Gambar sebagai hiasan, "Bukan mata mereka yang ditutup, tapi matahati kita yang tidak dapat melihat".
Ini adalah luahan ikhlas dari AHMAD FAIDZURRAHIM
Sesungguhnya dewasa ini umat Islam menghadapi cabaran fahaman dan agenda demokrasi liberal yang dijana melalui organisasi terancang yang kekadang terkabur oleh ketidaktelitian sendiri walau berpartikan politik Islam. Rangkaian dan konsistensi pasti kedapatan jika kita bersama meneliti sehalusnya dengan multi-disiplin keilmuan keantarabangsaan dan keilmuan agama yang benar daripada pensanadan ilmu yang thiqah yang berkredibiliti. Tidak semestinya kemasyhuran intelektualisme mengatasi kebenaran kerana di sana memungkinkan terdapatnya kekeliruan dan kesamaran jika tidak berhati-hati.
Umat Islam kini berdepan cabaran fahaman-fahaman sesat dan merbahaya serta bersifat pengganas dalam bentuk pemikiran, contoh yang boleh kita utarakan di sini seperti golongan Wahhabiy yang berfahaman songsang dalam bab akidah dan juga fahaman demokrasi liberal yang begitu bebas dan ianya melemahkan integriti perpaduan ummah khususnya di negara tercinta kita Malaysia dan sekitarnya. Bila dinilai semula gerakan dan fahaman Wahhabi memang jelas didefinisi oleh pendokong demokrasi liberal.
Mereka memahami sejarah Islam dan membiarkan kita dicabar dari luar dan dalam. Dari dalam melalui fahaman yang menjejaskan akidah di samping kemunculan ajaran-ajaran sesat lain yang mengambil kesempatan di tengah-tengah masyarakat Islam seperti mutasawwifah (ahli Tarikat dan sufi yang sesat), manakala dari luar pula melalui gerakan demokrasi liberal dan sekularisme.
Maka gerakan demokrasi liberal (acuan Yahudi moden) mendefinisi Muslim kepada 4 kumpulan iaitu;
1-fundamentalist,
2-traditionalist,
3-modernist
4-dan secularist.
Di samping itu, disebabkan umat Islam kurang pengetahuan sejarah Islam silam kerana sibuk main internet dan Facebook serta lepak di kedai mamak sehingga lewat malam dan sibuk mengumpat dan maki hamun dan ada juga sibuk mengumpul kekayaan harta dunia menyebabkan umat Islam dewasa ini alpa ditambah pula ketidakjelasan ilmu akidah membuntukan lagi pencerahan mereka dalam mengenal yang benar dan yang mana batil dari sudut akidah dan Islam. Hatta yang bertopeng Islam pun tidak dapat dikenalpasti oleh orang Islam, natijah dan kesannya adalah ajaran sesat mungkin diiktiraf disebab kegagalan menguasai keilmuan akidah.
Betapalah sedihnya umat Islam akhir zaman. Oleh itu marilah bersama mempelajari usul al-din akidah yang benar berdasarkan metod yang sistematik yang telah disusun melalui pengajian sifat 20 ulama terdahulu dan seumpamanya. Namun ilmu ini sekarang sedikit demi sedikit terhakis dan kurang diminati, dan kebanyakkan lebih mengutamakan ilmu kaifiat fiqh ataupun usul fiqh, tasawuf, kerohanian, hiburan Islam umpama nasyid daripada mempelajari ilmu yang wajib kita pelajari ini.
Saya (Ahmad Faidzurrahim) amat sedih dengan realiti yang berlaku di Malaysia sekarang yang mana tanah air umpama syurga ajaran sesat dan bangsa asing dari luar serta yang mengambil keuntungan orang kita melalui jemputan orang-orang luar (tanpa ditapis dengan teliti oleh pihak yang berkeahlian) yang bertopengkan agama dan kononnya memberi ceramah di Malaysia padahal pada hakikatnya mereka umpama penjajah terdahulu yang hanya ingin keuntungan tanah air dan nama serta kemasyhuran semata-mata.
Sedih juga di negara kita seolah-olah sudah ketandusan ulamak sendiri, seolah-olah kita berada di zaman Jahiliyyah sudah tidak ada seorang ulamak Melayu yang boleh diiktiraf oleh rakyat Islam sendiri, Subhanallah. Padahalah orang Melayu memang hebat dalam ilmu agama.
Marilah bersama kita merenungi mengkaji sejarah, memahami cabaran fahaman-fahaman sesat tersebut seperti demokrasi liberal, Wahhabi, Syiah, Mutasawifah, Hizbut Tahrir, Syiah yang bertopengkan dengan nama Habib dan habaib, muktazikah moden, khawarij moden dan lain-lain.
kredit: AHMAD FAIDZURRAHIM (Penulis Kitab-Kitab Ahli Sunnah Wal Jamaah)

Salam Ukhuwah..~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan