Allah ta'ala telah meletakkan kejayaan dunia dan akhirat dalam agama. Lailaha ilallah..~
Bacaan Popular
-
Sebagai seorang Muslim kita semua tahu bahawa solat itu merupakan kewajipan yang Allah s.w.t. suruh seperti mana yang terdapat di dal...
-
Hari itu, saya balik selepas didenda berdiri di luar kelas selama sejam selepas waktu sekolah oleh Ustaz Ismail kerana terlupa menyiapk...
-
Ini adalah beberapa PETUA (Perubatan Orang Tua-tua Dulu-kala) untuk kita ingati dan amalkan dalam kehidupan kita. Memang dulu-dulu jarak kli...
-
Zaman sudah berubah..isteri sekarang semakin berani berlaku curang!” Kadar gejala seks bebas kian meningkat dalam masyarakat hari ini. Lebih...
-
DOA INI AFDALNYA DIBACA 11 KALI KETIKA SUJUD SEBAIK SELESAI SALAM SEMBAHYANG FARDHU. KEMUDIAN MOHON DOA KEPADA ALLAH. INSYA'ALLAH. TAWAK...
-
Minggu lepas Tok Wan ke Telok Intan, distinasi tepatnya ialah Kampung Sungai Jejawi Telok Intan, Perak. Tok pergi dengan sepupu yang...
Jumaat, 11 Februari 2011
Pakatan membunuh Nabi SAW
DETIK-DETIK penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Yathrib merupakan satu sejarah yang menjadi ingatan umat Islam sepanjang zaman. Selepas lebih dari dua bulan berlakunya Perjanjian Aqabah Kedua, tidak ada lagi umat Islam yang tinggal di Mekah. Hampir kesemua mereka berjaya membawa diri ke Yathrib secara senyap-senyap bagi memulakan satu kehidupan.
Tetapi ketika itu baginda Rasulullah bersama kaum keluarga, sahabat Abu Bakar As Siddiq dan menantu Ali bin Abi Talib masih berada di Mekah.Ini sebagai mematuhi perancangan agar mereka menunggu masa yang benar-benar sesuai untuk berhijrah.
Tempoh itu baginda gunakan untuk menyiapkan segala kelengkapan dan hanya menanti wahyu dari Allah untuk memerintahkan baginda keluar dari Kota Mekah. Tetapi bagi kaum musyrik Mekah, mereka tidak senang duduk apabila setiap kali mendengar berita orang Islam telah sampai ke Yathrib.
Ini kerana penghijrahan umat Islam itu adalah satu ancaman atau bahaya yang cukup besar kepada mereka terutamanya kedudukan agama penyembahan berhala, ekonomi dan politik kaum musyrik.
Lagi pula umat Islam bakal bersatu dengan penduduk Arab dari dua kabilah utama di Yathrib, Aus dan Khazraj yang bakal membentuk satu kelompok Arab yang sangat kuat dan boleh menjadi mengancam kedudukan Arab di Mekah.
Semua itu tidak mustahil kerana faktor pimpinan dan seluruh peribadi baginda sangat kuat pengaruhnya terhadap para pengikut lama dan baru. Pengaruh baginda mampu membentuk satu kesetiaan jitu malah sanggup berkorban apa sahaja demi baginda dan agama Islam yang disebarkan oleh baginda itu.
Apatah lagi jika baginda disakiti, pengalaman-pengalam an sebelum ini menunjukkan ramai yang menerima padah akibat cuba berniat jahat terhadap baginda.
Dari aspek ekonomi pula, Yathrib itu sendiri mempunyai kedudukan geografi yang sangat strategik kepada rombongan perdagangan yang sering melalui kawasan persisiran Laut Merah dari Yaman ke Syam (Syria).
Mereka pasti akan melewati Yathrib terlebih dahulu sebelum meneruskan perjalanan menuju ke Syam yang menjadi pusat perniagaan dan perdagangan utama ketika itu. Ini bakal memberi peluang kepada penduduk Yathrib untuk memberi pelbagai tekanan dan menghilangkan kebebasan kepada para pedagang yang terdiri dari Musyrik Mekah itu sendiri untuk berdagang ke Syam.
Kaum musyrik Mekah bimbang mereka disekat atau dilarang untuk berdagang kerana akan dianggap sebagai pengintip yang bakal menimbulkan kekacauan bagi melemahkan kedudukan umat Islam.
Lantaran setelah dikaji semua itu, penghijrahan umat Islam itu benar-benar satu petaka. Hubungan umat Islam dengan penduduk Yathrib mesti disekat. Jika tidak ia dilihat bakal menghancurkan kaum musyrik Mekah.
Lalu pada 26 Safar tahun ke 14 kenabian bersamaan 12 September 622 Masihi maka berlakulah satu mesyuarat serius dan tegang. Ia dihadiri oleh hampir kesemua pemimpin kabilah-kabilah Arab musyrikin Mekah yang disifatkan seperti dalam satu sidang perwakilan (Darul Nadwah).
Abu Jahal bin Hisham yang mewakili Bani Makhzum, Jubair bin Mut'im dari Bani Nawfal, Shaybah, Utbah bin Rabiah, Abu Sufyan bin Harb dari Bani Abd Shams, Umayyah bin Khalaf dari Bani Jumah adalah antara para pemimpin Quraisy yang hadir dalam pertemuan itu. Mereka sepakat untuk mendapatkan apa juga cara yang boleh menyekat Islam dan umatnya dari terus berkembang.
Namun yang menariknya saat mereka hendak berkumpul untuk sama-sama berbincang maka datang seorang lelaki tidak dikenali yang sangat tua.
Lelaki itu sebenarnya iblis yang menyamar bagi menjalankan jarum jahatnya untuk menghancurkan Islam. Tetapi apabila ditanya siapakah dia kerana mereka tidak pernah nampak dan mengenali orang tua ini, lalu Iblis pun menjawab: "Saya merupakan seorang tua yang sangat dihormati dari Najd yang telah terdengar akan rancangan kamu untuk mengadakan pertemuan ini.
"Benarkanlah saya hadir bersama-sama dalam perbincangan ini untuk sama-sama mendengar apa yang kamu bincangkan agar kita sama-sama dapat mengambil pendapat dan nasihat yang bernas bagi menyelesaikan masalah ini."
Melihatkan perwatakannya seperti seorang yang sangat berpengalaman dan bijak lalu iblis itu dibenarkan turut serta dalam perbincangan.
Pertemuan tersebut menjurus kepada cadangan-cadangan terutama bagaimana mereka dapat menahan baginda daripada meluaskan pengaruhnya dan membina kekuatan dari luar kota Mekah bagi membolehkan pada suatu hari nanti Kota itu akan jatuh sepenuhnya ke tangan Islam.
Pelbagai cadangan dikemukakan yang kemudiannya diperhalusi namun kita akan mengetahui siapa yang memastikan cadangan-cadangan itu bernas mahupun tidak.
Salam Ukhuwah..~
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan