Bacaan Popular

Selasa, 1 Oktober 2013

Batu Yang Bercakap_Bayan 1


Seorang lelaki Yahudi tiba-tiba mendatangi Rasulullah s.a.w. dan bertanyakan satu soalan.

'Ya Muhammad... Jikalau benar engkau seorang Nabi yang diutuskan oleh Allah, Tuhan yang mentadbir seluruh alam ini katakan apakah benda yang berada dalam gengaman tanganku ini.' Katanya sambil menunjukkan gengaman tersebut kepada Rasulullah s.a.w.
Tanpa banyak membuang masa Rasulullah s.a.w. terus manjawab pertanyaan itu.

'Ada enam biji batu kecil.' 

Serta merta wajah lelaki Yahudi tersebut berubah pucat sambil membuka gengaman tangannya dan terpaparlah enam biji batu-batu kecil dalam telapak tangannya itu. Namun sikap Yahudi tetap Yahudi juga ia tidak dapat menerima hakikat bahawa yang berdiri dihadapannya ialah seorang Rasul yang diutus oleh Allah s.w.t. Ia ingin lari dari situ sambil membuang enam biji batu-batu kecil dari dalam gengaman tangannya.

Serentak dengan jatuhnya batu-batu itu keatas pasir ia mendengar satu enam suara serentak berkata-kata.

'Salam dan selawat keatasMu Ya Rasulullah'.

Batu-batu itu berkata-kata dalam bahasa Arab yang faseh dan dapat didengar oleh lelaki Yahudi itu.

Segera ia mematikan langkahnya dan kembali kepada Rasulullah s.a.w. serta menyatakan hasratnya untuk memeluk agama yang tauhid yakni menyembah Allah dengan mengucapkan Laillaha ilallah.

Disini Allah membuktikan bahawa itulah sebenar-benarnya Nabi yang Allah utuskan untuk kita ikuti. Ini juga bukti Allah itu Maha Mengetahui tiap sesuatu. Dia boleh menjadikan anak gadis mengandong tanpa disentuh oleh lelaki seperti yang pernah kita dengar dulu bagaimana Marian ibu Nabi Isa a.s. melahirkan Nabi Isa a.s.

Dia juga boleh menenggelamkan bumi seperti-mana berlaku dalam zaman Nabi Nuh a.s.

Dia juga boleh menerbitkan susu dari ibu jari Nabi Musa yang masih kecil ketika sedang berhanyut dqlam sungai selama 3 hari 3 malam. Dia mampu berbuat apa sahaja.

Jikalau kita hendak mendapatkan susu pasti kita perlu ada lembu. Tapi zaman inbi kita boleh beli susu dalam tin dari kedai, tapi susu itu bukan susu asli. Namun Allah boleh mendatangkan susu tanpa ada lembu. Dan didalam syurga ada sebuah sungai yang mengalirnya ialah susu.

Jadi yakinlah bahawa Allah itu Maha Kuasa.


Salam Ukhuwah..~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan