Allah ta'ala telah meletakkan kejayaan dunia dan akhirat dalam agama. Lailaha ilallah..~
Bacaan Popular
-
Sebagai seorang Muslim kita semua tahu bahawa solat itu merupakan kewajipan yang Allah s.w.t. suruh seperti mana yang terdapat di dal...
-
Hari itu, saya balik selepas didenda berdiri di luar kelas selama sejam selepas waktu sekolah oleh Ustaz Ismail kerana terlupa menyiapk...
-
Ini adalah beberapa PETUA (Perubatan Orang Tua-tua Dulu-kala) untuk kita ingati dan amalkan dalam kehidupan kita. Memang dulu-dulu jarak kli...
-
Zaman sudah berubah..isteri sekarang semakin berani berlaku curang!” Kadar gejala seks bebas kian meningkat dalam masyarakat hari ini. Lebih...
-
DOA INI AFDALNYA DIBACA 11 KALI KETIKA SUJUD SEBAIK SELESAI SALAM SEMBAHYANG FARDHU. KEMUDIAN MOHON DOA KEPADA ALLAH. INSYA'ALLAH. TAWAK...
-
Minggu lepas Tok Wan ke Telok Intan, distinasi tepatnya ialah Kampung Sungai Jejawi Telok Intan, Perak. Tok pergi dengan sepupu yang...
Selasa, 22 Mac 2011
AL QURAN selamatkan lelaki ini daripada tembakan penyokong Gaddafi
Ada banyak kejadian unik ataupun ‘keajaiban’ dalam setiap peristiwa-peristiwa yang terjadi di seputar revolusi rakyat yang telah melanda negara-negara Arab ketika ini.
Pada revolusi rakyat Mesir, peristiwa unik terjadi di mana sepasang demonstran melangsungkan akad nikah pernikahan mereka di tengah ratusan ribu orang demonstran anti pemerintah di Tahrir Square. Masih di revolusi Mesir, sempat juga beredar rakaman video yang menunjukkan adanya “hantu berkuda” yang muncul di tengah-tengah para demonstran anti Mubarak.
Dan sekarang kejadian yang boleh dikatakan sebuah “keajaiban” terjadi juga di revolusi rakyat Libya yang menuntut presiden mereka yang telah berkuasa selama empat dekad untuk mundur, Muammar Gaddafi.
Web Mufakarah Islam melaporkan bahawa telah beredar rakaman video yang telah dipost di Youtube berkait “keajaiban” yang telah terjadi dalam revolusi Libya.
Dilaporkan bahawa seorang demonstran anti Gaddafi terselamatkan nyawanya dari tembakan para pro Gaddafi oleh sebuah Al-Quran.
Sepertinya Al-Quran itu dibawa oleh seorang demonstran anti Gaddafi dibalik bajunya, dan sebuah tembakan peluru menghentam tubuhnya. Namun Subhanallah, peluru tidak jadi bersarang di tubuh demonstran tersebut kerana peluru yang ditembakkan ke arah demonstran itu menghentam Al-Quran yang dia bawa.
Dalam rakaman video diperlihatkan bahawa tembakan peluru yang menghentam Al-Quran dan menyelamatkan nyawa demonstran anti Gaddafi itu tidak tembus mengenai tubuhnya dan hanya sempat menembus beberapa surat awal yang ada di Al-Quran, mulai dari Al-Fatihah hingga surat An-nisaa.
Kalau Allah sudah berkehendak segala sesuatu boleh saja mungkin terjadi, dan peristiwa selamatnya nyawa demonstran Libya oleh sebuah Al-Quran atas izin Allah ini sebagai buktinya, Allahu Akbar!
Salam Ukhuwah..~
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan