Bacaan Popular

Isnin, 7 Februari 2011

Suka Hati Akulah Nak Buka Tudung!



Artikel / tulisan ni bagus untuk korunk baca. Tok jumpa dalam kotak e-mail tok....dah satu tahun terperap dalam kotak e-mail. Hari ni dah sampai masa untuk korunk semua kongsi baca.

Kenapa saya buat artikel ini? asal mula artikel ini
saya buat dan hantar ke Facebook. asbabnya, ramai sangat kat
Facebook tu yang dan terover, dah tak sedar agaknyer, atau
terpesona dengan kecantikan diri sendiri. mana tidak, ramai
saya perhatikan, pergi kerja bertudung, balik kerja buka
tudung, pergi kerja, jalan2 tak bertudung, tapi bila balik
kampung umah sedara mara.. bertudung pula.

aduhai.. tolonglah, kalau rasanya dan bersedia nak
bertudung, bertudunglah betul2, kalau rasanya masih giler
nak berfesyen.. tak payahlah main2 . dosa pahala satu hal,
yelah betul bukan kita /saya yang tentukan, tapi memalukan
pun ye juga, bangsa asing yang bukan Islam tenguk pun akan
ketawa je..

dah kalau tudung / undang-undang Allah swt. kita leh
selamba..makna kata, yang lain pun...bolos!

******

apa hal!?

apa korang ingat aku buat, hak aku naper nak sibuk, apasal
nak rasa marah plak? suka ati aku lah.. aku nak pakai, kejap
nak buka, ada aku kisah apa korang nak cakap,.. kubur
asing2, tak payah nak ajar apa aku nak buat, tu urusan aku
dgn Tuhan, korang jaga kubur sendiri..

Assalamu'alaikum... eemm.. ko nak buka tudung yek...

ok jer, tak ada hal, rasa? eh tak ada rasa mendalah, bukan
kepala aku kepala kau.. kau yang nak pakai ke tutup ke..hak
kau. betul2 aku pun tak ada hak nak larang kau, ha . lagi
betul tu urusan kau dengan Tuhan, yelah, jaga kubur sendiri
ye tak.

tapi...

aku cuma nak kasi tau je ni. tak ada niat nak menegur tak
ada niat nak melarang jauuhhh sekali nak mengajar,. aku pun
tak ada sijil layak jadi cikgu, jadi ni tahap2 macam
sembang2 je lah kiranya ye...

gini, memang hak kau 100%, tapikan kau pernah dengar tak
pasal hak pesan berpesan, alah yg dalam Al Quran tu, tak
silap aku gini bunyinya

"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian.
Kecuali orang-orang yang beriman dan melakukan amal soleh
dan saling menasihati dalam kebenaran, dan saling menasihati
dalam kesabaran." ~ Al-Ashr 1-3

Jadi, cuma pesanan je ni kat kau. memang kubur tu hak kau
seorang, tak ada kongsi-kongsi, kalau ada pun sok esok kau
mati satu liang lahad dengan orang lain, pakej kau, dia tak
dapat. gitulah adilnya Allah bagi kat kita

kalau nak lawak, aku cakap gini je ye,.. bukan apa, alah.
esok-esok kalau kubur kau sebelah kubur aku, takut bisinglah,
maklumlah, kita ni kalau menangis, meraung kena balun, bukan
sikit-sikit anak tekak kita menjerit, kot nanti malaikat
beduk kau, aku tengah tidor ke, bising sikit, aku tak leh
nak rehat, sebab tu aku bagitau ni, kubur asing pun, sebagai
jiran, aku tak nak lah kau bising, aku pun peningkan....

ha ah satu lagi, bukan apa, bila kau kata orang lain tak
akan kena soal, silap sikit, pasal gini, kalau aku tahu kau
nak terjun lombong, aku tak tolong selamatkan kau, esok kau
datang kat aku, kau leh dakwa aku tak tolong kau, jenuh gak
aku nak jawab depan Allah pasal apa aku tak tolong ingatkan
kau tudung tu wajib. elok-elok kot aku boleh lepas, kantoi
pula.. ye tak

jadi sebab tulah sekarang ni aku bagi tau je, alah bagi tau
je, kau tak usah pula terasa hati ke marah ke, ye tak. aku
tak kisah kau nak buat apa pun, betul. cuma tulah bagi tahu
je. bab lain, apa yg termaktub dalam Quran, apa yang Baginda
sabdakan, aku rasa kau lebih tau kot dari aku, sebab kau pun
bukan calang-calang orang aper..

Kau lulusan tinggi lagi dari aku, kerjaya bagus, gaji 4
angka tu, rumah cantik, kenderaan baik, solat pun
Alhamdulillah tak tinggal aku tenguk,mengaji tentu kau dah
khatam, bab sedekah aku perati kau ni memang pemurahlah,
syukur. jadi tulah kan, memang senang nak cerita dengan kau,
tak payah panjang berjela-jela. kau tahu banyak perkara.

cuma betullah, apa kau cakap dari mula, kau ada hak, kubur
pun asing. tapi aku ada tanggungjawab, aku ada tugas, aku
wajib bagitau. sekali lagi bagitau. bukan dakwah-dakwah.. eh
tak, b a g i t a h u je. kau fikirlah semula ye.

oh ye, masa fikir tu, lebih baik kau buat masa kau lepas
solat, pasal masa tu kau masih pakai telekong solat, kau
tenguklah wajah kau yang cantik tu depan cermin, bersih je,
pastu kau fikirlah sambil-sambil kau bayangkan, kalau lah
aku mati ..

bukan apa, bila kau kata, yang orang lain tak ada hak nak
tegur larang tu. betul lah, aku setuju tu, tapi kau
agak-agak, kalau kau mati suk, orang lain yang tak ada hak
nak tegur larang kau jugalah yang akan kena urus jasad
jenazah kau, tak ada lagi orang mati, mandi sendiri, jalan
gi tanah kubur, korek sendiri dan masuk, kambus sendiri,
semua 'orang lain' yang tolong uruskan.

Jadi,.. bilamana ada kesilapan kita, orang tegur, tahulah
kita sebenarnya orang lain ada hak keatas kita!.

eh. tak apalah, aku nak balik dulu, kau fikirlah ye apa
yang kita sembang-sembang ni...kalau sekarang kita tak mahu
bertudung, akhirnya nanti kita akan ditudungkan juga, itulah
sehelai dari atas sampai kebawah, sebelum masanya sampai,
mulakanlah, kepada yang suka bertudung macam chipmore,
fikir2kanlah semula ya.
kat FB pun...ramai suka begitu, gi keje pakai tudung, gi
jalan tak bertudung, tangkap gambar muat naik yg tudung dan
tak bertudung.. mamcamana tu? aku pun tak berapa paham,
maklumlah aku tak ditempat kau, aku tak tahu matlamat kau
apa, macamana, untuk apa,kenapa...kau je yang tahu
jawapannya

tudung sekarang pun lawa-lawa, macam-macam jenama ada,
boleh pilih, tak apalah, sebelum sampai peringkat nak
bertudung labuh, mula sikit-sikit, mudah-mudahan kalau
nawaitu kita kerana Allah, Insya'Allah lembut hati tu, sok
nanti mesti kau leh sarung tudung labuhkan, lah ni mulalah
dulu, jaga tudung tu ye.

cuma aku berpesan kerana kasih dan sayang, kalian semua
hebat-hebat belaka,jadi bawalah kehebatan itu hingga
kesana,.. Insya'Allah,pasti kalian lebih bahagia.
bukankah itu yang selama ini kita cari.B A H A G I A!..
malah ada yg bunuh membunuh, sihir mensihir, berdendam
kesumat sebab merebutkan bahagia ni lah,.. tak kan kau tak
tahu, jadi matlamat bahagia yg mana kau betul2 nak. kat sini
ke kat sana ke.

ha, dah cukuplah ye, aku dah sudah pun, panjang bejela pun
tak guna, sikit-sikit cukuplah, kau orang yang hebat, sekali
lagi.. hebat!...

balik dululah ye...

tulisan asal Ummi http://ujianitunikmat.blogspot.com/2010/11/suka-hati-aku-lah-nak-buka-tudung.html

Salam Ukhuwah..~

3 ulasan:

  1. harap2 orang macam ni dapat la hidayah dari Allah swt.

    BalasPadam
  2. assalamualaikum.......
    salam ukhwah dari ana.....
    maaf lah ye... lau saye pn nk menegur.....
    kpd yg empunye blok nie... harap2 jangan la bcakap ikut sedap mulut jerr.....
    x elok tau.....
    kalau kite nk berdakwah.... biar ikhlas kerana ALLAH S.W.T.....
    jgn ikut sedap d dada..... hurmmmm
    seperti yg tok wan ckp la kan....
    demi masa sesungguhnye manusia itu kerugian kecuali bagi org2 yg beriman dan org2 yg bpesan dgn sabar....(sy ringkaskn sikit)
    apabila kite nk menasihati org lain... elok lah kalau kita gunakn bahasa yg lemah lembut.... bkn nya berbentuk sindiran atau maki hamun....
    maaf kn ana sekali lagi.... bkn niat nk interrupt niat tok wan... niat tok wan bagus... tp cara tok wan tu agak kasar sedikit....
    mungkin...kalau org yg tdk btudung terbace artikel nie.... ini bkn nye akn mbuka hatinye tuk ikhlas btudung krn ALLAH.... tp INi akn mjd tamparan hebat bgnya.....
    bkn kah sepatutnya kita bdakwah dlm keadaan yg lemah lembut....
    sedangkn nabi sendri akn bsikap lemah lembut ketika bdakwah... dan akn menerangkan hukum hakam secara terperinci dgn penuh kesabaran dan kewibawaan.... wa'allah wa'alam bissawab....
    ampunkan ana jika kata ana mnyinggung hati dan perasaan tok wan.... spt tok wan sy juga ingin bpesan2....
    asalamualaikum....

    BalasPadam
  3. Terima kaseh Lina said kerana teguran yang baik itu. Tetapi tulisan menggunakan bahasa kasar tersebut adalah tulisan asal Ummi (alamat ada dikaki artikel) Tok cuma kongsikan dgn rakan2 disini dan di fb. Harap maaf...

    Salam Ukhuwah..~

    BalasPadam