Bacaan Popular

Isnin, 13 Ogos 2012

Lailatul Qadr_Takdir Yang Baik


Kelayakan minimum untuk mendapatkan lailatulqadar ialah menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Subuh berjemaah tetapi kadar ganjaran diterima seseorang itu sudah pastinya tidak sama bergantung kepada ilmu, iman dan amal.

Setiap amalan perlu disokong oleh ilmu untuk melengkapkan iman dan seterusnya diterjemahkan melalui amalan.

Tiga elemen penting itu sukar untuk seseorang bertemu dan mendapat ganjaran disediakan Allah SWT kepada hamba-Nya yang sanggup berusaha iaitu bonus ibadat seribu bulan yang bersamaan 83 tahun.

“Ilmu itu ialah ilmu akidah, syariah dan akhlak yang memberi kesedaran kita adalah ‘kuli’ Allah dan bersedia melakukan apa saja diperintahkan Tuannya. Oleh itu, tidak kira bila lailatulqadar, sebagai kuli kita akan sanggup bekerja untuknya.

“Pentingnya juga lailatulqadar kerana Allah ingin meningkatkan semangat hamba-Nya tatkala stamina makin berkurangan apabila tiba akhir Ramadan, Allah menjanjikan bonus 1000 bulan”.

Pada malam lailatulqadar 70,000 malaikat diketuai Jibril a.s. turun ke bumi dengan izin Allah untuk menjalankan tugas masing-masing termasuk menetapkan takdir seseorang termasuk rezeki, jodoh, maut, suka, duka yang disebut sebagai qada’ dan qadar.

Justeru, umat Islam dinasihatkan membersihkan rumah mereka sebagai persediaan untuk menyambut kedatangan malaikat. Walaupun tidak semua malaikat akan berkunjung, sekurang-kurangnya jika malaikat rahmat singgah di rumah kita sudah memadai.

Bagi mendapatkan takdir yang baik seseorang itu perlu terlebih dulu memenuhi prasyarat iaitu menjadi baik dengan melakukan semua suruhan Allah.

Allah hanya akan menyambut dan memakbulkan semua doa serta hajat hamba-Nya dengan syarat mereka bertaubat.

“Bolehkah kita meminta kepada Allah tetapi suruhan Allah kita tidak patuh. Sepatutnya jika kita hendak sesuatu yang baik kita terlebih dulu perlu berbuat baik. Jika kita banyak salah, bertaubat nasuha kerana orang yang bertaubat Allah pandang dengan belas kasihan”.

Mereka yang bertuah dan dapat ‘berjabat salam’ dengan Jibril a.s. pada malam itu akan meremang bulu roma dan gementar badannya tidak kira ketika itu mereka sedang bersolat, membaca al-Quran atau bermunajat kepada Allah.

Perasaan menjadi sayu dan mata berair mengingati akhirat, syurga, dosa serta dapat merasakan kemanisan ibadat. Hati bergetar atau berdebar seolah-oleh merasa rangsangan dan sentuhan istimewa.

Tanda fizikal untuk mengetahui sudah berlalunya malam lailatulqadar ialah apabila tiba waktu Subuh, malaikat akan naik semula ke langit dan suasana siang hari itu redup.

Mereka yang berjaya mendapat bonus kerohanian daripada malam lailatulqadar, hatinya menjadi kaya lalu tidak berasa lokek untuk melakukan semua perkara dengan ikhlas, sabar dan tenang.

Bagaiamana kita sekarang? Apakah kita telah bersedia untuk mencari malam Lailatul Qadar itu? Kalau belum bersedia eloklah buat persediaan. Tidak tahun ini mungkin tahun depan, Insyaallah jiakalu panjang umur...

kredit: Naim Qlate


Salam Ukhuwah..~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan