Alhamdulillah, kali ini saya berkesempatan berkongi cerita ringkas bersama gambar sekali. Ia perjalanan kami hari ini 30 April 09. Pengembaraan kali ini bermula jam 9.30 hingga 8 malam. Ia hanya sebahagian sahaja dari Jerusalem.
Ini ialah "tabut ahdi", peti yang menyimpan baju, tongkat dan kitab taurat Nabi Musa. Ia dihilangkan oleh Yahudi pada tahun 70 masihi ketika Titos, raja Rom timur menyerang Jerusalem. Orang Yahudi menggali di sekitar masjid al-Aqsa mencari dua perkara iaitu tabut ini dan harta nabi Sulaiman. Kedua-dua ini penting bagi cita-cita mewujudkan kerajaan Yahudi Raya dan Tample ketiga mereka. Mereka berkayakinan, tabut ini berada sekitar masjid al-Aqsa atau di bawah al-Aqsa.
Ini pula salib yang diperkenalkan oleh Richard the lion heart, Raja Britan yang bercita-cita menawan kembali al-Aqsa setelah tentera salib kalah di peperangan Hittin. Salib ini menggabungkan kristian dari berbagai mazhab, salib-salib kecil itu melambangkan gabungan lima negara iaitu Britan, Spain, Italy, France dan German. Akhirnya, Richard berundur kerana tidak mampu menandingi kehebatan Salahuddin al-Ayubi
Ini ialah "manurah". Yahudi akan menyalakannya dengan lilin yang dipasang setiap hari. Tujuh tempat itu merupakan tujuh hari
Yang ini pula "Hanukah", setahun sekali mereka akan menyalakannya pada hari perayaan. Ia sembilan hari
Jerusalem dipagar dengan tembok. Ia hanya boleh dilalui dari 7 pintu yang terbuka. Satu pintu lagi ditutup dan hanya akan dibuka setelah Nabi Isa datang. Ia dipercayai oleh orang Islam di sini, Kristian dan Yahudi. Bagi Yahudi, yang datang adalah Messiah, seorang lain yang bukan Isa a.s Ini adalah Damascus Gate.
Herod Gate atau Bab Tahirah
Ini adalah Bab Nabi Daud, atau Zion Gate. Pintu ini adalah pintu terakhir pertahanan orang Islam ketika Yahudi cuba menawan Jerusalem. Lubang-lubang di pintu ini ialah bekas tembakan peluru peperangan pada tahun 1967 yang menyaksikan Israel mengalahkan lima negara iaitu, Palestin, Syria, Lubnan, Mesir dan Jordan.
Ini ialah Jaffa gate.
Dewan "last supper" . Orang kristain percaya di sini adalah tempat makan malam terakhir Nabi Isa. Dahulunya ia adalah masjid.
Di sini terdapat makam Nabi Daud. Ia dijaga oleh Yahudi sekarang. Jika hendak masuk seorang mestilah memakai kopiah. Jika tidak ada, maka ada disediakan kopiah di sin
Makam Nabi Daud. Ia dipisahkan antara lelaki dan perempuan yang ingin melawat. Nabi Daud dianggap raja terhebat bagi orang Yahudi
Ini adalah lorong lama di dalam Jerusalem. Ia disebut sebagai laluan Cardo. Laluan ini ialah lorang peniaga.
Peta Jerusalem yang ditemui di gereja Madaba Jordan. Di tengah ialah laluan Cardo. Gereja ini ialah gereja kurun ke lima masihi iaitu sebelum kelahirann Nabi saw
Lukisan tample ketiga idaman Yahudi
Penat berjalan kami makan. Makan roti arab sama daging. Rotinya keras. Penat mengunyah. Kata abang Aziz, "kalau macam ni bukan kawan aje letih mengunyah, ikan Pirahna pun letih beb"
Menurut kristian di sinilah Jesus di Salib, di kubah biru sebelah kanan. Bagi Islam, Nabi Isa diangkat ke langit dan akan turun kembali akhir zaman.
Setelah di salib, Jesus diletakkan dibatu ini. Bagi Islam, sesorang yang mengkhinati Isa yang telah diserupakan seperti baginda.
Setelah mati Jesus di tanam di sini. Pandangan ini merupakan pandangan semua kristian kecuali Protestan. Ini kerana, bagi protestan, tidak ada kubur zaman dahulu berada di dalam kota Jerusalem. Ia mesti di luar. Bagi Islam, Isa masih hidup dan akan diturunkan kembali nanti
Orang yang datang akan membawa lilin. Lilin akan dimatikan didepan kubur ini. Lilin itu akan dibawa balik untuk menjadi lilin keramat seperti tangkal bagi mereka.
Ketika tentera Islam dapat mengalahkan Rom di Jerusalem, Saidina Umar datang ke Jerusalem ini, beliau di ajak oleh paderi di sini untuk melawat tempat di sekitar Jerusalem ini. Pada ketika itu, masuk waktu asar. Umar dijemput untuk sembahyang di gereja. Umar menolak dan bersembahyang di tepi gereja di atas. tempat Umar sembahyang bersama para tentera Islam di dirikan masjid dan dinamakan Masjid Umar. gambar di atas adalah di dalam masjid Umar.
Umar membuat satu perjanjian bahawa orang kristian di Jerusalem akan dijaga harta mereka dan hak mereka jika mereka tidak bekerjasama dengan Rom dan Yahudi, juga hendaklah mereka membayar Jizyah. Bagi Islam, mereka ada zakat dan bagi orang kafir ada Jizyah. Perjanjian ini terdapat di Masjid Umar hingga sekarang. Ia disaksikan oleh empat sahabat besar iaitu, saidina Khalid al-Walid, Saidian Abdul Rahman al-Auf, saidina Mauwiyah dan Saidina Amru al-Ash.
Dinding Jerusalem pernah dirobohkan tahun 1299 m. Ia dibina kembali pada zaman Sultan Sulaiman al-Qanuni, Sultan Uthmaniah. Ini ialah makam dua jurutera Islam yang membina kembali dinding kota pada tahun 1541 m.
Betul-betul di tengah gambar ini ialah perkampungan Uzair, seorang yang dimatikan selama seratus tahun untuk Allah tunjukkan kekuasaanya. Kisahnya ada tersebut di dalam al-Quran.
al-Aqsa dari bukit Mukabbir. Ia dinamakan bukit Mukabbir kerana, di sinilah Saidina Umar dan seluruh tentera Islam bertakbir. Ini kerana, dari bukit inilah, tempat pertama Saidina Umar melihat al-Aqsa.
kredit: Ustaz Amin
Salam Ukhuwah..~
Allah ta'ala telah meletakkan kejayaan dunia dan akhirat dalam agama. Lailaha ilallah..~
Bacaan Popular
-
Sebagai seorang Muslim kita semua tahu bahawa solat itu merupakan kewajipan yang Allah s.w.t. suruh seperti mana yang terdapat di dal...
-
Hari itu, saya balik selepas didenda berdiri di luar kelas selama sejam selepas waktu sekolah oleh Ustaz Ismail kerana terlupa menyiapk...
-
Ini adalah beberapa PETUA (Perubatan Orang Tua-tua Dulu-kala) untuk kita ingati dan amalkan dalam kehidupan kita. Memang dulu-dulu jarak kli...
-
Zaman sudah berubah..isteri sekarang semakin berani berlaku curang!” Kadar gejala seks bebas kian meningkat dalam masyarakat hari ini. Lebih...
-
DOA INI AFDALNYA DIBACA 11 KALI KETIKA SUJUD SEBAIK SELESAI SALAM SEMBAHYANG FARDHU. KEMUDIAN MOHON DOA KEPADA ALLAH. INSYA'ALLAH. TAWAK...
-
Minggu lepas Tok Wan ke Telok Intan, distinasi tepatnya ialah Kampung Sungai Jejawi Telok Intan, Perak. Tok pergi dengan sepupu yang...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan