Kali ini tok nak mengajak anda bersama untuk mengambil munafa'at daripada nasihat-nasihat Abu Sulaiman Ad-Daaraanii rah.a. Nama sebenar beliau rah.a. ialah 'Abdurrahman bin Ahmad bin'Atiyyah Al-'Anasiyy. Beliau rah.a. termasuk tobaqoh (generasi) yang keenam daripada kalangan ahli Syam (para taabi'iin dan taabi'uttaabi'iin). Dan beliau rah.a. wafat dalam tahun205H.
Abu 'Imran, Musa bin 'Isa Al-Jassoos rah.a. berkata : Telah berkata Abu Sulaiman rah.a. ...(mafhumnya)....... :
Tolaklah jalan (yang boleh membawa kepada) 'ujub itu dengan ma'rifat terhadap diri dan nafsu.
Dan bertakhalluslah kepada (untuk mendapatkan) kerehatan hati itu dengan sedikit atau tidak ramai teman (dengan kurangnya bergaul dan bercampur).
Dan berta'arradhlah untuk (mendapatkan) riqqoh hati itu graciousness / friendlines of heart) dengan duduk bersama-sama di dalam majlis-majlis ahlilkhauf (orang-orang yang takut kepada Allah s.w.t.).
Dan beristijlablah (untuk mendapatkan) nur hati (nurulqalb) itu dengan sentiasa bersedih dan berdukacita (dawaamilhuzn).
Dan carilah pintu kesedihan / kedukacitaan (babulhuzn) itu dengan sentiasa berfikrah / berfikir (dawamilfikrah).
Dan carilah jalan-jalan / bahagian-bahagian fikir / fikrah itu dengan berkhalwat.
Dan bertaharrazlah (pelihara dirilah) daripada iblis dengan melawan atau menyalahi (mukhaalafah) hawa kamu.
Dan bertazayyanlah (berhiaslah) kerana / untuk Allah dengan ikhlas dan sidq di dalam segala 'amalan.
Dan berta'arradhlah untuk (mendapatkan) kema'afan itu dengan mempunyai sifat malu terhadapNya dan dengan bermuroqobah.
Dan beristijlablah untuk (mendapatkan) penambahan ni'mat itu dengan bersyukur.
Dan dapatkanlah kelangsungan ni'mat itu (terus menerus dalam keadaan mendapat ni'mat) dengan merasa takut dan bimbang akan kehilangan ni'mat itu sendiri.
Dan tidak ada 'amal (yang setanding) seperti 'amal (untuk mendapatkan / menuntut) keselamatan.
Dan tidak ada keselamatan (yang setanding) seperti keselamatan hati (salamatulqalb).
Dan tidak ada 'aqal (yang setanding) seperti melawan / menyalahi hawa (mukhalafatulhawa).
Dan tidak ada kefaqiran (yang seburuk) seperti kefaqiran hati (faqrulqalb).
Dan tidak ada kekayaan (yang setanding ) seperti kekayaan hati.
Dan tidak ada kekuatan (yang lebih hebat) seperti menolak / menahan kemarahan.
Dan tidak ada nur (yang setanding) seperti nur yaqiin (nurulyaqiin).
Dan tidak ada yaqiin (yang setanding) seperti memandang kecil / remeh akan dunia ini (istighsooruddunyaa).
Dan tidak ada ma'rifat (yang senilai) seperti ma'rifat diri / nafsu.
Dan tidak ada ni'mat (yang setara) seperti 'afiat daripada dosa-dosa.
Dan tidak ada 'afiat (yang setara) seperti pertolongan / bantuan taufiiq (musa'adatuttaufiiq).
Dan tidak ada zuhud (yang setara) seperti pendeknya angan- angan / cita-cita.
Dan tidak ada kelobaan (yang setara) seperti saling berlumba dalam mendapatkan darjat-darjat (ukhrawi).
Dan tidak ada ta'at (yang setara atau lebih bernilai) seperti melaksanakan segala kefardhuan.
Dan tidak ada taqwa (yang setaraf) seperti menjauhi perkara- perkara yang haram (ijtinabulmaharim).
Dan tidak ada kehilangan / ketiadaan (yang seteruk) seperti kehilangan / ketiadaan 'aqal ('adamul'aql).
Dan tiada fadhilat (yang sehebat) seperti jihad.
Dan tiada jihad (yang sehebat) seperti bermujahadah melawan nafsu (mujahadatunnafs).
Dan tiada kehinaan (yang lebih rendah dan merbahaya) seperti tama'.
Dan barangsiapa telah tidak memperelokkan penjagaan / pengawasan terhadap nafsu / dirinya (ri'ayatunnafs), maka hawanya (keinginan hawa nafsunya) lebih cepat membawanya kepada kebinasaan / kehancuran alhalakah).
Dan kejayaan orang yang ma'sum (dipelihara / dijaga) itu (najatulma'sum) tidak akan memberi munafa'at kepada orang yang binasa (alhaalik).
Dan kepahitan taqwa (muraratuttaqwa) pada hari ini (didunia ini) adalah merupakan kemanisan (halawah) pada hari itu (hari akhirat / hari qiyamat).
Dan orang yang binasa itu (alhalik) ialah orang yang binasa pada akhir safarnya walhal manzil atau stopping place itu telah hampir didekatinya (telah hampir sampai atau tiba).
Dan orang yang rugi itu (alkhasir) ialah orang memanifestkan / merevealkan kesolihan 'amalnya untuk manusia sedangkan dia berduel atau bermubarazah dengan keburukan 'amalnya akan Dia yang lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya sendiri (iaitu Allah s.w.t.).
Begitulah terjemahan kasar daripada kitab Sifah As-Sofwah oleh Al-Imam Ibnu Al-Jauzi rah.a.,Jilid 4, Halaman 231. Semoga setiap nasihat diatas dapat kita menelitinya dan merenunginya. Dan marilah kita mengambil munafa'at daripadanya.
kredit: Al-faqiiru ilallaah.
Salam Ukhuwah..~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan