Bacaan Popular

Selasa, 7 Februari 2012

Takutkan Allah SWT


Susah bagi kita merangkumi semua ayat al Quran, hadith Nabi saw dan kisah para ahlullah tentang sifat takuitkan Allah swt. Walau bagaimanapun, secara ringkasnya kita perlu memahami bahawa anak kunci untuk sampai kepada setiap kesempurnaan dalam agama ialah sifat takutkan Allah swt. Nabi saw bersabda,

"Tunjang kebijaksanaan ialah takutkan Allah swt".

Hazrat 'Abdullah bin 'Umar ra selalu menangis sehingga matanya menjadi rosak. Pada suatu kali seseorang telah ternampak beliau sedang menangis maka Hazrat 'Abdullah bertanya, "Adakah kamu hairan dengan tangisanku? Matahari pun menangis kerana takutkan Allah swt."

Pada ketika yang lain berlaku peristiwa seumpama ini, beliau telah berkata, "Bulan pun menangis kerana takutkan Allah swt." Rasulullah saw telah lalu berhampiran dengan seorang sahabat muda. Beliau sedang membaca al Quran, apabila sampai pada ayat ke 37 surah al Rahman yang bermaksud, "Selain itu (sungguh ngeri) tatkala langit pecah-belah lalu menjadi merah mawar, berkilat seperti minyak." Bulu romanya berdiri tegak, beliau menangis teresak-esak sehingga sesak nafasnya sambil berkata. "Apakah yang akan terjadi kepadaku pada hari yang langit pun akan terbelah (hari kiamat) ? Binasalah diriku". Rasulullah saw bersabda kepadanya,

"Malaikat pun turut menangis kerana tangisanmu itu."

Setelah bersolat tahajud seorang sahabat Ansari ra duduk dan menangis sambil berkata, "Hanya kepada Allah swt aku merayu agar diselamatkan daripada neraka jahanam." Rasulullah saw bersabda,

'Hari ini kamu telah menyebabkan para Malaikat turut menangis."

Pada suatu ketika seorang sahabat Hazrat 'Abdullah bin Rawahah ra telah menangis. Melihatkan keadaannya, isterinya pun turut menangis. Hazrat 'Abdullah bin Rawahah ra bertanya, "Apakah yang telah menyebabkan engkau menangis.?" Beliau selanjutnya berkata, "Aku menangis kerana memikirkan keadaan kita masih melalui neraka jahanam. Aku tidak tahu sama ada aku dapat melepasi laluan itu atau terjatuh ke dalam neraka." (Qiamullail)

Hazrat Zurarah bin Aufa sedang mengimami solat di satu masjid. Apabila bacaannya sampai pada ayatke 8 dan 9 surah al Muddaththir yang bermaksud, "Apabila telah ditiup sangkakala maka yang demikian itu ialah waktu yang sulit." Beliau terus rebah langsung meninggal dunia. Orang ramai telah mengangkat dan membawa beliau ke rumahnya.

Sekali peristiwa Hazrat Khulaid ra sedang mendirikan solat, apabila tiba pada ayat "Kullun nafsinn za'ikatul maut, summa ilaina turjauun." Yang bermaksud,"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami."

Beliau mula mengulangi ayat tersebut berkali-kali. Selepas seketika, kedengaran satu suara dari satu penjuru rumah. "Berapa kali kamu hendak mengulangi ayat itu? Oleh sebab kamu mengulangi ayat itu berkali-kali maka empat jin telah mati."

Banyak kisah seumpama ini telah diriwayatkan, Hazrat Fudhail r ialah seorang ahlullah yang masyhur. Beliau berkata, "Takutkan Allah swt akan menunjukkan jalan ke arah setiap kebaikan."

Semua orang mengenali Hazrat Shibli r. Beliau berkata, "Bila sahaja aku takutkan Allah swt maka Allah swt membuka kepada aku pintu hikmat dan pengajaran yang tidak pernah di bukakan sebelum itu."

Dalam satu hadith qudsi, Allah swt berfirman, "Aku tidak menghimpunkan dua ketakutan kepada seseorang hambaKu dan Aku tidak memberikan dua kelapangan fikiran kepada seseorang hamba. Sekiranya seseorang itu tidak takut kepadaKu di dunia ini, maka Aku akan membuatkan dia takut di akhirat nanti. Sekiranya di dunia ini dia sentiasa takut kepadaKu maka Aku akan menyelamatkannya daripada segala ketakutan."

Nabi saw bersabda, "Sesiapa yang takutkan Allah swt, maka semua makhluk akan takut kepadanya, dan sesiapa yang takutkan kepada sesuatu selain daripada Allah swt maka semua makhluk akan menakutkannya."

Hazrat Yahya bin Mu'az ra berkata. "Sekiranya seseorang itu takutkan jahanam sebanyak dia takutkan kesempitan hidup, dia akan terus masuk syurga."

Hazrat Abu Sulaiman Darani rah. berkata, "Apabila perasaan takutkan Allah swt luput daripada mana-mana hati maka hati itu akan binasa."

Nabi saw bersabda, "Sekiranya airmata mengalir di mana-mana wajah kerana takutkan Allah swt walaupun sebesar kepala lalat maka Allah swt akan mengharamkan wajah itu daripada terkena api neraka."

Nabi saw bersabda, Mana-mana hati yang menggeletar kerana takutkan Allah swt dosanya akan gugur seperti daun-daun gugur dari pokoknya."

Satu lagi hadith Nabi saw,"Sesiapa yang menangis kerana takutkan Allah swt maka susah untuknya memasuki neraka sebagaimana susahnya susu masuk kembali ke puting."

Seorang sahabat Hazrat 'Uqbah bin 'Amir ra telah bertanya kepada Nabi saw, "Apakah jalan keselamatan?" Nabi saw bersabda, "Jagalah lidahmu, duduklah di dalam rumah dan menangislah terhadap dosa-dosamu."

Sekali Hazrat 'Aisyah ra bertanya kepada Nabi saw, "Adakah dikalangan umat tuan yang akan masuk syrga tanpa hisab?" Nabi saw menjawab. "Ya, mereka yang menangis kerana mengenangkan dosa."

Satu lagi hadith junjungan kita saw, "Dua titisan yang paling di sukai Allah swt, pertama titisan airmata yang di alirkan kerana takutkan Allah swt. Kedua titisan darah yang tertumpah di jalan Allah swt."

Pada ketika yang lain Nabi saw bersabda yang mafhumnya, "Tujuh orang yang akan di lindungi oleh Allah swt di bawah lindunganNya pada hari kiamat. Salah seorang daripada mereka ialah seorang yang bersunyi diri mengingati Allah swt sehingga mengalir airmata."

Hazrat Abu Bakar Siddiq ra berkata, "Sesiapa yang boleh menangis maka hendaklah dia menangis dan sesiapa yang tidak boleh menangis maka hendaklah dia buat-buat menangis."

kredit: Fadzilat Amal


Salam Ukhuwah..~

1 ulasan:

  1. letak rujukan misalnya hadis riwayat mana, kerana dikhuatiri hadis palsu.

    BalasPadam