HADITH
Maksudnya
Keterangan
'Memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi', bermaksud memikirkan mengenai tanda-tanda kekuasaan Allah s.w.t. dan keajaiban hikmah-hikmahnya. Perkara ni akan meneguhkan lagi makrifatNya.
"Ya Illahi, alam ini adalah taman Engkau."
Ibnu Abidunia rah. meriwayatkan sebuah hadith mursal bahawa pada suatu ketika Rasulullah s.a.w. pergi kepada sekumpulan para sahabat r.a. yang sedang duduk berdiam diri. Rasulullah s.a.w. bertanya, "Apa yang kamu fikirkan?" Mereka menjawab, "Kami memikirkan tentang ciptaan Allah s.w.t. "Rasulullah s.a.w. bersabda, "Baik. Jangan sekali-kali memikirkan tentang zat Allah s.w.t. (kerana zatNya itu tidak dapat difikirkan) tetapi fikirkanlah tentang ciptaanNya."
Sekali seorang sahabat r.a. berkata kepada Hazrat Aishah r.a, "Ceritakanlah tentang mana-mana amalan Baginda s.a.w. yang aneh. "Beliau berkata, "Tidak ada amalan Baginda s.a.w. yang tidak aneh. Sekali peristiwa Rasulullah s.a.w. datang ke tempat tidur lalu berselimut bersamaku. Kemudian Baginda s.a.w. berkata, "Biarkanlah aku beribadat kepada Tuhanku." Baginda s.a.w. pun bangun lalu berwuduk dan mendirikan solah sambil menangis sehingga air mata mengalir membasahi dadanya. Begitulah juga keadaan Baginda s.a.w. sehingga Bilal r.a. datang memanggil Baginda s.a.w. untuk solah suboh. Saya berkata, "Ya Rasulullah tidakkah telah dijamin keampunan untukmu? Tetapi, mengapa Tuan menangis begitu sekali?" Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tidakkah sepatutnya aku menjadi seorang hamba Allah yang bersyukur?" Kemudian Baginda s.a.w. bersabda lagi, "Mengapa tidak aku menangis sedangkan pada hari ini telah diturunkan ayat-ayat berikut.
Maksudnya
"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan Rahmat Allah) bagi orang-orang yang bijak; (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata); "Wahai Tuhan kami ! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, makaa peliharalah kami dari azab neraka."
(Surah Ali Imran ayat 190 & 191
Seteruanya Baginda s.a.w. bersabda, "Kebinasaan bagi orang yang membaca ayat-ayat tersebut tetapi tidak merenung dan memikirkan tentangnya."
Amir bin 'Abdi Q'ais rah. berkata beliau mendengar daripada sahabat, bukan hanya daripada seorang, dua atau tiga orang tetapi daripada sebilangan besar para sahabat bahawa, merenung dan berfikir akan ciptaan Allah s.w.t. adalah nur dan cahaya iman. Hazrat Abu Hurairah r.a. meriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w. bahawa terdapat seorang yang berbaring di bumbung rumahnya (biasanya rumah orang Arab berbumbung landai) sambil memandang ke langit dan bintang-bintang lalu berkata. "Demi Allah. aku yakin bahawa ada zat yang menciptakan semua ini. Ya Allah, ampunilah aku." Maka Rahmat Allah s.w.t. tertumpu kepadanya lalu dia diampuni. Hazrat Ibnu 'Abbas r.a. berkata bahawa berfikir seketika adalah lebih baik daripada beribadat sepanjang malam. Demikian juga di riwayatkan daripada Hazrat Abu Darda r.a. dan Anas r.a.. Diriwayatkan juga daripada Hazrat Anas r.a. bahawa berfikir seketika (tentang kejadian-kejadian Allah) adalah lebih baik daripada beribadat selama lapan puluh tahun. Seorang bertanya kepada Ummu Darda tentang ibadat Hazrat Abu Darda r.a. yang paling afdal. Jawabnya. "Merenung dan berfikir (tentang kejadian-kejadian Allah)".
Hazrat Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, "Berfikir seketika adalah lebih baik daripada beribadat selama enam puluh tahun." Walau bagaimanapun, riwayat-riwayat diatas bukanlah menunjukkan bahawa ibadat-ibadat yang lain tidak perlu dikerjakan. Setiap ibadat mempunyai kedudukan dan kepentingan yang tersendiri, sama ada ibadat fardhu, sunat ataupun yang harus. Apabila mana-mana satu daripada ibadat-ibadat itu ditinggalkan maka balasan azab yang dikenakan setimpal dengan kedudukan ibadat itu.
Imam Ghazali rah. telah menulis bahawa merenung dan berfikir dikatakan ibadat yang paling afdal kerana hakikatnya zikir sudah sememangnya tersirat dalam perbuatan itu. Melalui merenung dan berfikir dua maunafa'at lagi akan diperoleh.
Pertama, 'makrifatullah' (mengenaali Allah s.w.t. yakni merenung dan berfikir adalah kunci makrifat.
Kedua, cinta kepaada Allah s.w.t. akan tercapai melalui berfikir. Merenung dan berfikir inilah yang dikatakan muraqaabah oleh para ulama tasawuf dan banyak hadith membuktikan kelebihan muraqabah.
Dalam kitab Musnad Abu Ya'la diriwayatkan daripada Hazrat 'Aishah r.a. bahawa beliau berkaata, "Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda bahawa zikir khafi (zikir di dalam hati) yang tidak didengar oleh malaikat pun menghasilkan ganjaran tujuh puluh kali ganda." Apabila Allah s.w.t. menghimpunkan seluruh manusia pada hari kiamat untuk dihisab dan malaikat Kiraman Katibin membawa buku-buku amalan manusia maka Allah s.w.t. akan berfirman kepadanya. "Periksalah amalan si fulan kalau-kalau masih ada yang tertinggal?" Malaikat menjawab, "Tiada sesuatu amalan pun yang kami tidak catit dan semua amalan disimpan rapi." Allah s.w.t akan berfirman, "Ada lagi amal kebajikannya di sisi Kami yang kamu tidak mengetahuinya iaitu zikir khafi (zikir dalam hati)." Imam Baihaqi rah. juga meriwayatkan hadith ini daripada Hazrat 'Aishah r.a. di dalam kitab "Shu'ab" bahawa zikir yang tidak didengar oleh malaikat adalah tujuh puluh kali lebih afdal daripada zikir yang didengar oleh malaikat.
Hazrat Sa'ad r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sebaik-baik zikir ialah zikir khafi dan sebaik-baik rezeki ialah yang mencukupi (yakni tidak kurang, sehingga tidak memadai untuk hidup dan tidak lebih sehingga mendatangkan takabur dan dihabiskan dalam kejahatan)."
Ibnu Habban dan Abu Ya'la rah. berkata bahawa hadith tersebut adalah sahih.
Diriwayatkan dalam sebuah hadith bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, "Hendaklah kamu mengingati Allah dengan zikir 'khamil'." Seorang bertanya, "Apakah yang dimaksudkan dengan zikir khamil itu?" Jawab Baginda s.a.w., "Ialah zikir khafi (zikir yang dilakukan secara bersembunyi diri."
Melihat hadith-hadith yang tersebut di atas dapat diketahui kelebihan zikir khafi, walhal hadith-hadith yang menerangkan mengenai zikir jihri atau zikir dengan suara yang nyaring sehingga orang mengatakan gila terhadap orang yang berzikir seperti ini, juga telah disebutkan sebelum ini. Kedua-dua zikir yang dinyatakan adalah amalan yang berlainan. Kepentingan kedua-dua zikir itu berbeza mengikut keadaan seseorang. Guru yang mursyid yang akan menentukan zikir yang sesuai mengikut orang-orang yang tertentu dan pada waktu-waktu yang tertentu bersesuaian dengan keadaaan oraang itu.
kredit: fadhilat amal
Salam Ukhuwah..~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan