Allah ta'ala telah meletakkan kejayaan dunia dan akhirat dalam agama. Lailaha ilallah..~
Bacaan Popular
-
Sebagai seorang Muslim kita semua tahu bahawa solat itu merupakan kewajipan yang Allah s.w.t. suruh seperti mana yang terdapat di dal...
-
Hari itu, saya balik selepas didenda berdiri di luar kelas selama sejam selepas waktu sekolah oleh Ustaz Ismail kerana terlupa menyiapk...
-
Ini adalah beberapa PETUA (Perubatan Orang Tua-tua Dulu-kala) untuk kita ingati dan amalkan dalam kehidupan kita. Memang dulu-dulu jarak kli...
-
Zaman sudah berubah..isteri sekarang semakin berani berlaku curang!” Kadar gejala seks bebas kian meningkat dalam masyarakat hari ini. Lebih...
-
DOA INI AFDALNYA DIBACA 11 KALI KETIKA SUJUD SEBAIK SELESAI SALAM SEMBAHYANG FARDHU. KEMUDIAN MOHON DOA KEPADA ALLAH. INSYA'ALLAH. TAWAK...
-
Minggu lepas Tok Wan ke Telok Intan, distinasi tepatnya ialah Kampung Sungai Jejawi Telok Intan, Perak. Tok pergi dengan sepupu yang...
Rabu, 23 Mac 2011
Apa Itu Ukhuwwah ??
Adakah kita mengerti apa itu ukhuwwah? Adakah kita tahu apa yang dimaksudkan dengan ukhuwwah islamiah? Adakah ukhuwwah islamiah sama dengan persahabatan biasa? Best ke ukhuwwah islamiah? Mungkin itu antara persoalan yang sering tinbul dibenak fikiran kita apabila berbicara tentang ukhuwwah.
Ukhuwwah islamiah bukanlah satu hubungan persahabatan yang biasa. Ia merupakan satu hubungan yang cukup istimewa disisi ISLAM. Melalui ukhuwwah islamiah kita akan dapat membina satu kekuatan yang pernah dibina oleh Rasulullah dan para sahabat R.A ketika dizaman awal permulaan islam.
Rasulullah saw bersabda:
" Tidak beriman seseorang itu sehingga dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri"
Begitu tinggi nilai ukhuwwah didalam ISLAM sehingga Rasulullah saw sendiri mengajar kita agar kita sentiasa mengasihi sahabat-sahabat kita sepertimana kita mengasihi diri kita sendiri. Ukhuwwah Islamiah dikatakan amat penting didalam pembangunan Khilafah Islamiah adalah kerana melalui ukhuwwah islamiah kita akan salingi ingat mengigati sesama muslim agar tingkat asas dalam maratibul amal yang digariskan oleh as-Syahid Imam Hassan al-Bannaiaitu fardhul muslim dapat direalisasikan yang seterusnya melahirkan baitul muslim, mujtama` muslim, daulah islam dan akhir sekali mencapai khilafatul muslim.
Bagaimana untuk mengujudkan ukhuwwah ini? Contohnya ialah dengan mengadakan pertemuan-pertemuan yang slot pengisiannya bukan sahaja ilmiah tetapi merangkumi dengan aktiviti-aktiviti kehidupan seharian seperti solat berjemaah, tazkirah, menyediakan makan minum bersama-sama, berriadah dan bekerjasama di dalam menjalankan aktiviti gotong royong atau kebersihan.
Santapan rohani bukan sahaja boleh didapati melalui ceramah atau tazkirah tetapi melalui ziarah, usrah dan berjemaah di dalam melakukan apa-apa jua aktiviti berfaedah.
Salam Ukhuwah..~
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
mohon ulasan lebih lanjut ttg ukhuwah boleh?
BalasPadamCukuplah takat tu jer kot. he he..~
BalasPadam