Bacaan Popular

Jumaat, 11 Mac 2011

Jaga Lidah Elak Buat Dosa


Keupayaan lidah memang tidak dijangka. Ia anggota tubuh yang paling baik dan paling buruk selain hati. Lidah hendaklah dikawal daripada berbicara mengenai hal orang lain seperti mengumpat dan membuat fitnah sesama manusia.

Daripada Anas bin Malik r.a, Rasulullah s.a.w bersabda,

“Tidak akan lurus keimanan seseorang hamba sehingga lurus hatinya dan tidak akan lurus hatinya sehingga lurus lidahnya.”



Jagalah lidahmu kawan! Agar ia tidak menyengatmu kerana lidah tidak ubah seperti ular berbisa. Banyak orang binasa akibat perbuatan lidah padahal dulu mereka dihormati kawan-kawannya.

(Imam al-Syafie)



Sayidina Umar al-Khattab r.a pernah berkata:

“Barang siapa banyak bicaranya maka banyak kesalahannya. Orang yang banyak salahnya bererti banyak dosanya sehingga nerakalah sebaik-baik tempat bagi mereka.”



Daripada Muaz, Rasulullah bersabda: “Mahukah kamu jika aku katakan kepadamu tentang sendi daripada semua kebaikan?”

Jawab Muaz, “Ya, kami nak tahu.” Maka Rasulullah s.a.w menunjukkan sendi kebaikan itu pada lidahnya dan berkata,

“Jagalah ini.”

Muaz berkata, “Wahai Rasulullah, adakah kami akan mendapat seksaan akhirat daripada ucapan kami?”

Rasulullah menjawab, “Betapa azabnya Muaz orang yang tersungkur di dalam neraka itu melainkan hasil daripada menabur fitnah melalui

lidah mereka. Akhirnya mereka menerima seksaan daripada Allah.”


Salam Ukhuwah..~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan