Bacaan Popular

Jumaat, 24 Jun 2011

Syarat Pertunangan Dan Putus Tunang


Amalan pertunangan merupakan amalan adat resam yang wujud di dalam masyarakat di Malaysia. Ia merupakan salah satu langkah permulaan kepada perkahwinan dan dianjurkan agar pihak-pihak dapat berkenalan antara satu sama lain sebelum melangsungkan perkahwinan.

Ada beberapa syarat yang perlu dipatuhi apabila sesuatu pertunangan itu hendak dilangsungkan, antaranya ialah:

a) Wanita yang hendak ditunangkan itu bukan isteri seseorang. Bertunang dengan tunang orang lain juga adalah berdosa dan kebanyakan ulama mengatakan ialah tidak sah, haram serta batal;

b) Pertunangan antara lelaki dan wanita yang mempunyai hubungan mahram juga adalah tidak sah;

c) Pertunangan tidak boleh dilaksanakan antara lelaki dan wanita sekiranya wanita itu masih lagi berada dalam tempoh edah akibat diceraikan ataupun kematian suami.

Amalan pertunangan sebenarnya membawa banyak faedah dan merapatkan hubungan kekeluargaan antara pihak lelaki dan pihak perempuan. Sekiranya berlaku pemungkiran pertunangan tanpa alasan-alasan yang munasabah, sedangkan persiapan perkahwinan sudah dirancang, pihak-pihak yang terlibat boleh menuntut ganti rugi yang berkaitan di Mahkamah Syariah.

Situasi ini, telah jelas diterangkan dalam peruntukan Undang-undang Keluarga Islam iaitu, apabila berlakunya kemungkiran terhadap ikatan pertunangan yang telah dibuat antara kedua belah pihak sama ada secara rasmi atau sebaliknya, maka pihak yang memungkiri pertunangan tersebut bertanggungjawab untuk membayar segala ganti rugi yang telah dibelanjakan sama ada semasa pertunangan atau ganti rugi persiapan perkahwinan kepada pihak satu lagi. Tuntutan ganti rugi itu boleh dibuat dengan memfailkan tuntutan di Mahkamah Syariah.


Menurut Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 memperuntukkan:


“Jika seseorang telah mengikat suatu kontrak pertunangan mengikut Hukum Syarak, sama ada secara lisan atau secara bertulis dan sama ada secara bersendirian atau melalui seseorang perantaraan dan kemudiannya enggan berkahwin dengan pihak satu lagi kepada kontrak itu tanpa apa-apa sebab manakala pihak yang satu lagi bersetuju berkahwin dengannya, maka pihak yang mungkir adalah bertanggungan memulangkan pemberian-pemberian pertunangan, jika ada, atau nilainya membayar apa-apa wang yang telah dibelanjakan dengan suci hati oleh atau untuk pihak yang satu lagi untuk membuat persediaan bagi perkahwinan itu, dan yang demikian boleh dituntut melalui tindakan Mahkamah”.

Berdasarkan peruntukan ini, jelas menunjukkan bahawa keadilan diberikan kepada pihak yang teraniaya akibat dari pemungkiran pertunangan tanpa sebab-sebab yang munasabah.

Ganti rugi yang akan ditaksirkan oleh pihak Mahkamah mengambil kira segala perbelanjaan dan persediaan yang telah dilakukan bagi majlis perkahwinan tersebut. Malah, pihak yang mungkir janji juga bertanggungjawab untuk memulangkan semula segala hadiah atau pemberian pertunangan yang diterima, sekiranya ada. Jika barang tersebut sudah tiada atau lupus seperti makanan atau barang peribadi yang telah digunakan, maka ia perlu ditaksirkan dan dibayar berdasarkan nilaian wang sebagai ganti rugi.

Kesimpulannya, apabila berlaku pemungkiran pertunangan tanpa alasan yang munasabah, pihak satu yang teraniaya boleh menuntut segala kos kerugian seperti persiapan perkahwinan dan pemberian pertunangan di Mahkamah Syariah berdasarkan peruntukan yang telah dinyatakan di atas.

kredit: Samsiah


Salam Ukhuwah..~

10 ulasan:

  1. Jika naluri hati menyatakan tiada keserasian, adakah ini menjadi sebab utk pihak mahkamah masih menuntut ganti rugi..takut nanti tidak bahagia selepas berkahwin

    BalasPadam
  2. Saya baru saja putus tunang dan wanita itu ingin dilepaskan sebab dia ada asalan yang sendiri...apakah saya perlu buat?

    BalasPadam
  3. Sy dr pihak ppuan dan ingn memutuskan ptunangan ats sb sy tidak dpt menerima tunang sy lg krn dia sudah blaku curang pd sy dan jgk spnjg tmpoh btunang dia x pnh myatakn dri dia dah btunang..dia jga mjalin hbgn sulit gn ppuan len..jd nye sy yg ingn mntk putus..adakah sy prlu mbayar gnti rugi wlaupn yg mmbuat onar adalah pihak lelaki...

    BalasPadam
  4. sy melafaskan putus tunang tanpa niat...

    BalasPadam
  5. sy dr pihak perempuan ,apa yg harus sy buat jika tunang sy menyuarakn untk putus tunang ..

    BalasPadam
  6. Kalau putus tunang pakai sms mcm mane adakah putus tunang ....

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum,nk tanye mcm pulak law duit hantaran..sye sudah nk anta dah bincang dgn fmily tunang sye ...tibe.tunang sye mintk ptos ..sbb dia ade lelaki lain..jadi mcm ne tu

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum,nk tanye mcm pulak law duit hantaran..sye sudah nk anta dah bincang dgn fmily tunang sye ...tibe.tunang sye mintk ptos ..sbb dia ade lelaki lain..jadi mcm ne tu

    BalasPadam
  9. salamm ..tunang sye(belah wanita)brhasrat untuk putus tunang dan telah mengatakan yg kami telah putus tunangan(lafaz putus tunang melalui percakapan) tetapi belum memulangkn cincin lagi . adakah dngn itu pertunangan kami btol2 da trputus ? agk konfiuss

    BalasPadam
  10. salamm ..tunang sye(belah wanita)brhasrat untuk putus tunang dan telah mengatakan yg kami telah putus tunangan(lafaz putus tunang melalui percakapan) tetapi belum memulangkn cincin lagi . adakah dngn itu pertunangan kami btol2 da trputus ? agk konfiuss

    BalasPadam