Bacaan Popular

Isnin, 20 Februari 2012

7 Cara Bersahabat Kerana Allah SWT


1.Memberitahu temannya bahawa dia kasih dan suka kepadanya.

Nabi Muhammad saw bersabda:

'Jika seseorang kasih kepada seseorang maka hendaklah dia memberitahu temannya'
(HR Abu Daud)



2.Apabila berpisah dengan seseorang maka hendaklah dia mendoakan sahabatnya tanpa pengetahuannya.

Nabi Muhammad saw bersabda:

'Setiap hamba muslim yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuannya pasti akan di doakan malaikat dengan berkata engkau juga akan mendapat seumpamanya'
(HR Muslim)



3.Sentiasa bermanis muka ketika berjumpa sahabatnya.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda:

'Janganlah kamu meremehkan kebajikan sedikit pun, sekalipun dengan berjumpa temanmu dalam keadaan wajah yang ceria'
(HR Muslim)




4.Segera bersalaman ketika bertemu dengan temannya.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda:

'Setiap dua orang Islam yang berjumpa dan bersalaman pasti akan di ampunkan dosa keduanya sebelum mereka berpisah'
(HR Abu Daud)




5.Amalan ziarah-menziarahi.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda:

'Hendaklah kamu menziarahi sesekali nescaya akan menambah kasih sayang antara kamu'




6.Memberi Hadiah

Nabi Muhammad S.A.W bersabda:

'Hendaklah kamu saling memberi hadiah nescaya kamu akan berkasih sayang'
(HR Thabrani)




7.Membantu sahabat-sahabatnya dalam kesusahan.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda:

'Orang yang berjalan untuk menunaikan hajat sahabatnya lebih baik daripada orang yang beriktikaf selama 2 bulan'
(HR Hakim)



kredit: Dr Abdullah Nasir Ulwan


Salam Ukhuwah..~

2 ulasan:

  1. saya paling susah buat perkara di no.3. entah kenapa saya rasa bila dekat saya tak boleh nak tunjuk rasa kasih saya pada kawan baik saya..hakikatnya dia kawan terbaik saya pernah ada...saya sedih bila baca entry ni tok wan..semua salah saya...dia cakap saya tak hargai dia macam dia hargai saya..tapi saya sayangkan dia selepas ibu bapa dan keluarga saya..mintak nasihat sikit..huhu

    BalasPadam
  2. Hazaika...Bacakan al Fatehah banyak2 untuk dia. he he..~

    BalasPadam