Bacaan Popular

Khamis, 31 Mac 2011

JENIS JENIS SEMBAHYANG SUNAT


Sunat Isyraq:

Sesudah terbitnya matahari kira kira pukul 7 pagi, disunatkan mengerjakan sembahyang 2 rakaat yang dinamakan sunat Isyraq.

Sunat Dhuha:

Waktu sunat Dhuha ialah sesudah terbitnya matahari sehingga sebelum gelincirnya matahari. Dilakukan selepas melakukan sunat Isyraq. Banyaknya sekurang kurangnya 2 rakaat. Boleh juga dilakukan 4 rakaat atau 6 rakaat atau 8 rakaat dengan setiap 2 rakaat satu salam.

Sunat Tahajjud :

Sunat Tahajjud ini dikerjakan pada malam hari setelah terbangun dari tidur ditengan malam. Adapun bangun diwaktu malam yang dilakukan oleh Rasulullah saw, caranya tidaklah tetap dalam tertib yang sama. Adakalanya Baginda bangun separuh malam, adakalanya sepertiga malam dan ada juga seperenam malam. Perkara ini dipandukan kepada ayat al_Quran iaitu: "Sesungguhnya Tuhan mu mengetahui bahawa engkau bangun (mengerjakan sembahyang) kurang dari duapertiga malam, ada pula separuh dan sepertiganya.

Sunat Taubat:

Dilakukan jika seseorang telah membuat sesuatu yang bertentangan dengan perintah Allah, yakni membuat dosa maka mereka menyesal akan perbuatan yang dilakukan dan berazam tidak mengulanginya lagi, lantas mahu meminta ampun dari Allah swt. Caranya serupa dengan sunat yang lain dan sesudah memberi salam hendaklah memperbanyakkan istighfar dan memohon keampunan kepada Allah swt, dan ucapkanlah berulang kali, "astaghfirullahal 'azim, alladzii laa ilaaha illaa huwal haiyul qaiyum wa atuubu ilaih" (aku memohon keampunan kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan yang lain melainkan Dia, yang hidup dan berdiriNya, dan aku bertaubat kepadaNya).

Sunat Istikharah:

Dilakukan jika seseorang yang hendak melakukan sesuatu perkara yang baik tetapi sukar untuk memilih yang terbaik..

Sebaik baiknya pada rakaat pertama selepas membaca Fatihah dibaca surah al-Kafiruun (Qulya aiyuhal-Kafiruun) dan pada rakaat kedua selepas Fatihah baca surah al-Ikhlas (Qul Huallahu Ahad).

Sunat Hajat:

Jika seseorang berhajat akan sesuatu atau menghadapi kesulitan dalam sesuatu hal dan ingin meminta pertolongan Allah swt. Dilakukan pada waktu malam selepas tersedar dari tidur dan selepas mengerjakan sunat Tahajjud. Boleh dilakukan dua rakaat dan boleh juga dilakukan sehingga 12 rakaat (setiap 2 rakaat dengan satu salam).

Sunat Witir:

Sesudah melakukan fardhu Isya dan setelah melakukan sunat selepasnya, lakukanlah pula sunat Witir tiap tiap malam. Sekurang kurangnya satu rakaat, sebaik baiknya 3 rakaat dengan dua salam dan seafdhal afdhalnya 11 rakaat. Tiap 2 rakaat satu salam dan satu rakaat terakhir, satu salam (6 salam jumlahnya). Melakukan sembahyang Witir sesudah sembahyang Tahajjud dibahagian akhir malam adalah lebih utama.

Sunat Tasbih:

Sembahyang subat Tasbih adalah sembahyang yang diajarkan Rasulullah saw kepada Saidina Abbas ibnu Abdil Mutthalib.

Dianjurkan sembahyang sunat Tasbih ini kalau boleh tiap tiap malam. Kalau tak boleh atau keberatan, lakukanlah sekali seminggu. Jika masih keberatan, lakukanlah sekali sebulan dan kalau tak boleh juga, lakukan sekali setahun. Jika sekali setahun pun tak boleh juga, setidak tidaknya lakukanlah sekali seumur hidup.


Caranya:

Kalau dilakukan pada siang hari, hendaklah dikerjakan 4 rakaat dengan satu salam. Kalau dikerjakan pada malam hari, hendaklah 4 rakaat itu dijadikan dengan 2 salam. Dinamakan sembahyang Tasbih kerana padanya dibacakan tasbih sehingga dalam 4 rakaat itu berjumlah 300 tasbih.

Pada tiap tiap rakaat hendaklah dilakukan dengan cara seperti berikut:

1) Sehabis doa Iftitah, Fatihah dan sesudah membaca surah, baca Tasbih 15 kali, kemudian ruku'

2) Selepas tasbih-ruku' bacalah Tasbih sebanyak 10 kali kemudian baru I'tidal

3) Sesudah tahmid-I'tidal, baca Tasbihnya 10 kali kemudian sujud

4) Diwaktu sujud, sehabis tasbih sujud, ucapkan pula Tasbihnya 10 kali lalu duduk antara 2 sujud

5) Sehabis doa pada duduk itu, baca pula Tasbihnya 10 kali, kemudian sujud kedua

6) Pada sujud kedua, sesudah tasbih-sujud, baca 10 kali Tasbih, kemudian sebelum hendak berdiri tegak ke rakaat kedua, kita hendaknya "duduk istirahat" lalu bacakan Tasbih 10 kali kemudian berdiri tegak untuk rakaat kedua.

Dengan demikian rakaat pertama ini bilangan Tasbihnya sebanyak 75 kali. Demikian juga dilakukan pada rakaat kedua dan ketika duduk tahiyat, sebelum membaca tahiyat, kita baca Tasbih 10 kali. Sesudah tahiyat, beri salam dan kemudian ulangi pada rakaat ketiga dan keempat seperti rakaat pertama dan kedua tadi. Jika terlupa membaca Tasbihnya di satu satu tempat, boleh digantikan ditempat berikutnya agar bilangan Tasbihnya berjumlah 300.

Sunat Tahiyatul Masjid:

Tiap kali masuk kemasjid sebelum kita duduk, disunatkan bagi kita mengerjakan sunat Tahiyatul Masjid sebanyak 2 rakaat sesuai dengan sabda Rasulullah saw, "Apabila kamu masuk ke masjid maka janganlah kamu duduk terus sebelum kamu mengerjakan sembahyang 2 rakaat."

Sunat wudhu':

Dua rakaat sunat wudhu, yakni yang dilakukan selepas mengambil wudhu adalah sangat sangat dituntut kerana mengambil wudhu' itu satu amalan untuk mendekatkan diri kepada Allah swt, dan tujuan mengambil wudhu itu adalah kerana hendak sembahyang.

Sunat Rawatib:

Sebelum dan sesudah solat solat fardhu yang lima itu, ada pula sembahyang yang disunatkan mengamalkannya. Sunat ini dinamakan sunat Rawatib. Sunat Rawatib ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu:

1) Sunat Muakkad yakni sunat yang dikuatkan untuk diamalkan.
a) 2 rakaat sebelum Subuh
b) 2 rakaat sebelum fardhu Dzohor dan dua rakaat sesudahnya
c) 2 rakaat sesudah Maghrib
d) 2 rakaat sesudah Isya

2) Sunat Ghair Muakkad, iaitu terdiri dari:
a) 2 rakaat (selain Muakkad) sebelum Dzohor dan dua rakaat sesudahnya
menjadikannya 4 rakaat sebelum dan empat rakaat sesudah dengan 2 salam yakni 2 y
yang Muakkad dan ditambah lagi dua, Ghair Muakkad)
b) 4 rakaat sebelum fardhu Asar dengan 2 salam dan tiada selepasnya
c) 2 rakaat sebelum Isya dan dua rakaat selepasnya selain Muakkad (seperti dzohor)

Selain dari yang tersebut diatas sunat lain yang amat dituntut adalah Sunat Tarawih dan sunat 'Idain (1 Syawal dan 10 Dzhulhijjah).

Sunat sunat yang lain termasuk:

Sunat Nisfu Sya'ban (malan ke 15 Sya'ban)

Sunat Musafir (sebelum bermusafir)

Sunat Nikah (selepas akad nikah)

Sunat Hari 'Asyura (10 Muharram. Disunatkan juga berpuasa sesuai dengan hadith Rasulullah saw, "Bahawa hari ini adalah hari 'Asyura, dan tidaklah sampai diwajibkan mempuasakannya dan aku sedang berpuasa. Maka siapa siapa yang ingin puasa, puasalah dan siapa siapa yang tidak sanggup, berbukalah)." Kemudian ditanyakan sahabat akan Rasulullah saw, bagaimana ganjaran berpuasa pada hari 'Asyura itu. Jawab Baginda saw, "Menghapuskan dosa dosa kamu yang lalu.

Sunat 'Asyura dilakukan sebanyak 4 rakaat dengan 2 salam. Selepas membaca Fatihah baca surah al-Ikhlas sebanyak 11 kali pada tiap tiap rakaat.

Selamat beramal...


Salam Ukhuwah..~

4 ulasan: