Bacaan Popular

Sabtu, 31 Mac 2012

Sedikit Nasehat


Perkara-perkara yang membuat kita hilang ingatan dan tumpul minda
>>>
>>>
>>>Kurangkan makan bawang besar, berempah, ketumbar kering
>>>
>>>
>>>
>>>Kurangkan menonton hiburan, membaca majalah hiburan
>>>
>>>
>>>
>>>Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
>>>
>>>
>>>
>>>Kurangkan minuman air batu, air dalam tin (100 plus dan lain2)
>>>
>>>
>>>
>>>Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2
>>>
>>>
>>>
>>>Jangan tidur selepas subuh
>>>
>>>Jangan tidur selepas asar
>>>
>>>Jangan tidur selepas makan
>>>
>>>Jangan makan apa-apa 3 jam sebelum waktu tidur malam
>>>
>>>Jangan makan kepala ikan
>>>
>>>Jangan makan terlalu kenyang
>>>
>>>Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam
>>>
>>>Jangan makan yang masam-masam berlebihan
>>>
>>>Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan
>>>
>>>
>>>
>>>Jangan minum air yang ada semut
>>>
>>>Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam
>>>
>>>
>>>
>>>Jangan menyapu rumah pada waktu malam
>>>
>>>
>>>
>>>
>>>
>>>
>>>
>>>
>>>
>>>Perkara-perkara yang perlu diamalkan
>>>
>>>
>>>
>>>
>>>
>>>
>>>
>>>Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2
>>>
>>>Selalu makan makanan yang panas2
>>>
>>>Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain2
>>>
>>>Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum
>>>
>>>
>>>
>>>Selalu minum air masak
>>>
>>>Selalu makan ulam2
>>>
>>>Selalu mengamalkan pandangan hijau
>>>
>>>Selalu bersenam
>>>
>>>
>>>
>>>Selau menggunakan imajenasi otak
>>>
>>>
>>>
>>>Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai(yang mempunyai pokok)
>>>kerana
>>>disitulah terdapat banyak ion2 negetif dan cahaya matahari infra merah
>>>(terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan,kerana
>>>hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk
>>>kegunaan
>>>kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit
>>>
>>>
>>>
>>>Jangan ego
>>>
>>>Jangan dengki pada orang lain
>>>
>>>
>>>
>>>Jangan makan dari sumber yang tidak halal
>>>
>>>Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal
>>>
>>>
>>>
>>>Jangan makan makanan yang ada pewarna
>>>
>>>Jangan makan makanan yang ada pengawet
>>>
>>>
>>>
>>>Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali
>>>
>>>
>>>
>>>Jangan mandi selepas 9.00malam ......dan yang paling penting dibawah
>>>ini......... selamat beramal.....
>>>
>>>
>>>
>>>
>>>
>>>
>>>
>>>Jangan sengaja lewatkan solat.
>>>Perbuatan ini Allah tidak suka.
>>>Kalau tertidur lain cerita.
>>>
>>>Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas
>>>kaki (selipar).
>>>Takut kalau-kalau terbawa keluar najis,
>>>mengotori seluruh rumah kita.
>>>
>>>Jangan makan dan minum dalam
>>>bekas yang pecah atau sumbing.
>>>Makruh kerana ia membahayakan.
>>>
>>>Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah
>>>digunakan tidak berbasuh.
>>>Makruh dan mewarisi kepapaan.
>>>
>>>Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti
>>>rezeki mahal
>>>(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu
>>>berkat).
>>>
>>>Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
>>>Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
>>>
>>>Jangan keluar rumah
>>>tanpa niat untuk membuat kebaikan.
>>>Takut-takut kita mati dalam
>>>perjalanan.
>>>
>>>Jangan pakai sepatu atau selipar yang
>>>berlainan pasangan.
>>>Makruh dan mewarisi kepapaan.
>>>
>>>Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
>>>Nanti hati kita gelap
>>>diselaputi dosa.
>>>
>>>Jangan menangguh taubat bila berbuat
>>>dosa kerana mati boleh datang
>>>bila-bila masa.
>>>
>>>Jangan ego untuk meminta maaf pada
>>>ibu bapa dan sesama manusia
>>>kalau memang kita bersalah.
>>>
>>>Jangan mengumpat sesama rakan
>>>taulan. Nanti rosak persahabatan kita
>>>hilang bahagia.
>>>
>>>Jangan lupa bergantung kepada ALLAH
>>>dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya.
>>>Kalau gagal kecewa pula.
>>>
>>>Jangan bakhil untuk bersedekah.
>>>Sedekah itu memanjangkan umur
>>>dan memurahkan rezeki kita.
>>>Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
>>>
>>>Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah
>>>ciri-ciri munafik dan
>>>menghilangkan kasih orang kepada kita.
>>>
>>>Jangansuka menganiaya manusia atau haiwan. Doa
>>>makhluk yang teraniaya
>>>cepat dimakbulkan ALLAH.
>>>
>>>Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
>>>Akhirat itu lebih utama
>>>dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
>>>
>>>Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
>>>Sebab semuanya untuk keselamatan kita.
>>>
>>>ALLAH lebih tahu apa yang terbaik
>>>untuk hamba ciptaanNya.
>>>
>>>
>>>'Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun'
>>>(Sabda Rasulullah SAW)
>>>
>>>'Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu
>>>dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka
>>>sesungguhnya
>>>ia telah mendapat kemenangan yang besar.'
>>>
>>>(Surah Al-Ahzab:71)-

kredit: rakangroup


Salam Ukhuwah..~

Jumaat, 30 Mac 2012

Umat Akhir Zaman Sia-siakan Solat


SOLAT Subuh hanya dua raka'at tetapi fadilat dan ganjaran pahalanya amat besar.

Bagaimanapun, kita dapati dalam zaman mutakhir ini, ramai umat Islam khususnya generasi muda sangat berat untuk bangun melaksanakan solat Subuh.

Mengantuk, penat dan malas antara alasan yang sering diberikan.

Sebenarnya, perintah melaksanakan solat Subuh sangat ditekankan seperti ditegaskan Rasulullah s.a.w.

Sabda Nabi saw: “Tiada solat yang paling berat bagi orang munafik adalah Isyak dan Subuh.

Seandainya mereka mengetahui pahala di sebalik solat Isyak dan Subuh dengan berjema'ah, tentu mereka akan mendatanginya sekalipun dengan merangkak.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Ini pernyataan cukup jelas kepada umat Islam supaya mengerjakan solat Isyak dan Subuh secara berjema'ah.

Dilema generasi sekarang mahu bangun mengerjakan solat Subuh di rumah pun amat berat, apatah lagi jika diajak berjema'ah di surau ataupun masjid.

Rasulullah saw juga ada mengatakan solat berjema'ah bagi solat Subuh dan Isyak diberi ganjaran pahala 27 kali ganda berbanding solat bersendirian.

Namun, dalam situasi semasa yang kebanyakan manusia begitu sibuk mencari kemewahan duniawi, kesedaran untuk bersolat secara jema'ah semakin hambar.

Masjid hanya akan penuh ketika solat Jumaat atau solat Aidilfitri dan Aidiladha.

Bagaimana pada waktu Subuh dan Isyak? Adalah dua atau tiga saf, kebanyakannya terdiri daripada warga emas.

Di mana anak-anak muda kita? Masih berselimut jawapannya! Berikut dipaparkan sebuah kisah yang menggambarkan mukmin begitu menjaga solat berjema'ah dan kisah ini seharusnya menjadi pengajaran buat kita semua.

Diriwayatkan bahawa Ubaidillah bin Umar Al-Qawariri, iaitu guru kepada Imam Bukhari, Imam Muslim dan Abu Daud menceritakan yang dia tidak pernah meninggalkan solat Isyak berjema'ah.

Katanya lagi: “Ditakdirkan Allah, pada suatu malam aku didatangi tetamu sehingga membuatku terlewat untuk menunaikan solat Isyak berjema'ah di masjid.

Sesudah tamuku pulang, aku bergegas ke masjid di sekitar Basrah untuk meninjau kalau-kalau ada yang belum mengerjakan solat Isyak berjema'ah.

Namun, aku kecewa kerana semuanya telah selesai mengerjakannya, malah pintu masjid pun sudah berkunci.

“Lantas aku pun pulang dengan perasaan hampa sambil dalam perjalanan pulang aku teringat satu peringatan Rasulullah saw yang berbunyi: “Sesungguhnya solat berjema'ah itu 27 kali ganda darjatnya jika dibandingkan dengan solat seorang diri.” Kemudian sambung beliau lagi: “Sesampai di rumah, aku mendirikan solat Isyak 27 kali, selepas itu barulah aku tidur.

Ketika tidur aku bermimpi melihat ada sekumpulan manusia menaiki kuda, kemudian aku mengejar mereka dengan kudaku.

“Ketika sa'at hampir dengan kedudukan mereka, salah seorang daripada mereka itu berkata: “Kamu tidak akan mampu mengejar kami, sebab kami mengerjakan solat berjema'ah di masjid sedangkan kamu hanya bersendirian di rumah.” Selepas mendengar kata-kata yang dilontarkan orang itu, aku terjaga daripada tidur dan aku sangat susah hati.” Inilah secebis kisah bagaimana orang terdahulu begitu mengambil berat soal solat berjema'ah.

Kita bagaimana? Adakah kita susah hati seandainya tertinggal solat berjema'ah? Saya pasti ramai tidak berasa bersalah atau kecewa.

Sekarang mari kita baca dan renungkan kisah yang mungkin akan memberikan impak positif kepada daya fikir agar mendidik diri sentiasa mendirikan solat lebih-lebih lagi secara berjema'ah.

Dikatakan pada suatu ketika, malaikat Jibril a.s. datang menemui Rasulullah saw sambil mengatakan: “Bacalah.” Jawab Nabi: “Bacaan manakah yang mesti aku baca?” Kemudian Jibril pun membaca ayat 59 Surah Maryam iaitu: “Maka datanglah sesudah mereka pengganti yang lebih buruk, yang mensia-siakan solat dan menuruti hawa nafsunya, hingga kelak mereka akan menemui kesesatan.” Lantas Rasulullah saw bertanya: “Ya Jibril, adakah sepeninggalanku nanti akan ada daripada kalangan umatku yang mensia-siakan solat?” Jawab Jibril: “Ya ada."

Pada akhir zaman nanti akan ada sekelompok manusia daripada umatmu yang mensia-siakan solat, mengakhirkan waktu dari waktu yang ditentukan dan memperturutkan kehendak nafsunya.

Wang satu dinar baginya lebih berharga daripada solat.” Subhanallah, memang benar ungkapan Jibril itu.

Cuba kita perhatikan fenomena masa kini, sesetengah umat Islam lebih sayangkan masa dengan menggembleng tenaga untuk mengejar kebendaan duniawi.

Kita sudah pun berada dalam zaman yang diperkatakan Jibril a.s. itu.

Kita boleh menilai kedudukan iman diri sendiri setakat mana tebalnya dengan melihat apakah hati kita sentiasa terpaut pada masjid bagi mengerjakan solat berjemaah.

Kita boleh juga jadikan kerajinan mengunjungi masjid atau surau bagi menunaikan solat berjema'ah sebagai kayu pengukur kepadatan iman kita.

Mari kita jadikan firman Allah ini sebagai motivasi untuk gagah ke masjid bersolat secara berjema'ah.

Allah menegaskan: “Dirikanlah solat dari sesudah matahari tergelincir sampai gelap malam dan (dirikanlah pula solat) Subuh.

Sesungguhnya solat Subuh itu disaksikan (oleh malaikat).”
(Maksud Surah Al-Isra’ ayat 78).

Inilah perintah Allah kepada kita semua agar sentiasa mematuhi suruhan mendirikan solat dan lihatlah bagaimana Allah swt mengkhususkan solat Subuh dengan memberikan pujian yang lebih, iaitu solat Subuh itu disaksikan malaikat.

Semoga kita semua dibukakan pintu hati dan digagahi semangat untuk solat berjema'ah sama ada di masjid ataupun surau.

Insya-Allah kita semua mampu melakukannya

kredit: paapaada


Salam Ukhuwah..~

Khamis, 29 Mac 2012

Solatlah Sebelum Kamu Di Solatkan


Sejak kebelakangan ini ramai kawan dan kenalan rapat yang meninggal dunia. Insya-Allah, mereka yang pergi itu yang baik-baik akhlaknya. Sewaktu menziarahi jenazah seorang kawan yang meninggal bulan lepas di Teluk Intan, lalu secara tiba-tiba timbul pertanyaan di hatiku, kenapa orang baik mati cepat? Walaupun aneh kedengarannya, tetapi soalan itu menerjah juga tanpa dapat ditahan-tahan.

“Kenapa orang baik mati cepat?” tiba-tiba soalan yang sama dilontarkan oleh seorang kawan lain yang sama-sama menziarahi Allahyarham. Aku terkejut.
“Kenapa? Orang jahat mati lambat?” balas aku. Dia tersenyum.

“Dalam pengalaman, ramai orang baik mati cepat. Lihat kawan kita ini baru mencecah 50 tahun sudah dijemput pulang.”
Aku termenung mencari makna dan kata-kata. Aku yang “lebih tua” ini belum mati.. Mungkin aku tidak sebaik dia. Mungkin Allah SWT memberi keinsafan kepada aku supaya banyak bertaubat supaya tidak lupa suatu hari sampai masa dan ketika giliran aku kesana. Tapi aku tak bersedia lagi. Anak-anak belum habis belajar, amal jariah masih kurang. Semuga Allah SWT memanjangkan umur ku supaya dapat memperbanyakkan ibadah dan membuat kebaikan dan menolong orang lain yang memerlukan.

Hari ini aku sembahyang jenazah kawan aku. Pasti suatu hari nanti aku disembahyang oleh orang lain pula. Ingat kata-kata ini " Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan". Marilah kita belajar cara-cara solat jenazah.

Kematian adalah sesuatu yang pasti dan kita harus bersedia menghadapinya kerana ia merupakan titik permulaan kepada penghidupan yang kekal abadi. Hanya mukmin yang dipanggil menghadap Tuhannya dengan hati bersih memperolehi kejayaan.

Menguruskan jenazah adalah merupakan perkara yang tidak boleh kita elakkan begitu sahaja. Ianya merupakan fardhu kifayah ke atas umat Islam. Dengan adanya sebahagian umat Islam yang mengetahuinya akan selesailah tanggungjawab itu.

Namun dalam keadaan sekarang ini, kesedaran di kalangan generasi muda untuk melaksanakan tanggungjawab ini amat tipis sekali. Ramai dari generasi muda yang tidak tahu cara-cara menguruskan jenazah dan hanya menyerahkan sepenuhnya kepada jenerasi yang lebih tua dari mereka untuk melaksanakannya.

Bayangkanlah suatu hari nanti ayah atau ibu kita meninggal dunia. Tergamakkah kita membiarkan orang lain menguruskannya sedangkan diri kita hanya melihat tanpa sebarang ilmu. Orang lain solat jenazah ibubapa kita sedangkan kita hanya ikut-ikut pergerakan mereka tanpa tahu apa-apa berkenaan solat jenazah.

Perlu diingat di samping kita menguruskan jenazah, diharap ianya dapat menjadi pengajaran kepada kita yang masih hidup untuk bersiap sedia menuruti jejaknya suatu hari nanti. Dengan adanya panduan-panduan ini adalah diharapkan sedikit sebanyak dapat memberi pengetahuan kepada para pelawat jika berlaku sesuatu kematian agar dapat membantu menguruskannya. Marilah kita memahami kehendak fardhu kifayah ini, moga-moga ianya dapat menjadi penyambung kesempurnaan dalam pengamalan syariat agama kita.

Solat Jenazah

Dalam mengerjakan solat jenazah, yang paling utama ialah dikerjakan secara berjemaah dan harus dijadikan tiga saf (barisan) sekurang-kurangnya setiap satu saf dua orang.

Bagi orang perempuan diperbolehkan mengikuti berjemaah bersama-sama dengan orang lelaki atau boleh mendirikan solat ke atas jenazah setalah disolatkan oleh orang lelaki.

Adapun hukum solat jenazah ini adalah Fardhu Kifayah seperti hal menguruskannya.

1. Cara mengerjakan Solat Jenazah.

Bagi jenazah lelaki, Imam yang akan mendirikan solat ke atasnya hendaklah berdiri searah dengan kepala jenazah itu.

Bagi jenazah perempuan, Imam hendaklah berdiri searah dengan lambung atau bahagian tengah jenazah itu.

Tentang tempat untuk mengerjakan solat jenazah, diperbolehkan di dalam masjid, di surau atau di tempat lainnya yang memungkinkan solat berjemaah dengan syarat tempatnya itu luas dan bersih.

2. Rukun Solat Jenazah.

Solat jenazah berbeza dengan solat-solat yang lain kerana cara mengerjakannya hanya dengan berdiri dan takbir empat kali tanpa rukuk dan sujud, juga tidak perlu azan dan iqamat. Adapun rukunnya ada empat :

i. Niat mendirikan solat jenazah yang dimaksudkan
ii. Berdiri bagi yang berkuasa.
iii. Bertakbir empat kali.
iv. Salam

3. Lafaz niat solat jenazah :

a. Lafaz niat solat jenazah lelaki secara persendirian :

"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah ini dengan empat takbir fardhu kifayah kerana Allah Taala"

b. Lafaz niat untuk jenazah perempuan secara persendirian :

"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah ini dengan empattakbir fardhu kifayah kerana Allah Taala"

c. Lafaz niat untuk mayat lelaki bagi Imam.

"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah(lelaki) ini dengan empat takbir fardhu kifayah menjadi Imam kerana Allah Taala"

d. Lafaz niat untuk mayat perempuan bagi Imam.

"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah(perempuan) ini dengan empat takbir fardhu kifayah menjadi Imam kerana Allah Taala"

e. Lafaz niat untuk mayat lelaki bagi Makmum

"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah(lelaki) ini dengan empat takbir fardhu kifayah menjadi makmum kerana Allah Taala"

f. Lafaz niat untuk jenazah perempuan bagi Makmum

"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah(perempuan) ini dengan empat takbir fardhu kifayah menjadi makmum kerana Allah Taala"

Bacaan dan Doa dalam Solat Jenazah.

a. Takbir yang pertama :

Membaca lafaz :

Allahu Akbaru (Allah Maha Besar).

Kemudian dilanjutkan dengan membaca Al-Fatihah :

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi maha Penyayang.
Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam.
Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Yang berkuasa mengadili pada hari pembalasan.
Hanya kepada Mu kami menyembah dan hanya kepada Mu kami memita segala pertolongan.
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus.
Iaitu Jalan orang yang engkau kurniakan nikmat ke atras mereka, bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai dan bukan jalan orang-orang yang sesat.

b. Takbir yang kedua.

Membaca lafaz seperti pada takbir pertama, kemudian dilanjutkan dengan membaca selawat atas Nabi Muhammad s.a.w :

"Ya Allah! Berilah rahmat atas penghulu kami Muhammad s.a.w dan atas keluarganya sebagaimana Engkau telah memberi rahmat pada Nabi Ibrahim dan keluarganya. Dan berkatilah atas Nabi Muhammad s.a.w. dan atas keluarganya. Sebagaimana Engakau memberkati Nabi Ibarahim dan atas keluarganya. Pada seluruh alam. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan Maha Mulia".

c. Takbir yang ketiga :

Selepas takbir yang ketiga hendaklah membaca doa untuk memohonkan ampun pada si mati :

"Ya Allah! Ampunilah dia dan kasihanilah dia dan sejahterakanlah serta ampunilah dosa kesalahan dia. Dan muliakanlah kedatangannya dan luaskanlah tempat masuknya (kuburnya) dan bersihkanlah dia dengan air salju dan embun, bersihkanlah dia dari segala dosa dan sebagaimana kain putih yang bersih dari segala kotoran dan gantikanlah baginya rumah yang lebih baik dari rumahnya dan gantikanlah isteri yang lebih baik dari isterinya dan gantikanlah keluarga yang lebih dari keluarganya dan peliharalah (hindarkanlah) dia dari seksa kubur dan seksa neraka."

d. Takbir yang ke empat.

Selepas mengangkat takbir yang keempat hendaklah membaca doa seperti di bawah ini :

"Ya Allah ! Janganlah kiranya pahala tidak sampai pada kami dan janganlah Engkau memberi pada kami fitnah sepeninggalannya dan ampunilah kami dan dia dan bagi saudara -saudara kami yang telah mendahului kami dengan imam dan janganlah menjadikan gelisah (dengki) dalam hati kami pada orang-orang yang beriman, Ya Allah! Ya Tuhan kami sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

Selanjutnya yang terakhir adalah memberi salam dan palingkan ke kanan dan ke kiri.


kredit: Resepi Rahsia Ku


Salam Ukhuwah..~

Rabu, 28 Mac 2012

Kebaikan Susu Kambing


Kelebihan Susu Kambing


- Paling hampir dengan susu ibu (minuman terbaik di dunia selepas susu ibu)

- Para Nabi meminum susu kambing dan membela kambing (membela dan meminum susu kambing adalah sunnah)

- Tiada dijangkiti penyakit kambing gila (yang ada penyakit lembu gila)

- Kurang dijangkiti penyakit kuku dan mulut berbanding lembu

- Kambing mempunyai sistem pertahanan tubuh yang kuat

- Kambing betina beranak 2 kali setahun, 1 hingga 4 ekor berbanding lembu setahun sekali dan hanya seekor

- Lembu hanya mempunyai nafsu mengawan sekali dalam satu tahun berbanding kambing, setiap hari

- Susu kambing lebih mudah dihadam kerana ia hanya memerlukan 20 minit berbanding susu lembu memerlukan 2 jam


Khasiat Susu Kambing

Susu kambing paling berkesan dan lebih berkhasiat jika dibandingkan dengan susu lembu dalam menyembuh serta mencegah penyakit "dalaman" antara lain:

- Penyakit deman kuning

- Penyakit lemah jantung

- Penyakit darah tinggi

- Penyakit migrane/kerap merasa pening kepala

- Penyakit sendi, sakit urat saraf dan buah pinggang

- Penyakit batuk kering atau TB

- Penyakit yang menyerang jantung, limpa dan hati seperti hipertitis

- Penyakit saraf dan tulang belakang yang dialami bila usia semakin lanjut

- Cukup bermanfaat bagi mereka yang mengalami lemah tenaga batin

- Sesuai diminum diwaktu pagi (sebelum bersarapan) dan malam (sebelum tidur). Jangan guna air panas kerana boleh merosakkan khasiatnya. Bancuh dengan air suam sahaja


Susu Kambing Adalah Yang Terbaik Selepas Susu Ibu

- Membantu dan menguatkan sistem imunisasi tubuh

- Bersifat alkali bukan asidik

- Sesuai untuk semua peringkat umur, dari bayi dalam kandungan sampailah kepada orang tua

- Meningkatkan daya kepekaan, penumpuan dan ingatan

- Mengimbangi kadar kolesterol dan kandungan gula dalam darah

- Mudah dicerna (menyerap dalam tubuh badan) dan tidak menyebabkan alahan

- Membantu melancarkan sistem penghadaman dan permasalahan usus

- Merawat dan menyembuhkan penyakit kanser, demam kuning, gastrik, ulser, buasir, asthma (lelah), migrain (sakit kepala), penyakit kulit, insomia (sukar tidur), senggugut, darah tinggi, lemah jantung, kencing manis, batuk kering dan gout

- Menguatkan jisim tubuh yang sihat (tulang, gigi, otot, sendi, kulit dan tisu saraf

- Memulihkan tenaga batin dan awet muda


kredit:rakangroup


Salam Ukhuwah..~

Kata Siapa Sering Kita Ikut...Sendiri Jawab



. Manusia - Eh, dah subuh dah?
· Malaikat - Bangunlah wahai anak Adam, tunaikan sola...t subuh mu
· Syaitan - Alahhhhhh, sekejaplah, mengantuk ni...awal lagi ni..zzZZz
·
·
· Manusia - Nak makan, laparlah ..
· Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah....
· Syaitan - Ahh, tak payahlah... dah lapar ni ! makan saja..sedapnya
·
·
· Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
· Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat.
· Syaitan - Ehh, panaslah, tak ada style langsung, nampak kampung!
·
·
· Manusia - Alamak, dah lewat!
· Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat.
· Syaitan - Ahhh? awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X punchkanlah?
·
·
· Manusia - Azan sudah kedengaran.. ..
· Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
· Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi ni.
·
·
· Manusia - Eh, eh.... tak boleh tengok ini, berdosa..
· Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah
Maha Melihat dan Maha Mengetahui !
· Syaitan - Perggghh... best tu...rugi ooo kalau tak tengok ni.
·
·
· Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
· Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
· Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantak dia lah
·
·
· Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
· Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihati lah sesama kamu..
· Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2...pandai2 lah
·
·
· Manusia - Aku telah berdosa..
· Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu, sesungguhnya Allah Maha
Pengampun.
· Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... muda
lagi kan..lagipun hidup hanya sekali..rugilah..(kalau sempatla)
·
· Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
· Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang
dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu.
· Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh !
·
·
· Manusia – Uuhhh..letihnya harini..tak solat lagi ni.
· Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di
dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu.
· Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaan di dunia (sahaja) dan
kebahagiaan diakhirat untukmu nanti ada juga (jangan mimpilah!)
·
·
· Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
· 1. Anda – Patut ke aku sorang saja yang baca di sini ??
· 2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal..sebarkan lah !
· 3. Syaitan - Tak payahlah sibuk2 ..biar je disini.
·
· ~Renung-renungkan dan selamat beramal~
·
· Sebarkan pada MUSLIM yang lain jika kita sayangkan Sahabat Islam kita.


Salam Ukhuwah..~

Selasa, 27 Mac 2012

Wanita Lamar Lelaki Amalan Terpuji


Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.

ADA si teruna yang lambat menyatakan hasrat menyunting pilihan hati lalu jatuh ke pihak lain. Begitu juga halnya dengan seorang wanita yang tertarik dengan lelaki yang dirasakan calon sesuai untuk dijadikan suami namun disebabkan dia hanya menunggu akhirnya turut terlepas peluang.

Tiada larangan dalam Islam jika wanita membuat lamaran terhadap lelaki yang layak menjadi pasangan hidupnya. Apa yang berlaku itu berkait rapat dengan soal lambat menzahirkan lamaran.

Perigi mencari timba pula merujuk kepada wanita yang berusaha mencari lelaki untuk dijadikan teman hidup.

Namun dalam masyarakat kita perkara berkenaan dianggap lari daripada adat dan budaya.

Mungkin ‘tugas’ itu sukar dan mustahil kerana ia tidak pernah dilakukan dalam masyarakat kita.

Lihat saja sejarah Siti Khadijah yang bertindak ‘berani’ melamar Nabi Muhammad s.a.w. Beliau tidak berasa rendah diri walaupun jarak usianya dengan Rasulullah agak jauh.

Bagaimana dengan wanita moden yang mahu mencontohi tindakan Siti Khadijah? Kita semua tahu, Siti Khadijah berketurunan bangsawan yang kaya-raya.

Bukan saja mempunyai perniagaan besar, tetapi beliau juga disegani kerana mempunyai kebijaksanaan dan sopan-santun tinggi.

Bagaimana jika wanita datang menyunting lelaki pilihannya dengan menggunakan orang perantaraan bagi menyampaikan hasratnya?

Mungkin kaum wanita menganggap usaha mereka itu sebagai ‘terhegeh-hegeh’ dan sebab itulah ia gagal dilaksanakan.

Diharap selepas ini kaum wanita terbuka hatinya untuk merubah budaya.

Wanita meminang lelaki adalah sesuatu yang lumrah. Selain Siti Khadijah meminang Rasulullah s.a.w. dan Saidina Umar r.a. juga pernah meminang Saidina Abu Bakar r.a. untuk puterinya Siti Habsah.

Jika mereka bertemu dengan lelaki yang layak menjadi pasangan maka ambillah peluang untuk memulakan lamaran. Jangan takut untuk mencuba dan berasa malu kerana jika ditolak sekalipun Allah pasti menjanjikan insan yang lebih baik untuk mereka.

Pernah pinangan Umar r.a. ditolak Saidina Abu Bakar r.a, tetapi penolakan itu dilakukan dengan cara paling terhormat. Namun selepas itu Umar mendapat calon yang lebih baik apabila Rasulullah s.a.w. memperisterikan Siti Habsah.

Jelas sekali, Allah tidak akan mengecewakan hamba yang bersungguh melaksanakan syariat-Nya. Sayang sekali, malu kita tidak merujuk kepada syari'at.

Sebuah hadis yang diriwayatkan Anas berkata: “Ada seorang wanita yang datang menawarkan diri kepada Rasulullah s.a.w. dan berkata: “Ya Rasulullah! Apakah kau memerlukan aku?” Puteri Anas yang hadir ketika mendengar perkataan wanita itu mencelanya dengan mengatakan dia tidak punya harga diri dan rasa malu. “Sungguh memalukan dan betapa buruknya…!” Anas berkata kepada puterinya itu: “Dia lebih baik daripadamu! Wanita itu senang kepada Nabi s.a.w. dan menawarkan dirinya!” (Riwayat Bukhari)

Pendakwah dan Pengarah Penyelidikan dan Modul Fitrah Perkasa Sdn Bhd, Pahrol Mohamad Juoi, berkata malu dalam Islam mesti diukur atas dasar iman.

“Tidak seharusnya seorang wanita berasa malu untuk memulakan langkah untuk melamar lelaki yang dirasakan layak untuknya.

“Malah, tiada tentangan dari sudut akidah, syariah dan akhlak Islamiah terhadap perkara berkena'an,” katanya.

Beliau berkata pendekatan yang digunakan perlu selaras dengan prinsip dan matlamat yang bertepatan dengan nilai agama.

“Umpamanya, wanita perlu menggunakan orang tengah iaitu keluarga, sahabat dan orang yang boleh dipercayainya untuk tujuan melamar.

“Jika diterima, alhamdulillah dan jika ditolak sekalipun tidak mengapa. Allah tetap menilai percubaan itu sebagai amal soleh kerana mereka sudah melakukan sesuatu yang halal dan harus di sisi Islam,” katanya.

Pahrol berkata tidak timbul soal perigi mencari timba kerana dalam sejarah Islam ada pihak wanita yang meminang lelaki dan begitulah sebaliknya.

“Kedua-dua cara berkenaan boleh dilaksanakan. Apabila ada wanita melamar lelaki yang dirasakan baik untuk dijadikan pasangan hidup ia adalah usaha yang sangat terpuji.

“Berjaya atau tidak, bukan soalnya kerana Allah menilai usaha berkenaan. Jangan sesekali berasa diri direndahkan.

Mereka perlu berasa malu jika terbabit dengan pergaulan bebas, pendedahan aurat dan tindakan haram lain untuk mendapatkan pasangan hidup,” katanya.

Beliau berkata pasangan hidup adalah teman yang akan bersama-sama membentuk keluarga dalam menjalani ibadat sebagai hamba Allah di atas muka bumi ini.

“Ini misi besar dan berat. Bermula dari keluarga barulah terbentuknya sebuah masyarakat, negara dan ummah. Untuk membentuk keluarga ini perlu kepada lelaki kepada wanita.

“Wanita tidak seharusnya rasa ‘terhegeh-hegeh’ atau tidak laku. Wanita yang dikatakan tidak laku dan terhegeh-hegeh ialah mereka yang mendedah aurat, berkelakuan tidak senonoh dan bergaul bebas sehingga ke tahap hilang rasa malu, menggadai iman serta akhlak Islamiah.

“Bagaimana umpan begitulah ikan yang akan kita dapat. Jangan terkejut jika wanita yang mendedah aurat (seksi) akan mendapat lelaki hidung belang sebagai pasangannya,” katanya.

Berdasarkan sejarah yang masyhur, Pahrol berkata Siti Khadijah tertarik dengan keperibadian Nabi Muhammad yang mempunyai sifat jujur dan bijak ketika menjalankan perniagaan.

“Semua maklumat itu diperoleh daripada hambanya, Maisarah yang ditugaskan membantu serta mengiringi Rasulullah s.a.w. ketika berniaga.

“Sepanjang bermusafir Maisarah melihat, merasai dan meyakini bahawa Nabi Muhammad s.a.w memang seorang yang baik kemudian menyampaikan laporan kepada tuannya Siti Khadijah.

“Khadijah mempunyai ketajaman menilai sumber maklumat. Apabila maklumat yang diterima diyakini benar, Siti Khadijah bertindak memanggil bapa saudaranya dan saudaranya yang lain untuk menyatakan hasrat melamar Nabi Muhammad s.a.w.

“Allah mengkabulkan hajatnya dan lamarannya diterima,” katanya.

Beliau menasihatkan perkara utama untuk mencari pasangan ialah menjaga akhlak dan keperibadian selain memastikan maklumat pasangan itu benar.

“Carilah saudara, rakan, ustaz atau sesiapa yang terdekat dengan lelaki pilihan kita. Setelah ada maklumat yang benar, dirikan solat istikharah untuk meminta Allah perteguhkan keputusan yang sudah ada atau meminta petunjuk membuat keputusan yang belum ada.

“Orang yang bersolat istikharah tidak akan kecewa kerana solatnya bukan saja mencari petunjuk Allah dalam membuat keputusan yang belum pasti, tetapi turut juga meminta diperteguhkan hati melaksanakan keputusan yang pasti.

“Selepas menetapkan keputusan, teguhkan azam dan terus bertawakal. Kemudian segerakan urusan lamaran dengan memilih wakil yang baik bagi urusan meminang dan seterusnya segerakan perkahwinan,” katanya.

Pahrol berkata bagi mereka yang sudah berusaha mencari pasangan, tetapi masih belum berjaya perlu bersangka baik kepada Allah.

“Penangguhan itu satu ujian yang pasti ada hikmahnya. Mungkin Allah hendak selamatkan mereka daripada mendapat suami yang jahat, pendera dan tidak bertanggungjawab.

“Jadi, berusahalah sambil menunggu ketentuan daripada Allah. Jangan membuat keputusan untuk tidak berkahwin sampai akhir hayat kerana ia bertentangan dengan syariat dan fitrah.

“Golongan yang menentang peraturan Allah akan menderita jiwanya dan hidup dalam kesepian. Dalam apa saja keadaan, beribadatlah sehingga kita berasa letih untuk melakukan maksiat,” katanya.

Beliau berkata gelaran seperti ‘andartu’ dan ‘andalusia’ tidak sewajarnya dilemparkan kerana hakikatnya mereka sedang diuji Allah.

“Orang yang diuji sepatutnya dibantu, dikasihi dan didoakan. Masyarakat Islam sepatutnya memikirkan bagaimana kaedah untuk mencarikan jodoh buat mereka,” katanya.


Pesan Tok Wan

Jangan malu tidak kena pada tempatnya.

kredit : bhalaqah



Salam Ukhuwah..~

Azan...Subhanallah...





SETIAP KESABARAN AKAN DIGANTI DENGAN KEMENANGAN

SETIAP KEDUKAAN AKAN BERGANTI DENGAN KEBAHAGIAAN

SETIAP PERPISAHAN PASTI BERMULA DENGAN SATU PERTEMUAN

SETIAP YANG BERAKHIR AKAN BERTUKAR DENGAN SUATU PERMULAAN

SETIAP KEJADIAN TUHAN PASTI ADA HIKMAHNYA..
.............

Saya Ada satu epal, anda Ada satu epal.
Kita tukar epal, anda Ada satu Dan saya tetap Ada satu.
Jika anda Ada satu ilmu Dan saya Ada satu ilmu, kemudian,
Kita tukar ilmu tersebut, anda Ada dua ilmu Dan saya Ada dua ilmu...

Allahu Akbar!!



ADAB MENDENGAR AZAN


Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa Dan waktunya
Yang tidak Kita ketahui.Cuba Kita amati. Mengapa
Kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat
Berkata apa-apa.. Lidahnya kelu, keras Dan hanya mimik
Mukanya yang menahan kesakitan ' sakaratul maut' .
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: 'Hendaklah
Kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah
Akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. '
Ini jelas menunjukkan, Kita disarankan agar mendiamkan
Diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan
Berkumandang . Sebagai orang beragama Islam Kita WAJIB
Menghormati azan Banyak fadhilatnya . Jika lagu
Kebangsaan Kita diajar agar berdiri tegak Dan diamkan
Diri.
Mengapa ketika azan Kita tidak boleh mendiamkan diri?
Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah
Akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita takut dengan
Kelunya lidah Kita semasa ajal hampir tiba maka Kita
Tidak dapat mengucap kalimah 'Lailahaillallah. .' yang
Mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika
Nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan
Syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama
menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah
ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.
'Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian
yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah 'Lailahaillallah. .'
semasa sakaratul maut menghampiri kami.. Amin... amin.. amin Yarobbala'lamin.. .'

Sesuatu yang tak pernah terjangkau dek akal fikiran ku ini.

Subhanallah. ..

Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan melaungkan azan, mengakui

'Bahawa Allah Sahaja Yang Patut Disembah, dan Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah.'

Dimulakan dengan Indonesia yang terletak dibahagian timur dengan ratusan kepulauan-nya dan jumlah
penduduknya seramai 180 juta.

Sebaik masuk waktu Subuh, azan mula berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan bilal yang akan melaungkan
Ke-Agungan Allah S.W.T Dan Nabi Muhammad S.A.W.

Proses ini akan bergerak kearah barat kepulauan Indonesia . Perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam.

Belum pun laungan azan dimerata Indonesia selesai, ianya bermula pula di Malaysia.

Berikutnya di Burma dan dalam masa satu jam selepas azan dilaungkan di Jakarta,
tiba giliran Dacca di Bangladesh.Berikutnya laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar dibarat India.

Perbezaan waktu dikota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka masa ini, azan akan berkumandang diseluruh Pakistan.

Belum berakhir di Pakistan, azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat.Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangka masa ini, azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman , Kuwait dan Iraq .
Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik.Jarak masa azan mula dilaungkan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik adalah 9-1/2 jam.

Belum pun azan subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia. Ini berterusan
bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus.

Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam!

Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pembesar suara (yang power habis!), akan bergegar satu dunia dengan laungan Azan tidak putus-putus.

Allahu Akhbar!

kredit: Azari Tajudin


Salam Ukhuwah..~

Isnin, 26 Mac 2012

Awasss!!!:Jangan Letak Gambar Anak Anda di Facebook Untuk Elakkan Diculik


Teknologi memberi manusia kemudahan dalam melakukan aktiviti dan bersosial. Tapi teknologi juga memudahkan orang melakukan jenayah. Salah satu contohnya adalah kebiasaan para ibu-ibu muda untuk mempamerkan foto anaknya di akaun Facebook. Tindakan ini mungkin boleh membahayakan anak anda. “Ramai kaum ibu suka gambar-gambar anaknya dipamerkan di Facebook. Ternyata, ini memberi peluang kepada penculik.

Peningkatan kes penculikan sekarang juga salah satunya disebabkan kesilapan ini sehingga orang tua menjadi makin paranoid,” kata Arist Merdeka Sirait, ketua Suruhanjaya Nasional perlindungan Anak dalam perbincangan bersama media di Plaza Bapindo, Jakarta (21/3/2012). Jika dulu penculik kena sering memantau mangsa yang akan diculik, sekarang cukup dengan membuka Facebook penculik boleh mencari korban dengan mudah.

Apalagi data mengenai pekerjaan dan kesibukan orang tua juga boleh diketahui melalui Facebook. Kebanyakan kes penculikan terjadi ketika orang tua cuai dan membiarkan anak tanpa pengawasan. Untuk mengelakkan ianya terjadi, maka tetapan keselamatan di akaun Facebook juga perlu diperketat. Gambar-gambar anak dan foto-foto lain yang bersifat peribadi sebaiknya ditetapkan supaya ia hanya boleh dilihat oleh keluarga, kawan, atau orang-orang tertentu yang dipercayai dan tidak semua orang dapat melihatnya.

Bukan hanya Facebook, televisyen juga mungkin mempunyai impak dalam membentuk perilaku buruk anak. Pelbagai tayangan seperti sinetron dan reality show masa ini tidak memberikan pemahaman yang baik kepada anak mengenai nilai-nilai moral dan lebih banyak memberi kesan negatif. “Suruhanjaya Nasional Perlindungan Anak pernah memantau 13 stesen TV swasta di Indonesia. Hasilnya, 62% di antaranya menayangkan perilaku kekerasan yang boleh membuat anak-anak menirunya. Pelbagai adegan kekerasan ini dijumpai di sinetron dan tayangan-tayangan filem lain,” kata Arist.

kredit: DetikHealth


Salam Ukhuwah..~

"Tomcat" , ...Tentera Allah Yang Kecil Tapi Berbahaya


Baru baru ini serangan serangga Mungil yang terkenal dengan nama Tomcat telah menyerang ratusan korban penghuni di perumahan dan apartemen di Surabaya, Jawa Timur. Tomcat atau Rove Beetle, menjadi momok yang menakutkan tidak hanya bagi warga Surabaya bahkan sudah ada warga Bekasi, Jawa Barat, yang mengaku diserang si Mungil berbahaya ini.


Apa yang menyebabkan Tomcat menjadi serangga yang menakutkan?


Kumbang ini, Tomcat (latin: Paederus riparius) mempunyai ukuran kurang daripada 1 cm panjang. Badannya berwarna kuning gelap di bagian atas, bawah abdomen dan kepala berwarna gelap. Bagian tengah abdomen yang berwarna hijau tua mempunyai sepasang sayap keras. Biasanya, Tomcat ini kelihatan merangkak di kawasan sekeliling dengan menyembunyikan sayapnya dan dalam sekali pandang ia lebih menyerupai semut. Apabila diganggu, Tomcat akan menaikkan bagian abdomen supaya kelihatan seperti kala jengking untuk menakutkan musuh. Yang Menyebabkan Reaksi Kulit.

Tomcat tidak menyengat atau menggigit. Cairan hemolimf yang terdapat di dalam badan (kecuali sayap) kumbang ini mengandungi racun sentuhan hewan yang paling berbisa di dunia. Toksin ini dikenali sebagai 'aederin': (C24 H43 O9 N) dinamakan dalam tahun 1953. Cairan ini disinyalir 12x lebih mematikan dari bisa ular kobra.


Tomcat

Nama Hewan : Kumbang ROVE
Nama Saintifik : Staphylinidae (Insecta: Coloeptera: Staphylinidae)
Nama Tempatan : Semut Semai, Semut Kayap.


Tomcat otomatis akan mengeluarkan cairan apabila terjadi sentuhan atau benturan dengan kulit manusia secara langsung. Bisa juga dengan sentuhan tidak langsung melalui handuk, baju atau alat lain yang tercemar oleh racun tomcat tersebut. Itu sebabnya, jika sudah terkena dermatitis otomatis seperti seprei dan uba rampe-nya, handuk maupun alat-alat yang disinyalir terkena racun tomcat harus dibersihkan.

Bersentuhan dengan kumbang ini saat merayap atau tidur, menghancurkannya pada badan atau mengosok dengan jari yang kotor akan menyebabkan konjunktivitis dan penyakit kulit yang teruk yang dikenali sebagai 'dermatitis linearis', 'aederus (kumbang rove/ staphylinidae) dermatitis'.

Jika kulit mengalami kontak dengan serangga ini, kulit akan terasa terbakar, memerah dan beberapa hari kemudian akan muncul nanah di bagian tengahnya.

Bila serangga ini hinggap di kulit, jangan dimatikan dengan menepuknya. Sebab cairan serangga ini akan mengeluarkan racun. Cukup ditiup hingga pergi. Segera bersihkan kulit dengan air sabun anti septik dan salep anti gatal atau anti biotik.

Jangan menggaruk luka, karena racun bisa berpindah ke bagian lain kulit. Segera ke dokter jika terkena gigitan serangga ini. Dengan pengobatan dokter, umumnya luka akan membaik dalam 10 hari hingga 3 minggu.

Jika ruam terjadi setelah terjadi kontak dengan serangga ini:

1. Jika anda bersentuhan dengan serangga ini, segera cuci bagian yang terkena dengan sabun dan air.

2. Mereka yang mengalami reaksi kulit yang parah hendaklah mendapat perawatan medis.

3. Bagi penderita yg mengalami perbanyakan ruam, pastikan tiada lagi serangga ini ditempat tidur dan tutup semua jendela ketika menjelang malam.

4. Bahan antiseptik seperti larutan potassium permanganate (KMnO4) boleh digunakan untuk mencuci.

5. Bahan antiseptik dicampur dengan krim steroid dengan kekuatan rendah dapat mengurangi luka yg telah pecah.

6. Terakhir, jangan sampai luka yg masih basah terkena sinar matahari, karena dapat menyyebabkan bekas hitam yang sulit dihilangkan.

Untuk pengobatannya, gunakan saja Salep Acyclovir 5% yang bisa didapatkan di Toko Obat / Apotek terdekat. Pasalnya karena dianggap sama dengan dompo tak jarang yang diobati dengan obat antivirus baik topikal maupun oral. Penggunaan obat tradisional semacam daun bobokan atau lidah buaya juga kurang dianjurkan. Pasalnya, bisa saja malah menyebabkan alergi. Sebab seharusnya diobati dengan obat anti radang dan apapun jenis herpesnya sebaiknya konsultasikan dengan dokter sesegera mungkin.

Bagi kaum Muslimin, pencegahan dari serangan bahaya serangga atau apa saja yang berbahaya tidak hanya dilakukan dalam segi ilmiah. Secara rohani, dzikrullah dapat mencegah dari hal yang berbahaya (insya Allah).

Dari Abu Hurairah radhiallahu anhu dia berkata: Ada seorang laki-laki datang kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam seraya berkata,

“Ketika aku tidur tadi malam ada seekor kalajengking yang menyengatku.
Maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,

Ø£َÙ…َا Ù„َÙˆْ Ù‚ُÙ„ْتَ Ø­ِينَ Ø£َÙ…ْسَÙŠْتَ Ø£َعُوذُ بِÙƒَÙ„ِÙ…َاتِ اللَّÙ‡ِ التَّامَّاتِ Ù…ِÙ†ْ Ø´َرِّ Ù…َا Ø®َÙ„َÙ‚َ Ù„َÙ…ْ تَضُرَّÙƒَ

“Sekiranya di waktu sore kamu membaca, “A’uudzu bi Kalimatillahittaammaati Min Syarru Maa Khalaq (aku berlindung dengan kalimat Allah yang sempurna dari kejelekan apa saja yang Dia ciptakan), niscaya binatang itu tidak akan membahayakanmu.” (HR. Muslim no. 2709).

kredit: kaskus (siraaj/arrahmah


Salam Ukhuwah..~

Ahad, 25 Mac 2012

Mata Lalat vs Mata Lebah...Mana Satukah Kita?


Di kalangan manusia ada 2 jenis mata , mata lalat dan mata lebah.


Mata lalat :

Cuba perhatikan jika lalat terbang di taman bunga yang indah , apakah yang ia perhatikan ?

Lalat walaupun di taman yang penuh dengan bunga2 & pohon yang cantik , ia tetap akan mencari makanan yang kotor.



Mata lebah :

Cuba perhatikan pula jika lebah terbang di kawasan pembuangan sampah , apa yang ia cari?

Ia tetap mencari bunga yang wangi untuk dijadikan makanannya.



Apa moral dari dua jenis keadaan ini ?

Apakah kita dari jenis mata lalat yang hanya mencari kelemahan orang lain ? Adakah kita mahu jadi seperti lalat, yang mencari makanan kotor , kemudian hinggap pula pada sajian manusia & kemudian membawa mudarat pada yang memakannya?

Atau kita dari jenis mata lebah yang sentiasa mencari kebaikan orang lain ? Adakah kita seperti lebah yang meghasilkan madu yang dapat menjadi ubat penawar pada penyakit manusia ?

Alangkah baiknya jadi seperti lebah , hanya mencari yang elok meskipun dalam keaadaan yang kurang elok.

Sentiasalah bersangka baik.Apabila bersangka baik , tutur kata , tindakan, segalanya akan menjadi baik.

Marilah kita bersama-sama muhasabah diri....

Pesanan ini untuk diri saya juga.

kredit: Radio IKIM


Salam Ukhuwah..~

Persoalan Muslim Tidak Solat dan Bagaimana Bertaubat?


Soal ibadah atau mengerjakan perkara yang makruf ini bukan perkara yang dianggap suka-suka, bila rajin buat apabila tidak rajin kita tinggalkan. Kalau ibadah sunat itu tidak mengapalah sebab kalau kita tidak buat dia tidak mendapat apa-apa pahala dan dosa. Tetapi kalau perkara yang wajib kalau kita tinggalkan dia mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah.

Kita umpamakan diri kita sebagai hamba Allah kepada seorang pelancong yang masuk ke dalam sesebuah negara. Syarat untuk memasuki sesebuah negara mestilah dengan menggunakan pasport dan juga visa, kalau tidak ada pasport dan visa pelancong tersebut dianggap sebagai pendatang tanpa izin. Apabila dokumen sudah diluluskan oleh pihak imegeresen, maka pelancong tersebut sudah boleh bergerak bebas dalam negara tersebut dengan beberapa syarat yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa negara tersebut. Jika ia melakukan kesalahan atau melanggar syarat yang ditentukan, dia boleh didakwa dan boleh juga ditamatkan masa melancongnya dengan serta merta.

Berdasarkan perumpamaan di atas ini adalah apabila kita disahkan atau diluluskan sebagai seorang muslim dengan pasport atau visa kita iaitu syahadah, maka kita kena menta'ati segala undang-undang atau syariat yang terdapat dalam agama Islam. Jika kita gagal mematuhinya nescaya kita mengundang kemurka'an dan dosa daripada Allah swt. Bila tamat sahaja pasport dan visa yang diberikan Allah swt kepada kita iaitu mati, sudah pasti di akhirat nanti kita menghadapai satu siksa'an yang sangat dahsyat dari Allah swt serta para MalaikatNya atas segala kegagalan atau kesalahan yang telah kita lakukan.

Kalau kita hitungkan balik jumlah waktu solat dan masa yang diperlukan untuk mengerjakan solat itu sangat sedikit dan tidak sampai suku masa dari jumlah 24 jam. Bagaimana anda boleh anggap solat ini satu perkara yang susah. Inilah yang dikatakan tipu daya syaitan laknatullah yang sentiasa mencari jalan untuk memutar belitkan pemikiran manusia dengan menganggap solat itu satu perkerjaan yang sangat susah berbanding dengan kerja lain. Firman Allah yang bermaksud :

“Sesungguhnya Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan Aku; oleh itu, Sembahlah akan daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati daku.” (At-Taha : 14)

Semua makhluk adalah hak milik Allah swt, jadi terpulanglah kepada Allah swt untuk buat apa sekalipun kepada makhluknya. Kita tidak boleh berbantah dan mempertikaikan segala suruhan Allah. Setiap amal kebajikan yang kita buat ada balasannya dan ganjarannya. Buatlah ibadah dengan penuh keikhlasan dan kesabaran.

Satu lagi yang perlu di ingatkan kepada yang bertanya, sebagai seorang muslim, kita tidak boleh anggap solat itu membebankan dan menyusahkan kita, sebab solat ini adalah perintah Allah dan kita tidak boleh mempersenda segala suruhan Allah swt dan jika kita mempersenda, maka sudah pasti ia mengundang kemurkaan Allah, segala amal dan pahalanya akan ditolak oleh Allah swt, boleh merosakkan akidahnya dan akan diazab dengan siksaan yang sangat pedih di hari akhirat kelak. Firman Allah yang bermaksud :

“Dan jauhkanlah diri dari orang-orang yang menjadikan ugama mereka sebagai permainan dan hiburan, dan mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia dan peringatkanlah (mereka) Dengan Al-Quran itu supaya tiap-tiap diri (di akhirat kelak) tidak terjerumus (ke Dalam azab neraka) Dengan sebab apa yang ia telah usahakan (dari perbuatan yang buruk dan keji). tidak ada baginya Pelindung dan tidak juga pemberi syafaat Yang lain dari Allah. dan jika ia hendak menebus (dirinya) Dengan Segala jenis tebusan, (nescaya tebusan itu) tidak akan diterima daripadanya. mereka itulah orang-orang yang dijerumuskan (ke Dalam azab neraka) Dengan sebab apa yang telah mereka usahakan. bagi mereka disediakan minuman dari air panas yang menggelegak, dan azab seksa yang tidak terperi sakitnya, disebabkan mereka kufur ingkar (semasa hidupnya).” (Al-An’am : 70)

Manusia adalah makhluk yang lemah dan mudah untuk lupa segala suruhan dan larangan Allah. Jadi sebab itulah Islam diturunkan untuk mengajak dan mengingati manusia akan perintah Allah. Sebab itulah Islam mewajibkan solat 5 waktu, ini bertujuan untuk menghidupkan hati manusia dari terus leka dengan tipu daya syaitan. Bila kita solat, kita akan ingat segala kesilapan yang telah dilakukan oleh kita, dari kesalahan yang dilakukan mohon ampun kepada Allah melalui doa-doa yang terdapat dalam solat dan selepas solat.

Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang..Kalau kita bertubat dengan sepenuh hati dan berikrar tidak melakukan lagi dosa tersebut, nescaya Allah swt akan menerima taubat kita. Firman Allah yang bermaksud :

“Katakanlah (Wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana Sesungguhnya Allah mengampunkan Segala dosa; Sesungguhnya Dia lah jua yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Az-Zumar : 53)

Tidak ada alasan lagi bagi sesiapa yang melakukan dosa untuk bertaubat, kerana Allah swt sentiasa membuka pintu taubat seluas-luasnya kepada sesiapa yang ingin bertaubat. Ini peluang yang Allah berikan kepada kita, jangan kita lengah-lengahkan taubat, sebab ajal maut kita tiada siapa pun tahu melainkan Allah sahaja. Kalau tidak disegerakan taubat, takut-takut nanti kita tidak sempat untuk bertuabat kepada Allah swt.

Dalam taubat ini juga ada beberapa syarat yang telah ditetapkan seperti kata Imam Qurtubi Rahimahullah “Taubat itu mempunyai empat perkara iaitu istiqfar dengan lidah, meninggalkan dengan badan, menyembunyikan keinginan untuk kembali semula dan meninggalkan keburukan”. Taubat ini bukan hanya dilafazkan dimulut sahaja atau menangis dengan air mata berdarah sekalipun, taubatnya tidak akan diterima oleh Allah swt sebab dia masih lagi mempunyai keinginan untuk melakukan dosa itu kembali.

kredit: Ustaz Amin


Salam Ukhuwah..~

Sabtu, 24 Mac 2012

Hakim Amerika Pertahan Islam Di Mahkamah


Mungkin agak ganjil mendengar tajuk di atas . Semua orang tahu sikap Amerika terhadap Islam. Bagi Amerika, Islam sering dikaitkan dengan keganasan. Namun ironinya semakin kuat Amerika menentang Islam dilaporkan semakin ramai rakyat di sana makin berminat dengan Islam.

Tragedi 911 telah menyebabkan perkembangan Islam di Amerika berlaku dengan agak pantas. Salah satu indikasi bagi perkara ini adalah selepas serangan 911 Al-Quran menjadi kitab yang paling laris dijual di beberapa wilayah di Amerika bagi tempoh yang agak lama. Minat rakyat Amerika dengan Al-Quran sehingga menyebabkan Penerbit buku yang terkenal , Penguin Books, yang telah menerbitkan Al-Quran dalam bahasa Inggeris melaporkan ia telah mencetak lebih dari 20,000 naskah Al Quran sejurus berlakunya tragedi 911.

Akhbar USA Today melaporkan di dalam artikel bertajuk “"People Want to Know, so Koran is Bestseller," penjualan naskah Al-Quran telah berganda 55 kali selepas 911. Apabila ditanya tentang perkara ini salah seorang sarjana barat yang amat bersimpati dengan Islam, John Esposito menyatakan “ kekuatan Al-Quran adalah mana-mana orang Islam atau sesiapa sahaja membuka mana-mana helaian Al-Quran akan mendapat mesej betapa Islam memandang tinggi tentang nyawa dan kehidupan manusia.”

Kes terbaru yang berlaku di sebuah Mahkamah di Pennsylvania, Amerika juga agak menarik minat saya untuk menulis artikel ini. Ia melibatkan seorang Islam , Talaag Elbayomy yang memukul seorang Atheist, Ernie Perce yang telah menghina Nabi Muhammad s.a.w . Ernie Perce telah memakai pakaian yang menunjukkan kononnya mayat Nabi Muhammad s.a.w. sedang bangun dan berjalan di dalam satu perarakan sempena menyambut hari Halloween. Perbuatan beliau telah mengakibatkan Talaag Elbayomy yang kebetulan bersama keluarganya menyaksikan perarakan tersebut merasa bahawa perbuatan Earnie Perce tersebut menghina Rasulullah s.a.w lalu memukul lelaki athiest tersebut.

Pegawai Polis yang bertugas di perarakan tersebut iaitu Brian Curtis berpendapat tindakan lelaki athies tersebut adalah termasuk di dalam kebebasan bersuara yang dijamin oleh Pindaan Pertama Perlembagan Amerika maka beliau telah menangkap lelaki Islam yang memukul lelaki Athies tersebut. Dipendekkan cerita akhirnya lelaki Islam tersebut telah didakwa atas tuduhan menggangu ( harrassament ) lelaki Athiest tersebut.

Kes tersebut telah dibicarakan dihadapan Hakim Daerah, Mark Martin. Hakim tersebut telah memutuskan lelaki Islam tersebut tidak bersalah dan membebaskan beliau. Apa yang menarik semasa beliau membebaskan lelaki Islam tersebut beliau telah memberi syarahan berikut :-

“Setelah mempunyai peluang tinggal lebih dari dua tahun di negara umat Islam saya rasa saya mempunyai pengetahuan sedikit sebanyak tentang Islam. Hakikatnya saya ada senaskah Al-Quran di sini.. Saya ingin mencabar kamu tuan ( lelaki Athiest tersebut ) tunjukkan kepada saya di mana di dalam Al-Quran yang menyatakan bahawa Muhammad telah bangun dan berjalan bersama orang-orang yang dah mati. Oleh itu sebelum kamu memperolok-olok agama orang Iain kamu sepatutnya berusaha untuk mengetahui agama tersebut.

Di dalam masyarakat kita ( Amerika ) kita mempunyai Perlembagaan yang memberi kita banyak hak khususnya hak di bawah Pindaan Pertama. Amat malang setengah orang menguna Pindaan Pertama tersebut bagi membuat provokasi ke atas orang lain dengan sengaja. Saya tidak fikir itulah yang diniatkan oleh datuk moyang kita terdahulu. Saya rasa datuk moyang kita berniat untuk mengguna Pindaan Pertama tersebut bagi membolehkan kita menyampaikan apa yang ada di minda kita dan bukannya bagi menghina dan mencerca orang lain atau budaya mereka – yang malangnya itulah yang kamu lakukan.”

Hakim itu kemudiannya meneruskan syarahan beliau tentang Islam seperti berikut :-

“ Saya tidak rasa kamu sedar tuan bahawa di sana terdapat perbezan yang besar bagaimana Amerika melaksanakan Kristian – saya faham kamu adalah seorang Athiest ( tidak percaya agama ) – tapi kamu kena faham bahawa Islam bukan sekadar agama. Islam adalah cara hidup dan budaya mereka . Islam adalah segala-galanya bagi mereka ( orang Islam ) . Mereka bersembahyang lima kali sehari dan menghadap Mekah . Untuk menjadi orang Islam yang baik sebelum mati kamu kena pergi ke Mekah menunaikan haji melainkan kamu terlalu sakit atau terlalu tua tetapi kamu kena berusaha untuk melakukan haji. Perjumpaan mereka dimulakan dengan ‘Salam alaikum, wa-laikum as-Salam yang ertinya Salam sejahtera ke atas kamu.

Adalah menjadi kebiasaan dalam percakapan mereka apabila mereka bercakap dengan orang lain mereka akan berkata “ Jika Allah mengkehendaki” (Insya'Allah) ia akan berlaku. Inilah tata cara kehidupan mereka. Apa yang kamu lakukan adalah sama sekali meranapkan apa yang mereka anuti. Saya berpendapat apa yang kamu lakukan adalah sangat sangat biadap dan meskipun kamu ada hak , kamu bagaimanapun telah bertindak melampaui had-had yang ditetapkan oleh Pindaan Pertama Perlembagaan.

Saya telah mengabiskan masa selama tujuh tahun tinggal di negara-negara lain. Apabila kita pergi ke negara lain bukan satu yang luar biasa orang memanggil kita sebagai ‘ugly Americans” ( Amerika yang hodoh ) . Ini kerana kita terlalu mementingkan hak kita tetapi tidak langsung mempedulikan hak-hak orang lain.”

Di dalam satu kes yang lain yang melibatkan seorang yang dibuang kerja kerana tidak diberi alasan seorang Hakim Amerika dengan penuh yakin menyatakan seperti berikut “ Jika Tuhan sendiri memberikan alasan kepada Adam- iaitu Adam dilarang memakan buah yang dilarang- sebelum beliau diperintah keluar dari syurga , siapakah kamu ( majikan ) yang dengan sewenang-wenangnya memecat pekerja kamu tanpa memberi alasan.”

kredit: Mohamed Hanipa Maidin


Salam Ukhuwah..~

Jumaat, 23 Mac 2012

6 Kelebihan Hari Jumaat


Jumaat lebih istimewa daripada hari-hari yang lain. Buat janji, bahawa Jumaat aku mesti bangun tiga puluh minit sebelum ke waktu subuh, kalau dapat sejam sebelum itu. Hah, kan bagus.

Hari ini tok nak cerita sedikit tentang hebatnya hari Jumaat dan kelebihan-kelebihan hari Jumaat. Moga anda memperoleh munafa'at, tok yang menulis juga lebih-lebih lagi mendapat faedahnya.

Jadi 6 kelebihan Jumaat akan di senaraikan. Semoga Jumaat kali ini menjadikan kita lebih berjaya, lebih cemerlang! Insya'Allah...


1. Berlakunya hari kiamat.

Ya, Jumaat merupakan hari yang selalu dikaitkan dengan berlakunya hari kiamat. Dalam suatu hadis riwayat Muslim, Nabi SAW ada menyebut bahawa, “Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah swt melainkan akan dikabulkan permintaannya.”


2. Nabi Adam diciptakan dan dia juga disingkirkan dari syurga.

Hari Jumaat memang istimewa. Hari ini nabi Adam a.s. diciptakan, dan hari ini jugalah Baginda diturunkan daripada syurga.

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah saw bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”


3. Penghulu segala hari.

Tok suka sebut Jumaat ni istimewal. Kenapa yek? Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana agama kita sendiri yang meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain.


Dalam suatu hadis Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”


4. Selamat dari fitnah kubur bagi yang mati pada hari Jumaat.

Menurut Nabi saw, “Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah daripada fitnah kubur.”

Jadi, sama-samalah kita berdoa moga-moga Allah memilih kita di kalangan manusia-manusia yang diberikan kelebihan oleh Allah ini.


5. Kebaikan dengan memotong kuku.

Peliharalah kebersihan anda. Kalau boleh, Jumaat ni bagi lebih-lebih lagi. Mana yang dah lama tak potong rambut, maka potonglah. Kasi kemas. Kalau kuku dah rasa mula nak panjang, hah potonglah.

Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah swt akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”


6. Makbulnya doa di antara dua khutbah.

Yang ini pun kita dah selalu dengar. Daripada zaman sekolah lagi mungkin ramai yang telah diberitahu akan perkara ini. Baca doa ketika imam sedang duduk antara dua khutbah selalunya makbul doanya tu. Ya, kan?

Banyak ulamak yang berpendapat bahawa makbulnya doa yang dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua.
Ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah yang bermaksud,

“Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.” Dan Rasulullah saw menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu.

Abi burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa Rasulullah saw pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan.

TUAN, puan, abang, kakak dan adik-adik semua, marilah kita jadikan Jumaat kita kali ini lebih bererti. Bukannya apa, untuk kebaikan kita juga. Semua kelebihan yang ada pada Jumaat ini sebenarnya merupakan ruang dan peluang untuk kita rebut.

Kita mengaku kita orang Islam. Kita pun mengaku bahawa kita ni mengamalkan segala suruhan agama. Jadi, apalah salahnya sedikit amalan yang nampak macam tak seberapa ini kita rebut.

Kalau rasa-rasa selalunya macam malas nak selawat, macam tak ada mood nak berzikir, maka jadikanlah hari Jumaat untuk anda lebih bersemangat unttuk berselawat, berzikir, istighfar dan sebagainya.

Nabi saw sendiri ada menyebut barangsiapa yang banyak beristihfar, Allah akan bagi jalan keluar bagi setiap masalah yang dihadapinya.

Mari kita jadi lebih baik, sedikit pun tak apa. Asal kita jadi lebih baik. Kita usaha, kita cuba betul-betul. Mana tahu andai Allah juga bakal tarik nyawa kita di hari Sayidul aiyam ini. Subhanallah…


Salam Ukhuwah..~

Khamis, 22 Mac 2012

4 Orang Anak-anak Adam a.s. Dialam Remaja


Keempat putera-puteri Adam mencapai usia remaja dan memasuki alam akil baligh di mana nafsu berahi dan syahwat serta hajat kepada hubungan kelamin makin hari makin nyata dan nampak pada gaya dan sikap mereka hal mana menjadi pemikiran kedua orang tuanya dengan cara bagaimana menyalurkan nafsu berahi dan syahwat itu agar terjaga kemurnian keturunan dan menghindari hubungan kelamin yang bebas di antara putera-puterinya.

Kepada Nabi Adam Allah memberi ilham dan petunjuk agar kedua puteranya dikahwinkan dengan puterinya. Qabil dikahwinkan dengan adik Habil yang bernama Lubuda dan Habil dengan adik Qabil yang bernama Iqlima.

Cara yang telah di ilham oleh Allah s.w.t. kepada Nabi Adam telah disampaikan kepada kedua puteranya sebagai keputusan si ayah yang harus dipatuhi dan segera dilaksanakan untuk menjaga dan mengekalkan suasana damai dan tenang yang meliputi keluarga dan rumahtangga mereka. Akan tetapi dengan tanpa diduga dan disangka rancangan yang diputuskan itu ditolak mentah-mentah oleh Qabil dan menyatakan bahawa ia tidak mahu mengahwini Lubuda, adik Habil dengan mengemukakan alasan bahawa Lubuda adalah buruk dan tidak secantik adiknya sendiri Iqlima. Ia berpendapat bahawa ia lebih patut mempersunting adiknya sendiri Iqlima sebagai isteri dan sekali-kali tidak rela menyerahkannya untuk dikahwinkan oleh Habil. Dan memang demikianlah kecantikan dan keelokan paras wanita selalu menjadi fitnah dan rebutan lelaki yang kadang-kadang menjurus kepada pertentangan dan permusuhan yang sampai mengakibatkan hilangnya nyawa dan timbulnya rasa dendam dan dengki di antara sesama keluarga dan sesama suku.

Kerana Qabil tetap berkeras kepala tidak mahu menerima keputusan ayahnya dan meminta supaya dikahwinkan dengan adik kembarnya sendiri Iqlima maka Nabi Adam seraya menghindari penggunaan kekerasan atau paksaan yang dapat menimbulkan perpecahan di antara saudara serta mengganggu suasana damai yang meliputi keluarga beliau secara bijaksana mengusulkan agar menyerahkan masalah perjodohan itu kepada Tuhan untuk menentukannya. Caranya ialah bahawa masing- masing dari Qabil dan Habil harus menyerahkan korban kepada Tuhan dengan catatan bahawa barang siapa di antara kedua saudara itu diterima korbannya ialah yang berhad menentukan pilihan jodohnya.

Qabil dan Habil menerima baik jalan penyelesaian yang ditawarkan oleh ayahnya. Habil keluar dan kembali membawa peliharaannya sedangkan Qabil datang dengan sekarung gandum yang dipilih dari hasil cucuk tanamnya yang rosak dan busuk kemudian diletakkan kedua korban itu kambing Habil dan gandum Qabil di atas sebuah bukit lalu pergilah keduanya menyaksikan dari jauh apa yang akan terjadi atas dua jenis korban itu.

Kemudian dengan disaksikan oleh seluruh anggota keluarga Adam yang menanti dengan hati berdebar apa yang akan terjadi di atas bukit di mana kedua korban itu diletakkan, terlihat api besar yang turun dari langit menyambar kambing binatang korban Habil yang seketika itu musnah ternakan oleh api sedang karung gandum kepunyaan Qabil tidak tersentuh sedikit pun oleh api dan tetap tinggal utuh.

Maka dengan demikian keluarlah Habil sebagai pemenang dalam pertaruhan itu karena korban kambing telah diterima oleh Allah sehingga dialah yang mendapat keutamaan untuk memilih siapakah di antara kedua gadis saudaranya itu yang akan dipersandingkan menjadi isterinya.


Pembunuhan Pertama Dalam Sejarah Manusia

Dengan telah jalurnya keputusan dari langit yang menerima korban Habil dan menolak korban Qabil maka pudarlah harapan Qabil untuk mempersandingkan Iqlima tidak puas dengan keputusan itu namun tidak ada jalan untuk menyoalkan. Ia menyerah dan memerainya dengan rasa kesal dan marah sambil menaruh dendam terhadap Habil yang akan dibunuh di kala ketiadaan ayahnya.

Ketika Adam hendak berpergian dan meninggalkan rumah beliau mengamanahkan rumahtangga dan keluarga kepada Qabil. Ia berpesan kepadanya agar menjaga baik-baik ibu dan saudara-saudaranya selama ketiadaannya. Ia berpesan pula agar kerukunan keluarga dan ketenangan rumahtangga terpelihara baik-baik jangan sampai terjadi hal-hal yang mengeruhkan suasana atau merosakkan hubungan kekeluargaan yang sudah akrab dan intim.

Qabil menerima pesanan dan amanat ayahnya dengan kesanggupan akan berusaha sekuat tenaga menyelenggarakan amanat ayahnya dengan sebaik-baiknya dan sempurna berpergiannya akan mendapat segala sesuatu dalam keadaan baik dan menyenangkan. Demikianlah kata-kata dan janji yang keluar dari mulut Qabil namun dalam hatinya ia berkata bahawa ia telah diberi kesempatan yang baik untuk melaksanakan niat jahatnya dan melepaskan rasa dendamnya dan dengkinya terhadap Habil saudaranya.

Tidak lama setelah Adam meninggalkan keluarganya datanglah Qabil menemui Habil di tempat penternakannya. Berkata ia kepada Habil:"Aku datang ke mari untuk membunuhmu. Masanya telah tiba untuk aku lenyapkan engkau dari atas bumi ini."

"Apa salahku?"tanya Habil. Dengan asalan apakah engkau hendak membunuhku?"

Qabil berkata:"Ialah kerana korbanmu diterima oleh Allah sedangkan korbanku ditolak yang bererti bahawa engkau akan mengahwini adikku Iqlima yang cantik dan molek itu dan aku harus mengahwini adikmu yang buruk dan tidak mempunyai gaya yang menarik itu."

Habil berkata:"Adakah berdosa aku bahawa Allah telah menerima korbanku dan menolak korbanmu?Tidakkah engkau telah bersetuju cara penyelesaian yang diusulkan oleh ayah sebagaimana telah kami laksanakan?Janganlah tergesa-gesa wahai saudaraku, mempertaruhkan hawa nafsu dan ajakan syaitan! Kawallah perasaanmu dan fikirlah masak- masak akan akibat perbuatanmu kelak! Ketahuilah bahawa Allah hanya menerima korban dari orang-orang yang bertakwa yang menyerahkan dengan tulus ikhlas dari hati yang suci dan niat yang murni.Adakah mungkin sesekali bahawa korban yang engkau serahkan itu engkau pilihkannya dari gandummu yang telah rosak dan busuk dan engkau berikan secara terpaksa bertentangan dengan kehendak hatimu, sehingga ditolak oleh Allah, berlainan dengan kambing yang aku serahkan sebagai korban yang sengaja aku pilihkan dari perternakanku yang paling sihat dan kucintai dan ku serahkannya dengan tulus ikhlas disertai permohonan diterimanya oleh Allah.

Renungkanlah, wahai saudaraku kata-kataku ini dan buangkanlah niat jahatmu yang telah dibisikkan kepadamu oleh Iblis itu, musuh yang telah menyebabkan turunnya ayah dan ibu dari syurga dan ketahuilah bahawa jika engkau tetap berkeras kepala hendak membunuhku, tidaklah akan aku angkat tanganku untuk membalasmu kerana aku takut kepada Allah dan tidak akan melakukan sesuatu yang tidak diredhainya.Aku hanya berserah diri kepada-Nya dan kepada apa yang akan ditakdirkan bagi diriku."

Nasihat dan kata-kata mutiara Habil itu didengar oleh Qabil namun masuk telinga kanan keluar telinga kiri dan sekali-kali tidak sampai menyentuh lubuk hatinya yang penuh rasa dengki, dendam dan iri hati sehingga tidak ada tempat lagi bagi rasa damai, cinta dan kasih sayang kepada saudara sekandungnya. Qabil yang dikendalikan oleh Iblis tidak diberinya kesempatan untuk menoleh kebelakang mempertimbangkan kembali tindakan jahat yang dirancangkan terhadap saudaranya, bahkan bila api dendam dan dengkin didalam dadanya mulai akan padam dikipasinya kembali oleh Iblis agar tetap menyala-yala dan ketika Qabil bingung tidak tahu bagaimana ia harus membunuh Habil saudaranya, menjelmalah Iblis dengan seekor burung yang dipukul kepalanya dengan batu sampai mati. Contoh yang diberikan oleh Iblis itu diterapkannya atas diri Habil di kala ia tidur dengan nyenyaknya dan jatuhlah Habil sebagai korban keganasan saudara kandungnya sendiri dan sebagai korban pembunuhan pertama dalam sejarah manusia


Penguburan Jenazah Habil

Qabil merasa gelisah dan bingung menghadapi mayat saudaranya.ia tidak tahu apa yang harus diperbuat dengan tubuh saudaranya yang semakin lama semakin busuk itu.Diletakkannyalah tubuh itu di sebuah peti yang dipikulnya seraya mundar-mundir oleh Qabil dalam keadaan sedih melihat burung-burung sedang berterbangan hendak menyerbu tubuh jenazah Habil yang sudah busuk itu.

Kebingungan dan kesedihan Qabil tidak berlangsung lama kerana ditolong oleh suatu contoh yang diberikan oleh Tuhan kepadanya sebagaimana ia harus menguburkan jenazah saudaranya itu.Allah s.w.t. Yang Maha Pengasih lagi Maha Bijaksana, tidak rela melihat mayat hamba-Nya yang soleh dan tidak berdosa itu tersia-sia demikian rupa, maka dipertunjukkanlah kepada Qabil, bagaimana seekor burung gagak menggali tanah dengan kaki dan paruhnya, lalu menyodokkan gagak lain yang sudah mati dalam pertarungan, ke dalam lubang yang telah digalinya, dan menutupi kembali dengan tanah. Melihat contoh dan pengajaran yang diberikan oleh burung gagak itu, termenunglah Qabil sejenak lalu berkata pada dirinya sendiri:"Alangkah bodohnya aku, tidakkah aku dapat berbuat seperti burung gagak itu dan mengikuti caranya menguburkan mayat saudaraku ini?"

Kemudian kembalilah Adam dari perjalanan jauhnya.Ia tidak melihat Habil di antara putera-puterinya yang sedang berkumpul.Bertanyalah ia kepada Qabil:"Di manakah Habil berada?Aku tidak melihatnya sejak aku pulang."

Qabil menjawab:"Entah, aku tidak tahu dia ke mana! Aku bukan hamba Habil yang harus mengikutinya ke mana saja ia pergi."

Melihat sikap yang angkuh dan jawapan yang kasar dari Qabil, Adam dapat meneka bahawa telah terjadi sesuatu ke atas diri Habil, puteranya yang soleh, bertakwa dan berbakti terhadap kedua orang tuanya itu.Pada akhirnya terbukti bahawa Habil telah mati dibunuh oleh Qabil sewaktu peninggalannya.Ia sangat sesal di atas perbuatan Qabil yang kejam dan ganas itu di mana rasa persaudaraan, ikatan darah dan hubungan keluarga diketepikan sekadar untuk memenuhi hawa nafsu dan bisikan yang menyesatkan.

Menghadapi musibah itu, Nabi Adam hanya berpasrah kepada Allah menerimanya sebagai takdir dan kehendak-Nya seraya mohon dikurniai kesabaran dan keteguhan iman baginya dan kesedaran bertaubat dan beristighfar bagi puteranya Qabil.


Kisah Qabil dan Habil Dalam Al-Quran

Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang di antaranya (Habil), dan tidak diterima (korban) dari yang lain (Qabil). Berkata (Qabil):" Sesungguhnya aku akan membunuhmu!". (Habil) menjawab: "Hanyasanya Allah menerima (korban) dari orang-orang yang bertaqwa; (Al-Maidah 5:27)

Maka nafsu jahat (Qabil) mendorongnya (sehingga ia tergamak) membunuh saudaranya, lalu ia membunuhnya. Oleh itu menjadilah dia dari golongan orang-orang yang rugi .(Al-Maidah 5:30)

Kemudian Allah hantarkan seekor burung gagak (menyuruhnya) mengorek-ngorek di bumi supaya, diperlihatkan kepada (Qabil) bagaimana cara menimbus mayat saudaranya. (Qabil) berkata: "Wahai celakanya aku! Alangkah lemah serta bodohnya aku, aku tidak tahu berbuat seperti burung gagak ini, supaya aku dapat menimbuskan mayat saudaraku?". Kerana itu menjadilah ia dari golongan orang-orang yang menyesal. (Al-Maidah 5:31)


Pengajaran Dari Kisah Putera Nabi Adam a.s.


Bahawasanya Allah s.w.t. hanya menerima korban dari seseorang yang menyerahkannya dengan tulus dan ikhlas, tidak dicampuri dengan sifat riyak, takabur atau ingin dipuji.Barang atau binatang yang dikorbankan harus yang masih baik dan sempurna dan dikeluarkannya dari harta dan penghasilan yang halal.Jika korban itu berupa binatang sembelihan, harus yang sihat, tidak mengandungi penyakit atau pun cacat, dan jika berupa bahan makanan harus yang masih segar baik dan belum rusak atau busuk.

Bahawasanya penyelesaian jenazah manusia yang terbaik adalah dengan cara penguburan sebagaimana telah diajarkan oleh Allah kepada Qabil.itulah cara paling sesuai dengan martabat manusia sebagai makhluk yang dimuliakan dan diberi kelebihan oleh Allah di atas makhluk-makhluk lainnya, menurut firman Allah dalam surah "Al-Isra" ayat 70 yang bererti ; "Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam.Kami angkut mereka di daratan dan di lautan.Kami beri mereka rezeki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan."

kredit: rakangroup


Salam Ukhuwah..~

Selasa, 20 Mac 2012

Nabi Isa a.s. Dengan Pemuda Mabuk Cinta


Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air dikebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata, "Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku kepada-Nya." Berkata Nabi Isa a.s, "Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat Jarrah itu."

Berkata pemuda itu lagi, "Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya untuk satu Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Jarrah." Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah, maka Nabi Isa a.s pun berdoa, "Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat Jarrah cintanya kepada-Mu." Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ. Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahawa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung.

Setelah Nabi Isa a.s mendengat penjelasan orang-orang itu maka beliau pun berdoa kepada Allah S.W.T, "Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu." Selesai sahaja Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung- ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit.

Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa berkata, "Aku ini Isa a.s."Kemudian Allah S.W.T menurunkan wahyu yang berbunyi, "Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat Jarrah cintanya kepada-Ku. Demi Keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya."


Pengajaran

Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.

1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia.

2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia ingin mendapat sanjungan dari manusia.

3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.

Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima dan lupa kepada yang lima :

1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.

2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.

3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al- Khaliq.

4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.

5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur."

kredit: rakangroup


Salam Ukhuwah..~

Isnin, 19 Mac 2012

5 Sikap Positif


5 Sikap Positif Perlu Anda Bina Pada Diri Anda


1. Berhenti mengomplen.

Hentikan sikap suka mengomplen. Jangan pertikaian sesuatu. Sebab setiap kali Anda mempertikaikan, setiap kali itulah emosi negatif bangkit. Emosi seperti marah, geram akan bangkit tiap kali Anda melahirkan rasa tak puas hati ketika mengomplen. Orang suka mengomplen, hidupnya tak maju-maju. Jika Anda nak maju, hentikan sikap suka ngomplen.


2. Berhenti berfikir mengenai kekurangan orang lain.

Elak untuk merasa diri Anda lebih. Elak merasa diri Anda bagus, pandai, lebih bijak, lebih kaya, lebih berharta atau lebih berjaya. Ini akan menjadikan Anda seorang yang ego. Bila sudah ego, Anda tak ada dorongan untuk maju. Anda akan sakit hati melihat kemajuan orang lain.


3. Banyak berfikir memperbaguskan diri

Sebaik-baik kesibukan adalah kesibukan memajukan diri, bukan sibuk menjaga hal orang. Sebaik-baik kesibukan adalah kesibukan membantu menjayakan hidup orang lain, bukan sibuk memburukkan hidup mereka. Dari Anda sibuk memikir hal orang, lebih baik sibuk berfikir kelemahan diri sendiri lalu berusaha memperbaikinya.


4. Hormati, kagumi, sanjungi.

Hormati sesiapa saja, kagumi pencapaian orang-orang yang Anda kenali dan yang Anda baca melalui buku, majalah atau melalui internet. Sanjungi pencapaian insan-insan hebat. Gabungan ketiga-tiga sikap ini akan membuat Anda bermotivasi.

Jangan pandang orang berdasarkan jawatan,kerja,angkat, duit dan harta. Hormatilah sesiapa saja,walau siapapun dia. Anda akan bermotivasi memajukan hidup Anda lantas menjadikan apa saja perkara Anda usahakan bepotensi untuk berjaya


5. Doakan orang lain selalu supaya mereka jadi berjaya.

Anda bantu orang lain berjaya, Anda juga akan berjaya. Apa yang Anda lakukan pada orang lain, itu jugalah dibalas pada Anda. Doakan kejayaan usahanya setiap kali Anda tidur, setiap kali Anda bangun. Anda akan perasan Anda pun jadi bersemangat sama. Energi positif yang Anda salurkan tatkala Anda mendoakan kejayaan seseorang akan membuat Anda bersemangat sentiasa.

kredit: rakangroup


Salam Ukhuwah..~

Ahad, 18 Mac 2012

Lelaki Idaman Wanita


Sudah pasti anda yang suka membaca tajuk ini terdiri dari kaum lelaki. Anda nak tahu lelaki yang bagaimanakah menjadi idaman setiap wanita. Ha ha ha...bacalah sepuloh perkara yang sudah disusun dibawah ini. Tapi awas...bukan semuanya betul.

1. LELAKI YANG PRIHATIN

Iaitu mendengar dengan teliti apa yang wanita cakap bukan dengar dengan telinga yang kembang aje..dan bukan masuk telinga kiri keluar telinga kanan; sebab cara mendengar begitulah yang biasanya mendorong kaum perempuan jadi membebel, bila dah membebel, panjanglah ceritanya.


2. LELAKI YANG MENJADI PENAWAR

Iaitu yang rajin dan pandai memberikan kata-kata keramat untuk jadi penawar hati wanita; walaupun kurang rupa; tidak mengapa, yang penting kaum perempuan ni sentiasa menghadapi kemungkinan untuk ditimpa sakit dari sakit mata sampai sakit jiwa raga.
Jadi, hatinya amat perlu dijaga; dan hanya kata-kata manis lagi betul susunan nahunya yang datang dari mulut lelaki akan menjadi penawar segala bisa.


3. LELAKI YANG MEMBERI KEBEBASAN SEWAJARNYA

Kebebasan tu bukan kebebasan yang melanggar batas-batas hukum, tapi memberi kebebasan yang berupa hak .
Contohnya bila berada di dalam kedai perabot, kaum perempuan berhak untuk mengangkut sebanyak mana barangan yang dikehendaki, kecuali tokey kedai tu. Lelaki cuma perlu senyum saja. Jika hendak melarang pun, gunakanlah suara selembut bayu.


4. LELAKI YANG BERHATI-HATI

Iaitu berhati-hati dan tidak mudah-mudah saja untuk mengeluarkan kritikan terutama tentang masakan . Sebab… ketahuilah ye.. apabila kaum perempuan itu memasak, mereka bukanlah memasak untuk dikritik atau dikomen itu ini, kalau mereka maukan begitu, tentulah mereka memasuki peraduan masakan.

Jadi.. biarkanlah mereka sendiri yang mengaku makanan itu tak sedap. Lain daripada itu, sedap tak sedap..’pulun’ aje le…!!!


5. LELAKI YANG WANGI

Ini adalah seimbang dengan fitrah kaum perempuan yang memang dicipta sebagai makhluk yang cenderung kepada kecantikan dan kebersihan. Oleh itu, kaum lelaki wajar memberi perhatian akan perkara ini.

Jagalah fizikal anda, elakkan B.O apalagi yang kuku berkarat dan selekeh macam pelarian tak cukup kaki. Kalau nak markah lebih tinggi, kenakan wangi-wangian selalu, mandi dan berendamlah dalam botol minyak wangi.


6. LELAKI YANG PEMURAH

Dalam erti kata yang lain, lelaki yang pemurah adalah yang sentiasa rela dan redha menyerahkan wang ke tangan perempuan. Bukan untuk dikuasai, tapi inilah cara paling baik untuk kaum perempuan, terutamanya kaum isteri untuk mengawal asap rokok yang disedut suami.

Paling penting langkahnya pun tidaklah terlalu panjang dan matanya pun tidaklah terlalu liar untuk memandang perempuan-perempuan lain.


7. LELAKI YANG TIDAK KISAH

Iaitu lelaki yang tidak ambil kisah sangat samada kaum perempuan ni nak memasak ke, nak membasuh ke, nak mengemas atau pun tidak bila di rumah tu.

Malah, lelaki yang masuk dalam kategori lelaki tidak kisah ini adalah kaum lelaki yang memberi kelonggaran sepenuhnya kepada isterinya untuk menjadikan kedai makan sebagai dapur nombor dua mereka. Itulah yang menjadi idaman ramai wanita tu..!!


8. LELAKI YANG MEMBERI SOKONGAN PADU

Inilah ciri-ciri lelaki yang amat diidamkan perempuan. sokongan padu mereka adalah sokongan padu yang amat padat kepada kaum perempuan untuk memanjangkan masa-masa bersidang mereka dengan teman-teman atau jiran tentangga.

Apabila mereka mula bersidang, lelaki yang menyokong dengan sepenuh hati tidak sesekali akan bertindak tegas atau mengacau biarpun perut mereka waktu itu sudah berkeroncong; mereka pandai membawa diri dan perut sendiri tanpa perlu menyusahkan isteri. Sungguh bertuah siapa yang memiliki dia.


9. LELAKI YANG CINTAKAN KEDAMAIAN

Apabila seseorang lelaki itu bersifat cintakan damai, maka tenanglah hidup mereka bersama wanita pilihan. Contohnya, tidaklah lagi akan kedengaran perbalahan atau undian balik kampung siapa di musim-musim raya .

Lelaki begini amat memahami dan sedar bahawa isterinya telah bertungkus-lumus menjaga anak dan jaga rumah jadi, sentiasa balik kampung isteri adalah hadiah terbaik.
Cukuplah setengah hari setahun aje balik kampung sendiri; daripada tak balik langsung dan daripada bergaduh beramuk…lebih baik…beralah kan..


10. LELAKI YANG MENYERAHKAN KUASA VETONYA

Inilah ciri lelaki yang menjadi buruan kaum perempuan..jika mereka sanggup menyerahkan kuasa veto ke tangan wanita..mereka akan menjadi lebih macho dan hensem daripada Brat Pitt atau Nicholas Cage di mata wanita .

Kuasa Veto yang diserahkan itu adalah kuasa veto untuk menentukan samada lelaki yang jadi suami mereka tu boleh pasang 2,3,4 atau tidak. Selain itu wanita juga diberi kuasa veto untuk menentukan siapa kawan-kawan suami mereka; ini untuk pastikan suami tak terikut-ikut perangai yang tak elok.

Dengan kuasa veto ini juga beerti kita, kaum wanita berhak sepenuhnya untuk meminta kaum lelaki membuat karangan bertajuk “BILA DAN DI MANA SAYA BERADA HARI INI” setiap kali mereka berhadapan dengan isteri , tunangan atau kekasih mereka.


Walau bagaimanapun kesemua formula diatas cuma suatu susunan pengarang sahaja. Jangan percaya sangat. Yang paling penting 'Percayalah Pada Allah Taa'ala', kerana Dialah yang mempunyai Kuasa keatas segala sesuatu.

kredit: rakangroup


Salam Ukhuwah..~