Bacaan Popular

Isnin, 10 Ogos 2009

Tips Dapat Zuriat Di Bulan Ramadan



1) DOA MUSTAJAB WAKTU BERBUKA

Antara waktu yang mustajab untuk berdoa adalah sebelum berbuka puasa. Tapi saat
ini sering diabaikan oleh kebanyakan orang kerana ghairah menghadap menu berbuka
yang menyelerakan. Luangkanlah masa beberapa minit sebelum waktu berbuka untuk
berdoa dan memohon apa-apa sahaja yang kita hajatkan. Ingat, Allah swt Maha
Pemurah. Setiap doa yang kita panjatkan, pasti didengar.


2) PELUANG TURUNKAN BERAT BADAN

Berat badan adalah antara faktor sukar hamil. 50% Pesakit PCOS didapati juga mengalami gejala berat badan berlebihan. Kajian menunjukkan bahawa dengan setiap 5% penurunan berat badan, dapat meningkatkan peluang kehamilan sebanyak 30%. Sebab itulah, antara cadangan yang diberikan oleh doktor adalah supaya menurunkan berat badan terlebih dahulu

Sekarang kita di bulan Ramadan, peluang ini harus diambil untuk menurunkan
sedikit berat badan dengan mengawal makan, terutamanya waktu berbuka.


3) BANYAKKAN ISTIGHFAR DAN SELAWAT

Bulan Ramadan ini hati manusia lembut, Syaitan dirantai. Kalau anda perasan, pengunjung-pengunjung masjid semakin bertambah di bulan Ramadan. Ramadan adalah bulan untuk beramal.

Nabi saw pernah anjurkan seorang sahabat supaya banyakkan sedekah dan
beristighfar bagi mereka yang belum dikurniakan zuriat.

Berikut kami berikan petikan hadis tersebut

"Abu Hanifah Rah. meriwayatkan di dalam musnadnya dari Jabir Bin Abdullah R.A
bahawa seorang lelaki pernah datang kepada Nabi s.a.w dan bertanya;

Ya Rasulullah, sudah lama saya menikah, tapi belum dianugerahi oleh seorang anak
pun.

Nabi s.a.w pun menjawab dengan sabdanya;

Di mana(keadaan) engkau dengan banyak ISTIGHFAR dan banyak BERSEDEKAH, kerana dua hal ini boleh menganugerahi buah hati(anak)"


4) KURMA DAN KESUBURAN?

Kurma adalah sangat sinonim dengan bulan Ramadan. Khasiatnya memang terkenal.
Dari segi kesuburan, maklumat yang kami dapati adalah 'DEBUNGA KURMA'
(ada juga orang panggil 'serbuk kurma') yang dipercayai dapat membantu memulihkan
masalah kesuburan wanita dan lelaki.

Kami masih membuat kajian tentang perkara ini. So, no komen.

Sebenarnya di negara Arab, serbuk Debunga Kurma ini ada dijual di sana yang
memang dipercayai baik untuk kesuburan. Tak lama lagi musim haji, mungkin anda
boleh kirim dengan rakan-rakan @ ahli keluarga yang akan menunaikan haji.

Kalau kat Malaysia, kami tak pasti jika ada sesiapa yang ada jual Serbuk Debunga Kurma ini. Jika ada antara anda yang tahu dan pernah beli produk ini di Malaysia, harap dapat maklumkan kami kerana rasanya ramai rakan-rakan kita yang berminat nak beli jugak. Insyallahkami akan buat satu penulisan khas tentang 'debunga kurma' ini dalam blog.

kredit: Abu Jarir & Ummu Aisyah


Salam Ukhuwah..~