Bacaan Popular

Jumaat, 26 Jun 2015

Mengenai Misai dan Janggut

Gambar sekadar hiasan sahaja.

Kebanyakan kaum lelaki di Nusantara suka menyimpan misai. Kata mereka misai untuk cari makan, dan ramai pula wanita yang tertarik dengan misai mereka. Keadaan ini bermula sejak zaman sebelum kedatangan Parameswara yang memerintah Singapura lagi. Zaman itu kebanyakan orang di Nusantara beragama Hindu, Buddha atau Pagan. Namun dalam kelompok agama-agama ini agama Hindulah majoriti dan paling berpengaruh.

Seperti yang kita ketahui patung-patung dewa Hindu yang menyerupai kaum lelaki pasti akan memiliki misai yang lebat serta lentik keatas seperti yang dapat kita lihat pelakon-pelakon dalam filem-filem Tamil yang datang dari benua India. Kebetulan pula kebanyakan orang di Nusantara pada waktu itu amat terkesan dengan cerita-cerita dari filem Tamil atau Hindi yang rata-rata memiliki misai. Maka sehingga hari ini kebanyakan kaum lelaki di Nusantara suka menyimpan misai konon untuk dilihat lebih tampan dari lelaki yang tidak menyimpan misai.

Pengaruh Hindu menyebabkan kebanyakan kaum lelaki di Nusantara menyimpan misai dan mencukur janggut. Inilah pengaruh Hindu dan dibantu sistem penjajahan British. Sehingga kehari ini di negara kita sendiri Malaysia kalau nak minta kerja muka pula ada janggut ada misai pasti tak lulus. Nak jadi anggota pasolan Polis mesti rambut pendek, ada misai sikit okey tapi janggut tak boleh kecualu Benggali Singh.

Tok Wan cerita pasai misai ni bukannya apa. Sebenarnya menyimpan misai ini amalan orang Non Muslim. Orang Islam atau Mukmin sejati simpan janggut seperti Nabi mereka yakni Nabi Muhammad s.a.w. Ada banyak hadith yang menceritakan surah Nabi s.a.w. Cara Baginda s.a.w. berpakaian, cara Baginda s.a.w. memelihara rambut serta janggut.


Kita ikut sunnah Nabi s.a.w. kita pasti dapat pahala sebab ada hadith bagitau satu sunnah yang dapat kita pegang dalam zaman kerosakan umat ini pahalanya ialah 100 syahid. Jadi mengapa masih mahu simpan misai?

Janggut pula mempunyai banyak kelebihannya, antara yang jarang orang tahu ialah janggut boleh menyuburkan wanita yang selalu berada dekat dengan lelaki yang memiliki janggut itu (sudah pasti suaminya) Jadi jika ada pasangan yang sudah bertahun-tahun kawin namun belom ada anak (zuriat) usahakanlah agar si suaminya menyimpan janggut.

Janggut juga mampu menyerap habok-habok halus diudara dan dapat mencegah dari terkena bahagian muka. Sebab itu jarang dapat kita lihat lelaki berjanggut mempunyai jerawat atau lain-lain penyakit muka.

Di pendekkan cerita marilah kita gunting misai kita dan memelihara janggut kita.
.
.
.
La haula wala quwwata illa billah..~



Jumaat, 19 Jun 2015

Hakikat

Gambar sekedar hiasan sahaja.

Hakikat sebenarnya yer... nama penuh dunia yang sedang kita huni sekarang ini ialah 'Dunia Darul Fana' sementara negeri akhirat yang bakal kita tempuh selepas kita mati dan dihidupkan semula pula nama penuhnya ialah 'Akhirat Darul Baqa'. Darul Baqa bermaksud negeri yang kekal dan darul fana pula bermakna negeri yang sementara yang macam ada dengan tidak ada. Nak kata macam fatamorgana pun boleh juga. Nak kata tak ada apa-apa pun boleh juga. Bagi Allah dunia ini umpama sebelah sayap nyamuk jer.

Hari ini bila kita canangkan kedupan di dunia darul fana ini berbondong-bondong orang yang akan segera datang, namun apabila kita mencanangkan akhirat dalam seratus orang adalah dua atau tiga orang mahu datang secara sukarela. Inilah beza antara yang sementara dan yang kekal. Tak dapat nak bezakan yang mana yang lebih baik. Dunia ini atau negeri akhiratkah yang lebih baik. Selalunya orang salah anggap soal agama ini.

Untuk menanam keyakinan dalam diri bahawa dunia ini hanya sementara memanglah susah, kerana kehidupan kita dalam zaman yang serba maju ini kita dihulurkan dengan berbagai-bagai ciptaan baru yang bertujuan memudahkan lagi keperluan harian kita. Kita leka dengan alat-alat baru seperti henfon sebagai contoh. Dengan henfon kita boleh wasap, boleh wichat dan berbagai benda lagi. Akhirnya kita lupa baca Quran maka mukjizat yang Allah letakkan pada al Quran kita tak dapat. Begitu juga nur yang ada pada al Quran kita tak dapat. Sebaliknya cahaya yang memedihkan mata dari display cecair silikon kat henfon itu yang kita dapat. Lalu mata mudah rabun.

Walhal perkara untuk menjamin kita sampai dengan selamat di negeri akhirat ialah amalan yang baik. Lagi tinggi amalan tersebut sudah tentu paling tinggi kedudukan kita di akhirat kelak. Hakikatnya ramai dari kita tertipu dengan tipu-daya syaitan walaupun dalam al Quran Allah dah ingatkan bahawa syaitan itu penuh dengan tipu daya.

Oleh itu ambillah masa atau berilah masa satu atau dua jam dalam setiap hari untuk kita tumpukan pada bacaan al Quran atau solat sunah yang baik-baik untuk membolehkan kita dipilih Allah menjadi orang Allah. Bukankah kita ini suka menggelar orang, jika orang itu selalu kat masjid kita akan gelar dia orang masjid. Jikalau kita nampak orang itu dipasar maka dia kita beri gelaran orang pasar.

Dengan solat dan bacaan al Quran untuk setiap pagi dan malam atau setiap malam ketika hendak tidur disamping mengerjakan solat lima waktu secara berjemaah berterusan kita sudahpun diberi jaminan keselamatan oleh Allah ta'ala. Ini jaminan didunia, belum lagi jaminan di akhirat. Dalam pada itu perbanyakkanlah zikir pagi petang siang malam... in syaa Allah selamat didunia fana ini dan selamat dinegeri khirat.
.
.
.
La haula wala quwwata illa billah..~




Jumaat, 12 Jun 2015

Mengenai Ketakutan



Biasanya apabila melalui kawasan yang agak seram kita akan merasa takut. Takut diganggu oleh hantu atau jembalang terutama pada waktu malam. Tapi kenapa kita perlu merasa takut kepada tempat seram itu walhal kita diajar supaya hanya takut kepada Allah. Takut kepada Allah pun tidak patut juga, sebab Allah yang mencipta kita dan beri kita rezeki serta segala-galanya. Jadi bagaimana yang seharusnya kita berkeadaan atau lakukan.

Seperti takutkan mak ayah, perkara itu tak munasabah walhal mak ayah kita yang melahirkan kita, membesarkan kita dan memberi kita makan. Sepatutnya kita menghampiri mak ayah kita sebab mak ayah kitalah tempat kita mengadu atau meminta sesuatu sebab mereka sayang kita. Begitu juga kita dengan Allah. Allah yang mencipta kita dari tiada kepada ada, mak dan ayah kita hanyalah asbab kita dilahirkan kedunia. Walhalnya Allah ta'ala boleh melahirkan kita tanpa mak dan ayah sepertimana yang berlaku kepada Nabi Adam a.s. dan isterinya Hawa. Allah juga berkuasa melahirkan kita tanpa ayah seperti yang berlaku kepada Nabi Isa binti Maryam a.s. yang dilahirkan tanpa bapa walhal ibunya Maryam adalah perempuan yang belum pernah  disentuh oleh mana-mana lelaki.

Jadi soalannya mengapa kita mesti takut kepada hantu atau syaitan.

Kita takut pada hantu syaitan sebab hantu dan syaitan itu sudah ada dalam hati kita. Dalam hati kita tidak ada Allah. Jika dalam hati kita ada Allah pasti hantu syaitan pun takut nak bersarang dalam hati kita. Kenapa pula dalam hati kita telah bersarang hantu syaitan? Sebab kita banyak didedahkan dengan cerita-cerita hantu di Pawagam dan televisyen kita sebab kita suka tengok benda-benda macamtu. Walhal Allah dan Rasul perintah kita supaya hari-hari tengok al Quran dan baca al Quran, hari-hari setiap pagi petang siang malam kerjakan solat tepat pada waktu dimana azan dikumandangkan. Tapi kita sibukkan diri dengan baca wasap dan wichat tanpa jawab seruan mu'azin. Perintah Allah dan Rasul tidak kita hiraukan sebaliknya kehendak hati kita yang kita runtumkan maka dalam hati kita bersaranglah hantu dan syaitan menyebabkan kita takut hendak buka dan baca al Quran, takut hendak solat lima waktu sehari semalam dimasjid (rumah Allah).

Bagaimana hendak memperbaiki keadaan?

Pertama susun semula jadual harian kita. Bangun pagi sebelum azan suboh dan dirikan solat tahajut. Selesai solat tahajut segeralah kemasjid berhampiran, kalau boleh sebelum azan suboh berkumandang. Selesai azan suboh tunaikan dua raka'at sunat suboh kemudian sampai waktu iqamah masuklah dalam saf hadapan. Selesai solat suboh duduklah dalam masjid sehingga waktu syuruk baru boleh balik rumah mandi dan pergi sekolah atau kerja.

Ditempat kerja ambil masa sepuloh minit sebelum waktu zohor untuk tunaikan empat raka'at solat dhuha. Waktu zohor pastikan anda sudah berada dalam masjid sebelum azan dan carilah tempat kerja yang dekat dengan masjid walaupun gajinya kecil. Yakinlah rezeki Allah ta'ala yang bagi. Kalau gaji kecil namun sempat solat zohor berjemaah ditempat dimana azan dilaungkan pasti rezeki yang sedikit itu berkat. Apa guna kaya raya jika tak berkat. Dan jikalau tempat kerja dekat dengan masjid sebelum masuk kerja yakni lebih kurang jam 7.30 pagi tunaikanlah solat isyrak dua raka'at. Ini solat khas yang dilakukan oleh para solehin. Masa diambil cuma tujuh minit kemudian tambah lagi dua raka'at solat hajat sebab hari-hari kita berhajat kepada Allah. Baru genap 14 minit dah sampai masa masuk kerja kalau masuk kerja jam 8.00 pagi. Kalau waktu masuk kerja jam 9.00 lagi banyak masa ada, waktu inilah kita zikir kepada Allah, selawat keatas Nabi s.a.w. dan istighfar.

Sewaktu bercakap-cakap, cakaplah hal-hal agama atau tentang kebesaran Allah. Jangan cakap atau dengar percakapan tentang dunia apalagi tentang benda-benda. Perkara-perkara inilah yang akan masuk dalam hati kita. Jika kita banyak mendengar tentang harga kereta, tentang rumah yang baru dibina yang masih dibuka untuk jualan maka benda-benda inilah yang akan berada dalam hati kita. Benda-benda ini disebut makhluk. Allah s.w.t. mencipta lapan belas ribu makhluk untuk berkhidmat kepada kita dan selain dari makhluk ialah Allah. Dalam erti kata yang lebih ringkas selain dari Allah adalah makhluk belaka. Makhluk tidak boleh beri munafaat atau mudharat kepada kita tanpa izin Allah sedangkan Allah boleh beri munafaat atau mudharat keatas segala sesuatu yang ingin dilakukan.

Jadi mengapa perlu kita merasa takut kepada perkara yang lain?

Orang yang berilmu lebih ditakuti syaitan berbanding seribu abid*. Saiyidina Umar al Khatab r.a. amat ditakuti oleh syaitan sehingga bekas tapak kaki dimana Saiyidina Umar r.a. pernah lalu pun sampai sebulan syaitan takut untuk mengikuti jejak atau lorong yang pernah dilalui olehnya.

* abid ialah ahli ibadah.
.
.
.
La haula wala quwwata illa billah..~

Jumaat, 5 Jun 2015

Syurga

Gambar sekadar hiasan sahaja.

Syurga mempunyai tingkatan-tingkatannya tersendiri, yakni kelebihan setiap satu antaranya bergantung kepada amalan penghuninya. Jika amalannya tinggi maka kedudukan syurganya pun tinggi juga dan syurga tertinggi dinamakan syurga Firdaus, yakni syurga yang paling hampir dengan Arash Allah. Pastinya syurga ini mempunyai sangat banyak kelebihannya berbanding syurga-syurga yang lain.

Para ulamak, masyaik, muhadithin serta ahli kitab yang terdahulu daripada kita telah menghimpun cerita-cerita tentang syurga daripada hadith-hadith Nabi s.a.w. serta al Quran lalu perkhabaran tentang syurga dapat kita ketahui pada hari ini walaupun mereka dan kita belum pernah kesana.

Dikhabarkan bahawa seseorang yang mempunyai amalan yang tinggi dan telah berjaya sampai ke syurga maka pintu-pintu syurga itu terbuka dengan sendirinya lalu berkata, 'Selamat datang wahai si fulan'. Lalu masuklah orang yang diberikan syurga itu kedalam syurga Allah itu. Dan tatkala ia melangkah masuk maka segala apa yang dilihatnya didalam syurga itu adalah belum pernah nampak dan belum pernah terfikir akan keindahannya. Begitu juga dengan harum-haruman bayu yang bertiup dalam syurga adalah harum-haruman yang belum pernah di hidu didunia dulu. Harum-haruman yang sangat mengasyikkan. Begitu juga permandangan dalam syurga yang sangat indah yang tidak pernah terbayang dan terfikir oleh akal kita.

Namun sewaktu orang yang memasuki syurga itu terpegun dengan keharuman, keindahan serta berbagai-bagai perkara yang berada didepan matanya lalau ia jadi kagum. Ia akan terpegun disitu dengan mata terbeliak dan fikiran terhenti untuk berfikir lalu tercegatlah ia disitu selama empat puloh (40) tahun lamanya. Empat puloh tahun akhirat bersamaan dengan 120 juta tahun didunia. Setelah genap empat puloh tahun ia tercegat dipintu syurga maka datanglah Bidadari-bidadari yang telah dikhaskan untuk menyambut kedatangannya dipintu syurga. Sebaik-baik ia terpandang wajah Bidadari yang paling depan yang berjalan menghampirinya maka ia akan jatuh pengsan sebab kecantikan yang teramat sangat sehingga tidak menduga secantik demikian.

Tetapi para masyaik juga ada bagitau bahawa kejadian pengsan selama empat puloh tahun itu hanya akan berlaku kepada orang awam (orang biasa) dan tidak akan berlaku kepada para Nabi s.a.w. atau Nabi-nabi a.s. serta para Da'i. Sebaliknya apa yang berlaku ialah ketika para Bidadari terpandang wajah mereka ini maka para Bidadari itulah yang pengsan kerana melihat wajah manusia khas ini. Wajah-wajah manusia khas itu telah Allah ta'ala hiaskan dan indahkan sehingga Bidadari pula yang pengsan. Ringkas cerita kita harus berusaha untuk menjadi Da'i. Da'i ialah manusia yang bekerja dalam usaha agama yang mengajak orang lain kepada Allah disamping menegah manusia melakukan kerosakan atau kebathilan. Siang malam pagi petang para Da'i melakukan kerja mereka tanpa upah. Mereka melakukan kerja dakwah tanpa dibayar. Mereka bertebaran dan  bermusafir di serata penjuru dunia dengan perbelanjaan (harta) mereka sendiri mencari manusia Islam dan bukan Islam untuk mengajak manusia kepada Allah. Biasanya dimana ada Rumah Allah, disitulah rumah mereka.

Seterusnya ulamak dan masyaik bagitau pada setiap hari rabu didalam syurga ada pasar mingguan. Disitu berbagai barang yang belum pernah dilihat ada dijual. Bawa saja berapa ramai para khadam yang anda mahu untuk membantu anda membawa barang-barang yang mahu dibeli untuk dibawa pulang. Jual beli juga tidak perlukan wang atau dirham. Semua main niat dalam hati dan sang khadam sudah memikul dibahu masing-masing barang-barang yang anda kehendaki.

Memang benar didalam syurga tidak ada orang tua, sebab semua manusia dihidupkan semula dalam keadaan muda yakni sekitar umur tiga puloh tahun (30) semasa hidup didunia dulu. Setiap kaum lelaki yang memasuki syurga akan memiliki kekuatan sehingga mencapai kekuatan sepaling rendah kekuatan empat puloh orang. Dengan kekuatan itu seseorang penghuni syurga akan bersama dengan Bidadari syurga tanpa rasa penat. 

Sampai bab ini Tok Wan teringat satu soalan dari seorang doktor, soalannya memang ditujukan kepada Tok Wan. Waktu soalan itu terlontar dari mulutnya kami ada tiga orang sedang berehat diluar sebuah masjid selepas solat zohor, dan orang ketiga itu ialah seorang ustaz yang sudah pernah melakukan khuruj jarak jauh (luar negara selama empat bulan). Soalannya ialah, 'Betul ker dalam syurga kita akan mendapat sebanyak dua juta Bidadari? Ada ker hadith yang sebuat macam tu?'. Belum sempat Tok Wan nak jawab dengan cepat ustaz yang sebelah Tok Wan pun nak menjawab juga, lalu Tok bagi can sebab dia ustaz. Katanya,'Tentang hadith tu jangan pertikaikan sangat, apa hadith yang kita baca kita dengar wajib kita percaya dan jangan ragu-ragu.' Kemudian selesai ustaz memberi jawapan maka doktor itu memandang Tok Wan pula. Wah... inilah masanya Tok Wan nak jawab.

'Soalan tadi betul ker kita boleh dapat dua juta Bidadari kan?', doktor itu mengangguk. 'Jawapannya walaupun kita hendak tiga juta Bidadari pasti Allah akan beri sebab dalam syurga apa saja yang klita hendak akan dapat... so tak payahlah nak kaitkan dengan mana-mana hadith lagi'. Ustaz itu diam dan doktor itu pun senyum sambil mengangkat sikit kening matanya.

Penghuni dalam syurga tidak kencing, tidak berak, tidak berpeluh. Segala makanan yang lazat-lazat yang dimakan akan bertukar menjadi aroma yang menyenangkan yang keluar dari tubuh mereka. Tidak ada juga hingus atau tahi mata. Tidak ada bersin atau batuk dan mereka kekal didalamnya tanpa hujung.

Cerita tentang syurga ini kalau mau tulis betul-betul sampai habis kertas didunia inipun takkan habis. Tapi sebagai menutup tulisan pada kali ini Tok Wan nak bagitau kepada kaum lelaki yang hisap rokok bahawa dalam syurga tidak ada orang yang hisap rokok. Sebab dalam syurga tidak ada api. Kalau nak hisap rokok juga maka penghisap rokok terpaksa turun ke neraka untuk mendapatkan api. 
.
.

La haula wala quwwata illa billah..~