Allah ta'ala telah meletakkan kejayaan dunia dan akhirat dalam agama. Lailaha ilallah..~
Bacaan Popular
-
Sebagai seorang Muslim kita semua tahu bahawa solat itu merupakan kewajipan yang Allah s.w.t. suruh seperti mana yang terdapat di dal...
-
Hari itu, saya balik selepas didenda berdiri di luar kelas selama sejam selepas waktu sekolah oleh Ustaz Ismail kerana terlupa menyiapk...
-
Ini adalah beberapa PETUA (Perubatan Orang Tua-tua Dulu-kala) untuk kita ingati dan amalkan dalam kehidupan kita. Memang dulu-dulu jarak kli...
-
Zaman sudah berubah..isteri sekarang semakin berani berlaku curang!” Kadar gejala seks bebas kian meningkat dalam masyarakat hari ini. Lebih...
-
DOA INI AFDALNYA DIBACA 11 KALI KETIKA SUJUD SEBAIK SELESAI SALAM SEMBAHYANG FARDHU. KEMUDIAN MOHON DOA KEPADA ALLAH. INSYA'ALLAH. TAWAK...
-
Minggu lepas Tok Wan ke Telok Intan, distinasi tepatnya ialah Kampung Sungai Jejawi Telok Intan, Perak. Tok pergi dengan sepupu yang...
Isnin, 20 Februari 2012
Kesah Zaman Dulu-dulu
Kerbau adalah satu haiwan yang penting untuk mengerjakan sawah padi pada masa dulu. Setiap keluarga yang bersawah padi, pasti mempunyai kerbau setidak-tidaknya seekor. Siapa-siapa yang tidak mempunyai kerbau dan tidak mampu untuk membeli kerbau maka boleh pula berbincang dengan orang yang ada kerbau bagi mendapatkan kerbau tanpa mengeluarkan wang. Bagaimana caranya?
Caranya ialah dengan menjaga kerbau tersebut pagi petang siang malam sampai kerbau tersebut beranak dan bila sudah cerai susu maka anak kerbau tersebut jadi milik orang yang menjaganya.
Tapi kalau orang yang di bawa berbincang tersebut tidak ada kerbau betina maka kena cari pula dengan orang yang ada kerbau betina untuk di kahwenkan. Bila sudah bunting maka orang yang hendak kerbau kena jaga kerbau betina yang bunting itu sampai dia beranak, sampai cerai susu. Sungguh cantek sifat tolong menolong dalam sebuah kampong pada masa dulu.
Tok Wan sendiri pernah menunggang kerbau seperti dalam gambar di atas suatu masa dulu. Kebetulan masa itu cuti sekolah, tok pergi ke rumah Pak Anjang (adek kepada arwah mak) di Kampong Kelompang, Mukim Jerlun Kedah Darul Aman.
Masa itu kebetulan Pak Anjang ada seekor kerbau yang dinamakan 'Awang'. Awang ni memang jinak, bila kita panggil nama dia, dia akan memandang kita, bila kita panggil suruh dia datang pada kita dia akan datang pada kita. Jinaknya si Awang ni sama seperti jinak kuda yang boleh kita bagi arahan melalui mulut sahaja.
Jadi apabila hendak mandikan awang ni tak susah sangat. Kita masuk dalam sungai atau parit tali air kemudian kita ajak dia masuk sama pasti dia masuk mandi bersama-sama kita, apalagi masa itulah kita siram badan dia dan bersihkan badan dia dari kotoran selut atau lanyau (lumpur).
Selesai mandi kita boleh naik belakang dia dan bagitau pada awang, 'Jom balik', pasti dia akan bawa kita balik sampai ke rumah. Sampai laman rumah pasti pula dia berhenti. Dan apa yang lebih menarik lagi tentang awang ialah kalau kita nak supaya dia jalan cepat kita cakap pada dia,'Cepat Awang....hah...', maka serta merta dia akan tukar gear dari gear 2 kepada gear 3 atau 4 seperti mana yang kita mahu.
Bila kerbau yang bernama Awang ni dah faham bahasa kita maka mudah kita nak suruh dia buat apa-apa kerja seperti membajak sawah, menarik 'Anok' atau berlumba bersama kerbau-kerbau lain di dalam kampong itu. Pertandingan kerbau selalu di adakan bagi mencari kerbau terkuat dalam perlumbaan. Pertandingan laga kerbau pun ada juga masa tok kecil-kecil dulu, tapi pertandingan tersebut terpaksa di adakan sembunyi-sembunyi takut Polis tahu sebab laga kerbau satu perbuatan salah di sisi undang-undang.
Sekarang ini nak mencari kerbau sangat susah. Pernah sekali Hang Mokhtar penyanyi lagu-lagu humor yang popular tu minta tok masukkan footage kerbau dalam video-clip lagunya 'Kocik-kocik Den Jago Kobau'penat juga mencari.
