Bacaan Popular

Khamis, 3 Mac 2011

MANUSIA ITU KOTOR DAN BERNAJIS


Manusia dari segi fisikal nya tidak ada apa yang istimewa yang boleh di banggakan sangat.Manusia, walau secantik mana sekali pun terkandung dalam tubuhnya najis dan kekotoran yang menjijikkan.Lebih lebih lagi apabila najis dan kekotoran ini keluar dari tubuh nya.Tiada siapa yang sukakan nya sekalipun yang empunya diri.
Mari kita lihat kebenaran itu:

I. Air yang keluar dari badan, ia itu peluh, bau nya masam dan menjijikkan orang.

II. Yang keluar dari telinga, adalah tahi telinga atau nanah yang meloyakan.

III. Yang keluar dari hidung, tahi hidung atau hingus, menjijikkan.

IV. Yang keluar dari mulut iaitu air liur, berbau busuk terutama air liur basi.

V. Air mata walaupun tidak busuk tetapi tetap di pandang jijik dan tidak di sukai.Apatah lagi yang keluar itu tahi mata.

VI. Yang keluar dari dua jalan, pintu depan dan pintu belakang, qubul dan dubur..Yang keluar dari nya kentut,tahi dan air kencing, tersangat busuk, jijik lagi kotor dan yang paling di benci dan me loyakan kalau di sebut sebut, wajib di basuh , kalau tidak rosak ibadah kita.Ia mengotorkan dan mencemarkan udara, mengganggu ketenteraman dan menjejaskan kesihatan manusia.

VII. Kalau dah mati bau nya lebih busuk dari bau bangkai anjing.

Apa yang saya sebut di atas adalah perkara yang semula jadi tetapi menjijikkan, yang semua manusia tidak berupaya menghindarkan nya.

Namun walau keadaan manusia adalah demikian dengan Rahmat dan Kasih Sayang Nya, Allah tetap mahu memuliakan manusia dan meninggikan darjatnya berbanding mahkluk makhluk nya yang lain. Allah telah mengutuskan Nabi dan Rasul S.A.W untuk memberi petunjuk kepada sekalian manusia supaya menjadi manusia yang berguna.Kita, melalui Rasul akhir zaman, iaitu Nabi Muhammad S.A.W. diberi Al Quran sebagai panduan dan petunjuk.Oleh itu kita sebagai manusia, lebih lebih lagi yang sememangnya Muslim ambillah peluang berpandukan petunjuk Al Quran dan Rasul S.A.W untuk membangunkan dunia ini.Majukan dan takbir mengikut sistem dan peraturan dari Allah kerana dunia ini Allah yang punya.Kita jangan memandai mandai dan melakukan sewenang wenangnya supaya dunia tidak jadi rosak.Berbuat dan bertindaklah sesuai dengan panduan daripada Allah agar Allah redha dan Allah Rahmati serta berkati.Moga dengan itu apa yang dibuat oleh manusia tidak ada berlaku perkara negatif yang boleh merosakkan manusia itu sendiri.

Jika manusia tidak ada kebaikkan dalam hidupnya kecuali ada najis saperti apa yang saya sebutkan di atas, di mana kah istimewanya manusia itu? Tidak ada nilai diri.Tidak ada erti apa apa hidup mereka di dunia.Hanya akan menyusahkan orang lain.Mereka laksana sampah masyarakat .Manusia yang tidak ada kebaikkan ibarat bangkai bernyawa yang menyusahkan dan mengganggu kehidupan manusia lain.

Manusia harus sedar, insaf dan malu kerana hakikat diri masing masing yang tidak dapat mengelak dari kelemahan kelemahan yang saya sebut tadi.Jika manusia sedar mereka akan sentiasa tawadhuk dan merendah diri, tidak sombong,bongkak, pendendam, dan tidak akan menindas dan menzalimi manusia lain sekalipun dia raja, presiden,menteri,ulama yang berkuasa dan memerintah.



Salam Ukhuwah..~

1 ulasan:

  1. abang ini ayat atau hadis ke?
    kalau memank betul tolong beritahu ayat atau hadis ini..

    BalasPadam