Bacaan Popular

Jumaat, 31 Januari 2014

Ikhlas Dalam Amal Ibadah



Orang-orang yang ikhlas adalah orang yang kualiti beramalnya dalam keadaan ada atau tidak ada orang yang memperhatikannya adalah sama saja. Berbeza dengan orang yang kurang ikhlas, ibadahnya akan dilakukan lebih bagus ketika ada orang lain memperhatikannya, apalagi bila orang tersebut dihormati dan disegani.

Amat bertuahlah bagi setiap orang yang sentiasa ikhlas ini. Betapa tidak? Orang-orang yang ikhlas akan sentiasa dianugerahi pahala, bahkan bagi orang-orang ikhlas, amal-amal mubah (neutral) pun pahalanya akan berubah menjadi pahala amalan sunat atau wajib. Hal ini adalah disebabkan niatnya yang ikhlas.

Maka, bagi orang-orang yang ikhlas, dia tidak akan melakukan sesuatu perkara kecuali ia tetap niatnya kerana ALLAH saja. Kalau hendak duduk di kerusi diucapkannya, "Bismilahirrahmanirrahiim, ya ALLAH semoga perbuatan duduk ini menjadi amal kebaikan". Lisannya yang nyata sentiasa memuji ALLAH atas nikmatnya berupa kurniaan membolehkannya duduk sehingga ia dapat beristirahat menghilangkan kepenatan. Jadilah perbuatan duduk ini sarana (berniat) taqarrub kepada ALLAH.

Kerana ramai orang yang melakukan perbuatan duduk, namun tidak mendapatkan pertambahan nilai apapun, selain meletakkan punggungnya di kerusi. Tidak usah hairan apabila suatu ketika ALLAH memberi peringatan dengan sakit buasir atau bisul, sekadar peringatan bahawa perbuatan duduk adalah anugerah nikmat yang ALLAH kurniakan kepada kita.

Begitu pun ketika makan, sempurnakanlah niat di dalam hati, sebab sudah seharusnya di lubuk hati yang paling dalam kita meyakini bahawa ALLAH-lah yang memberi makan setiap hari, tiada satu hari pun yang luput dari limpahan curahan nikmatnya.

Kalau membeli sesuatu, perhitungkanlah juga bahawa apa yang dibeli, diniatkan kerana ALLAH. Ketika membeli kenderaan, niatkan kerana ALLAH. Kerana menurut Rasulullah SAW, kendaraan itu ada tiga jenis, 1) Kendaraan untuk ALLAH, 2) Kenderaan untuk syaitan, 3) Kenderaan untuk dirinya sendiri.

Apakah cirinya? Kalau niatnya benar, dipakai untuk tujuan ibadah, tujuan agama, maka inilah kenderaan untuk ALLAH. Tapi kalau sekadar untuk menunjuk-nunjuk, riak, ujub, maka inilah kenderaan untuk syaitan. Sedangkan kenderaan untuk dirinya sendiri, misalkan kuda dipelihara, dikembangbiakan, dipakai tanpa niat, maka inilah kenderaan untuk diri sendiri.

Pastikan bahawa jikalau kita membeli kenderaan, niat kita tiada lain hanyalah kerana ALLAH. Kerananya bermohon saja kepada ALLAH, "Ya ALLAH saya memerlukan kenderaan yang selayaknya, yang boleh meringankan untuk menuntut ilmu, yang boleh meringankan untuk berbuat amal, yang boleh meringankan dalam menjaga amanah". Subhanallah bagi orang yang telah meniatkan seperti ini, maka, petrolnya, tempat duduknya, shockbreaker-nya, dan semuanya dari kenderaan itu ada dalam timbangan kebaikan, insya ALLAH. Sebaliknya jika digunakan untuk maksiat, maka kita juga yang akan menanggungnya.

Kelebihan lain dari seorang hamba yang ikhlas adalah akan memperoleh pahala amal, walaupun sebenarnya belum menyempurnakan amalnya, bahkan belum mengamalkanya. Inilah istimewanya amalan orang yang ikhlas. Suatu ketika hati sudah meniatkan mahu bangun malam untuk tahajud, "Ya ALLAH saya ingin tahajud, bangunkan jam 03.30 ya ALLAH". Jam pun disetkan, isteri telah diberi tahu, "Mah, kalau awak bangun dulu, tolong bangunkan saya. Jam 03.30 kita akan tahajud. Ya ALLAH saya mahu bersujud kepadamu di waktu ijabahnya (terkabul) doa". Berdoa dan tidurlah ia dengan tekad bulat akan bangun tahajud.

Sayangnya, ketika terbangun ternyata sudah azan subuh. Bagi hamba yang ikhlas, dia akan gembira bercampur sedih. Sedih kerana tidak dapat solat tahajud dan gembira kerana ia masih dapat pahalanya. Bagi orang yang sudah berniat untuk tahajud dan tidak dibangunkan oleh ALLAH, maka kalau ia sudah bertekad, ALLAH pasti akan memberikan pahalanya.

Mungkin ALLAH tahu, hari-hari yang kita lalui akan menggunakan banyak tenaga. ALLAH Maha tahu apa yang akan terjadi, ALLAH juga Maha tahu bahawa kita mungkin telah kehilangan tenaga kerana kesibukkan kita. Hanya ALLAH-lah yang menidurkan kita dengan lena.

Walau apapun amal yang dilakukan oleh seorang hamba yang ikhlas akan tetap bermakna, akan tetap bernilai, dan akan tetap mendapatkan balasan pahala yang setimpal.

kredit: rakangroup


Salam Ukhuwah..~

Khamis, 30 Januari 2014

Cara Rasulullah (s.a.w. ) Mengelak Menyembuhkan Penyakit

PENYEBAB ROSAKNYA BADAN

Perkara yang menyebabkan rosaknya badan Iaitu perasaan runsing, gelisah, lapar dan tidak tidur malam (bukan tujuan qiyamullail).

MENERANGKAN PENGLIHATAN

Perkara yang boleh menerangkan pandangan dan menyejukkan hati iaitu melihat pada warna hijau, melihat air yang mengalir, melihat orang/barang yang disayangi dan melihat buah (dedaun). Perkara yang boleh menggelapkan pandangan iaitu berjalan tanpa alas (berkaki ayam), menyambut waktu pagi dengan wajah murka (masam), banyak menangis dan banyak membaca tulisan yang kecil-kecil.

PENYEBAB WAJAH BERSINAR

Perkara yang boleh menyebabkan wajah kelihatan kering (hilang cahaya) iaitu berdusta, tidak mempunyai perasaan malu, banyak bertanya tanpa ilmu dan banyak berbuat dosa. Perkara yang boleh menyebabkan wajah bersinar iaitu menjaga maruah, jujur, dermawan dan takwa.

PERASAAN BENCI

Perkara yang menyebabkan perasaan benci iaitu sombong, dengki, berdusta dan suka mengadu domba.

PERKARA YANG MENDATANGKAN DAN MENYEKAT REZEKI

Perkara yang boleh menyebabkan datangnya rezeki iaitu Qiyamullail (beribadah di waktu malam selepas tidur), banyak membaca istighfar di waktu sahur (masa sebelum masuk waktu subuh), bersedekah dan berzikir di waktu pagi dan petang. Perkara yang menyebabkan rezeki tersekat iaitu tidur di waktu pagi, sedikit mengerjakan sembahyang, malas dan khianat.

KEFAHAMAN DAN INGATAN

Perkara yang boleh menyebabkan rosaknya ingatan dan kefahaman iaitu sentiasa makan buah yang masam, tidur pada tengkuk (belakang kepala), hati sedih dan fikiran runsing. Perkara yang menyebabkan bertambahnya daya ingatan dan kefahaman iaitu kegembiraan hati, sedikit makan dan sedikit minum, mengawal makanan dengan sesuatu yang manis dan berlemak serta mengurangkan kelebihan yang memberatkan badan.

Sekian, Wassallam.

Maksud firman Allah: “Dan sesungguhnya kami jadikan untuk isi neraka jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunaknnya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.” (Al A'raaf:179)
kredit: Ibnu Qaiyum

Salam Ukhuwah..~

Rabu, 29 Januari 2014

Melihat Wajah Setiap Hari Takut2 Bertambah Gelap…



Telah berkata Al-Junaid rah.a. : Aku telah mendengar Sariyy rah.a. berkata (mafhumnya): "SESUNGUHNYA DAKU PASTILAH MELIHAT KEPADA HIDUNGKU SETIAP HARI DUA KALIKERANA TAKUT KALAU-KALAU ADALAH SESUNGGUHNYA WAJAHKU TELAH MENJADI HITAM / GELAP".

Begitulah petikan (terjemahan kasar) drp Sifah As-Sofwah, susunan Al- ImaamAl-`Aalim Jamaaluddin Abil-Faroj Ibnu Al-Jauziyy rah.a., mujallad 2, halaman376. Hidung adalah sebahagian drp wajah.

Memang cahaya keruhanian akan jelas kelihatan pada wajah-wajah mereka yang dekat dengan Allah swt. Cahaya keruhanian itu adalah sebagai tempias atau gambaran daripada penerimaan Allah swt terhadap amalan2 mereka yg bertuah itu.Sebaliknya pula, bagi mereka yang sentiasa bergelimang dgn dosa2 dan ma'siat, tentulah cahaya keruhanian itu akan pudar sepudar2nya.

Bagi mereka yg telah berpeluang (diberi taufiiq oleh Allah swt) bertemu secara peribadi dengan mereka yg dekat dengan Allah swt itu , tentulah dapat menilai sendiri akan betapa nur keruhanian itu terpancar dari wajah2 mereka itu. Orang yg seperti kita ini (terutamanya ana sendirilah) yang penuh dgn dosa2 zahir dan batin tentu akan merasa tersangat malu bila (diberi peluang) bertemu dengan mereka itu dan kita akan tertunduk dik kehebatan ruhani yang dianugerahkan Allah swt kepada mereka . Wajah –wajah kita yg penuh kegelapandan kehitaman pekat ini tak sanggup untuk berdepan secara terus dengan wajah2 yang penuh nur lagi diberkati itu. Malah Para Sahabat r.a. sendiri merasa akan kehebatan nurani dan keruhanian Baginda saw bila mereka duduk bersama2 Baginda saw, sampai2 ada yang `asyik tunduk sahaja bila berdepan dgn Baginda saw lantaran kerana malu dan merasakan kehebatan Baginda saw.

Kembali kepada amalan harian Sariyy Saqtiyy rah.a……..iaitu melihat hidungnya 2 kali sehari …..takut kalau2 wajahnya berubah menjadi hitam dik dosa2 yg dilakukan pada hari itu !!

Kita pula, bagaimana ? Cermin memang banyak kat rumah….. Ada check hari2 ke nur ruhani pada wajah kita (atau sebaliknya iaitu wajah kita yg gelap lantaran dosa2 yg berterusan …) ? Yg pasti, makin sehari semakin bertambah gelap wajah kita !! Atau pun kita tidak check ? Atau kalau check pun tak nampakjuga ? Kerana suluhan hati dah memang gelap ? Gelap dalam gelap memanglah tak nampak kan ? Atau pun memang kita tidak berminat untuk buat semakan ini ? Ataupun kita hanya memadai dgn melihat / menyemak hidung juga kot (tapi lagi tak nampak kot) ?

kredit: rakangroup seberang


Salam Ukhuwah..~

Isnin, 27 Januari 2014

Majlis Ilmu



Sabda Rasulullah s.a.w, 
"Allah S.W.T. telah menugaskan para malaikatNya untuk mencari majlis zikir di bumi. Bila menjumpainya mereka akan duduk bersama dengan mereka yang berzikir serta memanggil pula malaikat-malaikat yang lain dengan menghamparkan sayap-sayap mereka sehingga memenuhi ruang antara langit dan bumi. serta majlis itu selesai para malaikat pun naik ke langit lalu ditanya oleh Allah, 

"Dari manakah kamu semua?" 

Jawab malaikat, 
"Kami baru balik dari memeriksa hambaMu di bumi, mereka telah bertasbih, bertahlil dan bertahmid kepadaMu. Mereka juga memohon memperolehi tempat di syurgaMu kelak." 

Firman Allah, 
"Pernahkah mereka ini melihat akan syurgaKu! Mereka memohon syurga padahal mereka tidak pernah melihatnya dan apatah lagi jika mereka melihatnya." 

Tambah malaikat, 
"HambaMu juga memohon agar dibebaskan dari nereka jahanam."

Firman Allah, 
"Pernahkah mereka melihat akan NerakaKu! Mereka memohon agar dijauhi dari neraka jahanam padahal mereka belum melihatnya, bagaimana perasaan mereka jika telah melihatnya." 

Berkata malaikat lagi,"
Hambamu di bumi juga telah memohon keampunan dariMu."

Allah lalu berfirman, 
"Dengarlah wahai para malaikatKu! Aku akan mengampuni mereka dan memperkenankan terhadap apa yg mereka minta dan membebaskan mereka dari api neraka yang amat mereka takuti itu." 

Tambah malaikat,
Ya Allah! Di dalam majlis itu terdapat seorang hambaMu yang penuh dengan amalan dosa, ia hanya melalui majlis itu lalu singgah dan duduk bersama mereka yang berzikir." 

Jawab Allah, 
"Orang itu pun turut Aku ampuni, begitulah kepada setiap orang yg terlibat dalam majlis zikir tidak ada yang sia-sia."

kredit: rakangroup


Salam Ukhuwah..~

Ahad, 26 Januari 2014

Zakat Juga Penting



Keengganan menunaikan tuntutan agama seperti mengeluarkan zakat juga adalah salah satu hal yang boleh mengundang kemurkaan Allah. Di antaranya melalui kemarau panjang.

Dalam hal ini Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: “Tidak menghalang sesuatu kaum itu daripada mengeluarkan harta mereka melainkan mereka menghalang langit daripada menurunkan hujan. Kalaulah tidak kerana binatang yang ada di muka bumi ini, nescaya langit pasti tidak akan menurunkan hujan buat selama-lamanya.” (Hadis riwayat Muslim)

Daripada Tarmidzi, daripada Ali bersabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah bagi Allah menimpakan bencana ke atas mereka, iaitu:

1. Apabila harta yang dirampas daripada peperangan diagihkan kepada orang tertentu saja.

2. Apabila wang zakat dikeluarkan kerana menebus kesalahan.

3. Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri.

4. Apabila suami terlalu mentaati isteri.

5. Apabila anak menderhakai ibu bapa.

6. Apabila seseorang itu lebih memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri.

7. Apabila kedengaran lebih banyak bunyi bising.

8. Apabila lebih ramai membicarakan hal keduniaan dalam masjid.

9. Apabila pemimpin sesuatu kaum itu orang dihina oleh kaumnya sendiri.

10. Apabila memuliakan orang lain kerana takutkan ancaman yang akan diambil ke atasnya.

11. Apabila arak menjadi minuman biasa dalam majlis.

12. Apabila ramai lelaki memakai sutera.

13. Apabila wanita dijemput ke dalam majlis untuk menghiburkan lelaki.

14. Apabila wanita bermain alat muzik.

15. Apabila orang terkemudian menghina orang yang terdahulu.

Maka, pada saat itu tunggulah bala yang akan menimpa dalam bentuk angin (puting beliung) dan gerak gempa yang maha dahsyat atau tanaman tidak menjadi.”

Sebagai umat yang meyakini kuasa Allah Taala, tidak dapat tidak, kita terpaksa akur untuk menerima hakikat bahawa segala bencana Allah sebenarnya bukanlah kerana sengaja Allah mahu menurunkannya. Ia disebabkan kerakusan dan keegoan manusia itu sendiri yang begitu lahap mengejar kuasa dan kebendaan.

Akal yang dikurnia Allah bagaikan tidak ada nilai dan kegunaan sedikit pun apabila nafsu mula merajai diri sendiri.

Akhirnya, marilah kita pulang ke dalam diri masing-masing, berfikir dengan kewarasan akal dan dengan kesucian iman kembali ke jalan yang hak yang syumul.

kredit: rakangroup


Salam Ukhuwah..~

Sabtu, 25 Januari 2014

Tegar Dengan Ujian

Gambar sekadar hiasan sahaja.

Kehidupan manusia di dunia ini tidak akan terlepas dari ujian, kerana ujian adalah sunnah Allah, sebagaimana yang ditegaskan dalam firman-Nya: "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman," sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." (Al-Ankabut: 2--3).

Dalam ayat di atas Allah SWT menyatakan bahawa keimanan yang telah kita ikrarkan akan diuji oleh Allah SWT. Ujian itu mungkin berbentuk sakit, miskin, kematian, rasa takut, bencana alam, godaan kekafiran, dan lain sebagainya. Dari ujian yang diberikan ini akan dapat diketahui apakah keimanan yang kita ikrarkan itu benar atau dusta.

Keimanan bagi seorang muslim adalah sesuatu yang sangat bernilai harganya. Dengan keimanan, amalan dan perbuatan seseorang menjadi bernilai di hadapan Allah SWT. Kerana itu, Islam menganjurkan agar seorang muslim mempertahankan keimanan ini dari segala hal yang dapat menghancurkannya. Jangan sampai hanya kerana perkara dunia, lalu kita harus menggadaikan keimanan kita.

Dalam hal ini, Rasulullah saw telah memberikan contoh kepada kita betapa beliau tegar dan tegas dalam mempertahankan keimanan ini. Ketika Rasulullah saw mendapat tawaran dari orang kafir untuk mengadakan ibadah bersama, satu hari bersama orang muslim dan hari yang lain bersama orang kafir, maka dengan tegas Rasulullah menolak tawaran yang merosak keimanan ini. Hal ini sebagaimana wahyu yang telah Allah SWT turunkan kepada beliau dalam surat Al-Kafirun ayat 1--6, "Katakanlah hai orang-orang kafir, aku tidak akan menyembah apa yang aku sembah, Dan kamu bukan penyembah apa yang aku sembah, Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah, dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah apa yang aku sembah, untukmulah agamamu, dan untukkulah agamaku."

Demikian pula yang dikatakan oleh Rasulullah saw manakala bapa saudaranya, Abu Thalib, menyampaikan permintaan orang kafir agar beliau menghentikan dakwahnya. Maka, beliau bersabda, "Demi Allah, wahai bapa saudaraku, seandainya mereka meletakkan matahari di tangan kananku dan bulan di tangan kiriku agar aku meninggalkan perkara ini, maka aku tidak akan meninggalkannnya, sehingga Allah menampakkannya atau menghancurkan yang lain." Kita boleh melihat betapa tegasnya Rasulullah saw dalam mempertahankan keimanan ini.

Maka, apa yang dilakukan oleh Rasulullah saw ini kemudian memberikan pengaruh yang cukup lekat di hati dan sanubari para sahabat, sebagaimana yang terjadi dalam Perang Khandaq. Di saat orang munafik hampir saja mengadakan perdamaian dengan kabilah Banu Ghatfan dengan memberi sepertiga hasil kurma Madinah. Maka, berkatalah dua Sa'ad, yaitu Sa'ad bin Muaz, pemuka suku Aus, dan Sa'ad bin Ubadah, pemuka suku Khazraj: "Ya Rasulullah, dahulu ketika kami dan mereka masih dalam keadaan menyekutukan Allah dan menyembah berhala dan mereka tidak pernah menerima kurma dari kami selain dengan jalan hutang atau beli. Apakah kini setelah Allah memuliakan kami dengan Islam dengan memberi petunjuk kami kepada Islam serta kami bangga dengan engkau dan Allah akan kami berikan harta kami kepada mereka? Demi Allah, kami tidak perlu berdamai. Demi Allah, kami tidak rela memberikan kepada mereka sesuatu selain pedang, sampai Allah memutuskan sesuatu antara kami dan mereka."

Peristiwa ini lalu diulas dalam beberapa kitab tafsir: "Tidaklah Rasulullah saw meredai perdamaian itu, melainkan beliau ingin menguji keteguhan orang-orang Anshar, ketabahan hati, dan kekuatan izzahnya. Maka, Rasulullah saw melihat pada dua Sa'ad ini apa yang menyenangkan hatinya."

Demikian pula yang dilakukan oleh Ka'ab bin Malik manakala diboikot oleh kaum muslimin kerana tidak ikut serta dalam perang Tabuk. Selama 50 hari tak ada seorang pun yang menyapa, menegur, memberi salam, dan menjawab salamnya. Maka bumi ini terasa begitu sempit baginya. Lalu manakala ia tengah berjalan-jalan di pasar, ia mendapati seorang petani dari Syam yang biasa menjual makanan di pasar Madinah bertanya: "Siapakah yang suka menunjukkah kepada saya Ka'ab bin Malik." Maka semua orang yang ditanya menunjuk kepada saya. Kemudian orang itu mendekati saya sambil membawa sepucuk surat dari Raja Ghassan yang didalamnya berisi, " Sebenarnya saya telah mendengar bahawa kamu telah diboikot oleh teman-temanmu dan Allah tidak menjadikan kamu orang yang terhina, maka datanglah kepada kami tentu kami akan menerimamu. Apakah yang dilakukan oleh Ka'ab mendapat tawaran seperti itu? Apakah ia akan menjual agamanya, apakah dia akan bergabung dengan orang-orang kafir dan mencari kemulaian di sana, sebagaimana yang dikatakan oleh orang-orang?" Tidak, tetapi yang dikatan oleh Ka'ab adalah: "Ini juga sebagai ujian." Lalu ia pergi ke tempat api dan membakar surat itu. Mengapa ia membakar surat itu? kerana ia tahu bahawa Rasulullah saw adalah sumber kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Dalam surat Al-Baqarah Allah SWT berfirman: "Sekali-kali orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan rela terhadap kamu, sehingga kamu mengikuti agama mereka."

Dalam ayat di atas jelas bahawa upaya orang-orang Nasrani dan Yahudi untuk menghancurkan keimanan kita akan sentiasa terus ada. Maka, yang terpenting bagi kita adalah tetap tegar untuk mempertahankan keimanan ini. Sekian, wallahu a'lam.

kredit: rakangroup


Salam Ukhuwah..~

Jumaat, 24 Januari 2014

Pembersih Hati



Adalah
dilaporkan di dalam sebuah hadis
bahawa baginda Rasulullah s.a.w bersabda:
"Bagi segala sesuatu ada penggosok untuk membersihkan
dan menghilangkan kekotorannya (umpamanya untuk membersihkan
badan dan pakaian dipergunakan sabun dan untuk
menghilangkan karat besi dipergunakan api
dan lain-lainnya). Maka demikian itulah
penggosok (pembersih)
hati ialah zikrullah."


Hadis ini juga mengatakan bahawa zikrullah
adalah lebih utama daripada yang lain-lain.
Zikir itu dianggap sebagai pembersih hati hati yang kotor,
kerana setiap ibadat dikira dalam ertikata sebenarnya apabila ibadat-ibadat itu dikerjakan dengan ikhlas dan pencapaian ikhlas itu
adalah bergantung kepada hati
yang jernih lagi suci.


Oleh itu
sebahagian ulama tasauf mengatakan bahawa
zikir yang dimaksudkan di dalam hadis ini ialah qalbi
(zikir dalam hati) bukan zikir lisani (zikir dengan lidah).
Dengan mengerjakan zikir qalbi itu hati seseorang manusia terkontek
(terhubung) dengan ALLAH buat selama-lamanya.


Hakikat ini tidaklah dapat disangkalkan lagi
bahawa keadaan yang disebutkan ini adalah lebih utama
dari segala inadat kerana tercapai sama ada anggota-anggota zikir
maupun anggota-anggota batin. Anggota-anggota
ini semuanya adalah menurut hati. 


Jika hati itu berhubung dengan sesuatu
maka anggota-anggota lain dengan sendirinya akan terhubung dengannya.
Keadaan para pecinta tidaklah tersembunyi kepada sesiapa pun.


Salam Ukhuwah..~

Khamis, 23 Januari 2014

10 Perkara Yang Sia-sia



Sufyan ats-Tsauri, seorang ulama hadis yang terkemuka, menyatakan bahawa ada sepuluh hal yang termasuk dalam kategori sia-sia, iaitu:-

1. Laki-laki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri, tapi tidak dimohonkannya doa untuk ibu-bapanya sendiri dan kaum Muslimin.

2. Orang yang kerapkali membaca Al Quran, tapi tidak membaca secara tertib sampai seratus ayat tiap-tiap hari.

3. Laki-laki yang masuk ke dalam masjid, kemudian ia keluar kembali dari masjid itu tanpa mengerjakan shalat tahiyatul-masjid.

4. Orang-orang yang melewati tanah perkuburan, tapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni-penghuni kubur dan tidak mendoakan untuk keselamatan arwah-arwah mereka.

5. Laki-laki yang masuk pada hari Jumaat ke suatu kota, kemudian ia keluar lagi dari kota itu tanpa mengerjakan shalat Jumaat berjemaah.

6. Laki-laki atau wanita yang tinggal di suatu lingkungan dengan seorang ulama, tapi dia tidak mempergunakan kesempatan itu untuk menambah ilmu pengetahuan.

7. Dua orang laki-laki yang bersahabat, tapi mereka tidak saling menanyakan tentang keadaan masing-masing dan keluarganya.

8. Laki-laki yang mengundang seseorang menjadi tetamunya, tapi tidak diacuhkan dan tidak dilayani tetamunya itu.

9. Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu saja tanpa memanfaatkan waktu yang berharga itu untuk menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekerti.

10. Orang yang tidak menyedari tetangganya yang merintih lantaran kelaparan, sedang ia sendiri makan kekenyangan di dalam rumahnya.

kredit: rakangroup


Salam Ukhuwah..~

Rabu, 22 Januari 2014

Iman Yang Paling Menakjubkan



"Wahai manusia, siapakah makhluk Allah yang imannya paling menakjubkan (man a'jabul khalqi imanan)?"

Demikian pertanyaan Nabi Muhammad s.a.w. kepada sahabatnya di suatu pagi. Para sahabat langsung menjawab, "Malaikat!".

Nabi s.a.w. menangkis, "Bagaimana para malaikat tidak beriman sedangkan mereka pelaksana perintah Allah?" Sahabat menjawab lagi, "Kalau begitu, para Nabi-lah yang imannya paling menakjubkan!"

"Bagaimana para Nabi tidak beriman, padahal wahyu turun kepada mereka," sahut Nabi s.a.w.

Untuk ketiga kalinya, sahabat mencoba memberikan jawaban, "Kalau begitu, sahabat-sahabatmu ya Rasul."

Nabi s.a.w. pun menolak jawaban itu dengan berkata, "Bagaimana sahabat-sahabatku tidak beriman, sedangkan mereka menyaksikan apa yang mereka saksikan."

Rasul yang mulia meneruskan kalimatnya, "Orang yang imannya paling menakjubkan adalah kaum yang datang sesudah kalian. Mereka beriman kepadaku, walaupun mereka tidak melihatku. Mereka benarkan aku tanpa pernah melihatku. Mereka temukan tulisan dan beriman kepadaku. Mereka amalkan apa yang ada dalam tulisan itu. Mereka bela aku seperti kalian membela aku. Alangkah inginnya aku berjumpa dengan ikhwanku itu!"

Bertolak dari riwayat di atas, saya belajar memaknakan iman sebagai sebuah tentangan. Semakin tinggi tingkat tentangan, semakin tinggi pula tingkat iman kita. Semakin sulit kita menjalankan sebuah keyakinan (iman), semakin tinggi pula nilai iman kita di sisi Allah.

Ilustrasi berikut mungkin boleh menyederhanakan persoalan: Seorang waliyullah tidak diragukan lagi telah melihat berbagai "keajaiban" dan "rahsia" Allah. Dia sudah menyaksikan dan merasakan getaran cinta ilahi. Kalau Allah mengangkat derjatnya, tentu saja kita tak akan hairan. Yang membuat kita takjub adalah, seorang pengurus yang sangat sibuk dan telah menyaksikan bahwa "time is money", namun tetap berusaha menunaikan solat lima waktu di celah-celah kesibukannya. Begitu juga dengan seorang kuli bangunan yang lebih banyak menggunakan potensi otot dibanding potensi otaknya, namun tetap berpuasa di bulan Ramadhan meskipun dia harus bekerja di tengah terik mentari.

Bagi saya, pengurus dan kuli bangunan tersebut memiliki iman yang paling menakjubkan.

Kita bukanlah sahabat Nabi s.a.w. yang menyaksikan secara langsung betapa mulianya akhlak junjungan kita itu; kita juga bukan malaikat yang tidak memiliki hawa nafsu; kita juga bukan waliyullah yang telah merasakan manisnya kasih sayang Allah. Kita adalah manusia biasa yang penuh dengan kelemahan.

Dalam kelemahan itulah kita masih beriman kepada Allah. Dalam ketidakhebatan kita itulah kita selalu berusaha mendekati Allah. Di tengah kesibukan dan beban ekonomi yang semakin meningkat, kita tetap keluarkan zakat dan sedekah. Tak sedikitpun kita akan gadaikan iman kita.

Di tengah dunia yang semakin kompetitif, kita masih sempatkan untuk solat. Di tengah godaan duniawi yang luar biasa, kita tahan nafsu kita di bulan Ramadhan. Di tengah kumpulan manusia yang putus asa dengan krisis ekonomi ini, kita masih boleh mensyukuri sejemput ni'mat yang diberikan Allah.

Nabi Muhammad s.a.w. menghibur kita, "Berbahagialah orang yang melihatku dan beriman kepadaku," Nabi s.a.w. ucapkan kalimat ini satu kali.

"Berbahagialah orang yang beriman kepadaku padahal tidak pernah melihatku." Nabi s.a.w. ucapkan kalimat terakhir ini tujuh kali.

Salam Ukhuwah..~

Selasa, 21 Januari 2014

Malu Dan Warak



Rasulullah s.a.w. bersabda kepada Ali bin Abi Talib:

- Wahai Ali, isi agama semuanya terkandung dalam perasaan malu. Ia menjaga kepala dan apa yang terkandung di dalamnya. Ia juga menjaga perut dan segala yang diterimanya.

- Wahai Ali, tidak dikira beragama bagi sesiapa yang tiada rasa takut. Tidak dikira beriman bagi sesiapa yang tiada kewarakan. Tidak dikira beribadat bagi sesiapa yang tiada berilmu. Tidak dikira bermaruah bagi sesiapa yang tiada (berpegang dengan) kebenaran. Tidak dikira mendapat keamanan yang baik bagi sesiapa yang tiada (menyimpan) rahsia. Tidak dikira bertaubat bagi sesiapa yang tiada menerima taufik. Tidak dikira dermawan bagi sesiapa yang tiada rasa malu.

- Wahai Ali, sesiapa yang tidak warak daripada (melakukan) maksiat, maka perut bumi lebih baik baginya daripada permukaannya kerana iman tidak ada dalam hatinya.

- Wahai Ali, asal warak ialah meninggalkan perkara haram dan apa yang Allah haramkan. Pokok kebajikan ialah pada meninggalkan maksiat-maksiat.

- Wahai Ali, maniskan muka kerana Allah menyukai orang yang bermanis muka dan Dia membenci orang yang banyak bermasam muka.

- Wahai Ali, kebanyakan pokok ibadah ialah berdiam diri kecuali sesiapa yang berzikir kepada Allah.

- Wahai Ali, banyak tidur mematikan hati, menghilangkan keelokan. Banyak dosa pula mematikan hati dan mewarisi kesesalan.

- Wahai Ali, sesiapa yang Allah berikan nikmat ke atasnya, maka ia pun bersyukur. Jika Allah mengujinya, maka ia pun bersabar dan jika Allah mendatangkan keburukan, ia pun memohon ampun. Orang yang demikian ini akan memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dikehendakinya.

- Wahai Ali, tiada hari yang baru melainkan hari itu berseru, ``Wahai anak Adam, aku ialah hari yang baru, amalanmu berada di dalam pengawasanku. Oleh kerana itu, perhatikanlah apa yang kamu lakukan''.

kredit: PTS Publications & Distributors


Salam UKhuwah..~

Ahad, 19 Januari 2014

Dahsyatnya Azab Kubur



Azab kubur merupakan intro sebelum menempuh azab neraka kepada orang yang menderhakai Allah dan RasulNya.

Tanpa iman dan takwa, segala rahmat Allah akan terputus bila keluarnya nyawa dari tubuh kita. Orang yang beriman hendaklah meyakini bahawa ada kehidupan yang abadi dan lebih sempurna selepas kehidupan di dunia ini. Kehidupan inilah menjadi fokus utama orang-orang yang beriman.

Kerana itulah, persoalan akidah merupakan perkara yang paling asas dalam Islam. Islam diibaratkan sebagai bangunan, manakala akidah pula diibaratkan sebagai asas atau tapak kepada binaan tersebut. Jika rosak akidah seseorang maka rosaklah semua amalan yang dibina diatasnya. Atas dasar inilah Rasulullah SAW memulakan dakwahnya dengan persoalan akidah sebelum mengajar tentang hukum syariat Islam.

Walaupun Islam menganjurkan penggunaan akal fikiran namun dalam pembahasan akidah peranan akal wajib dibatasi. Apalagi persoalan akidah banyak berkait dengan perkara-perkara ghaib yang tidak mampu dicapai oleh akal manusia yang sangat terbatas.

Istilah “kubur” hanyalah berdasarkan kebiasaan setiap manusia yang meninggal dunia akan dikuburkan. Adakah setiap manusia mesti ada kubur jika mereka meninggal dunia?. Sudah pasti tidak, kerana kadang-kadang terdapat manusia yang tidak diketahui di mana kuburnya, seperti orang yang mati dimakan binatang buas, mati terbakar hangus, mati hancur berkecai jasadnya kerana kemalangan, mati hilang di laut dan sebagainya.

Namun menurut keyakinan ahli sunnah wal jamaah setiap manusia yang mati tetap akan berada di alam kubur atau di alam barzakh iaitu alam di antara alam dunia dengan alam akhirat.

Menurut kamus Lisanul Arabi oleh Ibni Manzur, makna alam barzakh ialah suatu tempat di antara dunia dan akhirat sebelum dihimpunkan di padang Mahsyar daripada waktu mati hinggalah dibangkitkan atau ia juga bermakna dinding pembatas antara dua benda sejak dari waktu kematian seseorang sehinggalah dia dibangkitkan. Jadi sesiapa yang mati bermakna dia telah memasuki alam barzakh atau alam kubur.

Banyak perkara di dunia ini yang kita tidak dapat saksikan dengan mata kasar tetapi kita tetap meyakini kewujudannya. Contohnya beberapa orang yang tidur nyenyak di atas satu hamparan. Ada di antara mereka bermimpi indah dan ketika ia bangun, jasadnya merasai nikmat yang dirasakan oleh rohnya ketika bermimpi. Demikian sebaliknya, orang yang bermimpi buruk dan mengerikan, bukan sahaja rohnya terseksa tetapi badannya juga rasa terseksa. Sedangkan mereka yang tidur berhampiran pula tidak mengetahui apa yang dirasakan oleh rakannya. Jika perkara seperti inipun diakui hakikat kewujudannya maka demikianlah dengan alam barzakh, malahan alam barzakh lebih hebat dari itu.

Sesungguhnya nikmat dan azab kubur adalah sesuatu yang wajib kita imani dan yakini kewujudannya walaupun ia tidak dapat dibuktikan secara nyata tetapi ia termasuk dalam perkara “sam’iyyat” yang wajib kita yakini. Kerana Rasulullah SAW memerintahkan agar kita berlindung dari azab kubur sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh imam Muslim yang menyuruh para sahabat agar mengamalkan doa seperti berikut:

“Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku mohon berlindung dari azab api neraka dan aku mohon berlindung dari azab kubur.”

Kita wajib berlindung diri dari azab kubur, kerana alam kubur merupakan persinggahan sementara untuk kehidupan selanjutnya. Jika di alam kubur kita mendapat kenikmatan, itulah tanda bahawa kita akan mendapat kemudahan dan kebahagiaan di alam akhirat nanti. Sebaliknya, apabila mendapat azab kubur, itulah petanda bahawa orang tersebut akan mendapat kesulitan di akhirat nanti. Sabda Rasulullah yang bermaksud :

“Sesungguhnya kubur itu, adalah singgahan pertama ke akhirat, sekiranya yang singgah itu terselamat, maka perjalanan selepas daripada itu lebih mudah lagi. Dan jika tidak selamat, maka perjalanan selepas daripada itu lebih sukar lagi.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Pernahkah kita terfikir bagaimana bentuk azab atau nikmat kubur?. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :

“Apabila salah seorang di antara kamu mati, akan ditunjukkan kepadanya setiap pagi dan petang tempat tinggalnya. Bila ia penghuni syurga, akan ditunjukkan kepadanya kenikmatan syurga, dan bila ia penghuni neraka, akan ditunjukkan kepadanya keazaban neraka. Lalu dikatakan kepada mereka : “itulah tempat tinggalmu, sampailah Allah membangkitkanmu pada hari kiamat.” (Hadis riwayat Muslim)

Berdasarkan hadis tersebut nyatalah bahawa azab dan nikmat kubur pasti akan terjadi. Bagi mereka yang mempunyai keimanan yang mantap, ilmu Agama yang cukup, yakin akan kudrat dan kuasa Allah yang tiada tandingannya pasti akan yakin dengan adanya siksaan dan nikmat kubur. Hanya orang yang jahil dan sesat serta suka mendustakan Rasulullah SAW akan meragui dan mengingkari adanya azab kubur.

Sebenarnya di dalam Al-Quran terdapat lebih kurang 300 ayat yang menyatakan tentang kematian dan keadaan-keadaan kehidupan selepas daripada mati seperti di alam barzakh dan di akhirat. Nas-nas Al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah s.a.w. menerangkan bahawa roh itu kekal, ada roh yang mendapat nikmat kerana amalannya di dunia dahulu baik dan ada roh yang terseksa lantaran amalannya di dunia dahulu jahat.

Atas sebab itulah, gambaran tentang azab seksa dan nikmat kubur wajib kita imani dan yakini. Apa lagi hadis-hadis yang menerangkan tentang azab seksa dan nikmat kubur sebagaimana yang dinyatakan adalah hadis sahih dan kuat darjatnya.

Apabila kita mengingati tentang kewujudan azab yang ditanggung selepas mati oleh orang-orang yang derhaka kepada Allah, maka kita terasa gementar kerana takut akan azab Allah yang menggerunkan dan insyaAllah akan mendekatkan diri kita kepada-Nya.

Justeru, kita boleh kasihkan harta tapi tidak lupakan soal hisab, kita boleh kasihkan rumah tapi tidak lupakan soal kubur, kita boleh kasihkan hidup tapi tidak lupakan soal maut, kita boleh kasihkan dunia tapi tidak lupakan soal akhirat.

Untuk itu, tidak ada jalan pintas melainkan kita wajib mematuhi segala yang diperintahkan Allah sebagaimana yang termaktub di dalam Al-Quran. Patuh segala perintah Allah adalah syarat untuk mendekatkan diri kepada Al
lah dan menjadi kekasihnya.

Dengan mengingati azab kubur juga insyaAllah kita akan menjadi semakin takut untuk meninggalkan solat, meninggalkan puasa, tidak mengeluarkan zakat, merosakkan harta awam, melanggar batas-batas hukum syariat dan sebagainya. Dengan yang demikian akan memberi rangsangan kepada kita ke arah melakukan kebaikan yang sangat dituntut oleh Islam. Firman Allah yang bermaksud :

“(Iaitu) orang-orang yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami sesungguhnya kami telah beriman, oleh itu ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharalah kami dari azab api neraka.” (Surah Ali-Imran ayat : 16)

kredit: rakangroup


Salam Ukhuwah..~

Sabtu, 18 Januari 2014

Kesah Pemuda Arab di Amerika



Ada seorang pemuda arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah SWT berupa pendidikan agama Islam bahkan ia mampu mendalaminya. Selain belajar, ia juga seorang juru dakwah Islam. Ketika berada di Amerika, ia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah SWT memberinya hidayah masuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas di dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar ia turut masuk ke dalam gereja. Semula ia berkeberatan. Namun karena ia terus mendesak akhirnya pemuda itupun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka. Ketika pendeta masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk.

Di saat itu si pendeta agak terbelalak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, “Di tengah kita ada seorang muslim. Aku harap ia keluar dari sini.” Pemuda arab itu tidak bergeming dari tempatnya. Pendeta tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun ia tetap tidak bergeming dari tempatnya. Hingga akhirnya pendeta itu berkata, “Aku minta ia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya.” Barulah pemuda ini beranjak keluar.

Di ambang pintu ia bertanya kepada sang pendeta, “Bagaimana anda tahu bahwa saya seorang muslim.” Pendeta itu menjawab, “Dari tanda yang terdapat di wajahmu.” Kemudian ia beranjak hendak keluar. Namun sang pendeta ingin memanfaatkan keberadaan pemuda ini, yaitu dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memojokkan pemuda tersebut dan sekaligus mengokohkan markasnya. Pemuda muslim itupun menerima tantangan debat tersebut.

Sang pendeta berkata, “Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat.”

Si pemuda tersenyum dan berkata, “Silahkan!

Sang pendeta pun mulai bertanya, “Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada delapannya, delapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya.

Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam surga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah SWT namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah SWT dengan tanpa ayah dan ibu! Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diadzab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diadzab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?

Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah SWT dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?”

Mendengar pertanyaan tersebut pemuda itu tersenyum dengan senyuman mengandung keyakinan kepada Allah SWT, Setelah membaca basmalah ia berkata, 

Satu yang tiada duanya ialah Allah SWT.

Dua yang tiada tiganya ialah malam dan siang. Allah SWT swt SWT berfirman, “Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami).” (Al-Isra’: 12).
Tiga yang tiada empatnya adalah kekhilafan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.
Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur’an.
Lima yang tiada enamnya ialah shalat lima waktu.
Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah hari ketika Allah SWT menciptakan makhluk.
Tujuh yang tiada delapannya ialah langit yang tujuh lapis. Allah SWT berfirman, “Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang.” (Al-Mulk: 3).
Delapan yang tiada sembilannya ialah malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah SWT berfirman, ”Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung ‘Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka.” (Al-Haqah: 17).
Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu’jizat yang diberikan kepada Nabi Musa a.s yaitu tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.*
Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah kebaikan. Allah SWT berfirman, “Barangsiapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat.” (Al-An’am: 160).
Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah saudara-saudara Yusuf a.s
Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah mu’jizat Nabi Musa a.s yang terdapat dalam firman Allah SWT swt, “Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, ‘Pukullah batu itu dengan tongkatmu.’ Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air.”(Al-Baqarah: 60).
Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah saudara Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.

Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Shubuh. Allah SWT ber-firman, “Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing.” (At-Takwir: 18).

Kuburan yang membawa isinya adalah ikan yang menelan Nabi Yunus AS.
Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Yusuf a.s yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, “Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlomba-lomba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala.” Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, ” tak ada cercaaan terhadap kalian.” Dan ayah mereka Ya’qub berkata, “Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
Sesuatu yang diciptakan Allah SWT namun tidak Dia sukai adalah suara keledai. Allah SWT berfirman, “Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara kele-dai.” (Luqman: 19).
Makhluk yang diciptakan Allah SWT swt tanpa bapak dan ibu adalah Nabi Adam, malaikat, unta Nabi Shalih dan kambing Nabi Ibrahim.
Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diadzab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah SWT swt SWT berfirman, “Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim.” (Al-Anbiya’: 69).
Makhluk yang terbuat dari batu adalah unta Nabi Shalih, yang diadzab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashhabul Kahfi (penghuni gua).
Sesuatu yang diciptakan Allah SWT dan dianggap perkara besar adalah tipu daya wanita, sebagaimana firman Allah SWT ”Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar.” (Yusuf: 28).
Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan 2 di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah tahun, ranting adalah bulan, daun adalah hari dan buahnya adalah shalat yang lima waktu, tiga dikerjakan di malam hari dan dua di siang hari.

Pendeta dan para hadirin merasa takjub mendengar jawaban pemuda muslim tersebut. Kemudian ia pamit dan beranjak hendak pergi. Namun ia mengurungkan niatnya dan meminta kepada pendeta agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh sang pendeta. Pemuda ini berkata, “Apakah kunci surga itu?” mendengar pertanyaan itu lidah sang pendeta menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rona wajahnya pun berubah. Ia berusaha menyembunyikan kekhawatirannya, namun hasilnya nihil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun ia berusaha mengelak.

Mereka berkata, “Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya ia jawab, sementara ia hanya memberimu satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya!” Pendeta tersebut berkata, “Sungguh aku mengetahui jawaban dari pertanyaan tersebut, namun aku takut kalian marah.” Mereka menjawab, “Kami akan jamin keselamatan anda.” Sang pendeta pun berkata, “Jawabannya ialah: “Asyhadu an La Ilaha IllAllah SWT wa anna Muhammadar Rasulullah.”

Lantas sang pendeta dan orang-orang yang hadir di gereja itu memeluk agama Islam. Sungguh Allah SWT telah menganugrahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda muslim yang bertakwa.

kredit: Zaky el anshory


Salam Ukhuwah..~

Jumaat, 17 Januari 2014

Cara Mendapatkan Iman



Banyak orang menyangka ia orang beriman. Tetapi bila diuji keimanan mereka oleh Allah menerusi solat, ibadat, kesusahan, penyakit dan sebagainya, ternyata mereka sebenarnya tidak beriman yang sebenar. Mereka menyangka mereka beriman kerana mereka beriman secara keturunan. Bapanya Islam, maka dia pun Islam. 

Iman perlu diusahakan untuk memperolehinya. Bagaimanakah hendak mendapat Iman?

1.Melalui mujahadatunnaf. 

Mujanadatunnaf ialah berjuang melawan hawa nafsu jahat dan melawan bisikan syaitan yang sentiasa mengajak dan mendorong kita ke jalan kejahatan. 

Latihan-latihannya adalah melalui 3 peringkat iaitu: 

a ) Takhalli : Takhalli ialah berusaha berjuang membuang segala sifat-sifat jahat atau membersihkan jiwa kita daripada sifat jahat atau mazmunah 

b) Tahalli : Tahalli ialah mengisi jiwa kita dengan sifat baik (Mahmudah). Setelah kerja pembersihan selesai kita isi pula wadah (jiwa dan hati) dengan perkara baik. 

c) Tajalli : Peringkat Tajalli ialah peringkat merasa nikmat meninggal atau membuang sifat jahat dan merasa nikmat mengisi atau melakukan sifat baik serta merasa keagungan dan kehebaan Allah. Orang yang dapat membuang sifat-sifat jahat dan dapat pula menghiasi dirinya dengan sifat baik, Allah akan singkap hatinya dapat merasa nikmatnya beribadah dan nikmat sentiasa mengingat Allah dan sentiasa ingin membuat kebaikan.

2. Cara atau peringkat kedua ialah melalui mengerjakan amalan sunat. Terutama sembahyang sunat khususnya di waktu malam (sembahyang tahajjud). Selain daripada amalan sembahyang sunat ialah puasa sunat, berdoa, baca Al Quran dan sebagainya.

3. Cara dan peringkat ketiga untuk mendapatkan iman ialah melalui tafakur. Tafakur atau berfikir atau merenung ialah salah satu cara mendapatkan iman. Khususnya merenung dan berfikir akan kebesaran Allah dan kehebatan serta hikmah sesuatu yang dijadikan oleh Allah sama ada berbentuk benda (alam, muka bumi, bintang dan lain-lain) dan juga kejadian-kejadian ke atas diri kita seperti nikmat dan ujian. Semuanya mempunyai hikmah yang kalau kita renungkan akan mendapat iman.

Jelaslah bahawa iman perlu diusahakan untuk mendapatkannya. Susah payah pasti akan diharungi. Pengorbanan perlu dilakukan. Siapa yang memperolehi iman secara mudah, contohnya seperti orang Melayu yang memperolehi iman secara keturunan, biasanya amat mudah pula mereka merosakkannya. Siapa yang memperolehi iman secara susah payah,maka dipeliharanya iman mereka. 


CARA MEMELIHARA IMAN

Iman perlu dipelihara kerana ia akan dirosakkan oleh nafsu dan syaitan. Dengan itu ada orang beriman yang kemudiannya jadi tidak beriman kerana imannya telah dirosakkan. Cara memelihara iman:

1.Mengawal iman supaya tidak rosak. Iman boleh rosak menerusi Iktiqad seperti meragui hadis Nabi, meragui hukum dan undang-undang Islam dan sebagainya. 

Perkataan atau ucapan seperti menghina Rasulullah, tidak yakin hukum Allah dan sebagainya. Perbuatan seperti melakukan perbuatan syirik, memohon pertolongan kepada selain dari Allah.

2.Menjaga Iman
Iman yang telah ada pada kita kena dikawal dengan beberapa sifat diri kita. 

Yakin pada agama Allah dan perintahnya Ikhlas dalam melakukan amalan. Contohnya solat hendaklah atas niat taat kepada Allah bukan kerana menunjuk atau kerana malu atau kerana dipaksa. Selalu melakukan amalan sunat Istiqamah dalam ibadat. Ibadat yang kita lakukan hendaklah berkekalan, bukan dikerjakan secara bermusim, atau bila lapang baru buat. Beramal dengan penuh tertib dan khusyuk.

kredit: rakangroup


Salam Ukhuwah..~

Khamis, 16 Januari 2014

Al Quran Penyuluh Hidup



Al-Quran juga adalah hidayah petunjuk ke jalan diredhai Allah yang memimpin manusia mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat. Al-Quran secara khusus menjadi sinaran rahmat yang menyuluhi setiap detik kehidupan orang yang beriman.

Ini adalah seruan suci Allah SWT kepada umat manusia supaya mereka dapat hidup bahagia di dunia dan akhirat dengan syarat berpegang teguh dengan ajaran dan hukum hakam yang telah ditetapkan-Nya.

Risalah Islam diturunkan sebagai satu cara hidup yang lengkap dan menyeluruh buat mengatur kehidupan manusia sejagat ke arah kebahagiaan abadi di bawah keredhaan Ilahi. Ini bermakna jalan keluar sudah sedia ada, penawar di depan mata, maka terserahlah kepada umat manusia memilih sama ada hendak hidup berbahagia atau sebaliknya.

Akhirnya, umat Islam wajib bermuhasabah dan merenungi diri nasib mereka yang sudah sekian lama tercalar. Maka, inilah masanya untuk kembali kepada al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW, mudah-mudahan dapat memartabatkan kembali imej sebagai umat terbaik dan umat contoh.

Setiap Muslim seharusnya bersama mencontohi kehidupan Rasulullah SAW dalam setiap aspek supaya keadilan Islam dapat menghiasi kembali kemakmuran bumi Allah SWT dan Islam menerajui kepimpinan manusia ke arah keharmonian, kesaksamaan dan kesejahteraan.

kredit: DR. ENGKU AHMAD ZAKI ENGKU ALWI



Salam Ukhuwah..~

Rabu, 15 Januari 2014

8 Perkara Bantu Tingkat Kesabaran




SABAR dipandang mulia di sisi Allah kerana mendatangkan banyak kebaikan kepada diri sendiri dan orang lain. Sikap itu perlu diamalkan setiap masa dalam kehidupan seharian.

Keperluan sabar dikategorikan kepada dua perkara iaitu sabar menahan diri daripada perkara yang disukai, tetapi dilarang oleh agama.

Satu lagi sabar bermaksud menahan diri daripada keadaan yang tidak disukai atau kesusahan yang dihadapi.

Sabar bererti menahan diri daripada mengikut kehendak hati atau perasaan yang mendorong melakukan perbuatan yang mendatangkan keburukan. Menahan diri ketika penderitaan, sanggup melakukan perkara sukar demi mendapat kebaikan dan bersedia menghadapi tempoh panjang untuk mendapatkan sesuatu.

Allah menyebut orang bersabar bakal mendapat kegembiraan, petunjuk, keberkatan dan rahmat daripada-Nya.

Sebab itu setiap orang mesti bersabar dalam menghadapi segala cabaran hidup. Janji dan jaminan yang diberikan oleh Allah kepada orang yang bersabar adalah bukti kebaikan yang tiada tolok bandingnya.

Dr Yusof Al Qardhawi berkata ada lapan perkara yang boleh membantu meningkatkan kesabaran seseorang, iaitu:

1. Mengenali hakikat hidup di dunia yang penuh cabaran dan sementara.

2. Mengenali bahawa diri ini milik Allah dan manusia mempunyai had tertentu.

3. Yakin setiap perbuatan baik akan mendapat ganjaran Allah.

4. Yakin bahawa Allah akan membantu hambanya.

5. Berusaha mencontohi orang sabar.

6. Sentiasa memohon pertolongan dan keredaan Allah.

7. Sentiasa beriman kepada qadar dan sunnah Allah.

8. Berusaha menjauhi penyakit penghalang sabar seperti marah, sedih berlebihan, putus asa dan gopoh-gapah.

Sabar boleh dibentuk dengan adanya harapan dan cita-cita untuk mendapatkan sesuatu. Hal ini kerana seseorang itu pasti berusaha bersungguh-sungguh berlandaskan kesabaran untuk mencapai hasrat hati.

Ibnu Qayim dalam bukunya, Al Madaraji menyebut hukum bersabar itu adalah wajib.

Sifat sabar adalah kunci kejayaan, insan yang tidak tekun dan tidak sabar dalam menuntut ilmu tidak memperoleh pengetahuan. Pekerja yang tidak sabar dalam pekerjaan tidak akan dapat menyiapkan tugasnya mengikut jadual dengan mutu yang baik.

Kesabaran sangat dikehendaki dan ada batasnya. Kita perlu mengelakkan sesuatu pihak menggunakan sifat kesabaran yang ada pada diri sebagai senjata memusnahkan diri kita.

Oleh itu, setiap insan perlu mempunyai tahap sabar yang tinggi bagi mengatasi apa juga persoalan kehidupan. Ia bagi memastikan kehidupan dapat ditempuhi dalam keimanan tinggi.


kredit: rakangroup


Salam Ukhuwah..~

Selasa, 14 Januari 2014

5 Tahap Iman



IMAN TAQLID
Iman ikut-ikut atau Iman 'pak turut'. Orang yang beriman Taqlid, pegangan Islamnya tidak kuat dan prinsip Islamnya tidak kukuh. Dia tidak ada alasan yang kuat mengapa dia beriman. Dia ada dalil-dalil akal dan Al-Quran/as-Sunnah untuk membuktikan keyakinannya. Mengikut qaul yang lebih jelas,Iman Taqlid ini tidak sah. Segala amal ibadat orang yang beriman Taqlid adalah tertolak dan tidak mendapat pahala di sisi Allah Taala.

IMAN ILMU
Iman berdasarkan Ilmu.Iaitu seorang yang telah mempelajari tentang Allah,Malaikat2, Rasul2 dan Nabi,Kitab2, hari Qiamat dan lain-lain yang diwajibkan mengimaninya. Iman dan keyakinannya berasa dan kuat bertunjang pada akal. Iqtikadnya disertai dengan dalil-dalil yang kuat serta pegangan yang kukuh. Dia tidak mudah goyang atau terpengaruh dengan ideologi lain.

Tetapi orang yang beriman Ilmu,tidak takut akan Allah Taala dan mudah berbuat derhaka kepada-Nya. Mereka juga hanya mampu memperkatakan Islam, tetapi tidak mampu berbuat atau mengamalkannya. jadi, Iman Ilmu belum lagi dapat menyelamatkan seseorang itu dari neraka Allah.

IMAN 'AYYAN
Hasil daripada tarbiyah dan mujahadah yang bersungguh-sungguh orang yang beriman Ilmu akan meningkat kepada Iman 'Ayyan. Imannya bertempat di hati, bukan lagi di fikiran. Hati orang-orang yang beriman 'Ayyan sentiasa mengingati Allah, ibadahnya khusyu' dan ia sentiasa merasa kebesaran Allah Taala.Pabila disebut nama Allah, gementar hatinya.

Semua perintah Allah Taala dipatuhi dengan penuh rela dan kesungguhan. Ia terlalu sensitif dengan dosa serta sangat berakhlak dengan Allah dan manusia. Setiap ujian dihadapi dengan penuh sabar. Ia juga sentiasa mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Taala. Orang yang berada di peringkat Iman 'Ayyan tidak lama dihisab di Akhirat dan ia mudah masuk Syurga.

IMAN HAQ
Seseorang yang mencapai Iman Haq, mata hatinya melihat Allah Taala. Ertinya setiap kali melihat kejadian dan kebesaran Allah Taala, hati dan fikirannya tertumpu kepada Allah. tersa takut dan hebat kepada Allah setiap masa. Hatinya tidak lekang mengingati Allah dan sentiasa karam serta khusyu' dalam kesyahduan cinta pada Rabb. Hatinya tidak terpaut dengan dunia dan ia tidak dapat dilalaikan oleh nafsu mahupun Iblis laknatullah. Mereka yang beriman 'Ayyan digelar Muqarrobin oleh Allah Taala,yakni orang yang hampir dengan-Nya.

IMAN HAKIKAT
Inilah peringkat iman yang paling sempurna dan tertinggi yang dimiliki oleh Rasul2, Nabi2, khulafa' ar-Rasyideen serta wali-wali besar. Mereka akan ditempatkan oleh Allah Taala di dalam Syurga yang paling tinggi. Hidup mereka setiap masa asyik dangan ibadah. Ibadah mereka cukup hebat, solat sunat paling kurang 300 rakaat sehari semalam. Budi serta akhlak adalah yang terbaik dan paling terpuji.

Allah Taala akan menurunkan barakah di mana sahaja mereka berada. Mereka digelar golongan 'superscale' Akhirat. Hidup dalam Syurga yang maha Indah lagi maha lazat. Allah mengurniakan yang sedemikian itu sebagai membalas cinta dan pengorbanan hakiki yang cukup besar semata-mata kerana Allah !

Di manakah tahap keimanan kita ? Sama-samalah kita sentiasa memuhasabah diri serta mempertingkatkan keimanan kita dengan mengerjakan amalan kebaikan dengan bersungguh-sungguh, iltizam dan istiqomah. Berbahagialah dengan berita gembira dari Allah Taala dalam surah Ali Imran, ayat 139 :

Maksud :Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang-orang yang beriman.

kredit: rakangroup


Salam Ukhuwah..~

Isnin, 13 Januari 2014

Perkara Yang Merosakkan Ukhuwah



Perkara-Perkara Yang Dapat Merosakkan Ukhuwah, Di Antaranya Adalah :

1. Tamak Dan Rakus Terhadap Dunia, Terhadap Apa-Apa Yang Dimiliki Orang Lain.

Rasulullah SAW. Bersabda;
" Zuhudlah terhadap dunia, Allah akan mencintai kamu. Zuhudlah terhadap apa yang dimiliki oleh manusia, mereka akan mencintai kamu. "
HR Ibnu Majah

Jika kamu tertimpa musibah, mintalah musyawarah kepada saudaramu dan jangan
meminta apa yang engkau perlukan. Sebab jika saudara atau temanmu itu memahami keadaanmu, ia akan terketuk hatinya untuk menolongmu, tanpa harus meminta atau menitiskan airmata.

2. Maksiat Dan Meremehkan Ketaatan.

Jika di dalam pergaulan tidak ada nuansa zikir dan ibadah, saling menasihati, mengingatkan dan memberi pelajaran, bererti pergaulan atau ikatan persahabatan itu telah gersang disebabkan oleh kerasnya hati dan perkara ini boleh mengakibatkan terbukanya pintu-pintu kejahatan sehingga masing-masing akan saling menyibukkan diri dengan urusan yang lain. Padahal Rasulullah SAW bersabda;
" Seorang muslim adalah saudara bagi muslim yang lain, tidak menzaliminya dan tidak menghinakannya. Demi Zat yang jiwa Muhammad ada di tanganNya, Tidaklah dua orang yang saling mengasihi, kemudian dipisahkan antara keduanya kecuali hanya kerana satu dosa yang dilakukan oleh salah seorang dari keduanya. "
HR Ahmad

Ibnu Qayim, dalam kitab "Al-Jawabul Kafi" mengatakan, " Di antara akibat dari perbuatan maksiat adalah rasa gelisah ( takut dan sedih ) yang dirasakan oleh orang yang bermaksiat itu untuk bertemu dengan saudara-saudaranya. "

Orang-orang ahli maksiat dan kemungkaran, pergaulan dan persahabatan mereka tidak dibangun atas dasar ketakwaan melainkan atas dasar kebendaan sehingga akan dengan mudah berubah menjadi permusuhan. Bahkan perkara itu nanti akan menjadi beban di hari kiamat. Allah SWT berfirman;
" Pada hari itu sahabat-sahabat karib: Setengahnya akan menjadi musuh kepada
setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan takwa ( iman dan amal soleh ). "
Q.S Az-Zukhruf : 67

Sedangkan persahabatan kerana Allah, akan terus berlanjutan sampai di syurga;
" Dan Kami cabut akan apa yang ada di hati mereka dari perasaan hasad dengki sehingga menjadilah mereka bersaudara ( dalam suasana kasih mesra ), serta mereka duduk berhadap-hadapan di atas pelamin masing-masing. "
Q.S Al-Hijr : 47

3. Tidak Menggunakan Adab Yang Baik (Syar'i) Ketika Berbicara.

Ketika berbicara dengan saudara atau kawan, hendaknya seseorang memilih perkataan yang paling baik. Allah berfirman;
" Dan katakanlah ( wahai Muhammad ) kepada hamba-hambaKu ( yang beriman ), supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik ( kepada orang-orang yang menentang kebenaran ); sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menghasut di antara mereka ( yang mukmin dan yang menentang ); sesungguhnya Syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi manusia. "
Q.S Al-Israa? : 53

Dalam sebuah hadith Nabi SAW bersabda;
" Kalimah thayibah adalah shadaqah. "
HR Bukhari

4. Tidak Memperhatikan Apabila Ada Yang Mengajak Berbicara Dan Memalingkan Muka Darinya.

Seorang ulama salaf berkata, " Ada seseorang yang menyampaikan hadith sedangkan aku sudah mengetahui perkara itu sebelum ia dilahirkan oleh ibunya. Akan tetapi, akhlak yang baik membawaku untuk tetap mendengarkannya hingga ia selesai berbicara. "

5. Banyak Bercanda Dan Bersenda Gurau.

Berapa ramai orang yang putus hubungan satu sama lainnya hanya disebabkan oleh canda dan senda gurau.

6. Banyak Berdebat Dan Berbantah-Bantahan.

Terkadang hubungan persaudaraan terputus kerana terjadinya perdebatan yang sengit yang boleh jadi itu adalah tipuan syaitan. Dengan alasan mempertahankan aqidah dan prinsipnya padahal sesungguhnya adalah mempertahankan dirinya dan kesombongannya. Rasulullah SAW bersabda;

" Orang yang paling dibenci di sisi Allah adalah yang keras dan besar permusuhannya. "
HR Bukhari dan Muslim

Orang yang banyak permusuhannya adalah yang suka mengutarakan perdebatan, perbalahan dan pendapat.

Tetapi debat dengan cara yang baik untuk menerangkan kebenaran kepada orang yang kurang faham, dan kepada ahli bid`ah, perkara itu tidak bermasalah. Tetapi, jika sudah melampaui batas, maka perkara itu tidak diperbolehkan. Bahkan jika perdebatan itu dilakukan untuk menunjukkan kehebatan diri, perkara itu malah menjadi bukti akan lemahnya iman dan sedikitnya pengetahuan.

Jadi, boleh juga dengan perdebatan ini, tali ukhuwah akan terurai dan hilang. Sebab masing-masing merasa lebih lebih kuat hujjahnya dibanding yang lain.

7. Berbisik-Bisik ( Pembicaraan Rahsia )

Berbisik-bisik adalah merupakan perkara yang remeh tetapi mempunyai pengaruh yang dalam bagi orang yang berfikiran ingin membina ikatan persaudaraan.

Allah SWT berfirman;
" Sesungguhnya perbuatan berbisik ( dengan kejahatan ) itu adalah dari ( hasutan ) Syaitan, untuk menjadikan orang-orang yang beriman berdukacita; sedang bisikan itu tidak akan dapat membahayakan mereka sedikitpun melainkan dengan izin Allah; dan kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman berserah diri. "
Q.S Al-Mujaadalah : 10

Rasulullah bersabda;
" Jika kalian bertiga, maka janganlah dua orang di antaranya berbisik-bisik tanpa mengajak orang yang ketiga kerana itu akan dapat menyebabkannya bersedih. "
HR Bukhari dan Muslim

Para ulama berkata, " Syaitan akan membisikkan kepadanya dan berkata, ' Mereka itu membicarakanmu'." Maka dari itu para ulama mensyaratkan agar meminta izin terlebih dahulu jika ingin berbisik-bisik ( berbicara rahsia ).

kredit: rakangroup

Salam Ukhuwah..~

Ahad, 12 Januari 2014

Kesah Empat Isteri



Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri.Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya.Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.

Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.

Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui mas! a-masa yang sulit.

Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. Dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedangang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.

Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupanindahnya, dan berkata dalam hati, "Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri."

Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, "Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?" Isteri keempatnya terdiam. "Tentu ! saja tidak!" jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.

Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, "Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?". Isteri ketiganya menjawab, "Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati". Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.

Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, "Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku?" Si isteri kedua menjawab perlahan, "Maafkan aku...aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu."

Jawapan itu seperti kil! at yang menyambar. Si pedagang kini berasa Putus asa. Tiba-tiba terdengar satu suara, "Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu." Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang Lalu berguman, "Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku."

Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini;

ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.

ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.

ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya. Hanya sampai kuburlah mereka akan menemani kita.

DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi. Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk Terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. 

Hanya amal yang mampu menolong kita diakhirat kelak. Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. Jangan sampai kita menyesal kemudian hari.

kredit : rakangroup


Salam Ukhuwah..~