandingkan dia dengan sesiapa sahaja. Lelaki cukup pantang dalam hal ini!


Salam Ukhuwah..~

Selasa, 20 Oktober 2009

Cara Memikat Hati Wanita


Cara Memikat Hati Wanita



Kadangkala orang lelaki beranggapan terlalu mudah untuk mendapatkan hati seorang wanita, namun tidak semua. Setiap manusia mempunyai hati dan naluri yang berbeza yang mempengaruhi sikapnya. Di sebalik kelembutan seseorang wamita itu terselit juga keegoaannya yang jarang mereka tonjolkan. Oleh itu kaum adam belajarlah cara untu menambat hati wanita yang anda sayangi.

Perempuan inginkan perhatian dan kasih sayang, terutamanya dari orang yang disayangi. Oleh itu tunjukkan sifat keperihatinan dan kasih sayang yang tiada nilai kepada mereka. Bila mereka rasa terhibur dan bahagia mereka akan menjadi seorang pasangan yang amat setia dan cinta sepenuh hati. Sekiranya kasih sayang yang mutlak telah didambakan kepada orang yang disayanginya, segala pengorbanan akan dilakukan tanpa memberi sebarang nilai-itulah perempuan.



Gunakan sepenuhnya teknologi yang ada di zaman sekarang. Seringlah menelefon atau menghantar e-mail untuk bertanyakan khabar atau paling minima mengucapkan Hai untuk menunjukkan bahawa dia sering di hati kamu. Bagi mereka walaupun satu ungkapan atau satu ayat, ia merupakan sesuatu yang sangat berharga dan begitu bahagia menerimanya.



Berkongsilah masalah dengan mereka, cuba dengar pendapat mereka, sekurang-kurangnya mereka akan berasa yang mereka itu penting dalam diri kamu dan diperlukan.



Jangan kamu ambil remeh-temeh pada perkara yang amat penting bagi mereka. Mereka sangat kuat ingatan terhadap tarikh-tarikh penting, contohnya hari ulang tahun. Apa salahnya buat surprise sekali sekala kepada orang yang kita sayangi. Mereka akan dapat rasakan yang kamu betul-betul menyayanginya.



Perempuan terkenal dengan sifat manjanya. Mereka sering ingin melakukan sesuatu bersama orang yang disayangi. Mereka akan meminta bantuan kamu walaupun mereka mampu melakukannya. Jangan menolak sekiranya kamu tiada halangan ketika itu.Inilah masanya untuk kamu menonjolkan ke macho an kamu!.



Pujuklah mereka dan tenangkan mereka sekiranya mereka dalam kesusahan. Ketika ini mereka benar-benar inginkan kamu di sisi mereka.



Jangan kedekut memberi pujian kepada mereka kerana mereka berhak mendapat pujian.



Berbincanglah kamu selagi kamu boleh berbincang dan berbincanglah bersama-sama dalam menyelesaikan sesuatu masalah.



Jangan kamu menggunakan kuasa veto kamu dalam membuat keputusan. Cuba memahami keinginannya dan kemahuannya. Sesetengah perempuan tidaksuka menyatakan secara terus terang tentang apa yang mereka inginkan, kadang-kadang mereka suka berkias dan memberi contoh cerita orang lain kepada kamu. Jadi kamu kenalah peka dan gunakan kepakaran kamu untuk memenangi hati mereka.



Jangan lupa, mereka juga ada ego yang terselit di celah-celah kelembutan mereka. Apabila mereka terancam atau tercabar..lahirlah sifat amarah, cemburu dan cepat merajuk. Masalah akan timbul bagi mereka yang suka memendam terhadap sesuatu yang mereka tidak puas hati.



Mereka akan meletup pada suatu hari. TETAPI kamu jangan sama-sama meletup. Kamu juga jangan lupa dalam diri kamu wujud satu sifat kepimpinan untuk menyelesaikan masalah yang timbul dalam keadaan yang terkawal .Cari sebab mengapa ia terjadi dan bawa berbincang. Ditahap ini kesabaran, toleransi dan komunikasi amat penting.



Lakukan dalam keadaan ketika mereka sudah sejuk . Mungkin kamu juga boleh cool kan diri kamu dengan berfikir secara positif contohnya mengapa mereka cemburu. Itu kerana mereka SAYANGkan kamu!


Salam Ukhuwah..~

Sabtu, 10 Oktober 2009

Trend Mengurangkan Rasa Berdosa


Saya benar-benar kebingungan. Bagi seorang yang hidup 11 tahun di perantauan, kembali ke Malaysia di era seperti hari ini, memang membingungkan. Semasa di Ireland, saya sudah mendengar tempias American Idol yang sesekali menghiasi dada akhbar Irish Independent dan lain-lain. Talk of the town kadangkala diisi dengan isu siapakah yang sepatutnya mewakili Ireland ke acara Eurovision Contest yang sememangnya tempat pertama pertandingan itu sinonim dengan penyanyi dari Ireland zaman berzaman khususnya penyanyi seperti Johnny Logan.

Namun ia hanya acara biasa. Kerja-kerja harian orang ramai berlangsung seperti biasa ... tiada yang luar biasa.

Saya terkasima semasa bersiap-siap untuk pulang ke tanah air for good, ketika membaca pengumuman nama Rais Yatim diberikan peranan sebagai Menteri Kebudayaan kabinet Pak Lah yang baru. Hairan bin Ajaib, apa yang saya kenal tentang Rais Yatim, menimbulkan tanda tanya. Mengapakah seorang menteri yang begitu genius khususnya dalam hal ehwal berkaitan undang-undang, tiba-tiba ditempatkan sebagai menteri di sebuah kementerian yang menguruskan hal ehwal zapin dan joget, pesta budaya dan orang filem Malaysia yang sering berbalah sesama sendiri. Adakah ini menjadi langkah ke arah memandulkan politik Rais Yatim?

Namun, kehairanan saya terjawab apabila saya membaca temuramah bersama Rais Yatim di akhbar The Star bersama HL Wong [17 April 2004] di bawah tajuk "Stop `Arabising' Malay Culture" atau "Berhenti MengArabkan Budaya Melayu". Tegasnya, temuramah itu menggambarkan misi Rais Yatim yang mahu mengembalikan semula identiti Melayu yang padanya telah terpadam oleh proses Islamisasi yang diterjemahkannya sebagai Arabisasi. Antara budaya Melayu yang mahu ditonjolkan kembali adalah budaya tari menari. Orang Melayu tak mungkin dapat dipisahkan daripada tari menari kerana ia telah mendarah daging di dalam tubuh kita, tegas beliau.

Nampaknya apa yang dinyatakan oleh beliau benar-benar terealisasi di dalam masyarakat kita. Usahlah pergi jauh, kampung saya sendiri telah terasa kesannya. Seingat saya, kali terakhir kampung saya dihiruk-pikukkan oleh Joget Lambak ialah semasa saya masih di bangku sekolah rendah. Itu bererti Joget Lambak telah pupus di kampung saya semenjak 20 tahun yang lalu. Tetapi pupusnya Joget Lambak bukanlah kerana kampung saya telah diArabkan seperti bangsa Sudan. Bangsa Sudan membuang bahasa asli mereka dan mengambil sepenuhnya Bahasa Arab sebagai bahasa pertuturan mereka. Kampung saya masih pekat 'kome', 'mike' dan sambal belacannya. Namun yang pasti, apabila masjid makin ramai yang datang, perempuan makin ramai yang tutup aurat, emak ayah makin gemar menghantar anak ke kelas fardhu 'ain, maka dengan sendirinya Joget Lambak terketepi dan terhakis dari keMelayuan orang kampung saya. Tetapi saya kekal sebagai salah seorang daripada beberapa orang anak kampung yang reti Bahasa Arab.

Tetapi, selepas 11 tahun saya meninggalkan kampung, saya dikejutkan dengan suatu pengalaman pahit di malam itu. Hanya beberapa ratus kaki dari rumah saya, kenduri kahwin jiran yang siang tadi diTahlilkan dan di'doa selamat'kan oleh Imam kampung, malam ni berjoget terlambak-lambak. Berdentam-dentum dram dan gitar, anak-anak muda terloncat-loncat dan lebih mendukacitakan saya, ia berlaku bersebelahan masjid.

Aduh... gelisah saya sepanjang malam di samping anak-anak saya yang tidak boleh tidur akibat kebisingan mereka yang berlanjutan hingga ke tengah malam. Walaupun anak saya lahir di bandar yang penuh orang mabuk dan saling berbunuhan sesama sendiri (di Belfast), namun fitrahnya masih merintih kedamaian yang dibunuh 'orang kahwin' malam itu.


RAKYAT KETAGIH HIBURAN

Fenomena hiburan melampau sememangnya menakutkan saya. Kalau di Ireland, rancangan realiti TV mencari bakat baru berlangsung satu demi satu, tetapi di Malaysia, lima program berjalan serentak. Ada untuk remaja, ada untuk kanak-kanak, ada untuk ibu bapa dan ada juga untuk orang tua yang sudah senja. Lagu-lagu lama muncul kembali supaya jiwa rakyat yang hari ini telah beruban, terusik kembali untuk mengenang zaman remaja mereka di taman-taman bunga. Semua berhibur, semua berkhayal dan semua terbang ke cloud nine masing-masing.

Iklan mesti menghiburkan, pendidikan mesti menghiburkan, ring tone telefon bimbit juga mesti berlagu hiburan, malah ceramah agama juga mesti ada unsur hiburan. Mana-mana agenda yang tiada unsur hiburan dengan sendirinya terpinggir. Kehidupan masyarakat kita sudah 'entertainment centered'. Segala keperluan hidup diarahkan kepada hiburan malah wang yang dicari dengan penat lelah, amat mudah ditaburkan kepada sms demi memenangkan idola masing-masing. Akhirnya terhibur menjadi tujuan hidup! Mana-mana yang tidak menghiburkan, tiada makna dan tiada nilai.

Namun, mungkin akibat desakan kemahuan Islam yang masih ada nyawa, suara-suara menegur masih kedengaran walaupun tidak begitu diendahkan. Mufti berfatwa, pendakwah menegur, pemimpin mengeluh.

Namun untuk berundur daripada dunia hiburan, jiwa sudah ketagihan. Bagai penagih yang keluar masuk pusat serenti, begitulah rakyat yang sudah ketagih hiburan. Sembahyang, sembahyang juga. Tapi kemudian kembali berhibur. Tarian dan lagu-lagu pathetic terus didendangkan, namun nama-nama Tuhan diselitkan jua. Akhirnya muncullah suatu trend baru dalam masyarakat kita di mana Islam menjadi kosmetik paling murah tapi laku.

Persoalannya, salahkah berhibur? Tentu tidak salah... namun hiburan yang bagaimana? Mentor saya memberikan analogi yang menarik. Katanya, nasyid umpama iklan. Iklan yang berkesan adalah iklan yang berjaya meningkatkan penjualan produk. Tetapi jika yang dikenang berair dan kelam penglihatannya.

Sesungguhnya yang perlu dicelikkan demi mencari kebenaran di akhir zaman, adalah mata hati! Hati telah kenal Tuhan kerana dia datang dari Tuhan. Dia tahu di mana nilai kebenaran. Sebab itu Nabi Muhammad SAW menyuruh kita meminta pandangan hati dalam menilai kebenaran. Dosa itu adalah apa yang mendatangkan keresahan di hati dan kebaikan pula mententeramkan jiwa. Asalkan hati itu bersih, ia akan meilhat dengan pandangan Allah. Pandangan Allah itu adalah world view yang berasaskan tauhid.

Tauhidic Mindset itu adalah suatu pandangan yang menilai kehidupan ini berasaskan pandangan Tuhan. Apa yang baik di sisi Allah, baiklah padanya, dan apa yang keji di sisi Allah, kejilah terhadap dirinya. Hakikat ini tidak dapat dicapai oleh mata kasar, namun yang perlu disuburkan adalah pada mata di hati yang kenal Tuhan dan tahu ke mana ia patut pergi.

Oleh yang demikian, adanya rap dan pop yang dinasyidkan, adanya penari dan penyanyi yang bertudung dan berjubah, adanya juara Akademi Fantasia yang berlatar belakangkan agama, hanyalah kosmetik Islam. Kita masih mahu berhibur tetapi kita sedar yang kita sudah terlalu terhibur. Kita sedar hiburan kita sekarang adalah dosa. Maka dengan adanya kosmetik Islam tersebut ia dapat mengurangkan rasa berdosa. Sama seperti seorang artis yang pergi umrah. Menangis-nangis di depan Kaabah dan kemudian balik ke KL berdansa semula.

Namun diceritakan kepada wartawan perasaannya semasa berumrah itu. Sedangkan tidak sedikit pun kemungkarannya yang ditinggalkan. Namun, dengan menggunakan hasil nyanyian itu untuk mengerjakan umrah, ia dapat mengurangkan rasa berdosa tersebut. Sama juga seperti orang yang menyamun harta orang lain, menipu dan menindas, kemudian
sedekah sedikit hasil kerjanya itu kepada rumah kebajikan. Kurang sedikit rasa bersalah atau berdosanya.

Sedangkan apa yang saya belajar, apa yang Imam al-Ghazali tegaskan di dalam pengajarannya ialah: MEMBUANG RASA BERDOSA KETIKA MASIH MELAKUKAN DOSA ADALAH SEBESAR-BESAR DOSA!

Ya Allah.. selamatkan kami dari fitnah akhir zaman.

kredit: rakangroup


Salam Ukhuwah..~

Jumaat, 25 September 2009

Selamat Tinggal Ramadhan, Sedih Atau Gembira ?


SELAMAT Tinggal Ramadhan, manuju hari raya. Apa rasa kita? Saya.. anda.. Gembira atau sedih berpisah dengan Ramadhan tahun ini? Kalau umur panjang boleh jumpa Ramadhan lagi..

Dalam Islam, sebuah amal bahkan hidup kita akan ditentukan bagaimana kita mengakhirinya. Kita mengenal istilah khusnul khatimah dan juga su’ul khatimah. Rosulullah SAW pernah menegaskan, bahawa setiap amal itu sangat tergantung bagaimana kita mengakhirinya.



(i) “Sesungguhnya seorang hamba benar-benar telah beramal dengan amalan ahli neraka padahal sesungguhnya ia termasuk ahli syurga, dan beramal dengan amalan ahli syurga padahal ia termasuk ahli neraka. Dan sesungguhnya amal-amal itu tergantung pada penutupannya.” (HR. Al-Bukhari dari Sahl bin Muadz)

(ii) Ibnu Hajar berkata dalam syarhnya, Ibnu Bathal berkata, “Bahwa tidak diketahinya akhir suatu amal dari seorang hamba memiliki hikmah yang luar biasa dan didikan yang halus, kerana sekiranya seseorang tahu bahawa ia selamat, niscaya ia akan berbangga diri dan bermalas-malasan. Namun bila ia termasuk orang yang binasa (kerana adzab), akan bertambah kedurhakaannya. Sehingga tidak diketahuinya akhir sebuah amal, agar orang selalu berada dalam keadaan khauf dan raja’ (berharap) (Fathul Bari Juz II hal 330).

(iii) Lihatlah kisah khusnul khatimah (akhir amal yang baik) pada seseorang yang telah membunuh 100 orang dan Allah memberi taubat atasnya, sehingga bumi dilipat untuknya.

(iv) Juga kisah seorang musyrik di masa Nabi SAW. Ketika itu, salah seorang dari orang-orang musyrik yang bernama Mukhayrit datang kepada Rasulullah SAW, dia menempuh perjalanan dan ketika sampai di Madinah dia tidak jumpa siapapun. Mereka semua bersama Nabi berada di Uhud, lalu dia pergi ke Nabi dan memeluk Islam dengan benar di Medan Perang, dan dia terbunuh di Medan Perang itu. Abu Hurairah RA menunjuk kepadanya sebagai seseorang yang melakukan hal yang sangat sedikit akan tetapi memperoleh pahala yang besar. Nabi SAW berkata bahawa Mukhayrit adalah orang yahudi yang terbaik kerana dia berperang dan menjadi syahid (khusnul khatimah)

(v) Perhatikan pula kisah suul khatimah (akhir amal yang buruk) setelah melalui amal shalih yang menimpa kaum yang berjihad bersama Nabi dan dikhabarkan, mereka masuk neraka. ”Dari Abdullah bin Umar, ”Ada seorang lelaki masih termasuk kerabat Nabi yang dikenal dengan nama Kirkirah. Ketika ia meninggal, Nabi bersabda, ”Dia di neraka.”

Orang ramai pun pergi menemuinya dan mendapati ia bersama mantel yang ia curi.” (HR Bukhari).

(vi) Rosulullah SAW dalam hadits lain menasihati para sahabat agar takut atau hati-hati terhadap seluruh amal mereka. Hal ini kerana tidak ada seorang pun yang akan ‘selamat’ atau lepas dari amal perbuatannya, bahkan Nabi SAW. sendiri.

“ Tidak seorang pun diantara kamu yang akan selamat (bebaslepas dari) kerana amalnya.” kata Nabi. (HR. Muslim dan Abu Hurairah)

(vii) “ Berlaku luruslah kamu, berkatalah yang halus, dan tebarkan khabar gembira, sesungguhnya tidaklah seseorang akan masuk Jannah (kecuali) kerana amalnya. “

Mereka berkata, “Tidak juga Engkau wahai Rasulullah?

Nabi berkata, “Tidak juga aku, kecuali bila Allah melimpahkan ampunan dan rahmat-Nya kepadaku.” (HR. Al-Bukhari dari Aisyah)

(viii) Ibnu hajar berkata, “Dan sesungguhnya syurga tidak dimasuki seseorang kerana amalannya tetapi dengan rahmat Allah.

(ix) Ketakutan dan kekhuatiran terhadap amal-amal kita kerana dua sebab:

a). Kerana amal-amal itu tergantung penutupnya (khatimah), sedangkan kita tidak tahu dengan apa amalan kita akan ditutup (su’ul khatimah atau khusnul khatimah)

b). Jika amal penutupnya adalah kebaikan, maka kita tetap khuatir diterimakah amal kita? Kerana amal itu terkadang dhahirnya kelihatan baik dan sempurna, tetapi sebenarnya ada cacat tersembunyi, menjadikan tertolaknya amal di sisi Allah. Contohnya seperti riya, ujub, masna (mengungkit-ungkit pemberian), makan harta haram dan lain-lain.


Bagaimana kita mengakhiri Ramadhan?

Ini adalah penting dan menjadi indikasi bagaimana kualiti Ramadhan kita kali ini. Barangsiapa telah berbuat baik di bulan Ramadhan hendaklah menyempurnakan kebaikannya, dan barangsiapa berbuat jahat hendaklah ia bertaubat dan menjalankan kebaikan pada sisa-sisa umurnya. Barangkali kita tidak jumpai lagi hari-hari Ramadhan setelah tahun ini.

Maka hendaklah diakhiri dengan kebaikan dan senantiasa melanjutkan perbuatan baik yang telah dilakukan di bulan Ramadhan lain. Kerana Rabb yang memiliki bulan-bulan itu hanyalah satu, dan Dia mengawasi kita dan menyaksikan kita. Dia memerintahkan kita untuk taat sepanjang hayat.

Ada salahfaham pada umat yang ‘menyembah’ Ramadhan, bukan menyembah Allah SWT. Ertinya, di bulan Ramadhan dia begitu ta’at dan memenuhi seluruh perintah Allah SWT dan meninggalkan laranganNya. Tetapi, selepas Ramadhan, sudah tidak lagi.

"Seburuk-buruk kaum adalah yang tidak mengenal Allah kecuali di bulan Ramadhan," kata sebahagian ulama salaf mengenaikaum itu.

Jadi, sesiapa yang menyembah Ramadhan, Ramadhan ini akan habis dan pergi. Tetapi sesiapa yang menyembah Allah, maka sesungguhnya Allah itu Maha Hidup, tidak mati. Maka teruskanlah beribadah setiap waktu dan seluruh bulan, tidak hanya Ramadhan.

Orang mukmin bergembira dengan selesainya Ramadhan kerana telah memanfaatkan bulan itu untuk ibadah, taat, mengharap pahala dan keutamaannya. Sedang orang munafik bergembira bila selesai bulan itu, kerana akan berangkat untuk bermaksiat dan mengikuti syahwat yang selama Ramadhan itu telah terkongkong.

Jadi, orang mukmin melanjutkan kegiatan setelah bulan Ramadhan dengan istighfar, takbir dan ibadah, namun orang munafik melanjutknya dengan maksiat-maksiat, hura-hura, pesta-pesta muzik dan nyanyian, kerana gembira dengan berpisahnya Ramadhan dari mereka. Ramadhan, setelah berpuasa sebulan, kini ditutupi dengan sholat hari raya Aidilfiri dan bayar zakat fitrah. Sebagaimana Allah mensyari’atkan sholat ‘iedul Adha sebagai tanda syukur kepadaNya atas penunaian kewajiban ibadah haji.

Keduanya adalah Hari Raya Islam. Telah diriwayatkan secara shahih dari Nabi SAW, bahawa beliau ketika datang di Madinah penduduknya mempunyai dua hari yang mereka itu bermain-main di hari itu, beliau bersabda, “Sungguh Allah telah mengganti untuk kamu dua hari tersebut dengan yang lebih baik dari keduanya, (yaitu) hari (raya) kurban dan hari (raya) fitri.”

Maka tidak boleh menambahi dua hari raya ini dengan mengadakan hari-hari raya baru yang lain. Hari raya dalam Islam itu disebut ‘ied, ertinya 'kembali'. Dia itu kembali dan berulang-ulang lagi setiap tahun membawa kegembiraan dan kesenangan. Kurnia yang telah Allah mudahkan berupa pelaksanaan ibadah puasa dan haji, yang keduanya itu, ibadah puasa dan haji, adalah termasuk rukun Islam.

Bukan sahaja lelaki, bahkan Nabi SAW juga telah memerintahkan muslimah-muslimah agar keluar untuk shalat ‘ied atau hari raya. Kaum wanita disunnahkan hadir tanpa pakai wewangian, tidak berpakaian dengan pakaian hias atau menarik perhatian, dan tidak bercampur aduk dengan lelaki. Begitu juga bagi wanita yang sedang haidh, mengikut syaratnya.

Keluar sholat, menampakkan syiar Islam usahakan supaya betul-betul khusyu’, ghaddhul bashar (menjaga pandangan dari yang haram), menjaga lisan dari cakap kosong, porno, dan bohong. Juga jagalah, jangan dengar cakap-cakap mengarut, nyanyian lara, muzik yang melalaikan otak, pesta raya yang hura-hura, dan permainan orang bodoh, walaupun ianya dari media pemerintah, swasta atau lain-lainnya.

Kerana itu Nabi SAW mensyari’atkan ummatnya untuk menyambung puasa Ramadhan dengan puasa sunnat 6 hari di bulan Syawwal. Sabda Nabi SAW, “Barangsiapa berpuasa Ramadhan dan diikuti dengan (puasa sunnah) enam hari di bulan Syawwal maka seakan-akan ia berpuasa setahun.” (HR. Muslim).

Yakni dalam hal pahala dan lipat gandanya. Kerana 1 kebaikan dibalas 10 kaliganda, maka satu bulan Ramadhan dibalas 10 bulan, sedang 6 hari (6x10) di Bulan Syawwal dibalas dua bulan. Jadi seluruh bulan dalam setahun itu seakan-akan dipuasai oleh orang Muslim, apabila ia telah puasa Ramadhan dan kemudian diteruskan dengan 6 hari dari bulan Syawwal (setelah ‘ied). Insya Allah. Wallahu’alam bis showab!

Selamat meninggalkan Ramadan dengan penutup yang baik dan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir batin kepada pengunjung-pengunjung blog ini.

Ya Allah Ya Tuhan Kami,

Kami memohon kepada Mu akan nikmat secukup-cukupnya, memohon kesihatan semulia-mulianya, memohon rezeki semewah-mewahnya, memohon umur seberkat-berkatnya, memohon rahmat dan nikmat sebanyak-banyaknya,memohon anugerah sebaik-baiknya, memohon sifat lemah lembut yang
sehalus-halus Hikmahnya, memohon amal yang sebenar-benar faedahnya.

Aminnn...



Salam Ukhuwah..~

Isnin, 10 Ogos 2009

Tips Dapat Zuriat Di Bulan Ramadan



1) DOA MUSTAJAB WAKTU BERBUKA

Antara waktu yang mustajab untuk berdoa adalah sebelum berbuka puasa. Tapi saat
ini sering diabaikan oleh kebanyakan orang kerana ghairah menghadap menu berbuka
yang menyelerakan. Luangkanlah masa beberapa minit sebelum waktu berbuka untuk
berdoa dan memohon apa-apa sahaja yang kita hajatkan. Ingat, Allah swt Maha
Pemurah. Setiap doa yang kita panjatkan, pasti didengar.


2) PELUANG TURUNKAN BERAT BADAN

Berat badan adalah antara faktor sukar hamil. 50% Pesakit PCOS didapati juga mengalami gejala berat badan berlebihan. Kajian menunjukkan bahawa dengan setiap 5% penurunan berat badan, dapat meningkatkan peluang kehamilan sebanyak 30%. Sebab itulah, antara cadangan yang diberikan oleh doktor adalah supaya menurunkan berat badan terlebih dahulu

Sekarang kita di bulan Ramadan, peluang ini harus diambil untuk menurunkan
sedikit berat badan dengan mengawal makan, terutamanya waktu berbuka.


3) BANYAKKAN ISTIGHFAR DAN SELAWAT

Bulan Ramadan ini hati manusia lembut, Syaitan dirantai. Kalau anda perasan, pengunjung-pengunjung masjid semakin bertambah di bulan Ramadan. Ramadan adalah bulan untuk beramal.

Nabi saw pernah anjurkan seorang sahabat supaya banyakkan sedekah dan
beristighfar bagi mereka yang belum dikurniakan zuriat.

Berikut kami berikan petikan hadis tersebut

"Abu Hanifah Rah. meriwayatkan di dalam musnadnya dari Jabir Bin Abdullah R.A
bahawa seorang lelaki pernah datang kepada Nabi s.a.w dan bertanya;

Ya Rasulullah, sudah lama saya menikah, tapi belum dianugerahi oleh seorang anak
pun.

Nabi s.a.w pun menjawab dengan sabdanya;

Di mana(keadaan) engkau dengan banyak ISTIGHFAR dan banyak BERSEDEKAH, kerana dua hal ini boleh menganugerahi buah hati(anak)"


4) KURMA DAN KESUBURAN?

Kurma adalah sangat sinonim dengan bulan Ramadan. Khasiatnya memang terkenal.
Dari segi kesuburan, maklumat yang kami dapati adalah 'DEBUNGA KURMA'
(ada juga orang panggil 'serbuk kurma') yang dipercayai dapat membantu memulihkan
masalah kesuburan wanita dan lelaki.

Kami masih membuat kajian tentang perkara ini. So, no komen.

Sebenarnya di negara Arab, serbuk Debunga Kurma ini ada dijual di sana yang
memang dipercayai baik untuk kesuburan. Tak lama lagi musim haji, mungkin anda
boleh kirim dengan rakan-rakan @ ahli keluarga yang akan menunaikan haji.

Kalau kat Malaysia, kami tak pasti jika ada sesiapa yang ada jual Serbuk Debunga Kurma ini. Jika ada antara anda yang tahu dan pernah beli produk ini di Malaysia, harap dapat maklumkan kami kerana rasanya ramai rakan-rakan kita yang berminat nak beli jugak. Insyallahkami akan buat satu penulisan khas tentang 'debunga kurma' ini dalam blog.

kredit: Abu Jarir & Ummu Aisyah


Salam Ukhuwah..~

Sabtu, 18 Julai 2009

Melayu oh Melayu...

Assalamualaikum...

Bagueh hampa masuk mai sini. Pasai apa? Pasai kat sini hampa buleh tau banyak cerita tok. Sebenag nak habag bagi tau kat hampa, banyak sangat yang hampa kena tau pasai dunia Melayu kita ni. Mula-mula tok nak habag kat hampa pasai;

1. Pasai orang Melayu yang buat filem Melayu dan yang bukan filem Melayu.
2. Orang Melayu yang makan rasuah dimerata pejabat dan tepi jalan.
3. Orang Melayu yang dah tak tau apa dia Melayu.
4. Orang Melayu yang dah tak kenai AGAMA.
5. Dan banyak hai lagi lah. (macam lain-lain hal lebih kurang)

Lepaeh pada ni ada banyak lagi yang tok nak bagi tau. Janji hampa kena mai jengok tok kat sini selalulah nuu...

Tok janji akan bagi hampa cerita baru yang bagueh-bagueh.
Jangan lupa habag kat kawan-kawan, ajak depa mai masuk dengag cerita tok ni.

Kalau nak jumpa tok one by one pun buleh jugak. Ketuk pintu tokwankudaemaspro@yahoo.com

Hampa mai masuk kat www.rukuntetangga.org pun hampa buleh jumpa tok kat situ tok jadi Bendahari. Ni tok dengan kawan-kawan tok nak buat pertandingan pidato, hampa yang pandai cakap tu bulehlah masuk nuuu...

Salam Ukhuwwah..~