Bacaan Popular

Jumaat, 31 Oktober 2014

Tamim al Qartari

Gambar sekadar hiasan sahaja.

Tamim al Qartari adalah salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w. dan beliau wujud sebelum kelahiran Rasulullah s.a.w. Tamim al Qartari juga adalah orang yang menyimpan kitab lama yang menyebut akan kedatangan seorang Nabi akhir zaman yang bernama Ahmad. Selepas menemui Nabi Muhammad s.a.w. beliau terus membenarkan kerasulan Baginda s.a.w. dan beliau merupakan orang yang pertama menghafal al Quran.

Kisah Tamim al Qartari memang jarang dapat kita dengar, namun bila sebut Tamim Tari, nama itu lebih popular dikalangan alim ulamak. Tok Wan sendiri pernah mendengar kisahnya yang diceritakan bukan dalam majlis ilmu tapi maseh dalam masjid oleh seorang ulamak. Kisahnya begini...

Suatu hari ketika isteri Tamim sedang menutup pintu dan tingkap kerana waktu sudah hampir maghrib maka Tamim bertanya kepada isterinya kenapa tutup semua pintu dan tingkap. Lalu isterinya menjawab bukankah Rasulullah s.a.w. telah bersabda ketika waktu hampir maghrib maka tutuplah pintu dan tingkap rapat-rapat. Kemudian Tamim berkata kepada isterinya daripada takutkan hantu dan syaitan lebih baik takut kepada Allah. Kemudian Tamim masuk kebilik air untuk mandi, ketika itulah Tamim ditangkap oleh dua ekor Jinn. Kedua-dua Jinn tersebut memegang kiri dan kanan bahunya dengan kukuh lalu dibawa terbang menjunam masuk keperut bumi. Tamim bertanya mengapa dia di tangkap lalu Jinn tersebut berkata sebab dia tidak takut hantu Jinn dan syaitan.

Tamim dibawa masuk kedalam lapisan petala bumi yang ke empat, disitulah terletaknya negeri Jinn seperti yang dikesahkan oleh ulamak tersebut. Sewaktu Tamim tiba di petala bumi yang ke empat dinegeri tersebut, beberapa ratus ribu tentera Jinn dari dua kumpulan sedang berperang. Ada beratus-ribu juga diantara Jinn dari kedua-dua kumpulan yang berperang itu telah terbunuh dan ada yang putus kepala, ada yang putus badan serta berbagai-bagai lagi. Senjata yang mereka gunakan ialah pedang berapi yang mengeluarkan cahaya bewarna hijau, biru dan merah. Cahaya tersebut datang begitu laju beserta dengan deruan bunyi seperti angin. Barangkali senjata jenis laser seperti yang kita lihat dalam filem Star Wars.

Lalu Tamim bertanya kepada Jinn tersebut sejak bila peperangan itu berlaku, lalu dijawab oleh Jinn tersebut bahawa peperangan antara dua kelompok Jinn itu telah berlansung sejak sebelum Allah mencipta Nabi Adam a.s. lagi. Dan peperangan tersebut ialah perang diantara Jinn Islam dan Jinn kafir.

Kemudian Tamim dibawa mengadap Raja Jinn. Raja Jinn bertanya kepada Tamim adakah dia tahu kenapa dia ditangkap. Tamim mengaku pernah berkata bahawa dia hanya takutkan Allah ta'ala. Namun kemudian Tamim bertanya Raja Jinn bagaimana mereka tahu dia berkata begitu padahal waktu itu cuma dia dan isterinya saja yang ada didalam rumah..

Raja Jinn berkata dia mempunyai banyak mata-mata yang mengintip perbuatan dan perbualan manusia dimuka bumi. Kemudian Raja Jinn memerintahkan Tamim untuk menjalani hukuman selama tujuh tahun. Kebetulan Raja Jinn mempunyai tujuh anak perempuan dan Tamim pula seorang penghafal al Quran lalu Raja Jinn memerintahkan Tamim untuk mengajar anak-anak perempuannya menghafal al Quran. Maka tiada pilihan lain Tamim mengajarkan anak-anak Raja Jinn tersebut menghafal al Quran selama tujuh tahun sehingga kesemua tujuh anak-anak perempuan Raja Jinn itu dapat menghafal al Quran dengan baik.

