Allah ta'ala telah meletakkan kejayaan dunia dan akhirat dalam agama. Lailaha ilallah..~
Bacaan Popular
-
Sebagai seorang Muslim kita semua tahu bahawa solat itu merupakan kewajipan yang Allah s.w.t. suruh seperti mana yang terdapat di dal...
-
Hari itu, saya balik selepas didenda berdiri di luar kelas selama sejam selepas waktu sekolah oleh Ustaz Ismail kerana terlupa menyiapk...
-
Ini adalah beberapa PETUA (Perubatan Orang Tua-tua Dulu-kala) untuk kita ingati dan amalkan dalam kehidupan kita. Memang dulu-dulu jarak kli...
-
Zaman sudah berubah..isteri sekarang semakin berani berlaku curang!” Kadar gejala seks bebas kian meningkat dalam masyarakat hari ini. Lebih...
-
DOA INI AFDALNYA DIBACA 11 KALI KETIKA SUJUD SEBAIK SELESAI SALAM SEMBAHYANG FARDHU. KEMUDIAN MOHON DOA KEPADA ALLAH. INSYA'ALLAH. TAWAK...
-
Minggu lepas Tok Wan ke Telok Intan, distinasi tepatnya ialah Kampung Sungai Jejawi Telok Intan, Perak. Tok pergi dengan sepupu yang...
Rabu, 16 Mac 2011
Sedar Kesilapan Diri Sendiri. Tak Susah Mana.
Perkara pertama yang saya sering buat setiap kali bangun dari tidur, cari ibu saya. Lepas dah make sure my mom ok, biasanya saya akan baring-baring semula atas katil. Saya bukan orang yang jenis suka buang masa. Jadi, waktu macam ni. Biasanya saya gunakan untuk berfikir.
Yes! Berfikir balik apa yang saya dah buat semalam pada family, kawan-kawan and paling penting pada hidup saya.
Saya ingat balik. Ada tak saya sakitkan hati sapa-sapa. baik family and kawan-kawan. Hmm, ini memang rutin harian pagi saya. Saya rasa perlu. Sebab, waktu saya ingatkan balik apa yang saya dah buat pada diorang tu. Baru saya sedar silap saya sendiri.
Al-maklumlah. Kita ni manusia biasa. Kadang-kadang, time kita marahkan dengan sesuatu org orang keliling kita. Sesedap rasa je kita “sembur” diorang ni dengan kata-kata menyakitkan hati. hahahahaha!!! Iyalah, waktu tu kan syaitonnirajim tengah keluar tanduk maa!!!! Dok menghasut kita jelah kan?
So,biasanya waktu tu kita tak fikir perasaan orang. Silap-silap, kita dah buat orang sedih and menyumpah seranah kia hokey. Manusia, mana pernah perasan semua ni babe. Kita kena pandai muhasabah diri kita sendiri.Orang lain takkan berani menegur.
Sebab tu, saya selalu amik sedikit waktu pagi saya. Saya ingatkan balik silap-silap saya pada manusia keliling saya. Tak kisahlah. In reality or virtual.
Mak saya selalu pesan. Kita hidup ni bukannnya lama. Kalau ikut umur Nabi Muhammad, adalah dalam 60-an saja kan? Hidup bukan untuk selama-selamanya. Sebab tu, mak saya selalu cakap “maafkan orang. Maafkan orang yang sakitkan hati kita. Ikhlaskan. Mudah-mudahan orang lain akan ada rasa sayang pada kita”.
Mula-mula memang susah nak praktikkan apa yang mak saya pesan. Yes, im sure mom buat apa yang dia pesan pada saya. Mak saya sangat penyabar uolss. Mak saya, muka dia sangat tenang. So, saya cuba buat macam mak pesan.
Sekarang ni, memang saya buat macam tuh. Tak payah nak menyusahkan hidup yang memang ada masa susah. hahahaha!! Bila problem tu datangnya bukan sebab siapa-siapa, saya try cakap dalam hati “dugaan lah ni. oklah.”. Kalau problem tu datang daripada someone, saya cakap dalam hati macam ni “buatlah apa kau nak buat. Aku ikut je rentak kau selagi boleh”.
kikikikiki. Mula-mula tak menjadi jugak. Iyalah, bukan senang tau nak buat macam ni. Kalau tak kental, memang takkan menjadilah punya. Tapi, alhmadulilah. Rasanya saya dah ok kot. Hidup saya makin simple and tak banyak masalah.
Senang je. Bangun pagi, ingat balik kesalahan yang maybe kita dah buat pada orang keliling kita. If ada, biasanya saya sms and say sorry (kalau sesama kawan). Kadang-kadang kena gelak jugak, tapi biarlah. Janji saya puas hati dah mintak maaf!!!!!hahahahaha.
Then, before keluar rumah. Biasanya saya katakan pada diri sendiri. Nak buat orang lain happy. Sebab, bila orang lain happy , tak meroyan…so saya pun happy!!!muahahaha! Lagi 1 tips, jangan campur adukkan masalah family, kerja dengan masalah kawan-kawan.
Kita kena pandai control diri kitalah. Bukan masalah tu yang kawal kita!!!! Ingat tu. Saya rasa, orang yang hidup dia asik nak meroyan ni maybe sebab dia biarkan masalah mengawal dia kot!!!kot lah. hahahahaha
kredit: ahmadi
Salam Ukhuwah..~
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan