Bacaan Popular

Isnin, 13 Ogos 2012

I'tikaf

Hazrat Ibnu 'Abbas r.a.huma berkata bahawa sesungguhnya Rasulullah saw telah bersabda tentang orang yang beri'tikaf bahawa dia terpelihara
dari dosa-dosa sedangkan dia akan diberi ganjaran
amal-amal kebaikan seperti orang yang
melakukan kebaikan-kebaikan
itu kesemuanya.

Keterangan:

Dua faedah I'tikaf yang khusus telah dinyatakan didalam hadith ini.

Pertama, dengan sebab I'tikaf seseorang itu akan terpelihara dari dosa-dosa. Kalau bukan dalam keadaan I'tikaf, kadang-kadang akan wujud keadaan yang mendorong seseorang terlibat dengan dosa kerana kecuaian atau tersilap dan betapa besarnya kezaliman seseorang apabila dia melakukan maksiat diwaktu yang begitu berkat. Disebabkan I'tikaf seseorang itu akan terpelihara dan terselamat dari keadaan tersebut.

Kedua, disebabkan I'tikaf banyak sekali amal-amal kebaikan seperti mengiringi jenazah, menziarahi orang sakit dan lain-lain tidak dapat dilakukan oleh orang yang beri'tikaf. Oleh kerana itu ganjaran mana-mana amal yang tidak dapat kerana berada didalam keadaan beri'tikaf masih juga terus didapati walaupun ia tidak dapat dilakukan. Allahu Akbar ! Betapa besar rahmat dan limpah kurnia Allah snt. Seseorang itu hanya melakukan satu ibadat tetapi dia mendapat ganjaran untuk sepuluh amalan. Hakikatnya rahmat Allah snt hanya mencari alasan. Dengan hanya sedikit permintaan dan tawajjuh ia akan turun mencurah-curah.




Dia tidak memberi dengan bayaraan, tetapi Dia memberi
hanya dengan sedikit alasan.


Namun demikian dari mula lagi kita tidak menghargainya, malah tidak merasa perlu pun kepadanya. Siapakah yang akan memberi perhatian dan kenapa perlu memberi perhatian sedangkan kepentingan agama sudah tidak ada lagi di dalam hati kita.


Wahai Shahidi !(nama Penyair) KemurahanNya itu
umum keatas semua orang.

Kalau sememangnya kamu layak, maka tiada apa-apa
pertentangan di antaramu dengan Dia.


Hazrat Ibn 'Abbas r.a.huma berkata bahawa sesungguhnya sekali beliau sedang beri'tikaf di dalam masjid Nabi saw. Telah datang kepadanya seorang lelaki lalu memberi salam kemudian dia telah duduk. Hazrat Ibn 'Abbas r.a.huma telah berkata kepadanya, "Wahai fulan ! Aku nampak kamu berada dalam keadaan dukacita dan sedih." Beliau menjawab. "Wahai saudara sepupu Rasul Allah. Aku ada hak yang wajib ditunaikan dan demi kehormatan penghuni kubur ini, aku tidak mampu menunaikannya." Hazrat Ibn 'Abbas r.a.huma pun berkata, "Adakah patut aku bercakap kepadanya bagi pihakmu?" Lelaki itu menjawab, "Persilakan sekiranya engkau suka." Perawi berkata lalu Hazrat Ibn 'Abbas r.a.huma pun memakai kasut dan keluar dari masjid. Lelaki itu pun berkata kepadanya, "Adakah engkau lupa apa yang sedang engkau lakukan." Hazrat Ibn 'Abbas r.a.huma menjawab, "Tidak !! sesungguhnya aku telah dengar penghuni kubur ini, dan masanya masih hampir." Lalu kedua-dua matanya digenangi air mata. Baginda berkata, "Sesiapa yang berjalan untuk menunaikan hajat saudaranya dan dapat menyempurnakannya adalah lebih baik baginya dari beri'tikaf sepuluh tahun dan sesiapa yang beri'tikaf sehari kerana mencari keredhaan Allah maka Allah akan jadikan di antaranya dengan neraka tiga parit dan satu parit lebih lebar dari jarak antara bumi dengan langit."

