"Jika ada seseorang berkata: "Orang ramai sekarang ini sudah rosak", maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka"
Hadith Riwayat Muslim
KETERANGAN:
Iman Nawawi ketika menulis hadis ini dalam kitab Riyadhus Shalihin beliau memberi penjelasan seperti berikut:
"Larangan semacam di atas itu (larangan berkata orang ramai sudah rosak) adalah untuk orang yang berkata demikian tadi dengan tujuan rasa bangga pada diri sendiri sebab dirinya tidak rosak, dan dengan tujuan merendahkan orang lain dan merasa dirinya lebih mulia daripada mereka. Maka yang demikian ini haram".
"Adapun orang yang berkata seperti itu kerana ia melihat kurangnya perhatian orang ramai terhadap agama mereka serta didorong oleh perasaan sedih melihat musibah yang dialai oleh mereka , maka perkataan ini tiada salahnya".
Hadis ini sengaja dibawakan supaya menjadi peringatan kepada kita semua semasa membincang dan menghuraikan masalah-masalah umat Islam sekarang ini. Maka apabila kita membincangkan masalah-masalah umat Islam sekarang ini maka janganlah kita merasa bangga dengan diri kita sendiri, bahkan hendaklah kita menegur diri kita masing-masing dan jangan suka menuduh orang lain.
Walaupun hal kerosakan moral umat Islam sekarang ini diketengahkan, biarlah pendedahan itu dalam bentuk yang sihat, dengan perasaan yang penuh belas kasihan bukan dengan perasaan bangga diri dan memandang rendah kepada orang lain. Mudah-mudahan ALLAH s.w.t.. dengan limpah kurnia-Nya mencucuri kita Rahmat, taufiq dan hidayah.

Salam Ukhuwah..~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan