Bacaan Popular

Jumaat, 30 Disember 2016

Jauhi Zina

Gambar sekadar hiasan

Statistik menunjukkan perzinaan berlaku secara berleluasa pada masa sekarang dan benarlah seperti sabda Nabi s.a.w dalam hadithnya yang berkaitan tanda-tanda qiamat semakin hampir yang maksudnya lebih kurang, 'Antara tanda-tanda dekat berlakunya qiamat itu ialah berleluasanya zina'.

Memang zina berlaku setiap masa dan hasil zina yang melahirkan anak sahaja ialah 7 kelahiran setiap satu jam di Malaysia. Itu yang melahirkan dan bagaimana pula yang tidak melahirkan? Jawapannya pasti akan lebih banyak lagi.

Bagaimana cara untuk jauhi zina?

Allah s.w.t. sudah jelaskan semua perkara tapi manusia tak mahu ikut  atau ta'at. Antaranya perintah setiap wanita menutup aurat mereka dengan sempurna. Perintah agar menjaga pergaulan antara lelaki dan perempuan. Bagitu juga lelaki mesti jaga pandangan mata. Nabi  s.a.w. pun menyarankan agar disegerakan pernikahan anak-anak yang sudah ada akal baligh agar tidak berlaku perzinaan. Sebaliknya kita pada masa ini jika ada jiran menikahkan anak mereka dalam usia belasan tahun seolah-olah menjadi perkara pelik pula, itulah peliknya kita dan dengan kepelikan itulah zina terus berleluasa.
Oleh kerana zaman ini kita memaksa anak-anak  untuk mendapatkan ilmu pendidikan akedemik, kita ajar mereka mengejar kemajuan dan kebendaan maka peluang mereka berzina lebih luas dan dalam masa yang sama peluang mengejar akhirat semakin sempit. Mereka meninggalkan rumah dengan pakaian yang ikut suka mereka dan tinggal jauh dari kita sebagai ibu bapa. Bagi yang sudah bertemu jodoh maka bakal pengantin terpaksa memikul kos kenduri yang besar walhal ini semua hanya memenuhi selera nafsu kita yang mahu pelamin cantek, tukang andam ternama serta katering yang masakannya lima bintang. 

Fenomena ini bukan lagi fenomena tapi bencana oleh tangan-tangan kita sendiri. Kita dipaksa menikut system poligami yang diajukan oleh perempuan barat. Bagi perempuan  barat satu suami untuk satu isteri dan tak boleh kongsi-kongsi. Slogan satu suami untuk satu isteri sebenarnya slogan orang Barat. Di barat sendiri ada 11 perempuan untuk 1 lelaki. Bilamana seorang lelaki berkahwin satu bermakna ada 10 lagi perempuan yang tidak dapat berkahwin. Disebabkan mereka tidak dapat berkahwin kerana tiada lelaki yang mahu berkahwin dengan mereka maka mereka terpaksa menjadi harta awam. Harta awam seperti telefon awam, siapa ada syiling boleh masukkan syiling dan boleh gunakan telefon awam tersebut. Jika terdapat ramai yang hendak menggunakan telefon awam tersebut maka kenalah ikut giliran.

Di Malaysia harta awam ini semakin bercambah banyak. Bukan sahaja perempuan tempatan yang sudah menjadi harta awam bahkan perempuan dari luar negara juga telah bersaing dengan perempuan tempatan untuk merebut pelanggan. Mereka berlumba-lumba menampilkan kecantikan masing-masing lalu anak-anak kita yang tiada bimbingan kukuh hal agama akan tiru mereka melalui media melalui pandangan terus ketika dalam perjalanan di bandar atau pekan. Lalu mereka membesar dalam keadaan yang demikian. Permandngan perempuan berpakaian menjolok mata menjadi semakin biasa dan merebak kepada anak-anak kita dan mereka pu  terbiasa dan tak terasa bersalah atau berdosa dalam pakaian yang demikian.
 
Bayangkan jika adek perempuan kita berada di Amerika dan terpaksa menjadi harta awam disana disebabkan tiada lelaki yang hendak kahwin dengannya. Untuk menyelamatkan mereka dari menjadi harta awam maka perempuan sendiri kena kurban perasaan mengambil mereka untuk dijadikan madu. Ingatlah ketika kita telah menyelamatkan seseorang dari terjerumus kedalam dosa pasti kebaikan yang dilakukannya selepas terselamat dari dosa itu kita juga akan diberi imbuhannya melelui catatan amal milik kita.
 
Allah s.w.t. perintah dalam al Quran, 'Kahwinlah satu dua atau tiga jika kamu mampu dan jika kamu tidak mampu memadailah kawin satu'. Tapi yang kita pulak pandai-pandai buat peraturan lelaki kawin satu saja. Kita yang sudah bersuami tidak mahu kongsikan suami kita dengan wanita lain sebab kita takut berbagai-bagai perkara, takut anak-anak kita tak cukup makan walhal ikan dilaut yang berjumlah bertrilion-trilion itu masih boleh Allah bagi makan sejak dulu, inilah perkara yang patut kita fikirkan.

Setiap manusia (bayi) yang didatangkan kedunia pasti sudah tertulis rezeki, jodoh dan mautnya. Tugas kita taat perintah Allah dan jangan melawan. Allah suruh tutup aurat tutuplah. Nabi s.a.w. kata jangan pakai wangi-wangian ketika keluar rumah (perempuan) jangan pakai. Tapi kita dizaman ini berwangi-wangian ketika pergi kerja dengan pakaian yang sangat menggoda kaum lelaki. Ini bukti kita melawan Allah dan Rasul.

Sememangnya Allah ta'ala telah tetapkan jumlah perempuan melebihi jumlah lelaki agar lelaki boleh memiliki isteri lebih dari satu bagi yang mampu (zahir dan bathin). Namun oleh kerana perempuan telah menguasai lelaki pada hari ini maka lelaki terpaksa ikut perintah perempuan. Marilah kita berbalik kepada pegangan al Quran serta sunnah Nabi s.a.w. sebab didalamnya pasti ada kejayaan dunia dan akhirat.
 
Amalkan banyak membaca al Quran didalam rumah, membaca hadith Nabi s.a.w. serta perbanyakkan solat sunat didalamnya. Hiasi rumah kita dengan amal-amal yang baik. Jaga setiap perkataan yang hendak dikeluarkan ketika dalam rumah maupun luar rumah terutama selepas subuh dan selepas asar. Dua waktu inilah biasanya mulut para ibu menyebut perkataan-perkataan negative dan dengan perkataan negative ini kekadang ianya menjadi doa yang menyebabkan apa yang kita sebut itu kabul lalu jadilah apa seperti yang disebut.
 
Sebaliknya dua waktu ini Allah ta'ala perintah kita dalam al Quran agar mengingatiNya. Cara terbaik untuk mengingati Allah pada waktu itu ialah dengan berzikir. Berzikir tidak semestinya memegang butir-butir tasbeh, mengagak-agak masa yang diambil untuk sesuatu tasbeh pun sudah memadai, contohnya untuk 100 tasbihat biasanya mengambil masa 15 minit maka sambil tangan buat kerja dapur atau cuci kereta boleh tasbihat dan agak-agak sudah 15 minit atau lebih sikit pun takper maka bertukar pula kepada selawat keatas Nabi s.a.w. dengan cara yang sama. Selesai 100 selawat sambung pula dengan 100 istighfar. 100 istighfar ini adalah kerana kita ikut Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w. yang maksum beristighfar sebanyak 70 kali pada setiap hari dan sebagai umatnya kita kena istighfar sebanyak 100.
 
Zikir-zikir yang lain tak beranilah Tok Wan nak rekomenkan sebab takut tak tertanggung oleh kita sebagai orang awam, lainlah jikalau kita gulongan alim atau soleh solehah.
 
Lakukanlah kebaikan ini secara istiqamah pasti Allah ta'ala menolong kita menjauhi kita serta anak cucu kita dari zina.
.
.
La haula wala quwwata illa billah..~

Jumaat, 23 Disember 2016

Kisah Sedikit Roti

Gambar sekadar hiasan.

Seperti yang mana kita semua sudah tahu tentang keadaan perut Nabi s.a.w. yang lebih suka berlapar dari berkenyang-kenyangan. Pada suatu ketika dimana persiapan untuk peperangan Khandak @ Parit sedang giat dilakukan yakni sedang menggali parit yang panjang sebagai penghalang kemaraan tentera musuh. Pada ketika inilah kisah yang hendak Tok Wan ceritakan ini berlaku.

Salah seorang Sahabat Rasulullah s.a.w. yang bernama Jabir bin Abdullah r.anhu telah mendapati Nabi s.a.w. turut bersama orang ramai bergotong-royong menggali parit dalam keadaan yang terangat lapar sehingga memaksa Nabi s.a.w. mengikat beberapa ketul batu dibahagian perut Baginda s.a.w. Menyedari perkara yang sedemikian telah memaksa Jabir bin Abdullah r.anhu pulang kerumah dn bertanyakan kepada isterinya samaada terdapat apa-apa makanan diruang dapur untuk menjemput Nabi s.a.w. datang kerumahnya. Isterinya mermberitahu terdapat sedikit roti serta air. Maka segera Jabir bin Abdullah r.anhu pergi semula menemui Rasulullah s.a.w.

Ketika sampai ditempat Rasulullah s.a.w. sedang menggali parit maka segera dibisikkan ketelinga Nabi s.a.w hasratnya menjemput Baginda s.a.w. kerumahnya untuk menjamu selera. Seketika kemudian Nabi s.a.w. membuat pengumuman kepada seluruh mereka yang menggali parit tersebut untuk berhenti seketika dan menunaikan hasrat Jabir bin Abdullah r.anhu hendak menjamu makanan dirumahnya.

Jabir bin Abdullah r.anhu segera kerumahnya dan menyatakan kerisauannya atas apa yang berlaku itu kepada isterinya. Isteruinya menenangkan Jabir r.anhu dengan berkata, 'Janganlah bimbang, dia itu Rasul Allah s.a.w. dan dia tahu apa yang dia buat'. Mendengar perkataan tersebutJabir r.anhu pun tenang.

Maka rombongan yang hendak menjamu selera dirumah mereka pun sampai lantas Jabir r,anhu mempersilakan Rasulullah s.a.w. masuk. Kemudian Nabi s.a.w. memerintahkan dibuat giliran yakni 10 orang masuk dan setelah mengambil secebis roti serta air lalu keluar mengikut pintu lain dan meminta 10 orang yang lain masuk lagi sampailah semua orang mendapat roti dan air masing-masing.

Setelah selesai kesemua mereka mendapatkan roti dan air masing-masing maka Jabir r.anhu serta isterinya mendapati roti dan air mereka masih ada seperti asalnya seolah-olah tidak diusik langsung. Begitulah Allah s.w.t. menzahirkan nusrahNya kepada mereka yang ikhlas.

Mukjizat yang Allah s.w.t. anugerahkan kepada NabiNya memang cukup istimewa namun kemuliaan Nabi kita ini sangat hebat. Nusrah Allah s.w.t. berupa beberapa cebis roti serta air sebenarnya tidak perlu semua yang bekerja menggali parit itu pergi kerumah Jabir bin Abdullah r.anhu, memadai jika Nabi s.a.w. menadah tangan memohon hidangan untuk mereka yang bekerja disitu dan pasti hidangan lazat akan zahir disitu tanpa perlu berjalan kerumah Jabir r.anhu. Tapi Nabi kita yang berakhlak mulia malu hendak menadah tangan sebaliknya sanggup berjalan kaki kerumah Jabir r.anhu untuk menerima nusrah Allah. Sebab itulah Muhammad s.a.w. menjadi Kekasih Allah.

Hari ini jika ada orang buat kenduri tahlil dirumahnya dan menjemput jemaah dari masjid untuk datang kerumahnya selepas solat isyak untuk tujuan tersebut maka kita akan mendengra ada suara yang berbunyi, 'Kenapa tak bawa datang makanan tersebut ke masjid. Buat dirumah kita pulak yang hendak pergi kerumahnya kalau rumah besar okeylah... ini rumah pun sempit.' Ini cara kebanyakan cara kita berfikir. Kita tak nampak nusrah Allah dalam rezeki yang diberkati. Kita tidak nampak keberkatan dari masjid kita, kita usong secara gotong-royong bawa keberkatan tersebut kerumah saudara kita.

Oleh kerana mata kasar kita tidak dapat melihat keberkatan yang ada dalam masjid yang selalunya kita bawa balik kerumah kita sendiri, maka kita juga tidak nampak sebenarnya dengan keluar dari masjid secara berjemaah dan menuju rumah yang buat kenduri tersebut sebenarnya kita sedang mengusong keberkatan dari masjid menuju masuk rumah saudara kita. Lain kali mereka akan usong keberkatan yang serupa kedalam rumah kita pula, inilah yang Allah suka, bukan gotong royong bawa keberkatan dari masjid ke kedai mamak.
.
.
La haula wala quwwata illa billah..~

Jumaat, 16 Disember 2016

Memori Kad

Gambar sekadar hiasan sahaja.


Memori adalah daya ingatan, dan daya ingatan manusia jika dibandingkan dengan daya ingatan yang ada pada kad memori yang dicipta manusia sememangnya kad memori itu jauh lebih baik. Ini membuktikan bahawa Allah ta'ala memberi izin untuk manusia mengambil sebahagian dari bahan yang terdapat dari dalam tanah untuk dijadikan kad memori dan nyata kad memori tersebut dapat mengeluarkan kesemua data yang tersimpan didalamnya tanpa apa-apa perubahan. Begitulah kemudahan-kemudahan yang Allah berikan kepada manusia akhir zaman sehingga hanya dengan talipon pintar tekan atau gesel sikit berbagai perkara dapat didengar, dilihat dan diketahui. Begitulah juga ketikamana Malaikat yang ditugaskan mencatat amalan kita semasa hayat didunia membentangkan buku catatan amal kita yang tersangat panjang maka dikala itu kita menggelengkan kepala catatan apakah yang terlalu lengkap itu sehinggakan segala amalan yang sekecil-kecilnya pun dicatat dengan lengkap. Waktu itu memori yang ada pada kita bukan berkeadaan seperti sekarang ini. Allah ta'ala akan menambah memori dalam diri kita lebih berganda dari yang ada sekarang supaya kita dapat mengiyakan apa yang telah ditulis oleh Malaikat yang Mulia itu.

Dikala itu kita diingatkan kembali janji kita kepada Allah tatkala kita masih di alam barzakh, yakni sebelum kita dizahirkan kedalam perut ibu kita. Kita dapat ingat kembali sewaktu kita masih dalam kandungan ketika Malaikat meniup roh kedalam jasad kita dan ketika kita di keluarkan dari dalam perut ibu kita dalam keadaan tidak berupaya sehinggalah kita menjadi dewasa dan dimatikan dan kemudian dihidupkan semula seperti kita hidup pada masa ini.

Hari ini pun memori sebahagian dari manusia yang Allah ta'ala pilih telah Allah ta'ala beri izin untuk dapat mengingat banyak perkara walaupun usia sudah tua atau lama. Apabila dikaji-kaji kenapa jadi begitu? Kenapa sebahagian yang seusia dengannya sudah nyanyok sedangkan dia masih kuat ingatan?

Jawapannya ialah dia seorang yang sentiasa membaca al Quran dan setiap kali sebelum memulakan bacaan al Quran dia bersugi terlebih dahulu. Memang siapa-siapa yang banyak membaca al Quran akan mendapat banyak keistimewaan sebab yang dibacanya setiap hari itu adalah apa yang Allah telah sebutkan dulu. Andaikata kita seorang penulis lagu dan bilamana kita mendapati ada seorang peminat sedang menyanyikan lagu kita dengan baik sudah pasti kita akan memberikan tumpuan kepadanya. Apalagi bersugi itu adalah sunnah Rasulullah s.a.w. yakni Kekasih Allah sudah pasti bertambah gembiranya Allah. Bilamana kita boleh menyukakan Allah sudah pasti apa yang kita inginkan akan kita dapat. Mereka yang telah menemui perkara tersebut tidak akan meminta harta benda dunia sebab kebanyakan mereka tahu harta benda dunia tidak mempunyai keistimewaan jika dibandingkan akhirat.

Namun tiada perkara yang lebih besar dari nikmat ingatan yang baik untuk tahu bila waktu solat yakni memori yang kuat yang Allah anugerahkan dalam diri kita. Oleh kerana kita juga pernah dengar bahawa al Quran itu sendiri mempunyai mukjizat maka inilah mukjizatnya. Selain itu al Quran juga akan menjadi nur cahaya yang akan menemani kita di dalam kubur dan di Mahsyar. Beberapa surah istimewa menjadi pilihan Baginda Nabi s.a.w. seharusnya tidak kita abaikan sepanjang kehidupan kita. 

Baginda Nabi s.a.w. tidak akan pergi tidur sebelum membaca surah al Mulk (Tabarokallazi) dan surah as Sajdah kerana dua surah ini akan memberi syafaat kepada kita semasa dalam kubur kelak. Percaya dengan perkara yang ghaib itulah iman.
.
.
La haula wala quwwata illa billah..~

Jumaat, 9 Disember 2016

Untungnya Kita

Gambar perkarangan Masjid Zaid bin Thabit diwaktu hampir maghrib hanya sekadar hiasan sahaja.

Sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w. kita mestilah berbangga dan merasakan beruntung kerana terlalu banyak keistimewaan yang Allah ta'ala telah berikan kepada kita. Keistimewaan-keistimewaan itu tidak dapat kita kira, bukan sekadar keistimewaan sahaja bahkan nikmat pun datang kepada kita tanpa kita duga dan tanpa kita sedar.

Umat dahulu tidak merasa hidup menggunakan talipon pintar seperti kita sekarang ini. Dengan talipon pintar ibadat dapat kita tingkatkan asbab benda ini boleh menunjukkan kepada kita dimana masjid yang berada paling hampir dengan kita atau sekurang-kurangnya menunjukkan kepada kita dimana arah qiblat. Dengan benda ini juga kita dapat tahu waktu solat fardhu dikawasan yang sebelum ini kita belum pernah sampai. Dengan benda ini juga kita dapat mengutip kembali doa-doa harian yang kita pernah amalkan dulu dan kini telah lupa. Inilah nikmat yang Allah s.w.t. akan tanya kepada kita diakhirat kelak, adakah nikmat tersebut kita gunakan bagi memudahkan kita melakukan amal ibadah atau melalaikan kita dari melakukan ketaatan kepada Allah s.w.t.

Benda-benda seperti talipon pintar, data internet, wifi dan sim kad tidak Allah datangkan untuk umat sebelum kita sebab Nabi akhir zaman yang menjadi tanda besar kejadian qiamat sepertimana dikatakan dalam kitab-kitab sebelum al Quran diturunkan belum didatangkan. Dengan datangnya Nabi kita itu membuktikan satu tand.a besar akan kejadian qiamat yang semakin hampir sudah datang. Dan dengan kedatangan Nabi ini kita semua beroleh Rahmat asbab kedatangan Muhammad s.a.w membawa Rahmat keseluruh alam. Sedangkan Nabi-nabi sebelum Baginda s.a.w. hanyalah untuk satu-satu negeri atau satu-satu kaum bahkan ada yang dihantar hanya untuk satu kampong sahaja.

Setelah kewafatan Baginda s.a.w. kita dianugerahkan teknoloji yang dahulunya pernah diberikan kepada kaum Tsamud. Dengan teknoloji itu kita dapat mengembangkan hubungan awal melalui telegram, kemudian kepada radio kemudian televisyen kemudian komputer dan terbaru talipon pintar. Dengan alat-alat tersebut kita dapat mengambil atau menghantar berbagai perkara yang baik-baik serta elok untuk kita kongsikan bagi meneruskan serta meningkatkan amal ibadah kita untuk mendapat Redha Allah.

Bukan sekadar itu sahaja, kita juga diberikan solat 5 waktu dimana kita berpeluang online dengan Allah umpama kita mengambil vaksin dari Zat Yang Maha Kuasa dialam semesta ini agar kita tidak mudah dipengaruhi atau diperdaya oleh virus yang bernama syaitan yang bakal mengheret anak cucu Adam a.s. keneraka jahannam. Lihatlah betapa beruntungnya kita bila selesai solat berjemaah dan masih duduk bersama imam melakukan istighfar, zikir yang berbagai-bagai dan dengan istighfar serta zikir yang berbagai-bagai itu segala dosa kita sejak solat yang tadi diampunkan. Bila mana keluar dari masjid kita digiring pula oleh ribuan Para Malaikat yang bertugas menjaga keselamatan kita sehinggalah sampai waktu solat yang lagi satu asbab bacaan ayat Kursi secara ijmain tadi.

Sebab itulah Nabi s.a.w. bersungguh-sungguh mahu kita solat secara berjemaah ditempat ada azan dilaungkan (kecuali perempuan). Dan bagi setiap lelaki yang telah mencapai akal baligh alangkah beruntungnya bila dapat datang kemasjid ketika azan dilaungkan kerana disitu ada kejayaan seperti penyeru laungkan melalui pembesar suara disetiap masjid dan surau. Ingatlah tiada siapa yang halang kita untuk datang kemasjid ketika ini, tidak sepertimana yang berlaku di Myanmar dimana masjid pun sudah dibakar, imam diikat dibelakang lori dan diseret hingga syahid. Semuga Allah terima pengurbanan mereka dan menempatkan mereka ditempat yang selayaknya disana.

Lebih untung lagi Nabi s.a.w. bagitau pada kita dalam setiap bulan kalau ada puasa tiga hari lagi istimewa sebab dalam al Quran Allah bagitau setiap kebaikan / kebajikan itu digandakan dengan 10 ini bermakna 3 hari bersamaan dengan 30 hari (satu bulan) dan kalau dapat istiqamah sepanjang tahun bermakna dalam setiap tahun kita berpuasa sebanyak 720 hari jika ditambah dengan puasa fardhu Ramadhan.

Masih ada ganjaran lagi hebat untuk kita dimana setiap harta yang kita impakkan kepada jalan Allah (zakat) digandakan sehingga 700 kali ganda. Lebih untung mereka yang pergi ke Mekah dan Madinah dimana disana setiap amalan digandakan 50 ribu (di Madinah) dan di Mekah digandakan menjadi 100 ribu. 

Hari ini, zaman ini Allah datangkan kepada kita syarikat penerbangan tambang murah yang munculnya dinegara kita sendiri. Kita ada penerbangan Malindo, Airasia dan terbaru Mas juga telah menawarkan tambang murah. Tidakkah ini mencabar kita untuk pergi ke Tanah Suci bagi melakukan ziarah? JIkalau kita kata tidak ada peluang lagi bermakna kita angkat tangan untuk tunggu. Sebenarnya peluang bukan selalu ada, enteh-entah esok kita mati dan meninggalkan baju berpuluh-puloh helai dalam almari sedangkan baju yang kita perlukan untuk hidup didunia ini dua atau tiga helai sudah memadai. Tapi kita ini pantang nampak baju yang cantek bergantung dikedai handak rasanyta membeli. So...wng kita banyak kita habiskan untuk perkara yang akan kita tinggalkan.

Marilah kita usahakan dengan wang ringgit dan masa kita untuk perkara-perkara yang akan kita bawa kenegeri akhirat sebab negerai akhirat itu selain lebih baik dari yang ada disini ianya juga negeri yang kekal abadi, kekal selama-lamanya.
.
.
.
La haula wala quwwata illa billah..~

Jumaat, 2 Disember 2016

Adab Masjid

Gambar pelamin dalam masjid bermaksud adab sudah tergugat
terutama dalam komuniti Melayu sendiri.

Setiap orang Islam sepatutnya tahu adab masjid. Adab masjid seperti adab makan juga, seperti adab tandas, seperti adab tidur juga. Jika tiada ikut adab maka itulah yang disebut orang kita sebagai biadab. Maaf jikalau perkataan atau bahasa yang Tok Wan gunakan kali ini agak keras tapi itulah tujuan bagi memahamkan maksud adab.

Oleh kerana tajuk kita kali ini ialah adab masjid maka eloklah kita sentuh bab adab masjid saja. Antara adab masjid yang selalu kita dengar ialah perempuan yang datang haid tak boleh masuk dalam masjid, dalam masjid bermaksud semua ruang yang digunakan untuk solat. Tidak boleh makan dan minum termasuk tidur dalam masjid kecuali ada niat iktikaf. Apabila tiada niat iktikaf maka makan dan minum dalam masjid jadi haram kata ulamak. Kesian anak-anak yang sudah akal baligh telah makan berkali-kali dalam masjid tanpa niat iktikaf kerana mereka tidak tahu. Mereka tidak tahu kerana kita tidak bagi tahu. Dan mereka juga telah makan dan minum dimasjid sejak mereka belum baligh lagi. Jangan kita mempersalahkan ayah-ibu mereka yang tak bagitau pada mereka kerana ayah-ibu mereka sibuk dan tak sempat nak tahu kemana mereka menghilang. Jangan terperanjat ada ayah-ibu yang tak tahu bahawa anaknya sudah masuk akal baligh, sudah jadi anak teruna sudah jadi anak dara dan masih makan serta minum dimasjid tanpa ada niat iktikaf.

Apabila akal sudah baligh maka solat diwajibkan keatas mereka namun ramai antara mereka masih bermain kejar-kejar dikawasan masjid ketika makmum yang lain mendirikan solat fardhu. Salah saya juga kerana tidak memaklumkan kepada mereka, bukan salah imam masjid.

Bila perkara ini tidak kita titik beratkan maka lama kelamaan wabak tidak tahu adab ini akan merebak kepada gulungan remaja yang akhirnya remaja pun sudah menjadi dewasa. Apabila mereka sudah dewasa maka dek kerana tidak tahu itu maka terjadilah pelamin untuk mempamirkan pasangan pengantin diruang solat masjid seperti dalam gambar diatas.

Apabila sudah ada pelamin pasti ada tetamu lelaki dan perempuan duduk bersama-sama walhal perempuan dan lelaki sepatutnya dipisahkan oleh satu tirai atau dinding. Oleh kerana kefahaman agama tiada maka perkara sebegini boleh terlepas adab bukannya terlepas pandang. Nak sebut terlepas pandang memang sudah dipandang dalam berbagai sudut maupun aspek. Memanglah semua masjid bibawah pertadbiran Jabatan atau Majlis Agama negeri masing-masing tapi pemegang amanah di Jabatan dan Majlis Agama Negeri masing-masing itu berjawatan dari lantikan Jabatan Perkhidmatan Awam. Ada yang menjadi Imam sebab berkelulusan Diploma dalam bidang Usuluddin, ada yang berjawatan Pengarah kerana kelulusan Master dalam bab Syariah atau yang seumpama dengannya.

Jika kita pandang kepada Pengerusi pula mereka biasanya orang koperat atau orang politik yang dipilih atas persetujuan Jabatan Agama. Jadi duduk adab serta tanggung jawab untuk memperbetulkan perkara ini sebenarnya telah kembali kepada kita semua. Kita yang menjadi makmum kepada mana-mana masjid yang bertanggung jawab atas bab adab ini. Tegurlah dengan cara berhemah apa-apa perkara yang tidak manis dipandang mata. Jikalau tak boleh tegur dengan kata-kata tegurlah dengan hati dan jika itupun tak boleh maka tegurlah dalam doa untuk mereka.

Mudah-mudahan Allah bagi kita taufik untuk kita sampaikan maksud dalam perkara ini.
.
.
.
La haula wala quwwata illa billah..~

Ketakutan

 
 Gambar sekadar hiasan sahaja.
 
Ketakutan kita sebenarnya berada pada landasan yang salah, yakni kepada kehidupan kita didunia ini, walhal ketakutan yang sepatutnya kita berikan adalah ketakutan kepada kematian. Biasanya kita akan jaga makanan kita dan keluarga kita agar makanan itu dapat menyihatkan kehidupan kita. Perkara-perkara yang kecil pun kita ambil berat sehingga cecair untuk membersihkan tangan sebelum dan selepas makan pun menjadi penelitian yang penuh sebelum membelinya.

Sebab kefahaman kita jika tersalah pilih jenama cecair pencuci tangan akan menyebabkan kuman-kuman diluar rumah akan menjadi punca anak kita dan keluarga kita mengalami sakit. Untuk itulah kita menumpukan kebersihan dalam menjalani kehidupan agar keluarga kita sentiasa sihat.

Makanan-makanan dari pelbagai jenama juga perlu kita teliti agar tahap kesihatan kita meningkat dan terus terpelihara. Oleh kerana itu kita telah berhabisan wang ringgit yang banyak untuk menjamin hidup tanpa sakit. Tersalah makan bahan yang mempunyai banyak glugos boleh menyebabkan kita kena kencing manis, tersalah makan bahan yang mempunyai banyak lemak menyebabkan darah pekat dan bila darah pekat jantung susah hendak mengepam lalu jantung mempunyai masalah.

Namun kesakitan ketika hendak mati disabdakan oleh Nabi s.a.w. umpama 3000 pedang yang dicucuk serentak kepada tubuh badan kita. Begitu hebatnya kesakitan hendak mati, Begitu juga kehidupan sesudah mati lebih dahsyat lagi. Inilah yang sepatutnya kita takutkan kepada Allah kerana Allah lah yang berkuasa keatas setiap sesuatu.

Nabi bagitau kepada kita barang siapa dapat menjaga solat suboh dan asar secara berjemaah (lelaki) maka diwajibkan syurga untuknya sebab solat untuk 2 waktu ini memang sukar untuk dilakukan secara berjemaah. Yang solat suboh kerana sejuk dan yang asar pulak waktu yang sangat sibuk, apalagi jika kita kaki berjaga malam.

Allah s.w.t. bersumpah dalam al Quran وَٱلۡعَصۡرِ    Demi waktu asar (ada pendapat menyatakan demi masa),  وَٱلضُّحَىٰ    demi waktu dhuha, waktu ini pun masih sibuk sehingga tiada masa untuk sunat dhuha, وَٱلۡفَجۡرِ    demi waktu fajar, inilah masa paling sibuk dan ramai yang tidak sibuk namun masih ditempat tidur,  وَٱلَّيۡلِ إِذَا يَسۡرِ    demi waktu malam apabila ia berlalu, kerana waktu-waktu inilah manusia sibuk dan lalai dari mengingati Allah. Beruntunglah orang-orang mukmin yang dapat menjaga solat mereka dengan khusyuk serta mengeluarkan zakat.

Penumpuan kita sepatutnya kita berikan kepada saat kematian kita. Kita harus usahakan agar kita dan seluruh keluarga kita dapat memasuki kubur dalam keadaan yang tanah kubur redha dan  paramalaikat pun redha serta Allah s.w.t. juga redha keatas kita. Jika itulah yang kita usahakan dengan teliti sehingga setiap perkara-perkara yang kecil dapat kita perhatikan pastilah 40 ribu tahun untuk berada dalam kubur itu suatu masa yang singkat. Apalagi kehidupan selepas sangkakala kedua ditiup oleh Malaikat Izrafel dimana perjalanan mahsyar yang dikatakan akan memakan masa selama 50 ribu tahun pasti menjadi singkat dan tidak susah.

Sebenarnya Allah ta'ala kasih kepada kesemua makhlukNya dan tidak hendak satu makhluk pun mendapat kesusahan baik didunia, didalam kubur maupun di Padang Mahsyar lebih-lebih lagi untuk masuk kedalam neraka. Sebab itu Allah ta'ala hantar begitu banyak Para Nabi a.s. dan untuk kita Allah hantar Nabi yang paling hebat yakni Muhammad s.a.w. untuk memberi peringatan kepada kita.

Kewafatan Nabi s.a.w. meninggalkan untuk kita senaskhah al Quran dan berates-ribu hadith. Semua ini adalah untuk kita jadikan panduan dan pedoman. Dalam al Quran sendiri Allah memberi peringatan serta pengetahuan untuk apa kita ini dikembang biakkan dan untuk apa kita dihidupkan diatas muka bumi ini.

Untuk mereka yang takut kepada kematian dan kehidupan selepas kematian Allah janjikan syurga, yakni tempat kediaman yang sangat-sangat nikmat. Sebagaimana kita semua tahu bahawa Malaikat tidak mempunyai nafsu seperti kita. Kita ini ada nafsu untuk wanita, nafsu untuk makanan, nafsu untuk benda-benda yang cantik, nafsu untuk bunyi-bunyian yang menarik. Namun dikhabarkan oleh ulamak bahawa Malaikat yang tidak mempunyai nafsu pun amat tertarik dengan nikmat-nikmat yang Allah sediakan dalam syurga.

Ketakutan inilah yang sepatutnya berada dalam fikiran setiap kita. Ketakutan jika nama kita tiada dalam senarai mereka yang layak memasuki syurga. Ketakutan yang teramat sangat kerana kehidupan selepas kematian dihujungnya ialah syurga atau neraka. Inilah ketakutan yang besar.
.
.
.
La haula wala quwwata illa billah..~ 

Jumaat, 25 November 2016

Kemanisan Dalam Beribadah

Gambar semasa majlis penyerahan kunci Masjid Zaid bin Thabit.

Kita sudah tidak dapat merasai kemanisan dalam beribadah kerana perkara itu pun sudah dicabut oleh Allah s.w.t. Sebab itulah kita lihat makmum dalam setiap masjid terburu-buru meninggalkan masjid sebaik Imam memberi salam tanpa buang masa untuk duduk berzikir atau sekurang-kurangnya beristighfar bersama Jemaah yang lain. Kekadang bukan sekadar makmum yang terburu-buru bahkan Imam dan bilal pun Nampak terburu-buru.

Bab bilal yang terburu-buru dapat kita lihat apabila waktu untuk iqamah belum tiba dia dah iqamah menyebabkan ramai lagi Jemaah yang jadi Jemaah masbuk terutama solat suboh. Sebab bilal pun ada urusan untuk hantar anak kesekolah, hantar isteri ketempat kerja. Jikalau tidak hantar isteri ketempat kerja siapa pula yang hendak bayar duit kereta yang mereka sekeluarga pakai? Bayaran rumah dan bil elektrik sudah dibayar dengan pendapatan suami. Bab hantar anak ke sekolah pula jikalu kita tak hantar nanti anak penat berjalan kesekolah, bila anak penat tentulah tumpuan kepada pelajaran merosot dan kita juga yang rugi sebab anak tak jadi cemerlang dalam pendidikan akedemik dan sudah pasti payah dapat kerja atau cuma dapat kerja dengan gaji yang kecil-kecilan sahaja.

