Bacaan Popular

Rabu, 1 Ogos 2012

Kegunaan Pokok Pandan


Oleh kerana kesah tok kali ini ialah kisah pandan maka warna tulisan ini pun turut terpengaruh dengan warna pandan. Errr...jangan marah yek...asalkan mudah dibaca dan sejuk mata, lagipun warna syurga tu kan ker warna pandan juga.

Pokok Pandan mempunyai pelbagai kegunaan terutama 'Daun Pandan'. Kehidupan dan budaya kehidupan orang di Nusantara menjadikan pandan sebagai pewangi dalam hampir setiap kegunaan yang memerlukan pewangi. Inilah pewangi semula jadi yang mudah diperolehi di Nusantara.

Sebahagian pengguna menjadikan wangian pandan sebagai pewangi dalam makanan, dan sudah pasti wangian atau perisa tersebut tidak mempunyai bahan berbahaya kerana ia diperolehi dari tumbuhan yang memang kita kenal. Sementara sebahagian lagi menggunakan wangian pandan sebagai pilihan pertama bagi mewangikan bahagian dalam kereta.

Tok sendiri bila naik teksi selalu bertemu dengan teksi yang meletakkan daun pandan dalam boots kereta teksi tersebut. Kata pemandu teksi yang tok naik itu, wangian pandan tidak menyeksa lubang hidung berbanding wangian yangdiproses yang biasanya diletakkan didalam botol serta digantung depan ekzos pendingin hawa sejuk didalam kereta. So...pilihan mereka sesuai dengan lubang hidung tok.

Mari kita lihat kegunaan pandan dalam aspek yang lain pula:


1) Makanan.

a) Airperahan daunnya daunnya boleh digunakan membuat kuih2 tradisional seperti kuih talam, ketayap (kuih gulung), cendol, seri muka, buah melaka, bingka atau bengkang kata orang utara.

b) Daunnya yang dilayur, boleh digunakan untuk membuat ketupat atau membalut ayam yang hendak di bakar.

c) Menambahkan wangi pengat atau serawa kata orang utara, nasi lemak, nasi putih, minuman sirap dan berbagai jenis bubur atau orang utara kata buboq.



2) Pelbagai: 

a) Pewangi bedak sejuk.

b) Pewangi asli bunga rampai untuk pengantin atau ditanah perkuburan.

c) Ubat pencegah lipas - Ambil beberapa helai daun yang segar, simpulkan dan letak dalam kabinet dapur. InsyaAllah lipas akan berkurangan.

d) Pewangi dalam kereta - gunting beberapa helai daun muda, masukkan ke dalam bekas plastik. Ia mampu bertahan selama 2 minggu. Lepas 2 minggu bila dah kering tukarlah yang baru.



3) Ubatan:

a) Lemah saraf - ambil 3 helai daun muda, rebus bersama 3 gelas air ( biarkan hingga susut menjadi 2 gelas ). Tapis dan minum 2/3 kali sehari.

b) Buang angin dalam badan : Ambil segenggam pulut. Uli (gentel) supaya menjadi butir-butir kecil. Tambah halia sebesar ibu jari. Masukkan 7 helai daun pandan muda. Masukkan 2 ketul gula melaka. rebus bersama 2 liter air. Tunggu sehingga ketulan pulut timbul di permukaan. Bila sejuk, tapis dan boleh minum. Amalkan 2/3 kali sehari.

c) Gelisah : Ambil 2 helai daun muda. Rendam dalam secawan air yang panas. Tapis dan minum 2/3 kali sehari.

d) Rambut gugur: Daun pandan dicampur dengan 3 jenis herba ( Indonesia ).

e) Menghitamkan rambut: Potong kecil-kecil daun muda. Rebus sehingga airnya berwarna hijau. Embunkan semalaman. Pada keesokannya masukkan air perahan 3 biji buah mengkudu. Ramas rambut dengan air ini selama 10-15 minit. Lakukan 3/4 kali seminggu.

f) Kelemumur:  Ambil 7 helai daun muda. giling halus2 kalau tak boleh giling masukkan dalam blender dan blend bagi hancur. Campurkan 1 atau 2 cawan air. Ramas rambut selama 10-15 minit. Biarkan seketika. Kemudian basuh dengan air sekali lagi.

Ini semua adalah petua serta kesah lama yang boleh kita teruskan penggunaannya. Macam tok sendiri walaupun rambut dah banyak yang gugur serta beruban tapi tok tak suka mencegah keguguran rambut atau menghitamkannya semula sebab lumrah daun dari pokok yang tua akan banyak menggugurkan daunnya, dan tentang warna tok lebih suka warna putih. So biarlah rambut yang tua itu bewarna putih, kalau jatuh dimana-mana mudah dilihat dan boleh kutip buang ketempat yang sesuai.

Alamak...dok citer pasal rambut ler pulak. Tapi apa-apa pun kita kena selalu ingat penggunaan pandan dalam kehidupan harian kita. Baunya yang segar bersama kueh 'Lopes' dan disirami dengan air gula Melaka yang sudah dimasak bercampur wangian pandan tetap menimbulkan nostalgia. Nostalgia pandan asli. 


Salam Ukhuwah..~

2 ulasan:

  1. assalamualaikum tok wan...betul tu daun pandan ni banyak kegunaan nyer boleh jadi pewangi dan mcm2 lagi kegunaan ...:)

    BalasPadam