Berikut adalah terjemahan kasar daripada salah satu kitab.
Dan telah berkata Sufyaan Ath-Thauriyy rah.a.. (mafhumnya)...: Berdo'a pada lailatulqodr itu lebih dicintai olehku daripada bersolat. Katanya lagi... (mafhumnya)..: Dan apabila adalah ia membaca (Al-Quran) dan berdo'a dan bersungguh-sungguh cenderung dan tawajjuh kepada Allah s.w.t. di dalam do'a dan permintaan / permohonan , moga-moga dimuwafaqot (dipersetujui). Dan murodnya (yang dikehendaki) :
Bahawa memperbanyakkan do'a adalah lebih afdhal daripada bersolat yang tidak banyak do'a di dalamnya. Dan kiranya ia membaca (Al-Quran) dan juga berdo'a maka ini adalah lebih aula dan lebih baik (ahsan).
Dan ketahuilah bahawasanya al-qiyam (berdiri / bersolat) dan al-qira'ah (membaca Al-Quran) mestilah dalam keadaan bertadabbur dan berdo'a dan bertafakkur dan bertartil sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Kerana Baginda s.a.w. adalah ia bertahajjud pada malam-malam Ramadhan dan membaca (qira'ah) dengan secara murottalah (membaca secara tartil , pelan-pelan dan memperhatikan dan memperindahkan serta merapikan tajwidnya) dan mutarossil (secara perlahan-lahan dan tidak tergesa-gesa serta penuh tertib). Dan inilah yang merupakan afdhalul a'mal ('amal yang paling afdhal) dan 'amal yang paling sempurna (akmal) pada malam-malam sepuluh yang akhir (dalam bulan Ramadhan), dan juga pada waktu-waktu yang lain.
Telah berkata Asy-Sya'biyy rah.a. ...(mafhumnya)....:
Lailatulqodri nahaaruhaa kalailihaa (Malam Al-Qadr itu, siangnya samalah seperti malamnya).
Dan telah berkata Al-Imam Asy-Syafi'iy rah.a.... (mafhumnya)....: Adalah mustahab (disukai) bahawa seseorang itu bersungguh-sungguh dalam ber'amal pada siang hari lailatulqadr sebagaimana dia bersungguh-sungguh ber'amal pada malam harinya. Dan berdasarkan inilah maka adalah dituntut / dikehendaki supaya sungguh-sungguh ber'amal (istihbabul ijtihad) pada keseluruhan masa sepuluh terakhir Ramadhan, siangnya dan malamnya !!!
Begitulah yang telah dijelaskan oleh Ibnu Rojab rah.a.
Dan telah berkata Ibnul Munzir rah.a.....(mafhumnya)...:
[MAN QOOMA LAILATALQODRI KUFFIRAT 'ANHU KABAAIRUZZUNUUBI WA SOGHOOIRUHAA] Barangsiapa qiyam / berdiri (dalam 'ibadah / solat) pada malam Al-Qadr, maka dihapuskan / dikifaratkan daripadanya akan dosa-dosa besarnya (kabairuzzunub) dan juga dosa-dosa kecilnya (soghoiruzzunub).
Begitulah terjemahan kasarnya.
ALLAAHUMMA WAFFIQNAA LI SABIILITTOO'AH, WA THABBIT NAA'ALATTIBAA' ISSUNATI WAL JAMAA'AH, WA LAA TAJ'ALNAA MIMMAN 'AROFAL HAQQO WA ADHOO'AH !!!
[Mafhumnya: YA ALLAAH TAUFIQKANLAH KAMI PADA JALAN TA'AT, DAN TATHBITKANLAH (TEGUHKANLAH) KAMI DI ATAS ITTIBA' (IKUT) AS-SUNNAH DAN AL-JAMA'AH, DAN JANGANLAH ENGKAU JADIKAN KAMI TERMASUK GOLONGAN YANG MENGENAL AKAN AL-HAQ TETAPI MENYIA-NYIAKANNYA !!].
Semoga kita sama-sama mengambil i'tibaar.
kredit: Al-faqiiru ilallaah
Salam Ukhuwah..~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan