Bacaan Popular

Khamis, 17 Februari 2011

PERKAHWINAN…is NOT the answer!


Apabila pulang dari kenduri kahwin kawan semalam, teringat kembali REAKSI wajah my friend ni, pelik sangat… gelisah, risau, …seperti ada yang tak kena. Nak tanya, obviously not suitable place to ask la kan, orang tengah bertemu saudara mara selepas bersanding… My friend yesterday…he’s totally not himself. When I got back…fikir-fikir balik, memang kena call la kan… tapi member tak jawab, tak tahu nak cakap apa. I hope he read what Im write right now hehe…



Anyway to my friend, “S” - “In case kalau kau baca ni…this article is meant for you lah my friend, no hot feelings ya!”

So, why the title is sooo like that one? hehehe… well, it’s about perkahwinan obviously. You see, bukan I tak sokong berkahwin ni… I lagi nak all friends kahwin cepat-cepat, supaya semua dapat baby dan rezeki murah belaka. TETAPI, yang I tak sokongnya adalah apabila berkahwin for the wrong reasons…



Ada yang berkahwin kerana, sebab sudah bercinta so kena kahwin lah walaupun usia masih muda remaja.
Ada juga yang kahwin sebab dipaksa kahwin… yang ini banyak bercerai ni…
Kahwin kerana harta, wang ringgit… adoi! “Dia bagi aku kereta sebiji, rumah sebuah…beres kahwin!” - Yang ini paling ramai TAK BAHAGIA!
Ramai yang berkahwin kerana, semua kawan-kawan sudah berkahwin.
Dan yang paling kahwin for the wrong reason is… sebab untuk TIDAK BERGADUH LAGI. “Pada fikirannya, perkahwinan itu boleh membaik pulih perhubungan mereka yang sudah retak!”

“PERKAHWINAN IS NOT THE ANSWER kepada semua masalah itu!”

Kesucian perkahwinan itu hendaklah dikotakan terlebih dahulu sebelum anda berdua kahwin, mengapa harus fikir dengan berkahwin maka segala-gala masalah akan selesai?


Pada tahun 2008 sahaja, Jabatan Agama Islam telah mengeluarkan statistik bahawa seramai 22,289 pasangan melayu Islam sahaja, telah bercerai…



Why? why?…in my humble opinion, sebab you kahwin for the wrong reasons! You kahwin kerana nafsu, you kahwin kerana nak ikut kawan-kawan kahwin, you kahwin kerana you nak hidup kaya, you kahwin kerana you asyik bergaduh je, asyik cemburu buta je…so you fikir, KAHWIN je lahhhh…



Mana boleh macam tu… perkahwinan yang benar-benar bertahan lama adalah kerana, both of you REALLY IN LOVE! Tak perlu peluk cium, tak perlu sentuh…TETAP CINTA!



I sangat tak bersetuju apabila ada orang…well, wanita lah selalunya berkata, “Zaman sekarang mana ada lelaki yang betul-betul cinta… semua curang, jahat dan suka mainkan perempuan!” - Itu sebab you jumpa lelaki yang macam tu…dan you bagi dia mainkan you… that’s it!



Cuba you mahal sikit, tak bagi peluang dia nak memperdayakan you, tak bagi muka untuk dia kikis duit you, tak bagi langsung dia untuk main-main dengan you… for sure you tidak akan bertemu dengan lelaki jahat tu beb!



LELAKI yang benar-benar cinta, walau mahal macamana pun you treat him, walau susah nak rapat dengan you, walau perit nak memiliki you, dia tetap mencuba untuk mendapatkan you…walau berapa lama sekali pun, ITU CINTA!



Ini, takut tak ada orang nak kat dia lah… takut tak ada yang berminat lah… takut itu takut ini… adoi!



kalau timba ilmu tu ada lah cara-cara dia, macamana nak dapatkan cinta sejati! adoi…haaa tu lah masalahnya, fikir yang anda sudah tahu, lepas tu diperdaya, …salahkan orang… Mana boleh!

Same goes about marriage, most probably my friend ni…dia punya masalah… sebelum kahwin ni asyik bergaduuuuh je. his wife ni bangsa tak kira masa, asyik nak cemburu, asyik nak komplen, asyik nak berkepit je… kalau tak dapat beri jawapan yang dia puas hati, dia akan tanya-tanya…lepas tu dia asyik tak puas hati je lah…last-last, habislah sure bergaduh. Mana ada cinta macam tu?



ERTI CINTA ni bila perhubungan tu menghiburkan dan membahagiakan…dan saling cuba faham memahami antara satu sama lain, dalam sebulan tu maybe ada selisih faham sekali dua. That’s all lah. Itu pun sama-sama cuba selesaikan masalah tu. Itu baru cinta!…kasih dan sayang!



Bukan bertekak, bergaduh, meninggi suara, memaki hamun…lepas tu, “Yannnggg…maaf ek, tadi I tak sabar, geram sangat… tak tahan!”



Hello… itu kah cinta? Dah, bergaduh siang malam, berbaik, bergaduh, berbaik… lepas tu bergaduh balik, last-last kahwin je lah! - TAKKAN BAHAGIA punya kalau tidak mahu berubah sebelum kahwin lagi!



That’s why I said, “Perkahwinan is NOT the answer to all the problems” Settle dulu semua problem dan kahwin lah! Semua orang takkan halang punya. Family, rakan-rakan, saudara mara sure nak you all happy in marriage. Tapi kalau sebelum kahwin pun dah curang, dah bertikam lidah, dah cemburu buta, …you ingat lepas kahwin tak ada lagi lah???



LEBIH TERUK LAGI! …that’s why my advise is, fix it first! Then baru kahwin. Friends, … fikirlah sedalam-dalamnya sebelum membuat keputusan untuk berkahwin kerana perkahwinan itu teramat suci. Kalau tak boleh berubah… better break it off dan mulakan hidup baru dengan orang baru di dunia baru! Revolusi ku!

kredit: Nina Mazrina


Salam Ukhuwah..~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan