Bacaan Popular

Sabtu, 11 Jun 2011

Penipuan Syariah Oleh Perbankan Islam?


Kini hampir semua bank konvensional di negara kita membuka kaunter syariah. Kaunter riba kekal macam dulu-dulu juga. Kalaulah benar bagus amalan syariah, apa muslihatnya lagi kaunter riba dibuka kepada para pelanggan. Orang bukan Islam pun sudah ramai melanggani perkhidmatan Bank Islam. Kalau kaunter syariah banyak membawa untung, sewajarnya pihak bank menutup sahaja urusan riba. Apabila kaunter riba terus kekal, tentu ada sesuatu yang kita tidak fahami. Maklumlah kita bukan orang perbankan dan bukan pula orang bisnes.

Apa yang mahu dibicarakan ini berkait dengan intro di atas. Penulis baru perasan. Beberapa tahun lepas, penulis ada membuat personal loan dengan Bank Rakyat mengikut syariah. Lalu diadakan sesi penjelasan dan akad jual-belinya yang ditaklidkan sebagai membeli sebuah computer daripada bank. Nampaklah syariahnya berdasarkan penerangan jual-beli oleh pegawai bank dan akadnya.

Setelah habis pinjaman peribadi itu, penulis membeli sebuah kereta juga melalui kaunter syariah di sebuah bank terkemuka. Borang yang diitandatangani menunjukkan bahawa penulis telah memilih sewa-beli mengikut syariah. Yang anehnya ialah tiada apa-apa penjelasan sewa-beli dan akadnya. Betul-betul macam berurusan di kaunter riba sahaja. Hanya borang sahaja berbeza. Begitulah juga pada tahun lepas apabila penulis membeli sebuah kereta terpakai untuk anak sulung. Sama sahaja pelaksanaannya.


Persoalannya sekarang ialah adakah pelaksanaan perbankan mengikut syariah yang diamalkan oleh institusi kewangan benar-benar menepati disiplin dan syariat Islam? Adakah amalan yang dilakukan di kaunter melanggar panduan dan nasihat yang telah digariskan oleh panel syariah yang dilantik oleh bank? Adakah pelanggan-pelanggan bank telah ditipu oleh pihak bank dengan bermodalkan nama syariah dan Islam?

Kita mengharapkan pihak kerajaan, Persatuan Pengguna Islam dan alim ulama mengambil berat dan menyiasat perkara ini. Kita tidak izinkan penipuan berlaku dan sikap mempermainkan hukum-hukum Islam berleluasa. Umat Islam yang prihatin mestilah bertindak untuk mendedahkan tipudaya ini. Kalau perlu, boikot institusi kewangan yang mempersendakan Islam.

kredit: dakwahkemaman


Salam Ukhuwah..~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan