Bacaan Popular

Jumaat, 18 Mac 2011

Kecintaan Queen Victoria terhadap Abdul Karim


Salam alaik,

Mendiang Queen Victoria, Permaisuri Great Britain, sebelum kematiannya telah berguru dan bersahabat dengan seorang Muslim bernama Abdul Karim. Sehinggakan Queen Victoria pandai bertutur dan menulis di dalam Bahasa Urdu.

Abdul Karim berjaya mempengaruhi Queen Victoria supaya membuat beberapa keputusan penting yang menyebabkan pihak Viceroy British di India terpaksa mengurangkan penganiayaan dan kezaliman mereka di India.

Di mana jua Queen Victoria pergi dan di dalam apa jua majlis, Abdul Karim akan berada di sisinya. Keluarga Abdul Karim diberikan ruangan khas di dalam setiap Istana dan rumah rihat kepunyaan Queen Victoria.

Queen Victoria menggelar Abdul Karim sebagai anak kesayangannya, gurunya, penasihatnya dan sahabatnya. Abdul Karim sentiasa berada di samping Queen Victoria ketika gering. Queen telah bertitah kepada keluarganya supaya Abdul Karim berada disisinya di saat kematiannya sehingga pengkebumian.

Tak tahulah samada Queen Victoria mendapat hidayah atau tidak. Perkara ini masih disembunyikan oleh pihak Istana.

Masih banyak lagi belum terbongkar dari diari-diari petugas Istana dan diari Abdul Karim.

Untuk bacaan lanjut sila ke link berikut

http://www.bbc.co.uk/news/world-south-asia-12670110


Salam Ukhuwah..~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan