Allah ta'ala telah meletakkan kejayaan dunia dan akhirat dalam agama. Lailaha ilallah..~
Bacaan Popular
-
Sebagai seorang Muslim kita semua tahu bahawa solat itu merupakan kewajipan yang Allah s.w.t. suruh seperti mana yang terdapat di dal...
-
Hari itu, saya balik selepas didenda berdiri di luar kelas selama sejam selepas waktu sekolah oleh Ustaz Ismail kerana terlupa menyiapk...
-
Ini adalah beberapa PETUA (Perubatan Orang Tua-tua Dulu-kala) untuk kita ingati dan amalkan dalam kehidupan kita. Memang dulu-dulu jarak kli...
-
Zaman sudah berubah..isteri sekarang semakin berani berlaku curang!” Kadar gejala seks bebas kian meningkat dalam masyarakat hari ini. Lebih...
-
DOA INI AFDALNYA DIBACA 11 KALI KETIKA SUJUD SEBAIK SELESAI SALAM SEMBAHYANG FARDHU. KEMUDIAN MOHON DOA KEPADA ALLAH. INSYA'ALLAH. TAWAK...
-
Minggu lepas Tok Wan ke Telok Intan, distinasi tepatnya ialah Kampung Sungai Jejawi Telok Intan, Perak. Tok pergi dengan sepupu yang...
Khamis, 31 Mac 2011
JENIS JENIS SEMBAHYANG SUNAT
Sunat Isyraq:
Sesudah terbitnya matahari kira kira pukul 7 pagi, disunatkan mengerjakan sembahyang 2 rakaat yang dinamakan sunat Isyraq.
Sunat Dhuha:
Waktu sunat Dhuha ialah sesudah terbitnya matahari sehingga sebelum gelincirnya matahari. Dilakukan selepas melakukan sunat Isyraq. Banyaknya sekurang kurangnya 2 rakaat. Boleh juga dilakukan 4 rakaat atau 6 rakaat atau 8 rakaat dengan setiap 2 rakaat satu salam.
Sunat Tahajjud :
Sunat Tahajjud ini dikerjakan pada malam hari setelah terbangun dari tidur ditengan malam. Adapun bangun diwaktu malam yang dilakukan oleh Rasulullah saw, caranya tidaklah tetap dalam tertib yang sama. Adakalanya Baginda bangun separuh malam, adakalanya sepertiga malam dan ada juga seperenam malam. Perkara ini dipandukan kepada ayat al_Quran iaitu: "Sesungguhnya Tuhan mu mengetahui bahawa engkau bangun (mengerjakan sembahyang) kurang dari duapertiga malam, ada pula separuh dan sepertiganya.
Sunat Taubat:
Dilakukan jika seseorang telah membuat sesuatu yang bertentangan dengan perintah Allah, yakni membuat dosa maka mereka menyesal akan perbuatan yang dilakukan dan berazam tidak mengulanginya lagi, lantas mahu meminta ampun dari Allah swt. Caranya serupa dengan sunat yang lain dan sesudah memberi salam hendaklah memperbanyakkan istighfar dan memohon keampunan kepada Allah swt, dan ucapkanlah berulang kali, "astaghfirullahal 'azim, alladzii laa ilaaha illaa huwal haiyul qaiyum wa atuubu ilaih" (aku memohon keampunan kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan yang lain melainkan Dia, yang hidup dan berdiriNya, dan aku bertaubat kepadaNya).
Sunat Istikharah:
Dilakukan jika seseorang yang hendak melakukan sesuatu perkara yang baik tetapi sukar untuk memilih yang terbaik..
Sebaik baiknya pada rakaat pertama selepas membaca Fatihah dibaca surah al-Kafiruun (Qulya aiyuhal-Kafiruun) dan pada rakaat kedua selepas Fatihah baca surah al-Ikhlas (Qul Huallahu Ahad).
Sunat Hajat:
Jika seseorang berhajat akan sesuatu atau menghadapi kesulitan dalam sesuatu hal dan ingin meminta pertolongan Allah swt. Dilakukan pada waktu malam selepas tersedar dari tidur dan selepas mengerjakan sunat Tahajjud. Boleh dilakukan dua rakaat dan boleh juga dilakukan sehingga 12 rakaat (setiap 2 rakaat dengan satu salam).
Sunat Witir:
Sesudah melakukan fardhu Isya dan setelah melakukan sunat selepasnya, lakukanlah pula sunat Witir tiap tiap malam. Sekurang kurangnya satu rakaat, sebaik baiknya 3 rakaat dengan dua salam dan seafdhal afdhalnya 11 rakaat. Tiap 2 rakaat satu salam dan satu rakaat terakhir, satu salam (6 salam jumlahnya). Melakukan sembahyang Witir sesudah sembahyang Tahajjud dibahagian akhir malam adalah lebih utama.
Sunat Tasbih:
Sembahyang subat Tasbih adalah sembahyang yang diajarkan Rasulullah saw kepada Saidina Abbas ibnu Abdil Mutthalib.
Dianjurkan sembahyang sunat Tasbih ini kalau boleh tiap tiap malam. Kalau tak boleh atau keberatan, lakukanlah sekali seminggu. Jika masih keberatan, lakukanlah sekali sebulan dan kalau tak boleh juga, lakukan sekali setahun. Jika sekali setahun pun tak boleh juga, setidak tidaknya lakukanlah sekali seumur hidup.
Caranya:
Kalau dilakukan pada siang hari, hendaklah dikerjakan 4 rakaat dengan satu salam. Kalau dikerjakan pada malam hari, hendaklah 4 rakaat itu dijadikan dengan 2 salam. Dinamakan sembahyang Tasbih kerana padanya dibacakan tasbih sehingga dalam 4 rakaat itu berjumlah 300 tasbih.
Pada tiap tiap rakaat hendaklah dilakukan dengan cara seperti berikut:
1) Sehabis doa Iftitah, Fatihah dan sesudah membaca surah, baca Tasbih 15 kali, kemudian ruku'
2) Selepas tasbih-ruku' bacalah Tasbih sebanyak 10 kali kemudian baru I'tidal
3) Sesudah tahmid-I'tidal, baca Tasbihnya 10 kali kemudian sujud
4) Diwaktu sujud, sehabis tasbih sujud, ucapkan pula Tasbihnya 10 kali lalu duduk antara 2 sujud
5) Sehabis doa pada duduk itu, baca pula Tasbihnya 10 kali, kemudian sujud kedua
6) Pada sujud kedua, sesudah tasbih-sujud, baca 10 kali Tasbih, kemudian sebelum hendak berdiri tegak ke rakaat kedua, kita hendaknya "duduk istirahat" lalu bacakan Tasbih 10 kali kemudian berdiri tegak untuk rakaat kedua.
Dengan demikian rakaat pertama ini bilangan Tasbihnya sebanyak 75 kali. Demikian juga dilakukan pada rakaat kedua dan ketika duduk tahiyat, sebelum membaca tahiyat, kita baca Tasbih 10 kali. Sesudah tahiyat, beri salam dan kemudian ulangi pada rakaat ketiga dan keempat seperti rakaat pertama dan kedua tadi. Jika terlupa membaca Tasbihnya di satu satu tempat, boleh digantikan ditempat berikutnya agar bilangan Tasbihnya berjumlah 300.
Sunat Tahiyatul Masjid:
Tiap kali masuk kemasjid sebelum kita duduk, disunatkan bagi kita mengerjakan sunat Tahiyatul Masjid sebanyak 2 rakaat sesuai dengan sabda Rasulullah saw, "Apabila kamu masuk ke masjid maka janganlah kamu duduk terus sebelum kamu mengerjakan sembahyang 2 rakaat."
Sunat wudhu':
Dua rakaat sunat wudhu, yakni yang dilakukan selepas mengambil wudhu adalah sangat sangat dituntut kerana mengambil wudhu' itu satu amalan untuk mendekatkan diri kepada Allah swt, dan tujuan mengambil wudhu itu adalah kerana hendak sembahyang.
Sunat Rawatib:
Sebelum dan sesudah solat solat fardhu yang lima itu, ada pula sembahyang yang disunatkan mengamalkannya. Sunat ini dinamakan sunat Rawatib. Sunat Rawatib ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu:
1) Sunat Muakkad yakni sunat yang dikuatkan untuk diamalkan.
a) 2 rakaat sebelum Subuh
b) 2 rakaat sebelum fardhu Dzohor dan dua rakaat sesudahnya
c) 2 rakaat sesudah Maghrib
d) 2 rakaat sesudah Isya
2) Sunat Ghair Muakkad, iaitu terdiri dari:
a) 2 rakaat (selain Muakkad) sebelum Dzohor dan dua rakaat sesudahnya
menjadikannya 4 rakaat sebelum dan empat rakaat sesudah dengan 2 salam yakni 2 y
yang Muakkad dan ditambah lagi dua, Ghair Muakkad)
b) 4 rakaat sebelum fardhu Asar dengan 2 salam dan tiada selepasnya
c) 2 rakaat sebelum Isya dan dua rakaat selepasnya selain Muakkad (seperti dzohor)
Selain dari yang tersebut diatas sunat lain yang amat dituntut adalah Sunat Tarawih dan sunat 'Idain (1 Syawal dan 10 Dzhulhijjah).
Sunat sunat yang lain termasuk:
Sunat Nisfu Sya'ban (malan ke 15 Sya'ban)
Sunat Musafir (sebelum bermusafir)
Sunat Nikah (selepas akad nikah)
Sunat Hari 'Asyura (10 Muharram. Disunatkan juga berpuasa sesuai dengan hadith Rasulullah saw, "Bahawa hari ini adalah hari 'Asyura, dan tidaklah sampai diwajibkan mempuasakannya dan aku sedang berpuasa. Maka siapa siapa yang ingin puasa, puasalah dan siapa siapa yang tidak sanggup, berbukalah)." Kemudian ditanyakan sahabat akan Rasulullah saw, bagaimana ganjaran berpuasa pada hari 'Asyura itu. Jawab Baginda saw, "Menghapuskan dosa dosa kamu yang lalu.
Sunat 'Asyura dilakukan sebanyak 4 rakaat dengan 2 salam. Selepas membaca Fatihah baca surah al-Ikhlas sebanyak 11 kali pada tiap tiap rakaat.
Selamat beramal...
Salam Ukhuwah..~
SOLAH DHUHA Murahkan rezeki, menolak kepapaan
Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sendiri ialah sembahyang sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, Antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:-
Maksudnya :"Kekasihku Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan"
( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )
Dalam riwayat yang lain Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda yang maksudnya : " Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah ( sebagai ganti ) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha ."
( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )
Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab "An-Nurain" sabda Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam yang maksudnya : "Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan."
Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya :
"Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya aku segala dosanya walaupun seperti buih dilautan."
(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)
Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu 'anhu berkata :
"Aku mendengar Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam berkata : "Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas"
(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)
Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai sepenggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita'khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.
Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh 'Aisyah bermaksud :"Adalah Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehendakinya."
(Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)
Dalam sebuah hadis yang lain Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda bermaksud :
" Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,"
( Riwayat At-Thabarani )
Manakala surah yang sunat dibaca selepas membaca Faatihah pada rakaat pertama ialah surah as-Syams dan rakaat kedua selepas membaca al-Faatihah disunatkan membaca surah adh-Dhuha.
Adapun niat sembahyang Dhuha ialah :
Ertinya : " Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Taala "
Doa’ sembahyang Dhuha ialah:
Maksudnya : " Ya Allah, bahawasanya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikan itu ialah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindungan Mu. Ya Allah jika rezekiku masih diatas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika ia (dari yang) haram maka sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah, berkat waktu Dhuha, Keagungan, Keindahan, Kekuatan dan Kekuasaan Mu, limpahkanlah kepada hamba-hamba Mu yang saleh ."
Salam Ukhuwah..~
Maksudnya :"Kekasihku Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan"
( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )
Dalam riwayat yang lain Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda yang maksudnya : " Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah ( sebagai ganti ) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha ."
( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )
Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab "An-Nurain" sabda Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam yang maksudnya : "Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan."
Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya :
"Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya aku segala dosanya walaupun seperti buih dilautan."
(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)
Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu 'anhu berkata :
"Aku mendengar Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam berkata : "Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas"
(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)
Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai sepenggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita'khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.
Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh 'Aisyah bermaksud :"Adalah Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehendakinya."
(Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)
Dalam sebuah hadis yang lain Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda bermaksud :
" Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,"
( Riwayat At-Thabarani )
Manakala surah yang sunat dibaca selepas membaca Faatihah pada rakaat pertama ialah surah as-Syams dan rakaat kedua selepas membaca al-Faatihah disunatkan membaca surah adh-Dhuha.
Adapun niat sembahyang Dhuha ialah :
Ertinya : " Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Taala "
Doa’ sembahyang Dhuha ialah:
Maksudnya : " Ya Allah, bahawasanya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikan itu ialah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindungan Mu. Ya Allah jika rezekiku masih diatas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika ia (dari yang) haram maka sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah, berkat waktu Dhuha, Keagungan, Keindahan, Kekuatan dan Kekuasaan Mu, limpahkanlah kepada hamba-hamba Mu yang saleh ."
Salam Ukhuwah..~
Kegelapan di Laut Dalam - Keajaiban Ilmiah Al Qur'an
Gambar dibawah Antara 3 hingga 30 persen cahaya matahari dipantulkan oleh permukaan laut. Selanjutnya, hampir semua warna dari spektrum cahaya akan diserap secara berturut-turut pada 200 meter pertama, kecuali warna biru. (Oceans, Elder dan Perneta, hal. 27)
Gambar diatas. Ombak dalam pada batas pertemuan dua lapisan air yang berbeda kepekatan. Satu lapisan pekat (di bawah) dan yang lainnya lebih encer (di atas). (Oceanography, Gross, hal. 204)
Allah berfirman di dalam Al Qur'an
أَوْ كَظُلُمَاتٍ فِي بَحْرٍ لُجِّيٍّ يَغْشَاهُ مَوْجٌ مِنْ فَوْقِهِ مَوْجٌ مِنْ فَوْقِهِ سَحَابٌ ۚ ظُلُمَاتٌ بَعْضُهَا فَوْقَ بَعْضٍ إِذَا أَخْرَجَ يَدَهُ لَمْ يَكَدْ يَرَاهَا ۗ وَمَنْ لَمْ يَجْعَلِ اللَّهُ لَهُ نُورًا فَمَا لَهُ مِنْ نُورٍ
Atau seperti gelap gulita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak, yang di atasnya ombak (pula), di atasnya (lagi) awan; gelap gulita yang tindih-bertindih, apabila dia mengeluarkan tangannya, tiadalah dia dapat melihatnya, (dan) barangsiapa yang tiada diberi cahaya (petunjuk) oleh Allah tiadalah dia mempunyai cahaya sedikitpun. (Al Qur'an, An-Nuur, 24:40)
Ayat ini menyebutkan kegelapan yang dapat ditemukan di laut dalam, di mana jika seseorang menjulurkan tangan ia tak akan bisa melihatnya. Kegelapan di dalam lautan dan samudera ditemukan sekitar kedalaman 200 meter ke bawah. Pada kedalaman ini, hampir-hampir tidak ada cahaya lagi (lihat gambar 15). Di bawah kedalaman 1000 meter, tidak ada cahaya sama sekali.
Manusia tidak berkemampuan menyelam lebih dari kedalaman 40 meter tanpa bantuan kapal selam atau peralatan khusus. Manusia tak akan bertahan tanpa perlengkapan di bagian gelap dari lautan, semisal pada kedalaman 200 meter.
Gelapnya kedalaman laut ini hanya diketahui oleh para ilmuwan di masa sekarang melalui berbagai peralatan khusus dan kapal atau peralatan selam yang memungkinkan mereka menyelam ke kedalaman lautan.
Tanpa peralatan khusus, tidak mungkin manusia di jaman Nabi Muhammad mengetahui bagaimana bentuk kegelapan di dalam lautan. Ini membuktikan bahwa Al Qur'an diturunkan oleh Allah Yang Maha Mengetahui.
Kita juga melihat dalam penggalan kalimat dari ayat di atas yang berbunyi: "...yang diliputi oleh ombak, yang di atasnya ombak (pula), di atasnya (lagi) awan;" bahwa air di laut yang dalam diliputi oleh ombak dan di atas ombak ini ada ombak lain. Sangat jelas bagi kita bahwa lapisan ombak yang ke dua ini adalah ombak di permukaan laut yang biasa kita lihat, karena ayat tersebut menyebutkan adanya awan di atasnya. Tetapi bagaimana dengan ombak yang disebutkan pertama? Adakah ombak lain di bawah permukaan laut?
Para ilmuwan telah menemukan pada masa sekarang adanya ombak dalam (internal waves) yang "terjadi pada batas pertemuan dua lapisan air yang memiliki perbedaan kepekatan." (lihat gambar 16).
Ombak dalam terjadi pada permukaan lapisan air di kedalaman lautan karena ia memiliki kepekatan yang lebih tinggi dibandingkan dengan air di atasnya. Ombak dalam berperilaku mirip ombak permukaan. Ia juga bisa pecah seperti ombak di permukaan laut. Namun ombak dalam tidak bisa terlihat oleh mata biasa. Ia hanya bisa dideteksi melalui peralatan canggih dengan mempelajari perubahan suhu dan kandungan garam pada suatu lokasi tertentu.
kredit: Asal
Salam Ukhuwah..~
Gambar diatas. Ombak dalam pada batas pertemuan dua lapisan air yang berbeda kepekatan. Satu lapisan pekat (di bawah) dan yang lainnya lebih encer (di atas). (Oceanography, Gross, hal. 204)
Allah berfirman di dalam Al Qur'an
أَوْ كَظُلُمَاتٍ فِي بَحْرٍ لُجِّيٍّ يَغْشَاهُ مَوْجٌ مِنْ فَوْقِهِ مَوْجٌ مِنْ فَوْقِهِ سَحَابٌ ۚ ظُلُمَاتٌ بَعْضُهَا فَوْقَ بَعْضٍ إِذَا أَخْرَجَ يَدَهُ لَمْ يَكَدْ يَرَاهَا ۗ وَمَنْ لَمْ يَجْعَلِ اللَّهُ لَهُ نُورًا فَمَا لَهُ مِنْ نُورٍ
Atau seperti gelap gulita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak, yang di atasnya ombak (pula), di atasnya (lagi) awan; gelap gulita yang tindih-bertindih, apabila dia mengeluarkan tangannya, tiadalah dia dapat melihatnya, (dan) barangsiapa yang tiada diberi cahaya (petunjuk) oleh Allah tiadalah dia mempunyai cahaya sedikitpun. (Al Qur'an, An-Nuur, 24:40)
Ayat ini menyebutkan kegelapan yang dapat ditemukan di laut dalam, di mana jika seseorang menjulurkan tangan ia tak akan bisa melihatnya. Kegelapan di dalam lautan dan samudera ditemukan sekitar kedalaman 200 meter ke bawah. Pada kedalaman ini, hampir-hampir tidak ada cahaya lagi (lihat gambar 15). Di bawah kedalaman 1000 meter, tidak ada cahaya sama sekali.
Manusia tidak berkemampuan menyelam lebih dari kedalaman 40 meter tanpa bantuan kapal selam atau peralatan khusus. Manusia tak akan bertahan tanpa perlengkapan di bagian gelap dari lautan, semisal pada kedalaman 200 meter.
Gelapnya kedalaman laut ini hanya diketahui oleh para ilmuwan di masa sekarang melalui berbagai peralatan khusus dan kapal atau peralatan selam yang memungkinkan mereka menyelam ke kedalaman lautan.
Tanpa peralatan khusus, tidak mungkin manusia di jaman Nabi Muhammad mengetahui bagaimana bentuk kegelapan di dalam lautan. Ini membuktikan bahwa Al Qur'an diturunkan oleh Allah Yang Maha Mengetahui.
Kita juga melihat dalam penggalan kalimat dari ayat di atas yang berbunyi: "...yang diliputi oleh ombak, yang di atasnya ombak (pula), di atasnya (lagi) awan;" bahwa air di laut yang dalam diliputi oleh ombak dan di atas ombak ini ada ombak lain. Sangat jelas bagi kita bahwa lapisan ombak yang ke dua ini adalah ombak di permukaan laut yang biasa kita lihat, karena ayat tersebut menyebutkan adanya awan di atasnya. Tetapi bagaimana dengan ombak yang disebutkan pertama? Adakah ombak lain di bawah permukaan laut?
Para ilmuwan telah menemukan pada masa sekarang adanya ombak dalam (internal waves) yang "terjadi pada batas pertemuan dua lapisan air yang memiliki perbedaan kepekatan." (lihat gambar 16).
Ombak dalam terjadi pada permukaan lapisan air di kedalaman lautan karena ia memiliki kepekatan yang lebih tinggi dibandingkan dengan air di atasnya. Ombak dalam berperilaku mirip ombak permukaan. Ia juga bisa pecah seperti ombak di permukaan laut. Namun ombak dalam tidak bisa terlihat oleh mata biasa. Ia hanya bisa dideteksi melalui peralatan canggih dengan mempelajari perubahan suhu dan kandungan garam pada suatu lokasi tertentu.
kredit: Asal
Salam Ukhuwah..~
Doa Agar Dapat Bermimpi Bertemu Rasulullah SAW
Untuk membesarkan gambar-foto diatas sila klik sekali sahaja pada foto berkenaan...
Hasrat kita untuk berjumpa Rasulullah SAW di dalam mimpi adalah sungguh murni. Tidak wajar sebagai pengikut Nabi Muhammad SAW yang tidak mempunyai angan-angan untuk berjumpa dengan nabi di dalam mimpinya ketika tidur.
Untuk mendengar kisah terbaru Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din bertemu dengan Nabi SAW di dalam mimpi juga amalan doa yang diamalkan oleh beliau sila copy address dibawah ini dan humban kedalam tab yang baru:
http://www.darussyifa.org/images/KisahUstazHaronDinBertemuNabiDalamMimpi_28Feb2011.MP3
Salam Ukhuwah..~
Tujuh Air Terjun Tercantek
Sambil-sambil berehat setelah penat membaca artikel dalam blog Tok Wan ni marilah kita sama-sama menikmati keindahan alam kurniaan Allah pula...gambar2 ni boleh anda besarkan dengan cara klik 1 kali diatas foto tersebut. he he...
1. Niagra falls
2. Victoria falls
3. Angel Falls
4. Iguazu Falls
5. Yosemite falls
6. Sharavathi Falls
7. Ouzod Falls
kalau nak info lanjut kena ler search sendiri..sorry..
Salam Ukhuwah..~
Al-Quran Yang Tersalah Cetak
Pernah saya terdengar manusia-manusia "hebat" mencaci ulama-ulama diatas fatwa salah yang dikeluarkan oleh ulama tersebut. Hebat sangat agaknya hingga bisa mencaci dan memaki manusia yang bergelar ulama'. Namanya ulama' kerana ilmu yang dipelajarinya, bukan kerana mulianya dirinya. Mencaci ulama' bermakna mencaci ilmunya yang juga milik Allah swt. Siapakah kita mahu mencacinya?
Pewaris Anbiya.
Adalah sangat masyhur hadis Nabi saw, tentang yang ingin saya kongsikan ini.
"Ulama' adalah pewaris para Nabi".
Ulama' adalah antara manusia utama yg perlu kita muliakan. Namun hari ini, penyanyi lebih dikenali dari pewaris para Nabi. Itulah hakikat akhir zaman kini. Pentas hiburan lebih meriah dari kuliah alQuran atau sajian pembina iman. Kebebasan artis hiburan dalam menyampaikan mesej lagu dan karya lebih luas berbanding kebebasan ulama' dalam menyampaikan mesej da'wah dan ilmu-ilmu agama. Itulah jadinya bila artis dipuja-pujakan. Ulama' dibenci dan diketepikan.
Ular Dalam Semak.
Ya. Saya tahu, ada juga manusia bergelar ulama', namun, fatwanya, sikapnya, persepsinya, cakapnya, tak kurang macam "Ular Dalam Semak". Tetapi, harus kita tahu, mereka ini telah korbankan masa hidup mereka mempelajari ilmu-ilmu agama melebihi masa kita mempelajari agama. Mereka telah berjumpa banyak guru agama untuk mendapatkan ilmu-ilmu agama. Mereka telah banyak mengkaji dan meneliti usul-usul ilmu-ilmu agama. Bicara mudahnya, mereka lebih banyak berkorban untuk mendapatkan ilmu agama berbanding mereka yg tidak bergelar ulama' ini.
Akan tetapi, masih wujud ulama' yang tak tumpah seperti "ular dalam semak". Maka, jalan terbaik yang perlu kita pilih adalah, anggaplah mereka-mereka ini seperti "AlQuran yang Tersalah Cetak".
Bila AlQuran tersalah cetak, adakah namanya akan bertukar menjadi Kamus bahasa Arab?
Bila AlQuran tersalah cetak, adakah isinya boleh ditolak secara total?
Bila AlQuran tersalah cetak, adakah boleh dipijak-pijak?
Bila AlQuran tersalah cetak, adakah boleh dimaki dan dicaci?
Bila AlQuran tersalah cetak, adakah boleh dipegang alQuran itu tanpa wudhu yang sah?
Jangan kita pijak mereka, jangan kita hina mereka, jangan kita hukum mereka sesat.
Tetapi...
Muliakan mereka sepertimana kita perlu mengambil wudhu saat memegang AlQuran tersalah cetak itu,
Jaga hati mereka sepertimana kita perlu menghormati isi-isi AlQuran yang tersalah cetak itu.
Terimalah apa jua nasihat mereka selagi ia tidak lari dari fatwa sebenar sepertimana kita menerima ayat-ayat yang dicetak secara betul didalam AlQuran yang tersalah cetak itu walaupun sedikit sahaja yang betul.
Kerana yang mereka permata dalam agama. Walaupun terjatuh ditempat kotor, nilainya tak pernah gugur. Hanya perlu cuci kotoran itu dengan air bersih dan kain lembut untuk mengembalikan sinarnya.
Moga Allah kurniakan hidayah kepada anda, saya, dan umat seluruhnya.amin ya Rab
Salam Ukhuwah..~
Pewaris Anbiya.
Adalah sangat masyhur hadis Nabi saw, tentang yang ingin saya kongsikan ini.
"Ulama' adalah pewaris para Nabi".
Ulama' adalah antara manusia utama yg perlu kita muliakan. Namun hari ini, penyanyi lebih dikenali dari pewaris para Nabi. Itulah hakikat akhir zaman kini. Pentas hiburan lebih meriah dari kuliah alQuran atau sajian pembina iman. Kebebasan artis hiburan dalam menyampaikan mesej lagu dan karya lebih luas berbanding kebebasan ulama' dalam menyampaikan mesej da'wah dan ilmu-ilmu agama. Itulah jadinya bila artis dipuja-pujakan. Ulama' dibenci dan diketepikan.
Ular Dalam Semak.
Ya. Saya tahu, ada juga manusia bergelar ulama', namun, fatwanya, sikapnya, persepsinya, cakapnya, tak kurang macam "Ular Dalam Semak". Tetapi, harus kita tahu, mereka ini telah korbankan masa hidup mereka mempelajari ilmu-ilmu agama melebihi masa kita mempelajari agama. Mereka telah berjumpa banyak guru agama untuk mendapatkan ilmu-ilmu agama. Mereka telah banyak mengkaji dan meneliti usul-usul ilmu-ilmu agama. Bicara mudahnya, mereka lebih banyak berkorban untuk mendapatkan ilmu agama berbanding mereka yg tidak bergelar ulama' ini.
Akan tetapi, masih wujud ulama' yang tak tumpah seperti "ular dalam semak". Maka, jalan terbaik yang perlu kita pilih adalah, anggaplah mereka-mereka ini seperti "AlQuran yang Tersalah Cetak".
Bila AlQuran tersalah cetak, adakah namanya akan bertukar menjadi Kamus bahasa Arab?
Bila AlQuran tersalah cetak, adakah isinya boleh ditolak secara total?
Bila AlQuran tersalah cetak, adakah boleh dipijak-pijak?
Bila AlQuran tersalah cetak, adakah boleh dimaki dan dicaci?
Bila AlQuran tersalah cetak, adakah boleh dipegang alQuran itu tanpa wudhu yang sah?
Jangan kita pijak mereka, jangan kita hina mereka, jangan kita hukum mereka sesat.
Tetapi...
Muliakan mereka sepertimana kita perlu mengambil wudhu saat memegang AlQuran tersalah cetak itu,
Jaga hati mereka sepertimana kita perlu menghormati isi-isi AlQuran yang tersalah cetak itu.
Terimalah apa jua nasihat mereka selagi ia tidak lari dari fatwa sebenar sepertimana kita menerima ayat-ayat yang dicetak secara betul didalam AlQuran yang tersalah cetak itu walaupun sedikit sahaja yang betul.
Kerana yang mereka permata dalam agama. Walaupun terjatuh ditempat kotor, nilainya tak pernah gugur. Hanya perlu cuci kotoran itu dengan air bersih dan kain lembut untuk mengembalikan sinarnya.
Moga Allah kurniakan hidayah kepada anda, saya, dan umat seluruhnya.amin ya Rab
Salam Ukhuwah..~
Rabu, 30 Mac 2011
MAMA.. AKU MULAI MELUPAI WAJAHMU
Empat tahun yang lalu, satu kemalangan memisahkan aku dengan isteri yang amat ku kasihi. Seringkali muncul dalam fikiranku; apa yang isteriku rasai sekarang? Dia pasti terlalu sedih kerana meninggalkan seorang suami yang sebenarnya tak mampu menjaga rumah dan memelihara seorang anak lelaki kerana itu jugalah perkara yang sedang membedal emosi ku masa kini. Aku rasa aku gagal memenuhi keperluan fizikal mahu pun keperluan emosi anak lelaki ku, dan yang ironiknya, aku gagal bertindak sebagai ayah dam mama kepada anak ku.
Suatu hari aku menerima panggilan kecemasan untuk datang ke tempat kerja. Ia masih terlalu awal. Lalu aku meninggalkan anak ku di rumah sementara dia masih tidur. Aku cuma sempat memasak telur buat anak ku. Berharap apabila dia bangun nanti dia boleh menanak nasi sebab fikir ku beras masih ada. Selepas memaklumkan anak, aku terus bergegas ke pejabat.
Sebagai seorang yang mempunyai dua kewajipan, aku sering merasa kepenatan di tempat kerja, demikian juga apabila aku berada di rumah. Selepas sehari suntuk, aku balik ke rumah, lemas dan kehilangan tenaga seluruhnya. Selepas memeluk dan mencium anak ku seadanya, aku terus ke kamar tidur tanpa mengambil apa-apa sebagai pengalas perut untuk makan malam.
Mengharapkan tidur nenyak yang diimpikan, aku terus melompat ke atas katil. Sejurus kemudian segala yang aku rasakan dan dengar ialah kemeruk mangkuk porselin yang pecah dan cecair yang masih hangat. Sepantas kilat aku membuka selimut dan di sanalah punca segala masalah tersebut … mangkuk yang sudah pecah dengan mee segera yang mengotorkan cadar dan selimut!
Adakah aku gila! Aku hilang sabar lalu mencapai penyangkut baju, dan tanpa berfikir panjang, aku terus menghukum anak lelaki ku yang masih bermain dengan patung-patung permainannya. Semestinya dia menangis tetapi dia tidak memohon balas kasihan, kecuali hanya kata-kata penjelasan yang cukup pendek, ringkas, dan sayu.
Masih dengan esekan tangis anak ku bersuara, "Ayah, saya lapar dan tidak ada lagi beras untuk dimasak. Ayah belum balik lagi, saya mahu masak mee segera. Tetapi saya masih ingat pesan ayah agar jangan menyentuh atau menghidupkan dapur gas jika tidak ada orang dewasa, lalu saya gunakan pemanas air mandian dari bilik mandi untuk memasak mee segera itu. Satu untuk ayah dan satu untuk saya. Saya takut mee itu menjadi sejuk lalu meletakkannya di bawah selimut supaya ia kekal hangat. Tapi saya terlupa untuk mengingatkan ayah sebab saya asyik bermain dengan alat permainan saya … maafkan saya ayah…"
Untuk seketika, air mata mula membasahi pipi ini tapi aku tidak mahu anak ku melihat ayahnya menangis lalu aku terus beredar ke kamar mandi dan menangis sepuasnya sementara curahan air paip meninggalamkan tangisan ku itu. Selepas itu aku mendapatkan anak ku, memeluknya seerat mungkin dan merawat luka kesan penyangkut baju.
Kekotoran yang ada di atas katil aku bersihkan. Menjelang tangah malam selepas semuanya beres, aku melewati kamar tidur anak ku. Dia masih belum tidur lagi. Aku melihat dia menangis. Menangis bukan kerana kesakitan kesan dari hukuman ku sebentar tadi tetapi aku melihat dia menatap foto mamanya yang dikasihi.
Setahun kemudian selepas kejadian tersebut, saya berusaha sedaya yang boleh untuk memberi kasih dan sayang dari ayah dan juga mama, dan memenuhi keperluan-keperluan anakku.
Dia kini sudah berumur tujuh tahun, dan tidak lama lagi dia akan tamat persekolahannya di peringkat tadika. Mujur dia dapat menyesuaikan diri tanpa mama dan dia bertumbuh lebih gembira berbanding hari-hari yang sudah.
Tidak berapa lama dahulu, sekali lagi aku mendenda anak lelaki ku, kali ini lebih teruk lagi. Guru tadikanya menghubungi aku mengenai ketidakhadirannya ke sekolah. Hari itu aku balik lebih awal dari kerja, mengharapkan penjelasan dari anak ku. Aku mencarinya di sekitar rumah tetapi tidak ku jumpai. Akhirnya aku menemuinya di belakang kedai alat tulis, gembira dan sedang bermain permainan komputer.
Dengan kemarahan yang membara, aku membawa anak ku pulang. Untuk tujuan mengajar, aku merotan anak ku. Dia tidak pun melawan kecuali dengan satu kalimat yang memilukan, "Maafkan saya ayah".
Selepas mendengar bukti-bukti, saya menyedari bahawa sekolahnya menganjurkan `Talent Show' dan semua ibu pelajar dijemput. Itulah sebabnya pada hari itu anak ku ponteng sekolah kerana dia tidak ada lagi mama untuk bersama-sama ke majlis tersebut.
Beberapa hari selepas aku merotan, anak ku balik dan memberitahu ku bahawa di sudah belajar menulis dan membaca. Sejak hari itu dia tidak lekang dari kamar tidurnya dengan alasan mahu belajar dan berlatih menulis. Kalaulah isteri ku masih ada ketika ini, saya pasti dia amat bangga dengan anak kami kerana dia membanggakan aku juga!
Masa berlalu begitu cepat sekali, tahun berganti tahun. Untuk kesekian kalinya anak ku buat hal lagi. Semantara aku berkemas-kemas untuk mengakhiri kerja-kerjaku di pejabat pada hari itu, panggilan dari pejabat pos mencela kesibukan ku. Pegawai pos agak kasar pada ketika itu, mungkin dia agak sibuk. Dia menyatakan anakku cuba mengirim beberapa pucuk surat tanpa alamat.
Aku sudah berjanji untuk tidak menghukum anakku lagi. Namun aku benar-benar hilang sabar. Ada saja masalah yang anakku timbulkan. Kalau bukan di rumah, di sekolah, atau di pejabat pos. Aku hilang sabar.
Dalam benak aku berfikir bahawa anak ini tidak boleh dikawal lagi. Dia perlukan pengajaran, dan itulah yang aku lakukan. Sekali lagi anakku berkata dengan sayu, "maafkan saya ayah" dan tidak ada alasan lain yang dia cuba jelaskan. Saya begitu marah dan mendorong dia ke tepi lalu aku terus ke pejabat pos mengambil surat-surat tanpa alamat tersebut dan kembali ke rumah dengan segera.
Dalam kemarahan, aku inginkan alasan dari mulut anakku sendiri. Sesuatu yang tidak pernah aku fikirkan, "surat-surat itu khas untuk mama", dia bersuara pilu masih dalam tangisan. Mendengar itu aku tak dapat menahan emosi. Di mata ini mula muncul kaca-kaca jernih. Aku cuba mengawal perasaan dan terus menyoalnya, "tapi kenapa kamu mengirim terlalu banyak surat dalam satu masa?"
Kemudia anakku menjawab, "Sebenarnya, saya sudah menulis surat-surat untuk mama ini sudah sekian lama, tetapi setiap kali saya tiba di peti pos, petinya sangat tinggi bagi saya, dan saya tak dapat memasukan surat-surat itu ke dalam peti surat, tetapi baru-baru ini saya sekali lagi ke peti pos, dan alangkah gembiranya saya kerana saya sudah boleh mencapai peti pos tersebut lalu saya masukkan semua surat-surat yang telah saya tulis itu sekali gus….."
Mendengar ini, saya hilang, lenyap, dan entah apa-apa lagi. Hilang akal dan tidak tahu apa perlu dilakukan, apa nak kata… Kemudian aku memberitahu anakku, "nak, mama sudah tidak ada lagi tetapi percayalah satu hari nanti dia akan kita temui lagi". Selepas mendengar penjelasan yang pendek itu, anakku tenang tetapi gembira, dan tidak lama kemudia ia tertidur.
Saya membawa surat-surat itu keluar dan mula membacanya satu per satu, dan salah satu surat itu benar-benar menyentuh kalbu ku…
"Mama yang amat dikasihi, Saya amat merindui mama! Hari ini sekolah saya menganjurkan `Talent Show', dan pihak sekolah menjemput semua ibu-ibu untuk menyaksikan pertunjukan itu tetapi malangnya mama tiada, sebab itu saya tidak menyertai sebarang acara. Saya tidak maklumkan semua ini kepada ayah kerana saya risau ayah akan merindui mu dan menangis sekali lagi. Untuk mehilangkan kesedihan, saya pergi bermain permainan komputer di salah sebuah kedai komputer. Hari itu ayah mencari saya di mana-mana. Ayah agak marah. Dia menengking dan memukul saya, tetapi saya tidak maklumkan kepadanya alasan sebenar. Mama, setiap hari saya melihat ayah merindui mu dan setiap kali ayah teringatkan mu , dia begitu sedih namun dia berselindung dan menangis di biliknya. Saya fikir kami berdua amat merindui mu. Tetapi mama, saya sudah mula melupai wajah mu. Mama, bolehkah mama muncul dalam mimpi saya agar saya dapat mengingati wajah mama? Saya pernah dengar apabila kita mendekap gambar seseorang yang dirindui, dia akan muncul dalam mimpi, tetapi kenapa tidak mama?"
Selepas membaca surat itu, aku tak dapat menahan tangis, sebab aku sedar aku tidak akan dan tidak pernah akan dapat memperbaiki jurang yang sepatutnya isteri aku dapat perbaiki…
Kepada para wanita yang ada anak:
Elakkan diri dari menggunakan terlalu banyak masa berhadapan dengan kerja. Andai kata kerja itu tidak dapat disiapkan, mungkin ada sesuatu masalah yang melanda syarikat tersebut dan itu sebenarnya bukan masalah anda sendiri. Hubungi majikan anda. Kerja lebih masa yang keterlaluan tidak selalunya munansabah sebagai jawaban kepada masalah tersebut. Jaga kesihatan anda. Kesihatan adalah harta karun yang terbaik yang dapat menganjak anda supaya boleh menatang `si kecil' yang lebih berharga.
Kepada lelaki berkhawin:
Kurangkan minum minuman keras, kalau boleh berhenti! Kurangkan merokok, kalau boleh berhenti! Tidak ada yang dapat menggantikan kesihatan anda. Bisnes tidak, pelanggan juga tidak.
Fikirkan sebegini, apakah anda akan terus bekerja keras sehingga pelanggan anda bergantung semata-mata hanya kepada anda? Atau majikan anda bergantung semata-mata hanya kepada anda? Di dalam masyarakat masa kini, tidak ada sesiapa yang terkecuali.
Jaga kesihatan anda agar anda dapat menjaga `si kecil' yang lebih berharga beserta dengan orang yang amat anda kasihi.
Kepada yang masih bujang:
Kejelitaan dan kecantikan sebenar terletak kepada mengasihi diri dahulu. Bunyi macam mementingkan diri tetapi ingat, dengan keyakinan dan mengasihi diri, anda berupaya melihat kecantikan orang lain di sekeliling anda. Anda boleh bekerja dengan lebih baik dan lebih gembira. Jangan biarkan kesihatan anda dipengaruhi oleh kerja-kerja anda, atau majikan anda. Tidak ada yang lebih penting daripada kewujudan anda sebagaimana anda ada.
Salam Ukhuwah..~
Mengikut Perintah Allah S.W.T
Marilah kita berfikir sejenak Wahai Orang-orang yang berpengetahuan tentang Islam. Adakah kita pernah membaca apa yang disebut dalam Al-Quran tentang apa yang telah diperintahkan olehnya untuk umat manusia sebagai khalifah dimuka bumi ini.
Janganlah kita mensyirik akan Allah dengan sesuatu jua apa pun. Adakah anda sudah mengenal akan sesuatu jua itu? Supaya jangan bagi bercerai dan bersekutu dengan Allah. Sudahkah anda benar2 mengenal Allah? MARABBUKA? Bolehkah kita memberi dalil dan bukti kepada Malaikat Mukar&Nakir tentang Allah? Carilah Ilmu supaya kita benar2 berada dalam landasan Islam.
Bacalah sedikit petikan tafsir yang diambil dari Surah An-Nur berfikirlah dan renunglah atas diri sendiri. Sedia kita maklum bukan setakat kata2 malah terlintas dihati kita melawan&membangkang Ibu kita, itu sudah dikira derhaka. Inikan pula mempertikai,melawan&membangkang apa yang disuruh oleh Allah.
Surah An Nur : Ayat 01
Ini ialah satu "surah" yang Kami turunkan dan Kami wajibkan hukum-hukumnya, serta Kami turunkan padanya ayat-ayat keterangan yang nyata supaya kamu beringat (mengamalkannya).
Surah An Nur : Ayat 02
Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.
Surah An Nur : Ayat 44
Allah menukarkan malam dan siang silih berganti; sesungguhnya yang demikian mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang celik mata hatinya berfikir.
Surah An Nur : Ayat 45
Dan Allah menciptakan tiap-tiap haiwan yang bergerak itu dari air; maka sebahagian di antara mereka menjalar atas perutnya dan sebahagian di antaranya berjalan dengan dua kaki dan sebahagian lagi berjalan dengan empat kaki. Allah menciptakan apa sahaja yang Dia kehendaki (selain dari yang tersebut), kerana sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Surah An Nur : Ayat 46
Demi sesungguhnya, Kami telah menurunkan ayat-ayat yang menerangkan (hakikat kebenaran dengan berbagai dalil dan bukti) dan Allah memberi hidayat petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus.
Surah An Nur : Ayat 47
Dan (di antara orang-orang yang tidak dikehendakiNya ke jalan yang lurus ialah) mereka yang berkata: Kami beriman kepada Allah dan kepada RasulNya serta kami taat; kemudian sepuak dari mereka berpaling (membelakangkan perintah Allah dan Rasul) sesudah pengakuan itu dan (kerana berpalingnya) tidaklah mereka itu menjadi orang-orang yang sebenarnya beriman.
Surah An Nur : Ayat 48
Dan (bukti berpalingnya mereka ialah) apabila mereka diajak kepada Kitab Allah dan Sunnah RasulNya supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, maka dengan serta-merta sepuak dari mereka berpaling ingkar (menolak ajakan itu jika keputusan tidak menguntungkan mereka).
Surah An Nur : Ayat 49
Dan (sebaliknya) jika keputusan itu memberi hak kepada mereka, mereka segera datang kepadanya dengan tunduk taat (menerima hukumnya).
Surah An Nur : Ayat 50
(Mengapa mereka bersikap demikian), adakah kerana hati mereka mengandungi penyakit (kufur) atau kerana mereka ragu-ragu (terhadap kebenaran hukuman) ataupun kerana mereka takut bahawa Allah dan RasulNya akan berlaku zalim kepada mereka? (Allah dan RasulNya tidak sekali-kali akan berlaku zalim) bahkan merekalah sendiri orang-orang yang zalim (disebabkan keraguan dan kekufuran mereka).
kredit: enmy
Salam Ukhuwah..~
Inilah 7 Keajaiban Dalam Islam
Menara Pisa, Tembok Cina, Candi Borobudur, Taaj Mahal, Ka’bah, Menara Eiffel, dan Piramida di mesir, inilah semua keajaiban dunia yang kita kenal. Namun sebenarnya semua itu belum terlalu ajaib, karena di sana masih ada tujuh keajaiban dunia yang lebih ajaib lagi. Mungkin para pembaca bertanya-tanya, keajaiban apakah itu?
Memang tujuh keajaiban lain yang kami akan sajikan di hadapan pembaca sekalian belum pernah ditayangkan di TV, tidak pernah disiarkan di radio-radio dan belum pernah dimuat di media cetak. Tujuh keajaiban dunia itu adalah:
1 Haiwan Berbicara di Akhir Zaman
Maha suci Allah yang telah membuat segala sesuatunya berbicara sesuai dengan yang Ia kehendaki. Termasuk dari tanda-tanda kekuasaanya adalah ketika terjadi hari kiamat akan muncul hewan melata yang akan berbicara kepada manusia sebagaimana yang tercantum dalam Al-Qur’an, surah An-Naml ayat 82,
“Dan apabila perkataan Telah jatuh atas mereka, kami keluarkan sejenis binatang melata dari bumi yang akan mengatakan kepada mereka, bahwa Sesungguhnya manusia dahulu tidak yakin kepada ayat-ayat Kami”.
Mufassir Negeri Syam, Abul Fida’ Ibnu Katsir Ad-Dimasyqiy berkomentar tentang ayat di atas, “Haiwan ini akan keluar diakhir zaman ketika rusaknya manusia, dan mulai meninggalkan perintah-perintah Allah, dan ketika mereka telah mengganti agama Allah. Maka Allah mengeluarkan ke hadapan mereka haiwan bumi. Khabarnya, dari Makkah, atau yang lainnya sebagaimana akan datang perinciannya. Haiwan ini akan berbicara dengan manusia tentang hal itu”.[Lihat Tafsir Ibnu Katsir (3/498)]
Haiwan aneh yang berbicara ini akan keluar di akhir zaman sebagai tanda akan datangnya kiamat dalam waktu yang dekat. Nabi -Sollallahu ‘alaihi wa sallam- bersabda,
“Sesungguhnya tak akan tegak hari kiamat, sehingga kalian akan melihat sebelumnya 10 tanda-tanda kiamat: Gempa di Timur, gempa di barat, gempa di Jazirah Arab, Asap, Dajjal, hewan bumi, Ya’juj & Ma’juj, terbitnya matahari dari arah barat, dan api yang keluar dari jurang Aden, akan menggiring manusia”. [HR. Muslim dalam Sohih-nya (2901), Abu Dawud dalam Sunan-nya (4311), At-Tirmidziy dalam Sunan-nya (2183), dan Ibnu Majah dalam Sunan-nya (4041)]
2 Pohon Kurma yang Menangis
Adanya pohon kurma yang menangis ini terjadi di zaman Rasulullah -Sollallahu ‘alaihi wasallam- , mengapa sampai pohon ini menangis? Kisahnya, Jabir bin Abdillah-radhiyallahu ‘anhu- bertutur,
“Jabir bin Abdillah -radhiyallahu ‘anhu- berkata: “Adalah dahulu Rasulullah -Shollallahu ‘alaihi wasallam- berdiri (berkhutbah) di atas sebatang kurma, maka tatkala diletakkan mimbar baginya, kami mendengar sebuah suara seperti suara unta dari pohon kurma tersebut hingga Rasulullah -Shollallahu ‘alaihi wasallam- turun kemudian beliau meletakkan tangannya di atas batang pohon kurma tersebut” .[HR.Al-Bukhariy dalam Shohih-nya (876)]
Ibnu Umar-radhiyallahu ‘anhu- berkata, “Dulu Nabi -Solallahu ‘alaihi wa sallam- berkhuthbah pada batang kurma. Tatkala beliau telah membuat mimbar, maka beliau berpindah ke mimbar itu. Batang korma itu pun merintih. Maka Nabi -Shollallahu ‘alaihi wasallam- mendatanginya sambil mengeluskan tangannya pada batang korma itu (untuk menenangkannya)”. [HR. Al-Bukhoriy dalam Sohih-nya (3390), dan At-Tirmidziy dalam Sunan-nya (505)]
3 Untaian Salam Batu Aneh
Mungkin kalau seekor burung yang pandai mengucapkan salam adalah perkara yang sering kita jumpai. Tapi bagaimana jika sebuah batu yang mengucapkan salam? Sebagai seorang hamba Allah yang mengimani Rasul-Nya, tentunya dia akan membenarkan seluruh apa yang disampaikan oleh Rasul-Nya, seperti pemberitahuan beliau kepada para sahabatnya bahwa ada sebuah batu di Mekah yang pernah mengucapkan salam kepada beliau sebagaimana dalam sabdanya, Dari Jabir bin Samurah dia berkata, Rasulullah -Sollallahu ‘alaihi wasallam- bersabda, “Sesungguhnya aku mengetahui sebuah batu di Mekah yang mengucapkan salam kepadaku sebelum aku diutus, sesungguhnya aku mengetahuinya sekarang”.[HR.Muslim dalam Sohih-nya (1782)].
4 Pengaduan Seekor Unta
Manusia adalah makhluk yang memiliki perasaan. Dari perasaan itu timbullah rasa cinta dan kasih sayang di antara mereka. Akan tetapi ketahuilah, bukan hanya manusia saja yang memiliki perasaan, bahkan haiwan pun memilikinya. Oleh karena itu sangat disesalkan jika ada manusia yang tidak memiliki perasaan yang membuat dirinya lebih rendah daripada haiwan. Pernah ada seekor unta yang mengadu kepada Rasulullah -Sollallahu ‘alaihi wasallam- mengungkapkan perasaannya.
Abdullah bin Ja’far-radhiyallahu ‘anhu- berkata, “Pada suatu hari Rasulullah -Shallallahu ‘alaihi wasallam- pernah memboncengku dibelakangnya, kemudian beliau membisikkan tentang sesuatu yang tidak akan kuceritakan kepada seseorang di antara manusia. Sesuatu yang paling beliau senangi untuk dijadikan pelindung untuk buang hajatnya adalah gundukan tanah atau kumpulan batang kurma. lalu beliau masuk kedalam kebun laki-laki Ansar. Tiba tiba ada seekor unta. Tatkala Nabi -Sollallahu ‘alaihi wasallam- melihatnya, maka unta itu merintih dan bercucuran air matanya. Lalu Nabi -Sollallahu ‘alaihi wasallam- mendatanginya seraya mengusap dari perutnya sampai ke belakangnya dan tulang telinganya, maka tenanglah unta itu. Kemudian beliau bersabda, “Siapakah pemilik unta ini, unta ini milik siapa?” Lalu datanglah seorang pemuda Ansar seraya berkata, “Unta itu milikku, wahai Rasulullah”.
Maka Nabi -Shallallahu ‘alaihi wasallam- bersabda, “Tidakkah engkau bertakwa kepada Allah dalam binatang ini, yang telah dijadikan sebagai milikmu oleh Allah, karena ia (binatang ini) telah mengadu kepadaku bahawa engkau telah membuatnya letih dan lapar”. [HR. Abu Dawud dalam As-Sunan (1/400), Al-Hakim dalam Al-Mustadrak (2/99-100), Ahmad dalam Al-Musnad (1/204-205), Abu Ya’la dalam Al-Musnad (3/8/1), Al-Baihaqiy dalam Ad-Dala’il (6/26), dan Ibnu Asakir dalam Tarikh Dimasyqa (9/28/1). Lihat Ash-Shahihah (20)]
5 Kesaksian Kambing Panggang
Kalau binatang yang masih hidup boleg berbicara adalah perkara yang ajaib, maka tentunya lebih ajaib lagi kalau ada seekor kambing panggang yang berbicara. Ini memang aneh, akan tetapi nyata. Kisah kambing panggang yang berbicara ini terdapat dalam hadits berikut:
Abu Hurairah-radhiyallahu ‘anhu- berkata, “Rasulullah -Sollallahu ‘alaihi wasallam- menerima hadiah, dan tak mau makan sodaqoh. Maka ada seorang wanita Yahudi di Khoibar yang menghadiahkan kepada beliau kambing panggang yang telah dicampur racun. Lalu Rasulullah -Sollallahu ‘alaihi wa sallam- pun memakan sebahagian kambing itu, dan kaum (sahabat) juga makan. Maka Nabi -Sollallahu ‘alaihi wa sallam- bersabda, “Angkatlah tangan kalian, kerana kambing panggang ini mengkhabarkan kepadaku bahawa ia beracun”. Lalu meninggallah Bisyr bin Al-Baro’ bin MA’rur Al-Ansoriy. Maka Nabi -Sollallahu ‘alaihi wa sallam- mengirim (utusan membawa surat), “Apa yang mendorongmu untuk melakukan hal itu?” Wanita itu menjawab, “Jika engkau adalah seorang nabi, maka apa yang aku telah lakukan tak akan membahayakan dirimu. Jika engkau adalah seorang raja, maka aku telah melepaskan manusia darimu”. Kemudian Rasulullah -Sollallahu ‘alaihi wa sallam- memerintahkan untuk membunuh wanita itu, maka ia pun dibunuh. Nabi -Sollallahu ‘alaihi wa sallam- bersabda ketika beliau sakit yang menyebabkan kematian beliau,”Senantiasa aku merasakan sakit akibat makanan yang telah aku makan ketika di Khaibar. Inilah saatnya urat nadi leherku terputus”. [HR. Abu Dawud dalam Sunan-nya (4512). Di-shohih-kan Al-Albaniy dalam Shohih Sunan Abi Dawud (hal.813), dengan tahqiq Masyhur Hasan Salman]
6 Batu yang Berbicara
Setelah kita mengetahu adanya batu yang mengucapkan salam, maka keajaiban selanjutnya adalah adanya batu yang berbicara di akhir zaman. Jika kita fikirkan, maka terasa aneh, tapi demikianlah seorang muslim harus mengimani seluruh berita yang disampaikan oleh Rasulullah -Sollallahu ‘alaihi wasallam-, baik yang masuk akal, atau tidak. Kerana Nabi -Soallallahu ‘alaihi wa sallam- tidaklah pernah berbicara mengikut hawa nafsunya, bahkan beliau berbicara sesuai tuntunan wahyu dari Allah Yang Mengetahui segala perkara ghaib.
Rasulullah -Shallallahu ‘alaihi wa sallam- bersabda, “Kalian akan memerangi orang-orang Yahudi sehingga seorang diantara mereka bersembunyi di balik batu. Maka batu itu berkata, “Wahai hamba Allah, Inilah si Yahudi di belakangku, maka bunuhlah ia”. [HR. Al-Bukhoriy dalam Shohih-nya (2767), dan Muslim dalam Shohih-nya (2922)]
Al-Hafizh Ibnu Hajar-rahimahullah- berkata, “Dalam hadits ini terdapat tanda-tanda dekatnya hari kiamat, berupa berbicaranya benda-benda mati, pohon, dan batu. Lahiriahnya hadits ini (menunjukkan) bahwa benda-benda itu berbicara secara hakikat”.[Lihat Fathul Bari (6/610)]
7 Semut Memberi Arahan
Mungkin kita pernah mendengar cerita rekaan tentang haiwan-haiwan yang berbicara dengan haiwan yang lain. Semua itu hanyalah cerita fiktion belaka alias omong kosong. Tapi ketahuilah wahai para pembaca, sesungguhnya adanya haiwan yang berbicara kepada haiwan yang lain, bahkan memberi arahan, layaknya seorang komandan pasukan yang memberikan perintah. Haiwan yang memberi arahan tersebut adalah semut. Kisah ini sebagaimana yang dijelaskan oleh Al-Qur’an,
“Dan Sulaiman Telah mewarisi Daud, dan dia berkata: “Hai manusia, kami Telah diberi pengertian tentang suara burung dan kami diberi segala sesuatu. Sesungguhnya (semua) Ini benar-benar suatu kurnia yang nyata”.Dan dihimpunkan untuk Sulaiman tentaranya dari jin, manusia dan burung lalu mereka itu diatur dengan tertib (dalam barisan). Hingga apabila mereka sampai di lembah semut, berkatalah seekor semut: Hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tentaranya, sedangkan mereka tidak menyadari. Maka dia (Sulaiman) tersenyum dengan tertawa kerana (mendengar) perkataan semut itu. dan dia berdoa: “Ya Tuhanku berilah Aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat mu yang Telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapakku dan untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau ridhai; dan masukkanlah Aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang saleh”. (QS.An-Naml: 16-19).
Inilah beberapa perkara yang lebih layak dijadikan “Tujuh Keajaiban Dunia” yang menghebohkan, dan mencengangkan seluruh manusia. Orang-orang beriman telah lama meyakini dan mengimani perkara-perkara ini sejak zaman Nabi -Shallallahu ‘alaihi wa sallam- sampai sekarang. Namun memang kebanyakan manusia tidak mengetahui perkara-perkara itu. Oleh kerana itu, kami mengangkat hal itu untuk mengingatkan kembali, dan menanamkan aqidah yang kokoh di hati kaum para muslimin
kredit: GB
Salam Ukhuwah..~
Pintu Taubat Belum Ditutup
Allah berfirman dalam Hadits Qudsi : “Wahai anak Adam selama engkau masih berdoa kepada-Ku dan berharap kepada-Ku, Aku ampuni engkau apa pun yang datang darimu dan aku tidak peduli. Wahai anak Adam walaupun dosa-dosamu mencapai batas langit kemudian engkau meminta ampun kepada-Ku, Aku akan ampuni engkau dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, jika engkau mendatangi-Ku dengan sepenuh bumi dosa dan engkau tidak menyekutukan-Ku, maka Aku akan menemuimu dengan sepenuh itu pula ampunan.” (HR. Tirmidzi dan di Hasankan oleh beliau).
Pintu Taubat Belum Ditutup
Kematian adalah suatu kepastian, tidak bisa dimajukan dan tidak bisa dimundurkan dan semua telah tertulis dalam catatan takdir, maka seseorang yang beriman tentu akan mempersiapkan diri untuk menyambut datangnya kematian itu.
Untuk itu perbanyaklah bertaubat kepada Allah Subhanahu wata’ala, wahai saudaraku kaum muslimin dan beramallah! Minta ampunlah kepada Allah dari dosa- dosa yang telah lalu dengan bertekad untuk menempuh hidup baru di jalan Allah Ta’ala. Allah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang akan menerima taubat hamba-Nya sebesar apa pun dosanya. Dalam sebuah hadits Qudsi yang diriwayatkan dari Anas bin malik dikatakan:
قَالَ الله تَبَارَكَ وَتَعَالَى: يَا بْنَ آدَمَ إِنَّكَ مَا دَعَوْتَنِيْ وَرَجَوْتَنِيْ غَفَرْتُ لَكَ عَلَى مَا كَانَ مِنْكَ وَلاَ أُبَالِيْ. يَا بْنَ آدَمَ لَوْ بَلَغْتَ ذُنُوْبَكَ عَنَانَ السَّمَاءِ ثُمَّ اسْتَغْفَرْتَنِيْ غَفَرْتُ لَكَ وَلاَ أُبَالِيْ. يَا بْنَ آدَمَ لَوْ أَتَيْتَنِيْ بِقُرَابِ اْلأَرْضِ خَطَايَا ثُمَّ لَقِيْتَنِيْ لاَ تُشْرِكُ بِيْ شَيْئًا َلأَتَيْتُكَ بِقُرَابِهَا مَغْفِرَةً. (رواه الترمذي وحسنه)
Allah berfirman: Wahai anak Adam selama engkau masih berdoa kepada-Ku dan berharap kepada-Ku, Aku ampuni engkau apa pun yang datang darimu dan aku tidak peduli. Wahai anak Adam walaupun dosa-dosamu mencapai batas langit kemudian engkau meminta ampun kepada-Ku, Aku akan ampuni engkau dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, jika engkau mendatangi-Ku dengan sepenuh bumi dosa dan engkau tidak menyekutukan-Ku, maka Aku akan menemuimu dengan sepenuh itu pula ampunan. (HR. Tirmidzi –dan beliau menghasankannya).
Bertaubatlah! Dan janganlah putus asa dari rahmat Allah. Rahmat dan ampunan Allah lebih luas dari dosa-dosamu, Allah senang dengan taubat hamba-Nya dan mengatakan dengan kasih sayang-Nya:
قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِيْنَ أَسْرَفُوْا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لاَ تَقْنَطُوْا مِنْ رَحْمَةِ اللهِ إِنَّ اللهَ يَغْفِرُ الذُنُوْبَ جَمِيْعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ. ]الزمر: 53[
Katakanlah: “Wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kalian putus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (az-Zumar: 53)
Jika telah datang kematian dan kita belum sempat bertaubat, maka jangan kita salahkan kecuali diri kita sendiri. Jika Allah mengadzabnya di alam kubur, maka Allah mengadzabnya dengan keadilan. Jika Allah menghimpitkan bumi ke tubuhnya, sehingga tulang-tulang rusuknya saling bersilangan, maka Allah menyiksanya dengan keadilan-Nya. Dan jika mereka merasakan kesengsaraan di padang Mahsyar dan tidak mendapatkan naungan Allah -pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya- maka itu adalah akibat perbuatan mereka sendiri. Dan ketika mereka diadzab di neraka, itu adalah karena kesalahan mereka sendiri. Allah tetap Maha Adil dan tidak berbuat dhalim kepada makhluk-Nya. Allah Subhanahu wata'ala berfirman:
قَالَ لاَ تَخْتَصِمُوْا لَدَيَّ وَقَدْ قَدَّمْتُ إِلَيْكُمْ بِالْوَعِيْدِ. مَا يُبَدَّلُ الْقَوْلُ لَدَيَّ وَمَآ أَنَا بِظَلاَّمٍ لِلْعَبِيْدِ. ]ق: 28-29[
“Janganlah kalian bertengkar di hadapan-Ku, padahal sesungguhnya Aku dulu telah memberikan ancaman kepada kalian. Keputusan di sisi-Ku tidak dapat diubah, dan Aku sama sekali tidak berbuat dhalim (menganiaya) terhadap hamba-hamba-Ku.” (Qaf: 28-29)
Allah Subhanahu wata'ala telah menurunkan kitab-kitab-Nya dan mengutus para Rasul-Nya. Allah telah memperingatkan manusia dengan kematian, Allah telah memperingatkan untuk bertaubat sebelum ajalnya tiba. Dan Allah telah mewasiatkan kepada kita untuk bertaqwa kepada-Nya dan jangan sampai kita mati kecuali dalam keadaan bertaqwa.
Kebaikan dan rahmat Allah telah dicurahkan, jalan dan rambu-rambu telah digariskan. Apa yang bermanfaat bagi mereka dan yang bermudharat bagi mereka telah Allah jelaskan. Maka barangsiapa yang menghendaki kebaikan ikutilah jalan dan rambu-rambu itu. Sedangkan barangsiapa yang menolaknya, berarti enggan untuk mendapatkan kebaikan yang kekal dan memilih kebinasaan.
عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَة أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ قَالَ: كُلُّ أُمَتِيْ يَدْخُلُوْنَ الْجَنَّةَ إِلاَّ مَنْ أَبَى. فَقَالُوْا: وَمَنْ يَأْبَى يَا رَسُوْلَ اللهِ؟ قَالَ: مَنْ أَطَاعَنِيْ دَخَلَ الْجَنَّةَ وَمَنْ عَصَانِي فَقَدْ أَبَى. (أخرجه البخاري)
Dari Abu Hurairah Radiyallahu ‘anhu bahwasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda: “Seluruh umatku akan masuk ke dalam surga, kecuali yang enggan. Para shahabat bertanya: “Siapakah yang enggan wahai Rasulullah”. Beliau menjawab: “Barangsiapa yang mentaatiku, maka ia akan masuk surga. Dan barangsiapa yang bermaksiat kepadaku, maka dialah yang enggan. (HR. Bukhari)
Dengan demikian orang-orang yang enggan untuk masuk surga adalah mereka yang memilih kebinasaan. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda:
لَقَدْ تَرَكْتُكُمْ عَلَى مِثْلِ الْبَيْضَاءِ لَيْلُهَا كَنَهَارِهَا لاَ يَزِيْغَ عَنْهَا إِلاَّ هَالِكٌ. (أخرجه ابن أبي عاصم في السنة)
“Telah kutinggalkan bagi kalian petunjuk yang nyata. Malamnya seperti siangnya sama (terangnya), tidaklah menyimpang setelahku kecuali dia akan binasa.” (HR. Ibnu ‘Ashim dalam kitab “As-Sunnah”-nya)
Hanya orang yang sombonglah yang engan untuk masuk surga. Hanya manusia yang kejilah yang mengingkari kenikmatan Allah dan tidak mensyukurinya.
Saat Pintu Taubat Akan Ditutup
Ingatlah wahai saudaraku, kematian terus mendekat hari demi hari, bulan demi bulan, tahun demi tahun; hal itu berarti pintu taubat semakin dekat untuk ditutup.
عَنْ أَبِي عَبْدِ الرَّحْمَنِ عَبْدِ اللهِ بْنِ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رضي الله عنهما عَنِ النَّبِيِّ إِنَّ اللهَ يَقْبَلُ تَوْبَةَ الْعَبْدِ مَا لَمْ يُغَرْغِرْ. (رواه الترمذي وقال حديث حسن)
Dari Abi Abdurrahman bin Abdillah bin Umar bin Khathab (semoga Allah meridhai keduanya) dari Nabi beliau bersabda: “Sesunguhnya Allah menerima taubat seorang hamba selama nyawa belum berada di kerongkongannya. (HR. Tirmidzi dan beliau katakan haditsnya hasan).
Dan beliau Shallallahu ‘alaihi wassalam juga bersabda:
مَنْ تَابَ قَبْلَ أَنْ يَطْلُعَ الشَّمْسُ مِنْ مَغْرِبِهَا تَابَ اللهُ عَلَيْهِ. (رواه مسلم)
“Barangsiapa yang bertaubat sebelum matahari terbit dari arah barat, niscaya Allah akan menerima taubatnya.” (HR. Muslim)
Barangsiapa yang terlalu yakin umurnya akan panjang, maka dia akan kecewa. Barangsiapa yang merasa akan terus hidup dan tidak akan mati pasti dia akan merugi. Dan barangsiapa yang ingin hidup seribu tahun lagi, maka dialah Yahudi yang cinta dunia dan takut mati.
Allah Subhanahu wata'ala berfirman:
...يَوَدُّ أَحَدُهُمْ لَوْ يُعَمَّرُ أَلْفَ سَنَةٍ وَمَا هُوَ بِمُزَحْزِحِهِ مِنَ الْعَذَابِ أَنْ يُعَمَّرَ وَاللهُ بَصِيْرٌ بِمَا يَعْمَلُوْنَ. ]البقرة: 96[
Masing-masing mereka ingin agar diberi umur seribu tahun padahal umur panjang itu sekali-kali tidak akan menjauhkannya dari siksa. Allah maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan. (alBaqarah: 96).
Dengan iman dan amal shalih-lah seharusnya kita menyongsong kematian ini dengan tenang, hingga kita akan dipanggil oleh Allah dengan ucapan:
يَآ أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ ]27[ ارْجِعِيْ إِلَى رَبِّكِ رَاضِيَّةً مَرْضِيَّةً. ]الفجر: 27-28[
Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Rabb-mu dengan hati yang puas lagi diridhai-Nya. (al-Fajr: 27-28).
Lebih rinci Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda dalam riwayat dari al- Bara’ bin ‘Azib: “Sesungguhnya seorang hamba yang mukmin apabila dia menghadap kematian dan meninggalkan dunia, turunlah para malaikat kepadanya, seakan-akan wajah-wajah mereka bagaikan matahari. Mereka membawa kain kafan dan kapur barus dari surga, dan duduk di hadapannya sepanjang mata memandang. Kemudian datanglah malaikat maut hingga dia duduk di sisi kepalanya seraya berkata: “Wahai ruh yang baik, keluarlah engkau kepada ampunan Allah dan keridhaan-Nya”.
Beliau Shallallahu'alaihi wasallam melanjutkan kisahnya: “Maka keluarlah ruh tersebut, mengalir bagaikan aliran air dari bibir ceret (tempat air minum). Kemudian malaikat maut pun mengambil ruh tersebut. Dan ketika mengambilnya dia tidak membiarkannya di tangannya, bahkan mereka langsung mengambil dan memasukannya ke dalam kafan dan kapur barus yang mereka bawa. Keluarlah dari jiwa tersebut wewangian yang lebih harum dari misik yang terbaik di muka bumi ini”.
Beliau Shallallahu'alaihi wasallam melanjutkan: “Kemudian mereka membawa naik ruh tersebut ke atas. Tidaklah melewati sekelompok malaikat, kecuali mereka berkata: “Ruh siapakah yang harum ini?” Mereka menjawab: “Fulan bin Fulan”. Mereka menyebutkan dengan sebaik-baik nama yang dia dipanggil dengan nama tersebut di dunia sampai berakhir di pintu langit. Dan mereka minta untuk dibukakan untuknya, maka dibuka-kanlah pintu langit untuknya. Seluruh penduduk langit dari kalangan malaikat yang didekatkan mengantarkan ruh tersebut ke langit yang berikutnya. Demikianlah seterusnya sampai berakhir pada langit yang di atasnya Allah beristiwa’. Allah pun berfirman: “Tulislah catatan hamba-Ku di ‘Illiyin….”
Adapun tentang orang kafir Rasulullah Shallallahu'alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya ketika orang kafir akan mati, turun kepadanya malaikat-malaikat dari langit dengan wajah-wajah yang hitam. Mereka membawa kain kafan, dan duduk sejauh mata memandang. Kemudian datanglah malakul maut dari sisi kepalanya seraya berkata: “Wahai jiwa yang jelek keluarlah menuju kemurkaan Allah dan kemarahan-Nya. Maka berpencarlah ruh itu di seluruh jasadnya (menolak untuk keluar –pent.) Kemudian dicabutlah ruhnya seperti dicabutnya duri dari bulu- bulu wol yang basah. Setelah (ruh itu) diambil, tidak dibiarkan di tangannya sekejap mata pun, hingga diletakkannya di kafan tadi yang mengeluarkan bau yang paling busuk di muka bumi. Kemudian mereka naik membawa ruh tersebut. Tidaklah mereka melewati sekelompok malaikat kecuali mereka berkata: “Siapakah ruh yang jelek ini?” Mereka menjawab: “Fulan bin Fulan” dengan disebutkan sejelek-jelek nama yang dia dipanggil di dunia sampai berakhir ke akhir langit dunia dan meminta untuk dibukakan langit, tetapi tidak dibukakan untuknya. Lalu Rasulullah Shallallahu'alaihi wasallam membacakan ayat Alllah Subhanahu wata'ala:
...لاَ تُفَتَّحُ لَهُمْ أَبْوَابُ السَّمَاءِ وَلاَ يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ حَتَّى يَلِجَ الْجَمَلُ فِي سَمِّ الْخِيَاطِ... ]الأعراف: 40[
…sekali-kali tidak akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan tidak (pula) mereka masuk surga, hingga unta masuk ke lubang jarum… (al-A’raaf: 40)
Kemudian Allah berfirman: “Tulislah catatannya di Sijjin di bumi yang paling rendah”. Kemudian dilemparkan ruhnya dengan satu lemparan, kemudian Rasulullah Shallallahu'alaihi wasallam membacakan ayat Allah Subhanahu wata'ala:
وَمَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَكَأَنَّمَا خَرَّ مِنَ السَّمَاءِ فَتَخْطَفُهُ الطَّيْرُ أَوْ تَهْوِي بِهِ الرِّيحُ فِي مَكَانٍ سَحِيقٍ... ]الحج: 31[
…Barangsiapa mempersekutukan Allah dengan sesuatu, maka ia seolah-olah jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau diterbangkan angin ke tempat yang jauh… (al-Hajj: 31)
Maka kembalilah ruhnya ke jasadnya. Kemudian datanglah dua malaikat mendudukannya seraya bertanya: “Siapakah Rabb-mu?”. Ia menjawab: “Haah… haah… aku tidak tahu”. Keduanya bertanya lagi: “Siapakah orang yang diutus kepadamu?” Ia menjawab: “Haah… haah… aku tidak tahu”. Maka dikatakan oleh penyeru dari langit: “Dia berdusta. Hamparkanlah hamparan dari neraka, dan bukakanlah pintu ke neraka”. Maka sampailah kepadanya hawa panas api neraka…. (HSR. Imam Ahmad , Abu Dawud, Hakim, Nasa’i, Ibnu Hibban, dan Ibnu Majah)
Salam Ukhuwah..~
Melawan Sihir Cinta
Di Subuh yang hening ini, saya teringin untuk berkongsi sebuah artikel yang saya baca melalui sebuah majalah tempatan. Artikel bermanfaat ini berkaitan dengan cinta. Namun cinta ini berbeza dengan jenis cinta yang lainnya di dunia ini kerana cinta ini menggunakan pengaruh sihir dalam prosesnya. Keji bukan? Anda pernah mendengar tentangnya? Jika belum pernah, mari sama-sama kita fahami isi artikel ini.
SIHIR itu ada, sebab ia tertulis di dalam al-Quran. Oleh itu, kita semua perlu bersedia supaya tidak terkena sihir. Seseorang yang terkena sihir tidak lagi berdiri sebagai insan normal. Tindakan keterlaluan ataupun terlalu kurang daripada tahap manusia yang biasa.
SIHIR adalah perbuatan yang berkaitan dengan jin yang menyebabkan perubahan secara mendadak tanpa diketahui sebabnya. Sihir juga merupakan perantaraan di antara tukang sihir dan syaitan yang mensyaratkan si tukang sihir tersebut agar melakukan perbuatan haram dan syirik di samping menyerahkan segala keta'atan kepadanya demi memperoleh bantuan dan pertolongan yang dihajatkan.
CINTA termasuk dalam sihir yang boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Sihir cinta kadang-kadang lebih menyayat hati 'dia cantik tetapi tiada siapa yang ingin berkahwin dengannya'. Kalau berkahwin pun tidak lama sudah bercerai. Apa yang tidak kena?
Apabila seseorang itu suka bersendirian, pendiam, tidak suka berjumpa dengan orang, fikirannya meracau, selalu juga pening, lesu dan tidak bermaya serta hilang semangat tanpa ketahui punca sebenarnya, ini dinamakan sihir membuat orang tidak suka.
Sihir menahan pernikahan itu pula adalah apabila seseorang menghadapi pening kepala yang berterusan, sekalipun telah mengambil ubat tapi dada terasa sesak terutama selepas Asar hingga tengah malam.
Dia melihat orang yang datang melamar sebagai bermuka hodoh. Fikirannya kerap melayang, apabila tidur selalu gelisah dan tidak nyenyak, perut juga selalu berasa sakit, demikian juga di bahagian bawah tulang punggung.
Lindungi Diri
Bagaimana sihir ini boleh berlaku? Mengikut seorang pengamal perubatan Islam dalam laman webnya, jin akan ditugaskan melakukan satu di antara dua:
Masuk ke dalam tubuh wanita berkenaan menyebabkan dia benci kepada setiap calon suami yang melamarnya.
Menukarkan wajah lelaki yang ingin melamarnya hingga berwajah buruk.
Kita semua berhak melindungi diri daripada terkena sihir. Ibarat kita semua berhak memandu kereta juga berhak mengelak dari sebarang tragedi. Kita berhak hidup di dunia ini justeru berhak menangkis dan menepis semua perbuatan ghaib yang jahat daripada menimpa diri kita. Lindungilah diri kita bersama dengan:
Banyak-banyakkan berzikir dengan zikir yang diwariskan oleh Nabi Muhammad SAW umpamanya Zikir al-Mathurat.
Menyebut nama ALLAH dalam setiap pekerjaan.
Menyebut nama ALLAH setiap kali masuk ke tempat gelap.
Jangan menyakiti binatang seperti anjing dan kucing.
Jangan tidur bersendirian, jika terpaksa berwuduklah dan membaca doa sebelum tidur.
Jangan membuang air kecil ke mana-mana lubang atau takungan air.
Jangan membunuh ular yang masuk ke dalam rumah sewenang-wenangnya.
Jangan mendedahkan aurat kasar di dalam rumah dan jangan selalu bersolek dan berhias kerana ditakuti timbul rasa ghairah jin jantan terhadap wanita berkenaan.
Kakak saya telah terkena sihir sejak anak dara lagi. Baru kini setelah hampir 30 tahun barulah dia agak sembuh tetapi deritanya menempuh alam berkenaan hanya dia dan ALLAH sahaja yang mengetahui.
Dia telah berubat ke merata-rata tempat dari utara ke selatan, timur dan barat, bahkan hingga sampai ke Sarawak. Tidak kurang dia bertemu dengan pengamal perubatan yang jahat tetapi terkenal di seluruh negara. Baru kini kesihatannya agak pulih.
Tiada siapa tahu punca sebenarnya mengapa dia terkena, tetapi diyakini ia adalah perbuatan sihir akibat buatan orang yang berminat terhadapnya suatu ketika dahulu tetapi tidak mendapat layanan. Apa yang kakak saya lakukan sepanjang berlawan dengan penyakit misterinya itu? Zikir sebanyak-banyaknya dan dia kekal berzikir hingga ke hari ini.
kredit: Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj, Majalah Wanita
Salam Ukhuwah..~
Kisah Teladan - Umar Dan Pemuda Yang Menepati Janjinya
Ketika Umar bin Khattab sedang duduk-duduk dengan para sahabat, tiba-tiba dia didatangi dua orang lelaki dengan seorang pemuda yang terikat kedua belah tangannya.
“Pemuda ini telah membunuh bapa kami wahai Amirul Mukminin,” kata kedua orang itu.
“Saya harap kamu mahu mendengar cerita saya dulu wahai Amirul Mukminin,” pemuda yang terikat tangannya berkata memohon ihsan.
“Cerita kamu? Huh, Yang penting, kamu telah membunuh bapa kami. Kamu harus bersyukur kami tidak membalas dendam, sebaliknya membawa kamu ke Khalifah Umar,” ucap kedua pemuda tadi dengan marah.
“Adalah lebih baik untuk kamu berdua diam terlebih dahulu. Aku hendak mendengar cerita tentang bagaimana kejadian sebenarnya,” kata Umar.
Pemuda yang terikat tangannya itu segera bercerita. “Pada suatu hari, saya menaiki unta untuk pergi ke satu tempat. Oleh kerana terlalu letih, saya tertidur. Apabila bangun, saya mendapati unta saya telah hilang, lalu saya segera mencarinya. Saya mendapati unta itu sedang makan tanaman di sebuah kebun, lalu saya cuba menghalaunya, tetapi unta itu enggan dan menderum,” dia berhenti seketika.
“Tidak lama kemudian, datanglah seseorang dan terus melempar batu kearah unta saya. Oleh kerana lemparan itu tepat kearah kepalanya, unta saya mati. Saya menjadi marah lalu mengambil batu dan melempar semula kearah orang itu. Dengan tidak disangka, batu itu mengenai kepalanya dan dia juga jatuh tersungkur lalu mati. Sebenarnya, saya tidak berniat langsung untuk membunuhnya.” Pemuda itu berhenti bercerita dan wajahnya mengharapkan ihsan daripada Umar.
Setelah Umar mendengar cerita pemuda tadi, ia berkata, “Kalau begitu hukumannya adalah kamu dibunuh sebagai balasan (qisas).”
“Saya tidak menolak hukuman itu, tapi saya mempunyai adik dan ayah saya telah meninggal dunia. Sebelum meninggal, dia ada meninggalkan harta dan saya menyimpannya di tempat yang tidak diketahui oleh adik saya,” kata pemuda itu.
“Jadi, apa yang kamu mahu?” sergah Umar.
“Saya minta tiga hari untuk pulang ke kampung dan memberikan harta itu kepada adik saya,” jawab si pemuda.
“Siapakah yang akan menjadi penjaminmu?” tanya Umar lagi.
“Dia ini penjamin saya,” kata pemuda itu sambil menunjuk ke Abu Dzar Al-Ghiffary yang ada bersama Umar ektika itu.
“Ya saya bersedia.” Serta merta Abu Dzar mengiyakan kata-kata pemuda itu.
Pada hari ketiganya, Umar, para sahabat dan dua lelaki itu menunggu pemuda tadi. Sehingga tengahari, pemuda itu belum lagi tiba dan dua lelaki tersebut mulai gelisah.
“Hari sudah siang tapi pemuda itu belum datang. Kalau tidak datang, Abu Dzar akan menjadi penggantinya untuk menerima hukuman bunuh,” kata salah seorang lelaki itu.
Tidak berapa lama kemudian, pemuda itu sampai. Ternyata dia begitu menepati janjinya biarpun dia tahu itu bermakna dia nyawanya akan melayang.
“Terima kasih wahai sahabat yang berani kerana setuju menjadi penjamin saya,” ucap pemuda itu kepada Abu Dzar. Dia tahu, jika dia tidak datang, nyawa Abu Dzar akan menjadi penggantinya kerana Abu Dzar adalah penjaminnya, biarpun mereka tidak kenal mengenali langsung.
Kedua lelaki itu merasa terharu akan kehadiran pemuda yang mengotakan janjinya itu.
“Kami mohon untuk menggugurkan tuntutan kami wahai Amirul Mukminin, dan kami maafkan pemuda al-wafi (penepat janji) ini,” mereka berkata serentak.
“Kamu sungguh berani wahai Abu Dzar, dan kamu adalah al-wafi wahai pemuda. Dan kamu berdua adalah sangat mulia. Bersalam-salamlah kalian dan kuatkan ukhuwah di antara kalian,” kata Umar yang gembira melihat peristiwa itu berlangsung dalam keadaan baik.
Salam Ukhuwah..~
Siapakah Yang Membisikkan Allahuakbar! Ke Telinga Model Donafamik?
Kisah Madame Fatima Mil Davidson mendapatkan hidayah Islam dianggap unik. Seperti sebuah keajaiban, cahaya Islam itu menyentuhnya saat ia baru saja masuk ke kehidupan biara. Waktu itu ia memang sudah berniat untuk menjadi biarawati.
Saat ini Madame Fatima menjawat sebagai Menteri Pembangunan Sosial dan Kerajaan Tempatan, Republik Trinidad dan Tobago, sebuah negara kepulauan di kawasan Laut Karibia bahagian selatan. Pada majalah berbahasa Arab Men-bar-al-Islam di Cairo, ia menceritakan awal mula menemukan Islam dan bagaimana akhirnya ia menjadi seorang Muslimah.
"Saya membantah keras cerita yang mengatakan bahwa saya masuk Islam pada tahun 1975 dengan tidak mengakui ajaran Kristian. Sungguh, saya tidak dapat memahami dan menjelaskan apa yang saya alami. Saya akan mengajak Anda kembali ke tanggal 9 Mar 1950, hari yang sudah ditetapkan buat saya untuk masuk biara. Ketika saya bangun pagi di hari itu , saya merasa mendengar suara yang menyebutkan kalimat 'Allahu Akbar, Allahu Akbar', suara itu terngiang-ngiang di telinga saya dan membuat seluruh tubuh dan hati saya bergetar," kata menteri yang sebelum masuk Islam bernama Model Donafamik Davidson.
"Saya tidak begitu tahu, itu apa. Tapi hari itu saya menolak masuk ke biara. Setelah itu, menghabiskan waktu bertahun-tahun untuk mencari petunjuk Tuhan, sampai akhirnya saya menemukan Al-Quran dengan terjemahannya. Lalu, dengan mudah saya menaruh kepercayaan pada terjemahan Al-Quran yang saya baca," sambungnya.
Secara kebetulan, Madame Fatima kemudian bertemu dengan seorang cendikiawan muslim asal Pakistan Maulana Siddiq dan ulama dari India Syaikh Ansari. Ia terlibat pembicaraan yang mendalam dengan kedua ulama itu, tentang budi pekerti dan apa yang dirasakan dalam hatinya. Begitu banyak pertanyaan detil yang diajukan Madame Fatima, hingga kedua ulama berseru, "Alhamdulillah, Anda seorang muslim ! Anda sekarang seorang muslim. Bacalah apa yang Anda sukai, masuklah ke masjid dan berdoa. Kami siap menerima Anda, bila Anda merasa ingin belajar apapun."
Madame Fatima merasa gembira dengan respon kedua ulama tersebut. "Saya bahagia. Setelah hari itu, saya merasa hati saya dilimpahi dengan keimanan dan rasa cinta serta kebanggaan terhadap Nabi Muhammad Saw," ujarnya.
Meski demikian, Madame Fatima mengaku baru secara resmi memeluk Islam sekitar tahun 1975. "Sampai sekarang, sudah 36 tahun saya menjadi seorang muslim. Sejak saya mendengar suara misteri yang menggetarkan kalbu, dan lalu saya menolak masuk biara. Hati saya sudah memproklamirkan Allahu Akbar," tukasnya.
"Saya menjadi gadis pertama dari komunitas kulit berwarna yang masuk ke masjid. Dan ini mendorong banyak remaja muslimah untuk juga datang ke masjid-masjid untuk salat, khususnya ke Masjid Anjuman Jami' Sanatal yang didirikan oleh ulama besar Dr. Syaik Ansari di kota Francis di Trinidad. Masjid itu sekarang dipimpin oleh Al-Haj Shafiq Muhammad," tutur Madame Fatima.
Ia juga menceritakan bahwa warga di lingkungannya masih berfikir bahawa Islam adalah agama orang India, yang memiliki ajaran dari beragam kepercayaan dan agama. "Dalam perkembangannya, di kalangan warga pribumi, kebanyakan yang berasal dari Afrika, makin banyak yang memeluk Islam. Nisbah warga muslim meningkat hingga 13 peratus dari jumlah penduduk Republik Trinidad dan Tobago. Selebihnya, 31 peratus penduduk negara ini beragama Kristen, 27 persen beragama Protestan, 6 peratus pemeluk agama Hindu dan 23 peratus pemeluk keyakinan lainnya, " papar Madame Fatima.
Lalu, apakah keislamannya membawa dampak pada pekerjaannya sebagai salah satu pejabat di negara yang mejoriti penduduknya non-Muslim? Menjawab pertanyaan ini, Madame Fatima menjawab, "Islam mengajarkan kita untuk ikhlas dan efisien dalam menjalankan pekerjaan dan saya mempraktekkan ajaran Islam dengan tulus ..."
"Saya tidak berbohong, baik dalam pekerjaan maupun dalam kehidupan pribadi saya. Saya berusaha menghindari segala sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Islam, semampu saya dan dengan kesadaran diri yang kuat. Jadi, tampak keislaman saya pada pekerjaan, tidak lain hanyalah semua pekerjaan saya berjalan baik dan penuh rahmat. Mantan perdana menteri bahkan menganjurkan saya untuk berkunjung ke Mesir, tempat sekolah Islam terkenal Al-Azhar dan salah satu pusat peradaban. Dia suka membicarakan Islam juga," ujar Madame Fatima.
Ia sungguh beruntung, karena perdana menteri yang sekarang menjabat, mengizinkannya berkunjung ke Mesir terkait tugasnya sebagai menteri pembangunan sosial dan pemerintahan lokal. "Perdana Menteri juga menganjurkan saya mengunjungi Al-Azhar dan Mahkamah Tinggi Agama Islam," imbuhnya.
Madame Fatima beberapa kali berpartisipasi dalam pilihanraya parlemen dan sukses. Ia pernah menjawat sebagai menteri pendidikan dan kebudayaan. Ia menjadi teladan sebagai seorang muslim yang mampu menunjukkan kemampuannya di bidang politik.
"Hal penting yang harus Anda ketahui, Republik Trinidad dan Tobago memberikan hari cuti resmi pada saat Idul Fitri dan Idul Adha. Komuniti Muslim bebas menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadan, baik di rumah maupun di masjid-masjid," jelas Madame Fatima.
Sebagai sebahagian dari umat Islam, ia menyerukan dunia Islam untuk bersatu dibawah bendera Islam agar kedudukan dunia Islam dan kaum Muslimin menjadi kuat. "Allah Yang Mahabesar telah membimbing saya ke jalan Islam dan saya berdoa padaNya untuk membimbing umat Islam ke arah persaudaraan dan perdamaian, agar umat Islam menjadi masyarakat terbaik di masa kini, dan sudah menjadi inspirasi bagi umat manusia," tandas Madame Fatima.
kredit: eramuslim
Salam Ukhuwah..~
Nilai Setitik Madu
Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi.. jeng!jeng!jeng! .. bunyi.... aauuummmmm!! ! Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja.
Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi.
Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi.
Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi.
Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. Lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut.
Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni... habislah jadi mangsa buaya.
Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih... Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba.... terdengar satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu. .. Bunyi lebah bawa madu.
Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata.
Hamba Allah tu kata, "Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni." kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah....
Tikus yg sedang mengigit tali........
Kalau semua nak tahu ...si Hamba Allah itu adalah kita semua. Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah. 2 ekor
buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti.
Tali yg tempat di hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita.
Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu.
Madu... madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah. Astaghfirullah. ..
Salam Ukhuwah..~
Selasa, 29 Mac 2011
Sebar Luaskan Hadith Nabi saw
Nota: Untuk melihat gambar diatas dengan lebih jelas sila klik sekali pada foto tersebut.
Allah SWT sudah mempersiapkan orang Islam terdahulu sebagai umat yang percaya dengan sifat jujur dan amanah yang sudah memelihara Kitabullah dan Sunnah Rasulullah SAW dengan menghafalnya dalam dada mereka. Antara mereka ada yang lebih mengambil berat mengenai al-Quran dan ilmu-ilmunya atau yang kita kenali dengan Mufassirun atau kalangan ahli tafsir. Ada juga yang lebih menumpukan tentang hadis Rasulullah SAW dan ilmu-ilmunya atau lebih dikenali dengan al-Muhaddisun atau kalangan ahli hadis.
Sahabat, at-Tabi’in dan orang yang setelah mereka menghafal hadis-hadis Rasulullah SAW dan diwarisi dari satu generasi ke generasi berikutnya dengan cara yang sama. Mereka tidak pernah meninggalkan pelbagai perkara mengenai kehidupan Rasulullah SAW, segala peninggalannya, sejarah perjalanannya, sifat-sifatnya melainkan mereka menghafal dan mengamalkannya dalam kehidupan sehari-hari. Allah SWT berfirman dalam surah al-Ahzab ayat 21 yang bermaksud: “Demi sesungguhnya adalah baik bagi kamu pada diri Rasulullah SAW contoh ikutan yang baik.”
Mereka sudah diperintahkan untuk mengambil apa-apa yang datang daripada Rasulullah SAW dan meninggalkan perkara-perkara yang dilarang Rasulullah sebagai mana firman Allah SWT dalam surah al-Hasy ayat 7 iaitu: “Dan apa juga perintah yang dibawa oleh Rasulullah (SAW) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa juga yang dilarang-Nya kamu melakukannya maka patuhilah larangan-Nya. Dan bertakwalah kamu kepada Allah “Sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksa-Nya (bagi orang-orang yang melanggar perintah-Nya).”
Kalangan sahabat sangat mengambil berat tentang Rasulullah SAW apa-apa yang datang daripada Rasulullah SAW terus mereka praktikkan sehari-hari tanpa sebarang soalan tentang sebab dan alasannya.
Dalam sebuah hadis riwayat al-Bukhari, daripada Ibnu Umar yang bermaksud: “Bahawasanya Rasulullah SAW memakai cincin daripada emas, maka orang ramai memakai cincin daripada emas. Kemudian Baginda melepaskannya dan berkata: Aku tidak akan memakainya selama-lamanya. Maka semua orang melepaskan cincin mereka.”
Ibnu Hajar berkata: “Dalam kisah ini nampak bahawa kalangan sahabat bertindak segera dalam mengikuti perbuatan-perbuatan Rasulullah SAW, sama ada yang Baginda tetapkan maka mereka (para sahabat) akan terus mengerjakannya, mahu pun yang Baginda tegah, maka mereka akan segera meninggalkannya.”
Rasulullah SAW sudah memerintahkan kalangan sahabatnya untuk mendengarkan hadisnya, menghafal dan menyampaikannya kepada orang lain. Dalam sebuah hadis riwayat Abu Daud, daripada Zaid bin Thabit, beliau berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, semoga Allah memberi kebaikan kepada orang yang mendengarkan satu hadis daripadaku, kemudian menghafal dan mengamalkannya. Berapa banyak orang yang menyampaikan hadis kepada orang yang lebih faqih daripadanya dan berapa banyak orang yang menyampaikan hadis lebih banyak hafalan daripada memahaminya.
Usaha periwayatan hadis hingga sekarang masih menjadi satu kemuliaan yang didapati oleh orang yang adil daripada umat Islam iaitu orang yang mengambil berat akan periwayatan hadis sebagai salah satu bentuk daripada pemeliharaan apa yang ditinggalkan oleh Rasulullah SAW.
Dalam satu riwayat yang masyhur daripada Jabir bahawasanya beliau sudah melakukan perjalanan ke Syam untuk mengenal pasti satu hadis daripada Abdullah bin Anis. Begitu juga yang dilakukan oleh Abu Ayyub yang melakukan perjalanan daripada Madinah ke Mesir untuk meriwayatkan hadis daripada Uqbah bin Amir.
Sebagaimana dilakukan oleh sahabat-sahabat Nabi, diikuti dengan para tabi’in. Bahkan para tabi’in sudah melakukan perjalanan yang jauh untuk mencari hadis. Ini juga menggambarkan peta perjalanan mereka demi menyebar luaskan hadis Rasulullah SAW kepada semua orang. Kesungguhan para Tabi’in dalam menghadapi cabaran dan rintangan seperti yang disampaikan oleh Sa’id bin al-Musayyab: “Aku akan berjalan selama satu hari satu malam untuk mendapatkan satu hadis.”
Awal mula usaha penulisan hadis telah dilakukan oleh Khalifah Umar bin Abdul Aziz sebagaimana yang disebut oleh Jalaluddin as-Suyuti dalam kitab Tadrib al-Rawi fi Syarh al-Nawawi iaitu: Penulisan hadis bermula pada awal tahun ke 100 hijrah pada masa Khalifah Umar bin Abdul Aziz.
Adapun usaha penulisan hadis secara lengkap dilakukan oleh Muhammad bin Syihab al-Zuhri yang didorong oleh keinginan beliau memenuhi cita-cita murni Khalifah Umar bin Abdul Aziz dan kecintaan beliau terhadap hadis Rasulullah SAW.
Ibnu Hajar menyebut dalam Fathul Bari bahawa antara kitab Hadis yang awal ialah kitab hadis al-Muwatta’ yang ditulis oleh Imam Malik.
Demikianlah secara ringkas berkenaan perhatian yang sudah diberikan oleh Salafussoleh dari umat ini untuk menjaga dan menyebarluaskan hadis Nabi Muhammad SAW. Wallahua’lam.
Salam Ukhuwah..~
Wahai Allah, Kami Tidak Mampu Menanggung Azab Neraka Mu
Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada
waktu yang ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh Nabi s.a.w.: 'Mengapa aku melihat kau berubah muka?'
Jawabnya: 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yang mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya.'
Lalu Nabi s.a.w. bersabda: 'Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.'
Jawabnya: 'Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya.. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.
Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yang disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yang ke tujuh.
Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.
Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.'
Nabi s.a.w. bertanya: 'Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?'
Jawabnya: 'Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.'
Tanya Rasulullah s.a.w.: 'Siapakah penduduk masing-masing pintu?' Jawab Jibrail:
'Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yang kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun dan namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,
Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.
Pintu keempat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,
Pintu kelima orang untuk orang Yahudi bernama Huthomah.
Pintu ke enam tempat orang Nasara bernama Sa'eir.'
Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s..a.w. sehingga ditanya: 'Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ketujuh?'
Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yang berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.'
Maka Nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala Nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar Nabi saw bersabda: 'Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sungguh aku merasa begitu sedih apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?'
Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.'
Kemudian Nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian Nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai')
Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.
Tahukah kamu bahawa neraka JahanamKu itu:
1. Mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum (pohon zarqum itu ialah pohon yang mempunyai buah berduri)
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat
Betapa dasyatnya neraka Allah, dasyat juga siksaan bagi para penghuninya. Mampunkah kita insan kerdil ini untuk menghadapi....? Sedangkan keperitan dunia yang sedikit umpamanya tercucuk duri pun sudah terasa peritnya, apatah lagi panasnya api neraka Allah.
Moga peringatan ini mampu menginsafkan kita. Berusaha dan berdoalah moga kita dijauhkan dari siksaan api neraka itu.
Wahai Allah...ampunilah dosa kami. Kami tidak layak untuk syurgaMu, tapi kami juga tidak mampu menanggung azab neraka Mu yang Maha Pedih. Justeru, ampunilah dosa-dosa kami Ya Allah.
Salam Ukhuwah..~
Ikan Unik Dan Aneh, Berenang Terbalik
Ikan unik yang berenang terbalik ini namanya Synodontis. Ikan Synodontis merupakan jenis ikan hiasan air tawar yang berasal dari daerah sungai Nil di benua Afrika.
Ikan aneh ini termasuk dalam kelompok catfish (keluarga ikan keli) dari keluarga Mochokidae. Nama Synodontis berasal dari bahasa Yunani, iaitu syn berarti bersama dan odon bererti gigi kerana ikan Synodontis hidup berkelompok dalam koloninya dan memiliki gigi-gigi mandibular.
Ikan Synodontis mempunyai sirip dorsal tegak yang indah dan menjulur panjang sehingga sering dinamakan featherfin catfish. Ikan Synodontis juga mempunyai keunikan iaitu dapat berenang dengan posisi tubuh terbalik.
Memandangkan keunikannya ini ikan Synodontis mempunyai daya tarik dan menjadi buruan para penggemar ikan hias. Ikan ini memakan beberapa pakian alam seperti cacing, larva nyamuk dan pakan buatan (pellet).
kredit: kaskus
Salam Ukhuwah..~
Langgan:
Catatan (Atom)