Satu hari suntuk dari pagi sampai nak masuk maghrib baru jumpa kerbau, itupun tempatnya teramat jauh, di Kampong Hujung Pasir, Sri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan Darul Khusus. Tempat tu namanya pun dah Hujung Pasir sudah pasti seperti di hujung dunia, line hotlink takder, line digi pun takder nasib baik tok bawa juga tepon yang guna line celcom, kalau tidak sudah pasti terputus hubungan dengan dunia luar.
Kerbau di Sri Menanti nie kebanyakannya kerbau liar. Walaupun ianya kerbau liar tetapi masih mempunyai tuannya masing-masing. Hanya tuannya sahaja yang tau mana satu kerbaunya. Kerbau-kerbau ini tidur dalam kebun kelapa sawet dan mereka sentiasa bergerak dalam satu kumpulan yang besar yang terdiri antara 20 hingga ke 50 ekor.
Ringkas cerita kerbau-kerbau ini sudah tidak ada kerja berat seperti moyang mereka dulu yang setiap hari membantu tuannya mengerjakan sawah padi. Selain faktor sawah padi sudah di usahakan oleh jentera, sawah padi yang sudah tidak di usahakan pun semakin bertambah. Kalau dulu tanah di tepi jalan itu sawah padi maka kini sudah bertukar menjadi ladang kelapa sawet atau ladang buah 'Naga'.
Tapi hari ini kalau anda bercadang nak buat kenduri dengan daging kerbau anda boleh membeli seekor kerbau yang murah beharga antara RM 3k dan yang paling mahal RM 5k (yang gemok) di Terachi yang terletak berhampiran dengan Sri Menanti. Di sana kerbau di sembelih dan di lapah sampai bersih, anda cuma bawa balik daging serta tulang sahaja. Kalau nak buat 'Aqiqah sangat sesuai.
Ini adalah 'Anok' sebuah alat yang (kenderaan) di tarik menggunakan tenaga kerbau. Kayu yang anda nampak bengkok tersebut akan di letakkan pada tengkok kerbau.
Anok biasanya di gunakan untuk membawa padi atau anak-anak padi dari tapak semai ke tapak tanaman. Anok juga di gunakan untuk mengangkut padi yang telah di isi kedalam guni sewaktu musim menuai untuk di bawa balik ke rumah. Oleh kertana jalan yang baik hampir-hampir tidak ada di sesuatu kawasan sawah padi maka ada juga anok yang di gunakan untuk mengangkut padi dari kampong ke tepi jalan sehingga menjangkau jauh sekitar lima batu atau lebih. Di Thailand terutama daerah Chengrai ada anok yang digunakan untuk membawa padi sehingga ketep[i jalan jauhnya sampai 12 batu.
Di Malaysia anok sudah tidak di gunakan sebab hampir semua kampong telah mempunyai jalan tar atau jalan tanah merah sekurang-kurangnya, dan petani boleh menggunakan motorsikal mereka untuk mengangkut padi yang telah masak atau pun terus masuk kedalam lori. Ada juga mesin padi yang terus menghampiri pinggir jalan dan mencurahkan padi terus kedalam lori di tepi jalan tersebut.
Anok di gunakan dalam kehidupan moden hari ini sebagai penarik pelancong.
Pengalaman menaiki anok semasa di Kampong Kelompang dulu memang satu pengalaman yang tak dapat tok wan lupakan sampai bila-bila. Kita cuma duduk atas anok bersama-sama guni-guni padi dan si awang akan menarik anok tersebut sampai depan rumah. Hari ini mungkin jentera Kubota boleh di gantikan dengan awang namuin tak sama sebab jentera kubota memerlukan minyak, untuk memulakan kerja harus mencari minyak dulu.
Berbeza sangat dengan kerbau yang tidak memerlukan minyak. Cuma bagi makan rumput, potonglah rumput yang banyak tumbuh meliar di tepi tali air dan bawa balik bagi kerbau makan. Bila kerbau tersebut sudah tua boleh di sembelih untuk kenduri kawen. Waktu itu kalau kenduri kawen takder daging kerbau memang tak best.
Dalam perjalanan semasa shooting filem 'Momok Jangan Panggil Aku' dulu tok sempat singgah kenduri kawen orang di Temerloh. Mereka memasak daging kerbau. Kata mereka kalau kenduri kawen takder kerbau tak ummphh. Alhamdulillah...masih ada lagi orang yang nak bela kerbau dan menggunakan kerbau sebagai bahan utama dalam kenduri-kendara.
Bagaimana dengan anda. Pernahkah makan daging kerbau? Kalau belum pernah sila utamakan jemputan kawen orang Kuala Pilah khususnya Sri Menanti ataupun Terachi ataupun Temerloh, pasti anda akan berjumpa dengan masakan daging kerbau.
Salam Ukhuwah..~
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan