Bacaan Popular

Rabu, 16 Februari 2011

BETAPA PENTINGNYA IKHWANUL MUSLIMIN


Pada 12 feb 2011 genaplah 62 tahun tokoh mujaddid agung abad ini telah meninggalkan kita..Beliau seorang lelaki yg digeruni oleh musuh Islam tetapi disanjungi oleh umat kerana jasa & peranannya dlm dakwah.

Serba sedikit ttg IHAB, Beliau adalah Hassan Ahmad Abdul Rahman al-Banna, lahir di kota Al-Mahmudiya, di Buhaira, Mesir, pada hari Ahad, tanggal 25 Sya’ban tahun 1324(14 Oktober tahun 1906).Bapanya Syeikh Abdul rahman Al-Banna merupakan slah seorng ulama Azhar & imam masjid di kwsnnya.Ayahnya memainkan peranan penting dalam mendidik beliau dari sudut akhlak & kefahaman prinsip2 islam.

Beliau memulai pendidikannya di sekolah tahfizhul Qur’an di Al-Mahmudiyah,kemudian ke sekolah rendah di mahmudiyah.Di zaman kanak2nya beliau telah cenderung dlm amar ma’ruf nahi mungkar.Beliau & rakan2 telah menggerakkan persatuan yg menyeru kpd kemuliaan akhlak “Aj-Jam’ieyah Al-Akhlak Ad-Diniyah”. Beliau memasuki Maktab Perguruan di bandar Dmanhur dan kemudian melajutkan pelajaran ke Kuliyah Darul Ulum pada1923 dan tamat pada 1927.

IHAB mula bertugas sebagai guru di sebuah sekolah di Ismailiyah dan di situlah beliau mengembangkan dakwah beliau menyeru kepada umat kmbali kpada Islam dgn kefahaman yg sahih dan berakhlak dgn akhlak yg mulia . Beliau telah pergi ke merata tempat untuk menyeru kebaikan & cegah kemungkaran. Tak cukup di masjid IHAb juga berdakwah di kedai2 kopi & di tepi2 jalan.

IHAB melihat keadaan umat ketika itu sgt tenat,dijajah oleh kuasa Barat bahkan mereka tidak lagi mengamalkan Islam yg sebenar dan berpecah belah.Atas dasar itulah beliau menyeru umat islam pada kesatuan & perpaduan & bangkit utk menentang penjajah.Setelah itu beliau dan 6 org rakan lain telah bersepakat untuk menubuhkan jemaah yg dinamakan ikhwanul muslimin(IM).IM memainkan peranan besar dalam politik,ekonomi dan sosial Mesir dan negara2 Islam yg lain.IM telah mampu menguasai bandar2 & kmpg2 di mana di setiapnya ada cwgn2. Ikhwan juga membawa wanita & lelaki dalam medan dakwah.Secara ringkasnya peranan IM ialah:

Kebangkitan menentang penjajah inggeris di mesir dengan menubuhkan “Nizom Khas”(Organisasi Khusus) untuk memberikan latihan persenjataan kepada ikhwan demi menentang inggeris. Membantu Umat Islam(Indonesia,Morocco) khususnya di palestin dengan menghantar pasukan sukarelawan terlatih rela berkorban dikalangan ikhwan utk berjuang di sana pada 1936. IM juga hulurkan bantuan kewangan kpd Palestin
Menentang Raja,Feudalism & Capitalism. Membasmi Kemiskinan,kejahilan & penyakit: IM membantu penganggur2 yg mencari pekerjaan dengan membuka kilang untuk buka peluang pekerjaan.IM turut membuka kelas2 buta huruf untuk petani,buruh & pddk Kg dan bandar dismping mereka membina sekolah2 untuk anak2.Terdapat Doktor diklgn IM yg pergi ke Kg2 & bndar2 utk merawat masy dengan percuma n berikan ubat2an kpd mereka.Jemaah ini juga membina byk Hospital dan pusat rawatan.

Imam Syahid Hassan Al- Banna merupakan peribadi contoh muslim yg iltizam dgn agamanya. Beliau seorang yg terpuji akhlaknya,berani jiwanya,tinggi azamnya & cenderung kpd kesederhanaan dlm apajua perkara.Beliaulah yg menetapkan 10 ciri2 yg patut ada bagi seorg Akh muslim, dan mengadakan USUL2o demi mengembalikan kefahaman umat Islam kepada kefahamn yg sebenar..



Salam Ukhuwah..~

1 ulasan:

  1. Ar Rayah World News

    Pasti !!! Masjidil Al-Aqsa, Palestin Akan Dibebaskan

    http://ibnuyassir.blogspot.com/

    BalasPadam