(Kalau ini ganjarannya bagi satu hari beri'tikaf maka betapakah
kadar ganjaran bagi I'tikaf selama sepuluh tahun.)


Keterangan:

Dari hadith ini dua perkara dapat diketahui.

Pertama, pahala sehari I'tikaf adalah, Allah snt akan menghadangkan diantaranya dengan api neraka jahanam dengan tiga parit dan setiap satu parit begitu besar, seluas alam ini. Sebanyak mana hari I'tikaf bertambah sebanyak itu ganjarannya juga akan bertambah. Allamah Sya'rani rah. telah menukilkan satu hadith Nabi saw didalam kitabnya yang berbunyi. "Sesiapa yang beri'tikaf sepuluh hari di bulan Ramadhan akan mendapat ganjaran dua haji dan dua umrah. Sesiapa yang beri'tikaf di dalam masjid dari maghrib hingga ke Isyak tanpa bercakap dengan sesiapa pun selain membacaa al Quran dan bersolah maka Allah snt akan membinakan untuknya satu mahligai di dalam syurga."

Kedua, perkara kedua adalah sesuatu yang lebih penting daripada apa yang disebutkan diatas. Menyempurnakaan hajat seseorang Islam telah dinyatakan lebih afdal dari beri'tikaf selama sepuluh tahun. Oleh kerana itu Hazrat Ibn 'Abbas r.a.huma telah tidak menghiraukan I'tikafnya sendiri kerana selepas itu pun ia masih boleh ditampung dan massih boleh diqadha. Kerana itu jugalah para ahli sufi berkata, "Allah snt tidak pernah menghargai sesuatu pun sebagaimana Dia menghargai hati seorang hamba yang telah remuk." Kerana itulah juga hadith-hadith baegitu banyak sekali memberi amaran terhadap doa keburukan orang yang dizalimi. Apabila Rasulullah saw melantik dan menghantar mana-mana gabenor, disamping nasihat-nasihat yang lain Baginda saw bersabda.


"Takutilah doa orang yang dizalimi."


"Takutilah keluhan dari orang-orang yang dizalimi.
Sewaktu mereka berdoa, penerimaan Allah datang ke pintu
untuk menyambutnya."


Disini perlu diperhatikan satu perkara. Keluar dari masjid menyempurnakan hajat mana-mana saudara Islam pun akan menyebabkan batalnya I'tikaf. Sekiranya I'tikaf itu adalah yang wajib maka wajib diqadhakan (semasa beri'tikaf). Nabi saw tidak akan keluar dari masjid untuk apa-apa keperluan pun selain dari keperluan qadha hajat. Kisah diatas menyatakan sifat ithar (pengorbanan diri) Penting. Hazrat Ibn 'Abbas r.a.huma demi kepentingan saudaranya yang lain sehingga beliau memutuskan I'tikafnya sendiri. Keadaan sedemikian memang sesuai dengan sifat sahabat - demi kepentingan orang lain mereka sanggup mati kedahagaan, tetapi tetap tidak rela untuk meminum titisan air yang terakhir kerana merasakan saudara yang terbaring dalam keadaan cedera disebelahnya lebih perlu diutamakan. Mungkin juga I'tikaf Ibn 'Abbas adalah I'tikaf sunat. Sekiranya demukian maka tiada apa-apa kemusykilan lagi.

Saya telah bentangkan satu hadith yang panjang yang mengandungi kelebihan berbagai sebagai hadiah dalam bulan Ramadhan ini kepada anda semua. Sila ikuti link ini  http://blogtokwan.blogspot.com/2012/08/fadhilat-ramadhan-bhg-i.html


kredit: fadhilat amal


Salam Ukhuwah..~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan