Allah ta'ala telah meletakkan kejayaan dunia dan akhirat dalam agama. Lailaha ilallah..~
Bacaan Popular
-
Sebagai seorang Muslim kita semua tahu bahawa solat itu merupakan kewajipan yang Allah s.w.t. suruh seperti mana yang terdapat di dal...
-
Hari itu, saya balik selepas didenda berdiri di luar kelas selama sejam selepas waktu sekolah oleh Ustaz Ismail kerana terlupa menyiapk...
-
Ini adalah beberapa PETUA (Perubatan Orang Tua-tua Dulu-kala) untuk kita ingati dan amalkan dalam kehidupan kita. Memang dulu-dulu jarak kli...
-
Zaman sudah berubah..isteri sekarang semakin berani berlaku curang!” Kadar gejala seks bebas kian meningkat dalam masyarakat hari ini. Lebih...
-
DOA INI AFDALNYA DIBACA 11 KALI KETIKA SUJUD SEBAIK SELESAI SALAM SEMBAHYANG FARDHU. KEMUDIAN MOHON DOA KEPADA ALLAH. INSYA'ALLAH. TAWAK...
-
Minggu lepas Tok Wan ke Telok Intan, distinasi tepatnya ialah Kampung Sungai Jejawi Telok Intan, Perak. Tok pergi dengan sepupu yang...
Rabu, 1 Jun 2011
Durhaka Dalam Solat
Solat wajib di lakukan mengikut hukum dan syarat syarat yang telah di tetapkan syariat, di samping itu ia wajib di lakukan dengan khusyuk, tawadhuk dan rasa penuh kehambaan kepada Allah.
Jika tidak ada perkara ini di dalam diri ketika melakukan solat maka sesorang itu tidak akan rasa ia sedang menyembah Allah. Maka sudah tentu dia tidak akan rasa bertuhan. Apabila tidak ada rasa bertuhan maka dia tidak rasa dia itu hamba.
Ibadah orang saperti ini hanya akan menambahkan dosa terhadap dirinya sendiri. Dan tidak dapat melahirkan peribadi orang yang merendah diri dan berkasih sayang. Tetapi apa yang akan lahir ialah sifat sombong, riak dan ingin di puji, rasa diri ahli ibadah dan bersih dan sebenarnya tidak akan melahirkan rasa takut pun kepada Tuhan.
Solat yang sepatutnya menjadi penghubung di antara diri seseorang hamba dan Khaliqnya sebaliknya telah menjadi hijab seseorang hamba dengan Tuhan nya.
Dosa saperti inilah biasanya seseorang itu mati tidak berampun kerana dia tidak sedar atau tidak rasa dia berdosa kepada Allah. Akhirnya dia mati dalam su’ul khatimah kerana selama ini dia rasa dia berbuat baik bukan berbuat dosa dan derhaka. Rupa rupanya dia melakukan dosa di atas saluran yang baik. Melakukan dosa sedangkan dia dalam solat. Membuat dosa dan derhaka dalam keta'atan. Lahirnya nampak ta'at tapi batinya derhaka.
Mereka sangka ibadah mereka memusnahkan mazmumah tapi cara ibadah mereka sebenarnya menyuburkan nya. Wallahu'alam...
“SESUNGGUHNYA BERUNTUNGLAH ORANG ORANG YANG BERIMAN (YAITU) ORANG YANG KUSYUK DALAM SOLATNYA” – AL MUKMINUN AYAT 1-2.
kredit: Amri el Wahab
Salam Ukhuwah..~
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan