Bacaan Popular

Khamis, 2 Ogos 2012

Lelaki Rambut Panjang Dalam Islam

Gambar hiasan Salehuddin al Ayubi semasa dalam peperangan.


Ini ada satu topik menarik mengenai lelaki yang menyimpan rambutnya panjang, mengikut kata para ulamak dan dari kajian yg hamba dapati, menyimpan rambut panjang adalah salah satu daripada sunah nabi, tapi masyarakat sekarang dah start memandang serong terhadap laki2 yang berambut panjang, iye lah zaman moden la katakan...ianya menyerupai wanita kalau MENGIKAT RAMBUT, sebab orang laki2 tak dibenarkan mengikat rambut pasal tradisi itu hanya digunakan oleh wanita. Nabi dahulu menyimpan rambutnya melebihi paras bahu. Dari apa yang hamba dengar pula, orang2 zaman dulu menyimpan rambut panjang kerana ianya dapat dijadikan perisai di waktu perang.

Pedang apabila ditetak di leher kalau takde rambut, dah tentu terus terpancung leher, dengan mempunyai rambut yg panjang, sekurang-kurangnya ia menjadi satu perisai untuk mempertahankan leher daripada dipancung dengan mudah. Sebab itu tentera islam dulu semuanya berambut panjang.

Sebab ke-dua kenapa tentera islam dulu menyimpan rambut panjang adalah supaya menimbulkan rasa takut kepada pihak musuh, ini counter attack sebelum bermula perang, hampir semua tamadun dulu menggunakan cara ini, tentera German di waktu perang dunia pertama juga menggunakan cara ini untok menakut-nakutkan musuh mereka dengan mengenakan topi perang yang mempunyai tanduk satu.

Orang yg memperkenalkan trend rambut pendek dalam masyarakat lelaki zaman moden sebenarnya bangsa Yunani! Bangsa yg paling banyak dipengaruhi oleh keturunan Kingdom of Judah!!


Jawap lah tu camne?? New world order = Yahudi dah berjaya menyuntik otak kita, kononnya nak nampak moden lah sangat, hehehehh

Apabila seseorang telah mencampur adukkan apa yang dia suka, negara dia suka dgn hukum agama, maka dia akan cuba mengubah sesuatu hukum mengikut kepentingan dan apa yang dia suka, maka kebenaran akan dipalsukan. dan yang paling sedih penipuan ini disebarkan oleh mereka yang suka mempercayai sesuatu bulat-bulat sehingga banyak kebenaran mengenai melayu dinafikan dengan banyak alasan yang direka atau tidak masuk akal . Ada juga kebenaran yang dihina sehingga seolah-olah lebih teruk dari zina..



Antara alasan yang diberi:-gunting belum wujud zaman nabi.

Gunting belum wujud zaman hang tuah zaman nabi guna pisau batu takda teknologi moden. 

Rambut panjang ialah budaya barat. rambut panjang ialah pengikut syaitan kononnya imej negatif / samseng / penjenayah.

Adakah benar semua alasan diatas?

Jangan lupa kepada siapa yang secara tidak langsung anda hina jika menghina orang yang rambut panjang. Tahukah anda yahudi lebih dikenali sebagai golongan yang bersopan santun, lemah lembut diluar negara tetapi mereka cukup anti golongan rambut panjang dan mengapa?

Dalam islam kita kena mengambil semua aspek termasuk perbezaan kecil secara jelas sebelum buat hukum, contoh nya yakin terbahagi kepada ilmul yakin, ainul yakin dan hakkul yakin. sama juga dengan perbezaan menyerupai, keliru, menyamai, meniru semua nya mempunyai perbezaan .

Hukum islam juga harus di kaji secara meluas termasuk sumber lain negara, dan asasnya yang hanya dari al quran dan bukan dari pandangan orang dari negara malaysia sahaja atau pandangan sendiri sebelum hukum dikeluarkan.Semua kajian ini perlu kerana islam bukan diturunkan untuk orang malaysia sahaja tetapi asasnya diturunkan untuk semua orang islam di seluruh negara.


Contohnya:-

Keadaan sesetengah negara yang dimana semuanya pakai pakaian yang menutup kepala tidak nampak rambut dan hanya mempunyai perbezaan lelaki dan perempuan pada janggut dan tiada janggut. Ada pula negara yang lelaki dan perempuan hanya berambut pendek kerinting.


Nabi berambut panjang?

Kata org tua2 dulu ISLAM itu ialah “isi yg dalam”. Yang luaran ini hanya utk membezakan islam dengan agama2 yan lain. Kalau kita kata kita sembahyang, semua agama pun  sembahyang ….kalau ke mekah semua org boleh pergi…..ambil haji “dam haji”..bila balik lebih tamak jadinya. Walhasil ada yang pergi mekah ambil toyol sebab toyol mekah ialah first class toyol dan bila nak mati berebutkan masa ke mekah utk pulangkan semula. Kalau kata pergi kemasjid tiap2 hari, semua orang boleh buat. Kalau rambut panjang ke pendek ke, bukan nak bezakan lelaki dan perempuan sebab yang membezakan ialah jantina…. tengok dikubur tu…. bagaimana nak kenal kubur lelaki dan perempuan ?….Kan jantina tu juga akhirnya…. kubur lelaki nisannya koteh (bulat) dan nisan bagi kubur perempuan berbentuk ***** nya sendiri (leper)……keh..ke….

Bila kita menuntut ilmu, pesan org tua2….kalau akhirnya kita dapat nama maka itu ialah ilmu dunia dan hutang……ilmu yang sejati kita akan dapat darjat. Dan kalau dapat darjat kita tak akan dapat nama itu. Sebab tu wali2 Allah itu tidak dikenali…..emmm ada yang rambutnya panjang !!!.

Menyerupai bererti meniru dan maksudnya tidak sama dengn kekeliruan. dalam membuat hukum islam kena kaji semua perbezaan walau pon ia kecil dan hampir sama. contohnya seperti Yakin, Ainul yakin, Hakkul yakin… walau ia nampak sama tetapi tetap berbeza…


Bagaimana pula isu hukum botakkan kepala?

Botakkan kepala dengan rambut panjang, yang manakah lebih teruk? Apakah perbezaan menyerupai dan keliru? apakah yang sebenarnya dimaksudkan menyerupai atau meniru?

Mengapa isu perempuan menyerupai lelaki tidak ada? 

Bagaimanakah yang dimaksudkan perempuan menyerupai lelaki? benarkah rambut panjang itu budaya barat? 

Mengapa dimalaysia ramai org benci pada mereka yang berambut panjang hingga terpaksa potong rambut jika hendak berkerja dan tidak dinegara lain?
Adakah disebabkan fahaman yang diserapkan dizaman sekolah.
Benarkah jumlah penjenayah dan orang jahat yang terbanyak adalah dari mereka yang berambut melepasi bahu? ada contoh?

Masalah rambut panjang ni dah hampir sama keadaannya dengan masalah menyimpan janggut. Mengapa jadi begini?

Sunnah rasul jika mampu ikut, kita buat, jika tidak suka maka janganlah sunnah tersebut dihina.

Di dalam kitab (Al-Mughni), dikatakan; Dan rambut manusia itu disukai seperti model rambut Nabi Sholallahu alaihi wa sallam – , apabila panjang sampai ke bahu, dan apabila pendek sampai ke cuping telinganya. Kalau dipanjangkan tidak apa-apa. Imam Ahmad telah menyatakan seperti itu

Yang menjadi masalah dan persoalan sekarang ni disebabkan pandangan masyarakat Malaysia nih, semakin lama semakin kita terpesong kononnya ingin mengikut arus kemodenan dan menjadi sebuah negara yang kononnya “bertamadun”..

Siapa yang bawa tamadun moden ke dunia zaman skarang ni?? Pelopornya adalah YAHUDI LAKNATULLAH! Seperti tok penghulu nakhoda itam kata sebelum ini, bangsa yang paling membencikan mereka yg berambut panjang adalah bangsa YAHUDI!!

Hamba semakin hari semakin sedih melihat pemikiran rakyat kita ..

Yahudi telah menghapuskan sistem2 tertera di bawah ini kononnya ingin membuat manusia menjadi lebih bertamadun, tetapi sebenarnya telah menghancurkan nilai moral dan keagamaan masing2:

1. Sistem demokrasi

2. Sistem republikasi

3. Komunism Sosialis (pembahagian sama rata)

4. Penghapusan Feudalism (penghapusan kasta) Semakin lama semakin manusia besar kepala, lihatlah, hudud ditentang, syariat2 lama Islam semuanya telah semakin terhapus!


Ini adalah PERMAINAN YAHUDI!!!

Sunnah yang patut dibuat dulu adalah yang wajib dan seterusnya yang dituntut. Kemudian yang sunat2. Ramai orang apabila sebut sunnah aje dia ingat dengan cara pakaian, cara makan dsbnya yang Rasulullah s.a.w. buat. Kalau nak makan pakai sudu maka pakailah sudu tapi sunnah yang dituntut adalah baca Bismillah sebelum makan. Cara pakaian pun sama. Kalau nak pakai jubah atau serban pakailah. Tapi kalau tak nak pakai maka pakailah pakaian yang menutup aurat dan tidak meniru2 orang2 kafir.

Banyak sunnah dah jadi sesuatu kesalahan dan sesuatu yang dihina walapupon dinegara islam malaysia sendiri..



PESANAN:

Kalau berambut panjang mesti laa terurus dan dijaga rapi, kalau tak, gugur lah ia, golongan yang berambut panjang semua mesti tahu jaga rambut masing2, sape sanggup rambut gugur?? Haha.Tapi kalau maksud tuan hamba dengan mengikat rambut, tidak sama sekali, sebenarnya haram bagi laki2 untuk mengikat rambut mereka.

kredit: rakangroup


Salam Ukhuwah..~

2 ulasan:

  1. terima kasih atas peringatan dan perkongsian..salam ramadhan...

    BalasPadam
  2. Saya dengar ceramah ustaz kat u tube.... Hukum ikat rambut panjang untuk solat harus ke makhruh ( salah satu ) sebab dahi kita mesti terkena lantai or sejadah . Kalau ada sehelai rambut pon yg halang dahi kita.... So solat tak sah. Jadi ... Kalau rambut panjang lagi senang batal solat .. so.... Ikat rambut tu harua tak silap

    BalasPadam