Allah ta'ala telah meletakkan kejayaan dunia dan akhirat dalam agama. Lailaha ilallah..~
Bacaan Popular
-
Sebagai seorang Muslim kita semua tahu bahawa solat itu merupakan kewajipan yang Allah s.w.t. suruh seperti mana yang terdapat di dal...
-
Hari itu, saya balik selepas didenda berdiri di luar kelas selama sejam selepas waktu sekolah oleh Ustaz Ismail kerana terlupa menyiapk...
-
Ini adalah beberapa PETUA (Perubatan Orang Tua-tua Dulu-kala) untuk kita ingati dan amalkan dalam kehidupan kita. Memang dulu-dulu jarak kli...
-
Zaman sudah berubah..isteri sekarang semakin berani berlaku curang!” Kadar gejala seks bebas kian meningkat dalam masyarakat hari ini. Lebih...
-
DOA INI AFDALNYA DIBACA 11 KALI KETIKA SUJUD SEBAIK SELESAI SALAM SEMBAHYANG FARDHU. KEMUDIAN MOHON DOA KEPADA ALLAH. INSYA'ALLAH. TAWAK...
-
Minggu lepas Tok Wan ke Telok Intan, distinasi tepatnya ialah Kampung Sungai Jejawi Telok Intan, Perak. Tok pergi dengan sepupu yang...
Ahad, 13 Februari 2011
Disebalik Senyumanmu
Kisah pendek menyoroti saat kesedihan yang melanda sebelum kewafatan Rasulullah SAW.
Terik panas matahari membakar padang Arafah. Khemah- khemah putih berselerakan membentuk noktah- noktah kecil di lereng Jabal Rahmah.
Al- Qushwa, unta yang berbulu putih, melangkah gagah membawa baginda Rasulullah SAW yang juga berpakaian gamis serba putih. Unta itulah yang membawa Nabi hijrah dari Makkah ke Madinah. Unta itu jugalah yang menjadi tunggangan di dalam medan- medan peperangan.
Tiba- tiba tubuh Rasulullah bergetar dan keringat meluncur deras. Malaikat Jibrail datang menyampaikan wahyu:
“Pada hari ini telah Ku sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku cukupkan kepadamu nikmat-Ku untukmu dan telah Ku- redhai Islam itu agamamu”
Rasulullah Al-Amin dengan wajah masih pucat menatap khemah- khemah putih yang bertaburan. Sembilan puluh ribu umatnya sedang tekun menjalankan ibadah haji. Hati baginda berbunga rasa bahagia. Ini adalah petanda perjalanan kerasulannya telah samapi ke kemuncaknya. Dan sempurnalah kini kebenaran yang dibawanya, semua itu tersimpul kukuh dalam Islam yang diturunkan melalui Baginda.
Namun, di dalam kegembiraan itu, Baginda menyimpan sececah rasa duka. Ada sesuatu yang tersirat di sebalik busyro yang baru tiba....
Kecemasan itulah yang mengiringinya Rasulullah di dalam haji Wida’ ( haji perpisahan). Tetapi kecemasan itu disimpan jauh di dalam lubuk hati baginda. Tiada seorang pun yang ketara akannya. Wajah baginda yang berseri-seri, hanya mengukir ketenangan dan kegembiraan.
Baginda lalu mengumpulkan para sahabat sabdanya:
“Saudara- saudaraku, para Sahabat tercinta. Inginkah kalian mendengar berita gembira?”
Seluruh sahabat membenarkan serentak.
“Jibrail telah datang kepadaku. Dan ia tidak akan datang lagi menyampaikan wahyu, sebab agama kita telah sempurna. Islam telah diredhai sebagai agama yang haq di sisi Allah SWT.”
Benar- benar berita yang menggembirakan. Agama Allah telah telah lengkap! Islam telah sempurna! Seluruh sahabat riang gembira. Rasulullah juga tersenyum teubatlah kini segala susah payah mereka. Terbayar sudah segala curahan keringat dan pengorbanan dalam menegakkan agama ALLAH itu.
Tetapi berbeza dngan sikap Saidina Abu Bakar As Siddiq. Wajahnya tiba- tiba muram, kelopak matanya mula basah digenangi air. Dia pulang ke rumahnya dengan muka sembab dan mata yang basah. Para sahabat memandang hairan. Mereka menyusul Abu Bakar ke rumah. Mereka menjumpai As Siddiq itu termenung seorang diri. Lalu seorang sahabat bertanya:
“Alangkah anehnya keadaanmu, sahabat. Kami semua sukacita mendengar agama kita telah sempurna, tetapi sebaliknya engkau berduka?”
Saidina Abu Bakar tetap tunduk. Wajahnya tetap basah dengan deraian air mata. Dengan suara terputus- putus dia berkata:
“Tidakkah kalian sedar malapetaka sedang tergantung di atas kepala kita?”
“Malapetaka? Malapetaka apakah itu wahai sahabatku?” tanya sahabat.
Abu Bakar menjawab, “tahukah kalian apakah di sebalik berita gembira itu?”
Para Sahabat hanya membisu. Abu Bakar menyambung, “tidakkah kalian sedari, bahawa jika sesuatu itu telah mencapai kesempurnaan... Yang akan datang selanjutnya adalah kekurangan!”
Para sahabat mula dilanda rasa cemas. Jantung mereka berdebar- debar.
“Tidak lama lagi para isteri nabi akan menjadi janda. Anda dan cucu baginda akan menjadi yatim. Dan kita akan kehilangan pemimipin yang mulia,” sambungnya.
“Ya Allah....” tiba- tiba seluruh sahabat tersentak. Sungguh tidak terduga oleh mereka, sejauh itu pengamatan Abu Bakar.
Masing- masing dilanda rasa cemas dan bingung. Tidak tergambarkan oleh mereka, bagaimana andainya mereka harus berpisah dengan Rasulullah tercinta.
Untuk menghilangkan segala kekalutan yang bergayat di hati, para sahabat lalu sepakat menemui Rasulullah. Mengharapkan penjelasan Baginda, agar apa yang mereka bimbangkan itu hanyalah sangkaan semata- mata.
Ketika sampai di rumah Rasulullah, mereka disambut oleh baginda dengan senyuman gembira. Hampir lenyap segala kegundahan mereka apabila memandang wajah Rasulullah yang bagaikan bulan purnama.
Namun suasana kembali hening. Masing- masing tidak berani mengajukan persoalan.
“berita apakah yang kalian bawa wahai Sahabatku?” tanya Rasulullah.
Akhirnya salah seorang sahabat lalu bertanya, “Ya Rasulullah, apakah benar engkau akan meninggalkan kami tidak lama lagi?”
“Siapakah yang mengatakan itu?” tanya Baginda.
“Abu Bakar As- Siddiq Ya Rasulullah,” jawab seorang sahabat.
Rasulullah tersenyum lalu berkata,
“Ya, Abu bakar tidak keliru... Sesungguhnya, Abu Bakar amat peka orangnya.”
Seluruh yang hadir tebungkam mendengar Rasulullah itu. Kata- kata itu bagaikan menggoncang Gunung Uhud dan seluruh Jazirah Arab. Ia menggegar hati para Sahabat yang kini sudah tidak kuasa membendung air mata mereka.
“Para Sahabatku tercinta. Aku tahu kalian semua mengasihi Muhammad B. Abdullah , Nabimu, Pemimpinmu, saudaramu, sekaligus bapamu. Namun tidak tahukah kalian bahawa kasih Allah kepadamu adalah jauh lebih kekal. Tidak tahukah kalian bahawa pertemuan dengan sesama manusia di dunia ini tidak kekal abadi? Tetapi persekutuan dengan Allah dalam Iman dan Taqwa akan mempertemukan kita semua. Ingatlah, seseorang itu akan dibangkitkan kelak di Hari Qiamat dan dikumpulkan dengan sesiapa saja yang dicintainya di dunia ini.”
Jadi perpisahan itu hanya sementara. Hanya terpisah kerana datangnya ajal. Sesudah itu akan berjumpa lagi selama- lamanya di alam baqa’. Apabila hati seiman dan sekeyakinan, tidak ada maut atau qiamat sekalipun yang mampu memisahkan.
Ya Rasulullah...
Kami akan tetap
Menyuburkan cinta
Dan rindu kami padamu
Kerana kami ingin tetap bersamamu....
kredit: Ahmad Yani Manaf.
Salam Maulidurasul dan Salam Ukhuwah..~
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan