Bacaan Popular

Jumaat, 18 Oktober 2013

Lelaki Yang Dipastikan Masuk Syurga



Pada suatu mlm Rasullullah S.A.W. telah memperkenalkan seorang lelaki penduduk asal kota mekah. Muka dia bersih... ...

"Malam ini saya akan memperkenalkan salah seorang calon penghuni syurga" Sabda Nabi Muhammad s.a.w.

"Lelaki inilah penghuni syurga tersebut" Sabda Nabi Muhammad s.a.w. kepada sejumlah besar jemaah yang hadir untuk sembahyang Insyak tersebut. Antara sahabat yang hadir malam itu adalah Anas bin Malik dan Abdullah bin Umar. Mereka begitu tertarik untuk menyelidik ibadat lelaki tersebut.

Lelaki tersebut bukanlah orang alim. Malah ibadatnya biasa sahaja. Tidak terlihat hal-hal yang istimewa pada dirinya sebelum ini. Malah ketika Nabi s.a.w. memperkenalkannya dia sudah bersia-siap untuk pulang ke rumah. Adakah Rasullulah s.a.w. hendak bergurau?


Malah yang lebih mengagumkan  pada malam itu sahaja Rasullulah s.a.w. menyatakan bahawa lelaki tersebut penghuni syurga.

Malah keesokannya Baginda s.a.w berbuat demikian.


Maka para sahabat yang hadir dalam semakin ingin menyelidiki ibadat lelaki tersebut. Adakah dia hanya berlagak biasa di masjid dan di rumahnya dia selalu berzikir dan berdoa? Ataupun dia begitu tulus sehingga tiada langsung ibadatnya diketahui orang lain?

Dan Abdullah bin Umar tidak sanggup lagi menahan hasratnya apabila Rasullulah s.a.w. memperkenalkan lelaki tersebut sekali lagi. Selesai sembahyang Isyak berjemaah Abdullah segera keluar dan mengikut lelaki tersebut dari belakang. Lelaki tersebut merasa hairan melihat telatah Abdullah lantas bertanya:

"Kenapa engkau tergesa-gesa?"

"Jika engkau sudi aku ingin menjadi tetamu mu malam ini" kata Abdullah.

"Sungguh berbesar hati saya kerana saudara sudi bermalam di rumah saya"sahut lelaki tersebut kehairanan.

"Saya benar-benar ingin bermalam di rumah saudara setelah Rasullulah s.a.w. memperkenalkan sebagai orang paling baik. Dan saya ingin mencontohi ibadat saudara kerana saya juga ingin masuk syurga."jawab Abdullah.

"Tapi saya tidak ada ibadat lain melainkan daripada apa yang saudara lihat" jelas lelaki itu lagi.

"Tapi saya ingin menginap di rumah saudara"

"Kalau begitu silalah ke rumah saya" balas lelaki itu lagi.

Abdullah yakin dia akan dapat menyelidiki ibadat lelaki itu. Apabila sampai di rumah lelaki tersebut Abdullah telah meminta izin untuk tidur lebih awal padahal dia belum mengantuk. Dia ingin mengintip ibadat lelaki tersebut. Dia tetap mengintai dan memasang telinganya dgn berhati-hati.

Menurut Anas bin Malik setelah 3 hari Abdullah tidur di rumah lelaki tersebut tak ada apa yang istimewa yang dilihatnya. Lelaki itu tak pernah berzikir bahkan sembahyang tahajjud pun tidak.

Pada malam pertama Abdullah menceritakan kepada Anas bahawa dia telah berpura-pura tidur dan lelaki tersebut tidur di sebelahnya. Pada mulanya lelaki itu tidur nyeyak... ... kemudian tengah malam dia terjaga. (teng teng teng) tetapi tak der apa yang lelaki tu buat melainkan daripada memusingkan badannya dan mengucap kalimah " Ya Allah" kemudian sambung tidurnya.

Dan begitulahlah yang berlaku pada malam seterusnya sampailah 3 malam berturut-turut.

Tapi Abdullah telah menduga lelaki itu tidak melakukan pelbagai ibadat kerana hatinya begitu ikhlas... ..maka dia pun bertanya kat lelaki tersebut sebelum dia meniggalkan rumah tersebut.

"Wahai saudaraku, ingin sekali saya mengetahui ibadat mu. Sudilah saudara memberitahu saya supaya saya juga boleh ke syurga " kata Abdullah.

"Tidak ada ibadat lain melainkan apa yang saudara lihat" jawab lelaki itu bersungguh-sungguh.

Setelah mendengar jawapan lelaki tersebut Abdullah pun tak tanya lagi dan berterima kasih kepada lelaki tersebut... ...

Sebelum Abdullah pergi lelaki tersebut telah memanggilnya seraya berkata...

"Saudara... ... memang tidak ada ibadat lain melainkan dari apa yang saudara lihat.Tetapi di samping itu saya tidak pernah iri hati kepada sesiapa pun." jelas lelaki tersebut memberi pengakuan.

"Rupanya inilah sikap terpuji pada diri mu. Maka aku berjanji tidak akan mencela sesiapapun. Terima kasih kerana memberi pentujuk yang berguna kepada saya" ujar Abdullah dgn gembira.

*** PENGAJARAN: Sesiapa yang mengumpat dan mencaci orang lain hendaklah dia meminta maaf kerana Allah tidak akan mengampunkan dosa manusia sesama manusia. Oleh itu hendaklah selesaikan di dunia. Di akhirat urusan Allah dengan hamba-hamba-Nya.


kredit: rakangroup



Salam Ukhuwah..~

1 ulasan:

  1. Allahuakhbar :)

    Salam ukhwah.. Teruskan berjuang dalam dakwah. InsyaAllah.

    BalasPadam