Allah ta'ala telah meletakkan kejayaan dunia dan akhirat dalam agama. Lailaha ilallah..~
Bacaan Popular
-
Sebagai seorang Muslim kita semua tahu bahawa solat itu merupakan kewajipan yang Allah s.w.t. suruh seperti mana yang terdapat di dal...
-
Hari itu, saya balik selepas didenda berdiri di luar kelas selama sejam selepas waktu sekolah oleh Ustaz Ismail kerana terlupa menyiapk...
-
Ini adalah beberapa PETUA (Perubatan Orang Tua-tua Dulu-kala) untuk kita ingati dan amalkan dalam kehidupan kita. Memang dulu-dulu jarak kli...
-
Zaman sudah berubah..isteri sekarang semakin berani berlaku curang!” Kadar gejala seks bebas kian meningkat dalam masyarakat hari ini. Lebih...
-
DOA INI AFDALNYA DIBACA 11 KALI KETIKA SUJUD SEBAIK SELESAI SALAM SEMBAHYANG FARDHU. KEMUDIAN MOHON DOA KEPADA ALLAH. INSYA'ALLAH. TAWAK...
-
Minggu lepas Tok Wan ke Telok Intan, distinasi tepatnya ialah Kampung Sungai Jejawi Telok Intan, Perak. Tok pergi dengan sepupu yang...
Jumaat, 18 Februari 2011
Menangislah Sayang
Catitan kali ni, came from my Blackberry yang dah penuh calar-calar dan agak berhabuk cerminnya… Namun walau sudah lama usianya, tetapi amat berguna especially bila di saat ini, sambil baring-baring kat padang ni, dengan bau rumput yang baru dipotong… udara yang agak lega bila dihela, langit yang separuh mendung… bagai menyedari akan ada segunung lautan bakal terjun jauh dari atas sana…
Entah macamana, tengah relax, menggeliat, membetulkan urat saraf yang dah ketat berpintal akibat bekerja siang dan malam, tiba-tiba terlihat seorang wanita sedang menangis di depan rumahnya…
Memang jelas, wanita itu jiran kepada rumah sedara saya… teresak-esak kadang kuat kadang tersekat tangisnya, seperti sedih dan gembira bercampur aduk. After a while… biasalah sure dapat tahu punya sebab dia…rupa-rupanya, kehilangan suami!
Best part, bukan suami yang tinggalkan dia sehingga menangis begitu sekali…tetapi dia yang minta suaminya tinggalkan rumah itu, tinggalkan dirinya dan anak-anak…
Mungkin kerana suaminya yang berlaku curang? Mungkin suaminya kaki pukul, penjudi, pemabuk? Mungkin juga suaminya telah menghabiskan semua simpanan wang mereka?
Tak tahu lah pulak apa sebab utamanya, maybe suaminya ada membuat perkara yang sudah lama isterinya duduk bersabar… tak nak lah buat spekulasi lebih-lebih on that…
Tetapi, apabila berlaku saat kehilangan sebegini, hanya pesan ku,
* Menangislah sayang… menangislah sepuas hati mu…
* Menangislah sayang… gersangkan lah danau mata mu…
* Menangislah sayang… hilang dia bukan khilaf mu…
* Menangislah sayang sehingga saat mulai ke titisan terakhir air mata itu…
Lalu kau bangunlah semula, bangkit dari sungkur mu, bina gagah mu, angkut tabah mu, ujudkan semangat dengan senyuman sinis meninggalkan segala duka dan sengsara, kerna hari ni, adalah hari mu…janji mu untuk ke pentas dunia baru mu!
Sesungguhnya, tidak kau sedar, yang membuat kau menangis adalah kasih dan sayang dari Allah buat mu… pasti tanpanya, hidup mu kan berlarutan dalam kegelapan. Lalu bersyukurlah Alhamdulillah!
kredit: Nina Mazrina
Salam Ukhuwah..~
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Assalam tok wan,
BalasPadamnak mintak share this topic boleh ka?
Salam Tok Wan,
BalasPadamSaya setuju dengan catatan di atas. Tapi kan, bukan mudah untuk menerima hakikat, apatah lagi jika wanita tadi mengalami pelbagai kepahitan dalam hidup.
Kay Huliana...dispersilakan share. Ilmu hak Allah...
BalasPadamWan Salmah...memang tidak mudah untuk menerima hakikat, tapi kita kena selalu redha akan Allah..~