Selepas tamat tempoh hukuman maka tibalah masa Tamim akan dibebaskan lalu Tamim mengadap Raja Jinn meminta kebenaran untuk pulang semula kemuka bumi. Raja Jinn membenarkannya pulang semula kemuka bumi lalu memerintahkan seekor Jinn yang besar untuk menghantarnya pulang.

Jinn yang ditugaskan untuk menghantar Tamim meminta agar Tamim naik keatas kepaknya dan memegang bulu-bulu diantara dua kepaknya itu dengan kuat dan memberikan syarat agar tidak membuka mata semasa penerbangan yang bakal mereka lalui walaupun apa yang didengari oleh telinga. Tamim bersetuju dan memejamkan mata sewaktu Jinn tersebut mula terbang membawanya naik semula ke muka bumi. Didalam penerbangan itu berbagai-bagai bunyi dapat didengari namun tidak satu bunyipun yang dapat difahami oleh Tamim, mereka meneruskan penerbangan.

Tiba-tiba Tamim terdengar bunyi orang sedang zikir beramai-ramai, 'La ilaha ilallah, la ilaha ilallah, la ilaha ilallah'. Sangka Tamim mereka sudah sampai di muka bumi lalu dia membuka matanya. Sebenarnya mereka telah memasuki Baitul Makmur tempat dimana para Malaikat tawaf dan berzikir dilangit yang setentang dengan Baitullah di Mekah. Lalu seketika itu juga malaikat di Baitul Makmur menyedari kehadiran Jinn lalu memanah Jinn tersebut dengan panahan api.

Err... rasanya dah terlalu panjang... apa kata kita sambung dalam bahagian kedua minggu depan. Ahhh... setuju atau tidak setuju setakat inilah saja dulu. Kita sambung minggu depan.

La haula wala quwwata illa billah..~


Jumaat, 17 Oktober 2014

Perlunya Bermujahadah

Gambar sekadar hiasan sahaja.

Memang Allah ta'ala itu bersifat Maha Bijaksana. Susu yang kita minum itu datangnya dari puting lembu atau kambing dan selalunya apabila kita melapah lembu qurban atau kambing aqiqah kita akan dapati bahawa punca datangnya susu itu tidak dijumpai. Tetapi Allah ta'ala berfirman dalam al Quran yang maksudnya, 'Kami jadikan susu haiwan itu terpancar antara darah dan najis haiwan itu.'

Itulah kepastian yang kita jumpa apabila melapah ternakan haiwan yang menjadi ibadah qurban atau aqiqah ditempat kita. Kedudukan puting susu lembu tersebut terlalu hampir benar dengan kedudukan najisnya. Begitulah Allah ta'ala meletakkan sesuatu pada tempat yang dikehendakiNya supaya kita dapat berfikir.

Berbeza pula dengan susu manusia atau susu ibu. Puting susu berada pada dada manusia dan bukannya diperut seperti pada haiwan. Sememang ianya jauh dari najis atau saliran najis. Ini membuktikan Allah memuliakan makhlukNya yang bernama manusia. Anak yang memerlukan susu tidak perlu menyusup masuk kebawah perut ibu untuk mendapatkan susu, sebaliknya ibu yang akan mendekatkan anak pada puting susunya bagi anak tersebut dapat meminum susu ibunya.

Dengan mengangkat anak lalu didekatkan kepada puting susu berarti manusia telah bersusah sedikit untuk memberikan anaknya minum berbanding dengan haiwan, sedang ibu mengunyah makanan pun anaknya boleh menyusup kebawah perut bagi mencari susu. Dalam ertikata lain manusia perlu bermujahadah untuk sesuatu yang istimewa.

Dan sesuatu yang istimewa yang Allah telah berikan kepada manusia ialah agama Islam, yakni agama yang benar lagi menjamin selamat didunia serta dinegeri akhirat. Bagi mendapatkan agama manusia perlu mujahadah, tanpa mujahadah pastinya nikmat agama Islam yang dimiliki oleh seseorang itu tidak semanis seperti yang dirasai oleh orang Islam yang lain.

Untuk mendapatkan nikmat beragama kita perlu susah-payah. Dengan bersusah-payah barulah agama ini dapat di nikmati dengan lazat baik didunia ini ataupun dinegeri akhirat kelak. Tanpa mujahadah apapun tidak nikmat. Dan sudah lazimnya sunnatullah dalam mujahadah ada kemanisan. Untuk agama ini kita perlu mengajak orang lain kepada Allah. Mengajak orang lain sama-sama pergi ke masjid kerana itulah kerja kita untuk rukun yang pertama yakni mengucapkan dua kalimah syahadah.

Kita lihat rukun kedua yakni solat lima waktu sehari semalam sebagai satu kerja yang wajib. Rukun ketiga yakni puasa di bulan Ramadhan. Semestinyalah untuk rukun yang pertama itu kita berikan penekanan yang lebih.

Ketika kita melangkahkan kaki hendak menuju ke masjid, perkara terbaik yang dapat kita lakukan ialah mengajak sesiapa saja yang kita jumpa di jalan untuk sama-sama ke masjid. Jikalau tidak mampu mengajak maka berilah salam sambil menunjukkan kepada orang itu arah ke masjid dan jika tidak mampu berbuat begitu memadailah dengan tersenyum. Dan apabila sampai ke masjid jangan lupa doa supaya orang yang kita jumpa tadi mendapayt hidayat dari Allah.

Begitulah setiap hari setiap waktu kena kerja, mengajak manusia kepada kebaikan. Mengajak manusia kepada Allah. Memang susah dan dalam susah itulah kita akan mendapat nikmat agama. Jikalau orang itu sudah mahu datang ke rumah Allah ajaklah dia berbicara. Jikalau dia suka berbicara hal dunia biarkan dan bersabarlah. Apabila ada peluang maka kita cakaplah kebesaran Allah. Hari-hari cakap pasal kehebatan Allah dan lama kelamaan pastinya apa yang sering kita cakapkan itu masuk dalam jasad kita, sebab telinga yang paling dekat dengan mulut yang bercakap itu ialah telinga kita sendiri.

Jadi bersusah-payah dalam mengatur perkataan untuk di cakapkan bagi mempengaruhi orang lain kepada jalan Allah sebenarnya kita yang mendapat faedahnya. Itulah perlunya bermujahadah.

La haula wala quwwata illa billah..~

Jumaat, 10 Oktober 2014

Enam Hari di Kemboja

Dalam perjalanan ke Kampong Chertil, Kampong Champ. Kemboja

Selama enam hari berada di Kemboja kini aku semakin mengenali siapa dia orang Kemboja yang sebenar. Bukanlah tujuan kedatanganku  ke Kemboja ini untuk menyiasat latar belakang mereka namun secara kebetulan meniliti keadaan dan cara hidup mereka menjadikan aku semakin sedar keberadaan adap dan adat di kalangan orang Champa khususnya yang tinggal di Kampong Champ lebih setara orang Melayu zaman dulu-dulu.

Kebanyakan orang Champa beragama Islam dan mereka tinggal di negeri yang dinamakan Kampong Champ. Aduhai.... Kampong Champ yang aku kenali selama ini rupa-rupanya bukanlah sebuah kampong tetapi sebuah negeri yang sangat besar dan negeri tersebut berada dalam negara Kamboja. Macam di Malaysia Negeri Sembilan itu hanyalah satu negeri bukannya sembilan negeri.

Tetapi di sini (di Kemboja) istilah kampong  yang sebenarnya disebut Phum jadi kalau nak pergi ke Kampong Teria dimana markas pengusaha agama berada disana maka kena sebut nak pergi ke Phumteria. Sebutan kampong dan nama kampong itu digabungkan sekali. Itulah yang aku dapat belajar.

Tiga malam pertama aku dan jemaahku bermalam di rumah Encik Harun yang merupakan orang kuat dalam kampong Rakkanor (Phumrakkanor). Namun Encik Harun bukanlah Ketua Kampong disitu. Tetapi rumahnya besar dan kenalannya ramai. Lagi satu yang pelik perlakuannya bseperti dia Wakil Rakyat kerana ramai orang yang datang mengadu kiepadanya berkenaan masalah kampong tersebut. Dan selalunya dia (Encik Harun) akan merujukkan perkara tersebut kepada Ketua Kampong sebenar atau Pak Imam di kampong itu.

Malam terakhir sebelum kami meninggalkan kampong tersebut aku melihat ramai jemaah y6ang selesai solat isyak terus datang kerumah Encik Harun. Pak Imam, bilal danh ketua Kampong pun ada sama dan dalam jemaah tersebut terdapat dua atau tiga orang ustaz yang mengajar sekolah agama berhampiran rumah Encik Harun, disini sekolah mengajar agama disebut5 madrasah, ada tiga buah kelas semuanya yang rupanya seakan-akan sekolah kebangsaan yang dibina oleh kerajaan Kemboja. Madrasah tiga bi;lik tersebut adalah sumbangan dari Kuwait, entah orang kaya atau kerajaan Kuwait itu kurang pasti tetapi yang pastinya madrasah tersebut telah melahirkan ramai agamawan.

Rupa-rupanya ustaz yang mengajar di madrasah tersebut tidak pernah mendapat gaji. Upah yang mereka perolehi sekadar hadiah ikhlas dari ibu-bapa yang menghantar anak-anak mereka untuk belajar disitu. Satu bilik darjah boleh memuatkan sekitar 40 hingga 48 orang murid. Bila aku perhatikan wajah ustaz tersebut aku beroleh ketenangan. Dia mengambil gajinya dari Allah. Diri harta dan masanya sudah dijual kepada Allah kerana Allah telah berjanji akan membayar upahnya dinegeri akhirat.

Yang paling ketara ialah kebolehan anak-anak yang belajar disitu. Ada seorang anak perempuahn berumur 10 tahun boleh membaca keseluruhan surah Yaa Siin tanpa melihat surah tersebut. Aku meminta izin untuk mengambil gambarnya dan sempat aku bertanya kepadanya mahukah dia ikut aku balik ke Malaysia untuk menjadi anak angkatku. Nama anak itu Samirah binti Ismail dan dia kata mahu sambil senyum.l Ewahhh... macamtu mudah nak bawa balik ke Malaysia. Ishhh... tapi budak ini istimewa sebab dia dapat hafal separuh isi al Quran. Ermmm... tapi masalah utama pertuturan dan yang kedua passport. Orang Champa disini kebanyakannya hanya boleh bertutur bahasa Champa. Ada yang dewasa sikit vbioleh bertutur dalam bahsa Champa dan bahasa Khmer. Yang tua-tua betul dengan yang pernah kerja di Malaysia sahaja yang boleh bertutur dalam bahasa Melayu.

Hari ke empat setelah meninggalkan Phumrakkanor kami ke selatan Kampong Champ menyambung perjalanan yang jauh dan berbelok kesana sini dengan menaiki perahu. Kami tiba disebuah kampong Chertil. Kampong ini memang jauh ketinggalan. Tidak terdapat sebuah pun kereta dikampong ini. Taraf hidup mereka amat dhaif. Terdapat sebuah masjid dan empat buah surau dalam kampong ini yang 100% penduduknya beragama Islam. Jalan masuk ke kampong ini hanya melalui jalan air sahaja dan cuma terdapat sekitar 500 buah rumah.

Kedatangan kami disambut oleh penduduk kampong dan jawatankuasa masjid dengan sambutan seperti menteri besar yang datang. Kami ndijamu air kelapa muda kemudian selepas solat kami diberi makan ikan haruan goreng cicah sambal dan ayam kampong goreng berempah. Sambil makan aku melihat beberapa orang kanak-kanak mengepam air dari pili dan minum terus dari pili tersebut. Perggghhh... aku diberi minum air kelapa dan anak-anak orang dhaif ini dibiarkanminum air pili (air pam dari dalam tanah). Rasa nak nangis pun ada rasa tak sanggup pandang pun ada.... aku aku tertunduk. Mata tidak menitiskan air namun ianya basah sikit.

Sebagaimana kedatangan kami disambut begitu juga kepulangaƱ kami dihantar sehingga ke perahu. Apabila perahu mula meninggalkan mereka, mereka melambai tangan dengan harapan kami akan dapat datang lagi. Aku sendiripun berharap agar dapat datang lagi. Hanya Allah taƔla yang dapat menentukan kita dapat datang lagi untuk bertemu lagi atau tidak.

La haula wala quwwata illa billah...

Jumaat, 3 Oktober 2014

Harga Barang-barang




Kini kita maseh heboh memperkatakan kenaikan harga minyak. Ada yang menyalahkan kerajaan kerana gagal memberikan rakyat harga minyak yang mereka mahu. Namun kita harus sedar bahawa ramai dari kalangan kita lupa bahawa harga minyak maupun harga lain-lain barang keperluan bukan kerajaan yang tentukan, sebaliknya Allah yang tentukan di langit sana. Kemudian apabila Allah telah menetapkan harga barang maka para Malaikat memasukkan kedalam hati setiap peniaga agar menaikkan harga barang.

Disini kita kena perbetulkan keyakinan kita bahawa Allah berkuasa keatas setiap sesuatu. Allah lah yang menetapkan harga petrol di negara kita dan Allah lah jua yang memerintahkan MalaikatNya untuk memasukkan kedalam hati pemerintah agar menurunkan subsidi harga minyak. Ini berlaku sesuai dengan hubungan kita dengan Allah. Kita harus perhatikan mengapa Allah berbuat sedemikian.

Pertama kita maseh gagal menyekat wanita-wanita kita yang maseh tidak menutup aurat dengan sempurna walhal wanita-wanita itu adalah isteri-isteri kita, anak-anak gadis dibawah jagaan kita. Kaum lelaki tidak menjaga amanah yang mana ibu, isteri dan anak gadis atau yang sudah janda agar menta'ati segala perintah Allah dan Rasul. Kita maseh gagal mengikut sunnah Rasulullah s.a.w. 

Kita maseh tidak berjaya mencegah orang lain dari melanggar perkara sunnah seperti minum dengan tangan kiri atau sambil berdiri. Perkara ini dapat kita perhatikan apabila ada majlis jamuan samaada di hotel, dewan maupun masjid. Masih ramai minum dengan tangan kiri dan dalam keadaan berdiri.

Di dalam tandas awam juga kadang-kadang kita maseh dapat lihat ada orang Islam yang kencing berdiri walhal keadaan dalam tandas bersih. Disinilah usaha kita untuk menegur perbuatan tersebut dengan cara berhemah. Begitu juga orang yang mandi telanjang dalam bilik mandi maseh ada. Mereka lupa bahawa ada 2 malaikat di kiri dan kanan yang sentiasa memerhati dan mencatetkan segala perbuatan. Tidak cukup dengan mandi telanjang ditambah bpula bernyanyi-nyanyi dalam bilik mandi tersebut atau menjawab salam dari talipon bimbit, walhal ini semua di tegah oleh agama. Bukan saja kita tidak mengamalkan perkara sunnah tetapi kita juga melanggar perkara-perkara sunnah.

Yang lebih dahsyat lagi kita sedang memerangi Allah dan Rasulullah s.a.w. bilamana kita bersubahat dalam hal riba'. Kita beli rumah dan kereta menggunakan duit pinjaman yang dikenakan faedah oleh bank walhal kita jelas faham bahawa itu adalah riba', dan riba' hukumnya haram.

Sebuah contoh yang baik yang Tok Wan nak kongsikan dengan pembavca disini ialah berkenaan sebuah negara yang Allah ta'ala beri Rahmatnya.

Di Kyrgyzstan Rusia terdapat 5 juta rakyat Islam dan kesemua kaum wanitanya menutup aurat sementara kaum lelakinya memenuhkan masjid dalam solat 5 waktu sambil menyampaikan pesan yang baik atas agama. Kesemua mereka mengerjakan usaha agama dengan baik. Ubi kentang sebagai makanan asas mereka suatu masa dahulu 3 dolar satu kilogram dan selepas mereka melipat-gandakan usaha agama maka harga ubi kentang turun sehingga 30 sen 1 kilogram. Bagaimana boleh terjadi sedemikian rupa? Harga kentang telah turun sehingga tinggal 10%.

Allah ta'ala memberi RahmatNya keatas mereka. Ubi kentang dari satu perdu yang biasanya boleh mengeluarkan hasil antara 5 hingga 10 biji kini telah mengeluarkan antara 30 hingga 50 butir setiap perdu. Allah berkuasa keatas setiap sesuatu.

La haula wala quwwata illa billah..~