Bacaan Popular

Selasa, 28 Ogos 2012

Khasiat Pucuk Paku Merah @ Pucuk Midin


Salah satu makanan yang juga popular di Malaysia termasuk Nusantara ialah Pucuk Paku Merah atau setengah daerah memanggilnya Pucuk Midin...sedap tau, rugi tak rasa..kalau anda balik kampong jangan lupa merasa makanan ini. Orang di kampong pasti tau mana nak cari daun ini.

Pucuk ini kalau masak dengan belacan...fuhhh sedap tak terkata..betul..tak caya cuba buat sendiri dan rasa.

Ok...sini tok nak kongsi serba sedikit info Pucuk Paku Merah atau Pucuk Midin untuk menambah ilmu pengetahuan anda dan kalau yang dah tahu cukuplah sekadar tatapan minda.

Pucuk Paku Merah atau Midin atau nama saintifiknya Stenochlaena palustris adalah tumbuhan liar yang tumbuh di tanah dataran rendah dalam hutan sekunder dan tempat terbuka seperti kebun getah serta gemar menumpang pokok lain.

Tumbuhan ini juga antara tanaman semusim rizomatous dan epiphytic dengan akarnya mencengkam di tanah yang biasa didapati di kawasan paya gambut dan air tawar serta hutan belukar.

Pucuk paku yang lembut, berdaun atau tanpa daun terbuka digunakan sebagai sayur atau ulam. Pelepah berdaun kecil yang mempunyai spora biasanya tidak dimakan, manakala warna pelepah berbeza dari hijau muda kepada hijau tua atau kemerah-merahan.


Pelepah subur dan warna merah terhasil daripada tindak balas kepada pertukaran persekitaran yang tidak menentu seperti cuaca dan jerebu.

Di kawasan bandar. permintaan terhadap Pucuk Paku Merah atau Pucuk Paku Midin meningkat dengan keadaan tanah berasid dan cuaca yang panas di kebanyakan tempat menggalakkan pertumbuhan paku-pakis ini secara semulajadi.

Kesedaran awam terhadap makanan kesihatan dan bebas daripada pencemaran mendorong penggunaan dan permintaan semakin meningkat terhadap sayur pucuk paku bewarna merah ini yang tumbuh secara semulajadi.

Pengambilannya sebagai makanan di jamin selamat dan mengandungi pelbagai khasiat dengan setiap 100 gram pucuk muda mengandungi 4.8 mg zat besi, selain mengandungi vitamin A (beta karotene) dan yang penting bagi menguatkan penglihatan dan mencegah rabun malam. Ermmm...sebab itulah orang dulu-dulu tak pakai spek pun penglihatan mereka tak mudah rabun, segalanya nampak jelas hingga akhir hayat. Inilah makanan harian mereka.

Selain itu, tumbuhan liar ini kaya dengan mineral terutama fosforus dan kalium. Perubatan secara tradisional percaya pucuk ini mampu mengubati masalah kesihatan seperti penyakit ciri birit dan daunnya yang direbus baik dimakan sebagai ulam.

Hemmm...banyak juga khasiat pucuk yang tumbuh meliar ni kan... so jangan lupa makan pucuk paku merah ini. Ia dengan mudah boleh dibeli di tempat orang jual sayur-sayur kampong. Kalau tak jumpa tanyalah kepada penjual, barangkali minggu depan dia boleh bawakan jikalau ada order.


Yer...memang begitulah resmi di bandar, kalau nak kena order dulu. Kalau malas order, balik kampong suruh orang kampong pi cari dalam belukar, pasti jumpa. Tapi upah penat lelah orang jangan lupa.


Salam Ukhuwah..~

1 ulasan:

  1. Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
    ..........................................................................
    Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

    Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..๐Ÿ˜‰

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay๐Ÿ‘‡๐Ÿป
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    ๐Ÿ’Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..๐Ÿคฒ๐Ÿผ


    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    ๐Ÿ˜kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
    Tp nanti dia akn blas jugak yer..
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring

    BalasPadam