Semuanya kerana dunia, kerana hendak hantar anak kesekolah, hantar isteri ketempat kerja dan berbagai-bagai perkara lagi yang menyebabkan kita buru-buru keluar masjid walhal Nabi s.a.w. dah sebut dalam hadith duduklah baca al Quran 100 ayat atau zikir sehingga terbit matahari dan dirikan 2 rakaat selepas syuruk ganjarannya umpama mengerjakan haji dan umrah. Jika ditambah lagi dengan 2 rakaat solat hajat maka Allah akan penuhi keperluannya sampai kepada waktu asar.

Masalah utama kita tidak yakin kepada Allah, kita tidak yakin kepada Rasulullah s.a.w. Sebab itulah juga kita lihat Imam sendiri tak nak baca surah as Sajdah. Walaupun bacaan as Sajdah  dalam solat suboh pagi jumaat  bukan wajib tapi fadhilatnya besar, sunnahnya besar. Kita tak Nampak semua itu kecuali bila kita sudah masuk lubang kubur nanti.

حَتَّىٰ زُرۡتُمُ ٱلۡمَقَابِرَ

...hatta sampai kamu masuk lubang kubur.
 
 
Apabila ada keyakinan kepada janji-janji Allah dan RasulNya pasti dapat kita kecapi semula kemanisan dalam beribadah. Kita kena perbanyakkan duduk mendengar hadith (taklim) yang selalu diadakan dimasjid dan baca juga hadith dalam rumah kita untuk keluarga kita. Ketika pulang dari masjid elok pulang terus kerumah dan bawa keberkatan masjid itu kedalam rumah kita bukannya bawa keberkatan tersebut kekedai mamak.
 
Dalam rumah kita juga kena selalu ada bacan al Quran dan kita sendiri kena baca al Quran setiap hari sekurang-kurangnya dua muka (untuk setahun sekali qatam) dan kena ajak orang lain sama-sama dating kemasjid...ini kerja kita sebab selepas Nabi kita Nabi Muhammad s.a.w. wafat Allah tidak akan hantar Nabi lagi. Nabi-nabi sebelum Nabi kita tidak meninggalkan kerja mengajak manusia kepada Allah untuk umatnya tapi Nabi kita tinggalkan kerja untuk mengajak orang lain kepada kebikan dan mencegah mereka daripada melakukan kemungkaran. Sebab itulah Allah bersumpah dengan masa...
 
وَٱلۡعَصۡرِ (١) إِنَّ ٱلۡإِنسَـٰنَ لَفِى خُسۡرٍ (٢) إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلۡحَقِّ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلصَّبۡرِ (٣)
Demi Masa! (1) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; (2) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. / (3)
 
Berpesan dengan pesan yang Haq serta sabar...bermaksud jikalau hari ini rakan kita itu tak mahu datang kemasjid esok ajak lagi, ajak lagi sampai dia mahu datang dan jikalau sampai dia marah kita sabar dan sabar lagi. Begitu juga dengan wanita yang tidak mahu menutup aurat mereka dengan sempurna, tugas kita memberi peringatan, beri peringatan lagi dan lagi sampailah wanita itu marah kepada kita dan kita sabra, dia campak kepada kita kasut pun kita sabra dan senyum akalu kasut dia tu kena batang hidung kita dan berdarah pasti tak sakit sebagaimana sakitnya dia diakhirat nanti. Apabila sudah sampai tahap yang sebegini pasti Allah suka apa yang kita buat dan pasti amal ibadah kita bertambah manis.
 
Apabila amal ibadah terasa manis pasti bacaan Imam yang panjang dalam solat dimajid tak terasa panjang, begitu juga dengan doa yang panjang-panjang. Dan apabila ada ustaz bagi tazkirah atau kuliah dalam masjid kita sanggup duduk tanpa rasa gelisah walaupun berjam-jam lamanya.
 
Senang jer kan nak kenal ibadah kita itu manis atau tidak. Periksalah diri kita masing-masing.
.
.
.
La haula wala quwwata illa billah..~


Jumaat, 18 November 2016

Perjalanan Khuruj

Tok Wan (berbaju biru) bergambar bersama rakan seusaha di Nabalu

Beberapa minggu Tok Wan tidak membuat posting dalam blog ini kerana khuruj ke Sabah dan kawasan Papar dalam Daerah Beaufort adalah tumpuan utama kami dimana kami beriktikaf di 1 masjid dan 3 buah surau. Semua kelengkapan untuk 40 hari dibawa namun tablet yang membolehkan menaip perkara untuk blog ini tertinggal dirumah. Ahhh... tak apalah nanti balik boleh buat posting.

Route pertama adalah Masjid Buang Sayang 2 yang berada ditebing Sungai Papar dan bersebelahan landasan keretapi. Route kedua ialah sebuah surau kecil di Padawan, 13km keutara Pekan Papar. Disana tiada pasar dan kecil runcit terdekat jaraknya 1km dari surau. Dalam jarak 10km persegi hanya terdapat 53 buah rumah saudara Muslim dan selebihnya adalah Kristen dan Pagan. Disana kami bertahan selama 11 hari sehingga satu jemaah dapat dibentuk untuk dikeluarkan 3 hari.

Kemudian kami bergerak ke Nagapas kira-kira 6 km dari Pekan Papar. Surau al Mustakimah di Nagapas adalah surau atas ihsan pemilik ladang Guthrie Co Ltd (London) sejak 1963 dan apabila Guthrie Malaysia Berhad mengambilalih pemilikan saham maka ramai pekerja dari semenanjung balik semula kesemenanjung atas kerelaan sendiri. Namun Imam surau tersebut yang berasal dari Sagil, Johor yang datang ke Nagapas pada tahun 1963 dan telah beranak-cucu disitu tidak mahu pulang ke Semenanjung.

Imam tersebut terus berkhidmat dalam ladng Guthrie sehingga kehari tuanya. Beliau juga meneruskan kerja mengajar mengaji dan Imam disurau tersebut secara sukarela. Namun ketika kami sampai keadaan surau tersebut seperti lama sudah tidak digunakan. PA system yang digunakan untuk melaungkan azan tidak boleh berfungsi maka laungan azan kembali seperti dulu-dulu.

Keesokan harinya barulah seorang pemuda tempatan datang membantu memulihkan PA syatem dan azan dapat dilaungkan semula. Hari ketiga baru kami dapat tau bahawa rumah Imam surau tersebut berada berdekatan surau saja. Kami pun menziarahi beliau . Melalui ziarah tersebut kami dapat tahu beliau telah merajuk kerana ada seorang Ustaz yang datang buat kuliah maghrib disitu cakap kalau tak ada tauliah sesiapa pun tak boleh mengajar orang awam mengaji apatah lagi untuk menjadi imam dalam solat. Sejak hari itulah beliau sudah tidak kesurau lagi walaupun surau itu dihadapan rumahnya sahaja. Dan sejak hari tulah juga tiada azan dan tiada solat disurau tersebut kecuali malam jumaat apabila ada bacaan Yaasin diadakan.

Perkara sebegini tidak seharusnya berlaku jika iman seseorang itu kuat. Hanya dengan sedikit usikan dari syaitan maka orang yang dari muda mengimarahkan rumah Allah telah merajuk dan tidak mahu datang kerumah Allah lagi. Walhal kita semestinya tidak menghiraukan apa yang orang lain kata samaada ianya dari seorangUstaz maupun MUIS (Majlis Ugama Islam Sabah) maupun JAKIM. Yang penting apa Allah akan kata dan apa kita nak jawab bila berada di Padang Mahsyar kelak.

Dari kisah ini dapat juga Tok Wan dan rakan-rakan seusaha yang lain belajar kerana sememangnya khuruj kami untuk belajar untuk islah diri masing-masing dalam hal agama Allah ini, kerana hanya agamalah yang akan menyelamatkan manusia untuk hidup semula selepas dimatikan dan kekuatan agama serta iman inilah modal untuk kita diakhirat.

Perjalanan khuruj kami ketika sampai disurau kedua yakni surau al Amin Kg Surapit seperti biasa selepas ambil wuduk dua rakaat untuk masjid dan bila tiba waktu azan hanya kami-kami saja yang ada dan kamilah yang azan dan kami juga yang jadi imam. Orang tempatan yang hadir hanya dua tiga anak muda. Mereka dapat tahu ada jemaah usaha agama datang kesurau mereka apabila terdengar bunyi azan. Jadi maknanya jikalau tiada azan maka tiadalah jemaah yang datang. Bila ada azan maka azan itulah bukti jemaah bergerak sudah masuk kesurau mereka.

Runsing kami memikirkan keadaan agama dikampong itu. Runsing juga dengan kerenah manusia sekitar perkampungan itu yang sibuk dengan dunia dan membuang akhirat. Barangkali itulah sebabnya Allah murka dan mendatangkan banjir pada tahun 2014 dulu. Kami hanya menduga, jika sebaliknya maafkanlah kami yang tidak pandai menilai.

Minggu terakhir kami buat keputusan untuk menerima karkuzari tempatan disebuah masjid. Ada banyak buah masjid serta surau dalam halaqah Papar, melebihi 18 buah semuanya dan yang datang hanya 5 saja. Lapuran yang diterima amat mengecewakan kami dan usaha bagi meningkatkan kehidupan agama disana harus ditambah lagi dan lagi sebelum Allah buat keputusan untuk menurunkan bala kesitu.


Gambar dihadapan Masjid Ranau yang ditutup akibat rosak dari kesan gempa bumi dulu.

Sebelum pulang ke Kuala Lumpur kami diraikan oleh halaqah Papar dengan membawa kami makan angin ke Nabalu, sebuah pekan kecil berhampiran Gunung Kinabalu, pekan Kundasang dan Ranau. Di Ranau masih dapat disaksikan kesan gempa bumi yang Allah hantar pada pagi hari jumaat bulan mei 2015 yang lalu. Tiang menara pecah dan menghempap bumbung tempat solat dan banyak terakan berlaku samaada dalam bahagian luar masjid maupun luar masjid. Sebuah dewan sementara untuk solat didirikan disebelah masjid tersebut yang ditutup terus, mungkin untuk dirobohkan dan dibangunkan semula apabila ada bajet dan ada konterektor kelak. Namun masjid yang kukuh serta cantek jika tiada pengisian yang dapat meningkat iman ianya tidak berupaya menangkis kemarahan Allah. Masjid hanya dijadikan tempat solat dan selepas solat tutup dan balik rumah masing-masing.

Begitulah yang berlaku di Negara Brunei sehingga ada masjid yang  air-condition dihidupkan 24 jam sedangkan ianya hanya digunakan untuk solat yang 5 waktu. Mudah-mudahan Allah memaafkan kesilapan kita dan mengampunkan dosa-dosa kita kerana mengabaikan masjid dan surau-surau diseluruh alam ini.
.
.
.
La haula wala quwwata illa billah..~

Jumaat, 30 September 2016

Syukur Nikmat

Gambar sekadar hisan sahaja.

Allah s.w.t. berfirman, 'Jika kamu bersyukur kepadaKu pasti Aku akan menambah nikmat kamu'. Cuma keyakinan kita yang mengganggu pemikiran kita. Jadi sebenarnya pemikiran kena menurut kepada keyakinan, yakin bahawa Allah Maha Kaya Maha Kuasa maka kita akan mendapat pemikiran yang betul.

Pemikiran yang betul itu pula terhasil apabila banyak bersujud. Dalam solat kita bersujud, dalam bacaan al Quran apabila tiba pada wakaf sujud tilawah maka kita bersujud dan dengan bersujud yang betul urat antara dua kening kita akan tertekan dan dikatakan pada urat itu menghantar kuasa berfikir dengan cara betul walaupun ada orang nampak kita tidak betul.

Janji Allah s.w.t. bukan main-main. Pulangan kepada setiap pelaburan dijalan agama teramat lumayan. Dalam hal zakat harta sahaja dijanjikan 1 biji benih akan dikeluarkan 7 tangkai dan setiap tangkai akan mengeluarkan 100 biji yang dengan 100 biji itu kemudian dapat dicambahkan lagi menjadi sehingga berbillion-billion. Apabila terlalu banyak maka nak mengiranya pun susah maka dengan kata mudah Malaikat Jibrail a.s. menyamakan dengan emas yang bertimbun sehingga menyamai tinggi dan besarnya Gunung Uhud di Madinah.

Jadi kita harus bersyukur kerana kita lahir dari perut seorang ibu yang beragama Islam. Lahir saja kita sudah di azankan atau diqamatkan. Sebenarnya jikalau Allah kehendaki kita lahir dari perut ibu bangsa Quraish dizaman sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w. pun Allah boleh buat. Tapi oleh kasihkan kita maka kita ini Allah pilih untuk jadi umat Nabi Muhammad s.a.w. Mana-mana insan yang semasa hidup mereka didunia pernah mengucapkan kalimah 'Lailaha ilallah' lambat laun akan dimasukkan kedalam syurga Allah. Bayangkan betapa ruginya jikalau kita dilahirkan dari perut seorang ibu yang wujud dizaman Nabi Nuh a.s. sedang melakukan dakwah sedangkan dimas itu ibu dan ayah kita tidak mengakui kenabian Nuh a.s. Pasti kita dan ayah ibu kita kekal dalam neraka selama-lamanya.

Bagi menunjukkan rasa bersyukur itu kepada Allah maka ikhlaskanlah segala amal ibadah kita semata-mata kerana Allah walaupun pada permulaannya kita berbuat amal kerana manusia. Mungkin kerana mertua atau rakan-rakan atau kerana boss maka kita melakukan amal ibadah namun lama kelamaan kita akan dapat menguasai kehikhlasan kita kerana keikhlasan itu sesuatu perkara yang sangat sukar dipraktikkan kecuali dengan terus beristiqamah melakukannya. 

Istiqamah dalam amal ini seumpama apabila kita memandu kereta mewah yang baru kita beli. Apabila kita memandunya pada hari pertama atau hari kedua dan seterusnya minggu pertama atau minggu kedua atau bulan pertama dan bulan kedua pasti banyak mata yang tertumpu kepada kita dan kita pun akan sering mengangkat tangan kepada mereka yang memandang kita atau bila dah lenguh angkat tangan maka kita bunyikan hon sedikit tanda kita hurmat pada pandangan mereka. Apabila masa berlaku dan kereta kita sudah terbiasa dengan laluan itu dan mata mereka juga sudah terbiasa dengan laluan kita maka dikala itu tiada lagi perasaan kita ada orang yang memerhati. 

Dengan kata ringkas kereta buruk itu sudah tiada sesiapa mahu melihatnya walaupun jenamanya dibarisan teratas. Waktu itu nak buat amalan yang tinggi setinggi para solehin dah tak jadi masalah sebab mata yang hendak melihat kita sudah taknak melihat lagi sebab dah bertahun-tahun perkara yang sama berlaku. Inilah istiqamah namanya dan kita berjaya melakukan dengan ikhlas.

Alahaiiii... sama macam waktu kita belajar bawa basikal dulu berapa kali kita jatuh dan setiap kali kita jatuh kita akan lihat ada atau tidak sesiapa yang nampak kita jatuh. Pasti ada yang nampak sebab mata memerhati kita sebagai kekanak yang baru nak belajar. Kita yang sudah dewasa ini pun janganlah memandang pada yang jatuh itu, kita pura-pura tidak nampak. Namun jikalau kita terus memerhatikan anak yang jatuh itu pasti sebentar lagi dia menangis. Sebaliknya jika kita buat-buat tak nampak dia akan bangun tanpa menangis dan meneruskan kayuhan. Begitulah juganya dengan amal yang kita lalukan untuk mendapatkan ikhlas, jangan kisah ada orang lihat atau tidak lama-kelamaan pasti kita akan mendapat keikhlasan itu. Inilah perkara yang termahal.

Apabila keikhlasan sudah dapat dicapai maka sepanjang hidup kita kena bersyukur kerana kita sudah boleh buat amal ibadah secara ikhlas. Jikalau rasa belum cukup ikhlas kita boleh semak diri kita sendiri. Mula-mula kita cek adakah sebelum kita buat amalan itu kita ikhlas, kemudian semasa kita sedang melaksanakan amalan itu kita cek sekali lagi adakah masih ikhlas dan akhirnya setelah selesai amalan tersebut cek semula adakah ianya masih ikhlas.

Begitulah kita harus bersyukur maka Allah akan bantu kita untuk mencapai keikhlasan.
.
.
La haula wala quwwata illa billah..~

Jumaat, 23 September 2016

Memakbulkan Doa

Gambar sebagai hiasan sahaja.

Selalu kita dengar cerita berkenaan budak ajaib atau orang muda yang Allah beri keistimewaan. Paling ketara ialah apabila orang istimewa ini dapat menyembuhkan berbagai jenis penyakit maka berpusu-pusu orang datang dari jauh dan dekat bagi berubat dengannya. Perkara ini jika difikirkan memang pelik. Namun kebanyakan mereka bila diminta untuk menyembuhkan apa-apa penyakit mereka akan kata, 'Bukan saya yang menyembuhkan tapi Allah, saya cuma minta kepada Allah, itu saja.'

Orang istimewa ini hanya meminta kepada Allah agar penyakit yang ditanggung oleh orang yang datang menemuinya itu sembuh, maka sembuhlah penyakit itu sebab Allah makbulkan doa orang istimewa ini. Dan biasanya orang istimewa ini muncul dimerata tempat dan negara didunia.

Sebenarnya untuk menjadikan doa makbul ada dua cara. Pertama ianya memang sudah pilihan Allah dan bilamana Allah yang pilih ianya tiada asbab, adakalanya dengan asbab dan ada ketikanya menyalahi asbab.

Tanpa asbab ialah walaupun ibubapa budak ajaib itu makan benda yang haram contohnya minum arak, makan daging babai namun bila Allah pilih anaknya yang kecil untuk menunjukkan kepada khalayak akan kekuasaan Allah maka ibubapa termasuk masyarakat disekelilingnya berpusu-pusu memeluk agama Allah. Ini memang pilihan Allah tanpa asbab.

Ada sebahagian pula lahir dari kalangan ibubapa yang bukan mengamalkan perintah Allah bahkan ianya menyembah selain Allah namun Allah berikan keistimewaan kepada anak mereka dengan kelahiran yang membawa senaskhah al Quran dalam gengaman tangannya. Serta merta ibubapa serta masyarakat disekelilingnya memeluk agam Allah. Ini merupakan menyalahi asbab.

Yang dikatakan dengan asbab pula adalah kita-kita ini, kita semua. Dengan usaha menghampirkan diri kepada Allah maka Allah akan beri keistimewan kepada kita. Memang agak sukar untuk melakukannya apalagi kita yang tinggal dibandar. Makan minum kita setiap hari menjauhkan kita dari amalan soleh, tidak seperti dikawasan pendalaman dimana makanan harian langsung tiada syubhah.

Contoh terdekat ialah makan tengahari kita yang biasanya ayam, ayam goreng atau ayam masak kari sama saja ianya berpunca dari ayam juga. Ayam pula bukan kita yang sembelih dan selalu kita meragui cara penyembelihan ayam. Kalau kita sendiri sembelih pun kita boleh meletak keraguan kepada makanan ayam itu pula. Apa yang ayam itu kakan sehingga dalam tempoh 30 hari sudah boleh disembelih. Terbaru ayam USA hanya memerlukan 20 hari sudah sampai masa untuk disembelih tetapi makanannya hanya makanan yang di impot dari USA juga, makan jagung. Jagung campur dengan apa?

Jikalau kita makan ikan, ikan kelilah mithalan. Ikan keli dipelihara dalam kolam dan diberi makan setiap hari. Biasanya perut ayam dimasak dan dicampakkan kedalam kolam untuk menjamu ikan keli tersebut. Adakah perut ayam sahaja? Ada kita dengar cerita ayam mati pun dicampakkan juga untuk dimakan ikan keli bukan?

Jadi selidik punya selidik rupa-rupanya kita sudah banyak makan makanan yang tidak baik. Cincau yang biasanya kita makan ketika berbuka puasa terpaksa diletakkan sedikit minyak babi agar tidak cepat basi. Pellet untuk dimakan oleh kambing feed-lock juga mengandungi perut, kulit dan tulang babi yang sudah dihancurkan dan digaul menjadi pellet. Bahagian halal JAKIM tak berani meletakkan cop Halal pada beg makanan pellet yang dimakan oleh kambing. Jikalau berani cubalah letak logo Halal Jakim pasti ahli-ahli kimia mengambil sampel dari pellet tersebut untuk dibuktikan bahawa adanya unsur babi yang haram dalam makanan tersebut.

Bila bercakap pasal kambing qurban, kambing yang makan sayur tanaman jiran kitopun tak layak untuk buat qurban inikan pula kambing yang makan pellet yang digaulkan dengan kulit, perut dan tulang babi. Memang Allah cipta babi yang kotor itu banyak kelebihan tapi haram dan Allah meletakkan akal pada manusia agar manusia memilih makanan yang baik-baik.

Jadi, bila sudah terlalu banyak makanan yang syubhah dalam perut kita bagaiman kita boleh berdoa dan mengharap agar doa kita itu Allah terima dan makbulkan.

Untuk membuat Allah makbulkan doa kita, kita mesti jaga makanan kita. Banyakkan puasa. Hindari memakan makanan yang dibeli dari kedai, dan jikalau bukan kita yang memasak makanan itu pastikan kita kenal siapa yang memasak makanan tersebut. Adakahorang yang memasak makanan untuk kita itu berzikir kepada Allah setiap kali masak. Adakah dia menjaga solat dan auratnya ketika memasak.

Kita lihat kebanyakan penjual nasi lemak menyenseng lengan baju sehingga menampakkan lengannya sedangkan lengan wanita adalah aurat. Ada peniaga yang meletakkan anak gadisnya yang cantek lagi muda dengan pakaian menjolok mata untuk melayan pelanggan yang ingin membeli nasi lemak mereka. Adakah ini membantu kita untuk mendekatkan diri kepada Allah?

Marilah kita usahakan agar makanan kita makanan yang Allah berkati. Bilamana usaha ini berjaya pasti menyukakan Allah dan bilamana Allah suka maka apa saja yang kita doa Allah akan kabul sebab Allah sebut dalam al Quran 'Mintalah kepadaKu pasti Aku akan kabulkan'. Bila doa kita Allah kabulkan janganlah pula untuk mendoakan orang lain kita kenakan bayaran. Jika itu berlaku maka kita sudah masuk zon ujian yang berat, wang ringgit dan kemewahan akan mencurah-curah datang dan disana sini orang memperkatakan tentang kita. Kita mendapat kemasyuran dan kemewahan lalu diakhirat kelak tiada apa-apa lagi sebab semuanya sudah kita sapu bersih semasa didunia. 

Doa yang para malaikat suka ialah doa seorang saudara muslim untuk saudara muslimnya yang lain tanpa dikatui oleh sesiapa dan malaikat mengaminkan pula doa tersebut lalu sampai kepada Allah maka Allah kabulkan. Begitu juga doa orang yang dekat dengan Allah bukan doa untuk dirinya tetapi doa kebaikan untuk orang lain, itulah yang Allah suka.
.
.
La haula wala quwwata illa billah../~


Jumaat, 16 September 2016

Rumahku Syurgaku

Gambar sekadar hiasan sahaja.

Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah s.w.t. kerana mengizinkan kita masih boleh membaca, masih boleh bernafas dan masih boleh berfikir dengan waras. Kali ini kita akan memperkatakan tentang rumahku syurgaku.

Ramai yang bernaggapan bahawa rumah idaman dalam angan-anagn atau cita-cita kita itulah rumahku syurgaku dimana anak-anak dapat membesar dan menikmati segala keperluan hidup yang mampu kita sediakan. Sebenarnya resepi itu salah. Itu resepi dari barat yang sudah diasak kepada kita sejak berzaman. Resepi yang diinjak masuk kedalam pemikiran kita ialah rumah itu kita sudah beli dengan wang kita sendiri atau kita telah bina sendiri. Didalamnya anak-anak kita membesar serta ada ruang laman dihadapan rumah untuk anak-anak bermain atau bercucuk tanam samaada bunga-bunga atau syur-sayuran untuk kegunaan sendiri.

Rumahku syurgaku yang dimaksudkan disini ialah rumah yang Allah s.w.t. redha keatasnya. Rumah yang Allah ta'ala beri Rahmat keatasnya. Rumah yang sebeginilah yang kita harus adakan, kita harus ujudkan. Dimana setiap hari ada bacaan al Quran beralun dari dalamnya. Ada orang yang berzikir setiap pagi dan petang serta ada orang yang solat atau puasa. Yang lebih penting lagi ada orang yang bangun seawal jam 3.30 atau 4 pagi untuk solat tahajud. Inilah rumah yang harus kita impikan.

Dizaman ini zaman dimana kita beranggapan hidup sudah melalui cara yang sangat canggih serta moden kita masih mendengar ilmu guna-guna dilakukan disana-sini. Ada penjual nasi lemak yang sentiasa dituba dan dituba lagi setelah Ustaz menjernihkan tuba yang terdahulu. Ada yang terlindung dari pandangan bakal pembeli selepas seorang Ustaz membuka tirai yang diletak pada bulan lepas. Dan begitulah seterusnya perkara-perkara batil berlaku dalam perlumbaan merebut harta dunia.

Kembali kita merenung isi kandungan al Quran. Didalam al Quran sendiri serta disokong oleh banyak hadith Nabi s.a.w. memberitahu kepada kita bahawa kejayaan hakiki adalah kejayaan akhirat. Kejayaan dunia hanyalah seumpama sarang labah-labah dimana ianya dengan mudah boleh koyak atau rosak. 

Ada hadith yang menerangkan kepada kita jika kita memburu dunia maka akhirat akjan menjauhkan diri daripada kita sedangkan apabila kita memburu akhirat maka dunia akan datang bergolek-golek kepada kita dengan hinanya. Inilah yang harus kita buru, dimana usaha untuk dunia kita letak pada tahap kedua sementara usaha untuk negeri akhirat harus diutamakan.

Sebagai contoh kita ambil saja fadhilat solat. Jika mkita seorang yang memang menjaga solat Alhamdulillah. Jika kita jenis tak tinggal solat pun kira okey juga tapi jika kita jenis orang yang solat jugak,,, haaa... ini ada sikit bahaya. 

Ada orang lelaki yang solat dimasjid dan tidak tertinggal takbiratul ula, ada yang solat dimasjid juga namun selalu jadi makmum masbuk, ada yang solat dimasjid juga namun solat zohornya secara sendirian pada jam 3 petang. Ini kategori yang solat dimasjid. Yang solat dirumah atau dikedai akan berada pada gred kedua. Gred pertama yang solat tepat pada waktu dan berjemaah hanya dirumah atau kedai, Gred kedua yang solat secara solo dan gred seterusnya solat agak lewat sehingga isyaknya pada jam 10.30 malam ketiuka sudah nak tidur.

Cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. ialah sentiasa solat secara berjemaah dimana ada azan dilaungkan. Solat dirumah hanya untuk solat-solat sunat. Dirumah juga kita dapat lakukan pembacaan al Quran, bacaan hadith Nabi s.a.w. untuk didengar oleh keluarga kita serta mematuhi adab-adab membaca hadith yakni ada wuduk, duduk rapat-rapat dan dengar dengan tawajuh.

Hal-hal sebegini sebenarnya dapat menarik Rahmat Allah untuk masuk kedalam rumah kita, selain itu para Malaikat juga berpusu-pusu datang kerumah kita untuk mendengar bacaan al Quran, mereka akan menghampiri pembaca serapat mungkin sehingga mulut mereka mencium mulut kita yang sedang membaca kalimah-kalimah Allah itu. 

Apabila hal ini berlaku pasti tida tuba atau guna-guna atau tirai yang ingin menutup rumah kita yang dihantar oleh mereka yang batil yang dapat masuk kedalam rumah kita. Begitu juga dengan perniagaan kita dimana kita sendiri menutup perniagaan ketika mendengar azan untuk solat berjemaah dimasjid. Sebagaimana biasa selepsai solat ada zikir, wirid serta doa disamping bacaan ayat Qursi. Dengan ayat Qursi ini Nabi s.a.w. bagitau sesiapa yang membaca ayat Qursi selepas solat fardhu maka ia dalam pemeliharaan Allah sehinggalah masuk waktu solat fardhu yang seterusnya. Lalu setiap kali solat fardhu harus datang kemasjid, tinggalkan jual beli kata Allah dalam al Quran pasti dan pasti Allah pelihara kita serta perniagaan kita.

Apa yang lebih penting lagi ialah ketika mana kita menjalankan perniagaan kedai kita atau menguruskan rumah tangga kita sentiasalah berzikir, denganberzikir para Malaikat akan datang lahi mengerumuni kita sehingga makhlukm suruhan yang membawa tuba atau tirai besi tak berani hendak masuk. Inilah Raja segala tangkal yang akan menangkis apa saja yang datang.

Tapi penjual nasi lemak jika sentiasa bercakap perkara-perkara dunia lebih-lebih lagi cerita kieburukan oranglain dan dalam masa yang sama aurat tidak tertutup dengan sempurna inilah peluang untuk pembawa tuba masuk menuba perniagaan atau menuba atau melabuhkan tirai untuk melindungi rumah kita dari penglihatan manusia sekaligus menjauhkan Rahmat Allah. Lalu diwaktu itu kedai kita yang sudah kena tuba terpaksa panggil ustaz lagi untuk menapis tuba berkenaan dan menggantikan dengan sulingan yang jernih. 

Rumah kita pun sama juga, ada sesuatu sudah tertanam atau sudah disimbah dengan cecair yang menyebabkan kita sering bergaduh suami isteri. Tanaman atau cecair yang disimbah kelaman rumah kita pasti tidak berkesan jika kita ikut perintah Allah dan buat cara yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. sebab itulah kalimah kita 'La ilaha ilallah, Muhammad Rasulallah'.

.
.
La haula wala quwwata illa billah..~

Jumaat, 9 September 2016

Bulan Zulhijjah

Gambar sekadar hiasan sahaja.


Bulan Zulhijjah adalah bulan keduabelas dalam kalendar Islam, dimana dalam bulan inilah umat Islam mengerjakan haji dan qurban. Dalam bulan ini juga kita digalakkan banyak bersedekah serta berpuasa.

Bagi yang berkemampuan digalakkan berpuasa dari 1 hingga 9 Zulhijjah dan bagi yang agak malas untuk berpuasa boleh juga berpuasa hanya pada 9 Zulhijjah yakni sehari sebelum menyambut Hari Raya Qurban atau disebut juga puasa Arafah.

Dari Abu Qotadah, ia berkata bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda,
صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِى قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِى بَعْدَهُ وَصِيَامُ يَوْمِ عَاشُورَاءَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِى قَبْلَهُ
Puasa Arafah (9 Zulhijjah) dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun akan datang. Puasa Asyuro (10 Muharram) akan menghapuskan dosa setahun yang lalu.” (HR. Muslim no. 1162)
Seharusnya kita tidak meninggalkan amalan yang besar ini dan sudah pasti kita akan memastikan setiap Muslim akan berpuasa pada hari tersebut memandangkan ganjaran yang sangat besar yang diberikan oleh Allah s.w.t. kepada umat yang bongsu ini.
Sebagai umat bongsu pasti kita dimanjakan dengan berbagai pemberian dari Allah s.w.t. Inilah.... dimasa kita masih hidup inilah kita mesti rebut kalau boleh kesemua ganjaran yang Allah tawarkan kepada kita.
Namun puasa yang kita kerjakan itu hendaklah puasa yang sebenar-benar puasa. Puasa yang tidak melayan nafsu ketika berbuka, puasa yang tidak berkata-kata sesuatu yang sia-sia, puasa yang tidak memikirkan banyak hal-hal dunia, puasa yang memperbanyakkan mengingati kebesaran Allah dan puasa yang memperbanyakkan bacaan al Quran, berzikir serta mendirikan sebanyak mungkin solat-solat sunat. Janganlah berpuasa sebagai laziomnya kita berpuasa dimana ganjaran yang kita peroleh setelah sampai di Mahsyar kelak menunjukkan hanya sedikit saja yang kita dapat walhal ganjaran sebenar berjuta-juta kali ganda dari apa yang kita dapat. Ini adalah disebabkanh kita menaruh angan-angan nak makan apa bila berbuka nanti atau banyak bercakap perkara yang tidak mendatangkan faedah. Kekalkanlah diri kita seumpama kita sedang berada dalam syurga dimana tiada percakapan sia-sia sebaliknya banyak ziarah orang yang sakit atau ziarah untuk menghubungkan kembali silatulrahim.
Ramai dari kalangan saudara mara kita atau termasuk ayah dan ibu kita yang telah meninggal dunia sudah tidak berpeluang mengerjakan amal yang besar ini. Dalam Surah al Sajdah Allah s.w.t. berfirman.
وَلَوۡ تَرَىٰٓ إِذِ ٱلۡمُجۡرِمُونَ نَاكِسُواْ رُءُوسِہِمۡ عِندَ رَبِّهِمۡ رَبَّنَآ أَبۡصَرۡنَا وَسَمِعۡنَا فَٱرۡجِعۡنَا نَعۡمَلۡ صَـٰلِحًا إِنَّا مُوقِنُونَ (١٢)
Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin. (12)
Mereka meminta kepada Allah untuk kembali kedunia bukan untuk menambah solat mereka agar lebih khusyuk atau mengerjakan ibadah puasa dengan lebih bersungguh-sungguh sebaliknya untuk memperbanyakkan sedekah kerana amalan bersedekah boleh dilakukan tanpa khusyuk dan ganjarannya juga hebat. Kalau pun tidak untuk bersedekah wang ringgit hendak juga membuang kayu atau sampah yang mengganggu laluan orang. Ini juga dikira sedekah atau memperbanyakkan senyum kepada sesiapa sja kerana senyum juga sedekah. 
Alhamdulillah... kita masih bernafas dan masih hidup. Ayuh kita usahakan amal kebaikan sebelum terlambat.
.
.
La haula wala quwwata illa billah..~