Gambar sekadar hiasan
Statistik menunjukkan perzinaan berlaku secara berleluasa pada masa sekarang dan benarlah seperti sabda Nabi s.a.w dalam hadithnya yang berkaitan tanda-tanda qiamat semakin hampir yang maksudnya lebih kurang, 'Antara tanda-tanda dekat berlakunya qiamat itu ialah berleluasanya zina'.
Memang zina berlaku setiap masa dan hasil zina yang melahirkan anak sahaja ialah 7 kelahiran setiap satu jam di Malaysia. Itu yang melahirkan dan bagaimana pula yang tidak melahirkan? Jawapannya pasti akan lebih banyak lagi.
Bagaimana cara untuk jauhi zina?
Allah s.w.t. sudah jelaskan semua perkara tapi manusia tak mahu ikut atau ta'at. Antaranya perintah setiap wanita menutup aurat mereka dengan sempurna. Perintah agar menjaga pergaulan antara lelaki dan perempuan. Bagitu juga lelaki mesti jaga pandangan mata. Nabi s.a.w. pun menyarankan agar disegerakan pernikahan anak-anak yang sudah ada akal baligh agar tidak berlaku perzinaan. Sebaliknya kita pada masa ini jika ada jiran menikahkan anak mereka dalam usia belasan tahun seolah-olah menjadi perkara pelik pula, itulah peliknya kita dan dengan kepelikan itulah zina terus berleluasa.
Oleh kerana zaman ini kita memaksa anak-anak untuk mendapatkan ilmu pendidikan akedemik, kita ajar mereka mengejar kemajuan dan kebendaan maka peluang mereka berzina lebih luas dan dalam masa yang sama peluang mengejar akhirat semakin sempit. Mereka meninggalkan rumah dengan pakaian yang ikut suka mereka dan tinggal jauh dari kita sebagai ibu bapa. Bagi yang sudah bertemu jodoh maka bakal pengantin terpaksa memikul kos kenduri yang besar walhal ini semua hanya memenuhi selera nafsu kita yang mahu pelamin cantek, tukang andam ternama serta katering yang masakannya lima bintang.
Fenomena ini bukan lagi fenomena tapi bencana oleh tangan-tangan kita sendiri. Kita dipaksa menikut system poligami yang diajukan oleh perempuan barat. Bagi perempuan barat satu suami untuk satu isteri dan tak boleh kongsi-kongsi. Slogan satu suami untuk satu isteri sebenarnya slogan orang Barat. Di barat sendiri ada 11 perempuan untuk 1 lelaki. Bilamana seorang lelaki berkahwin satu bermakna ada 10 lagi perempuan yang tidak dapat berkahwin. Disebabkan mereka tidak dapat berkahwin kerana tiada lelaki yang mahu berkahwin dengan mereka maka mereka terpaksa menjadi harta awam. Harta awam seperti telefon awam, siapa ada syiling boleh masukkan syiling dan boleh gunakan telefon awam tersebut. Jika terdapat ramai yang hendak menggunakan telefon awam tersebut maka kenalah ikut giliran.
Di Malaysia harta awam ini semakin bercambah banyak. Bukan sahaja perempuan tempatan yang sudah menjadi harta awam bahkan perempuan dari luar negara juga telah bersaing dengan perempuan tempatan untuk merebut pelanggan. Mereka berlumba-lumba menampilkan kecantikan masing-masing lalu anak-anak kita yang tiada bimbingan kukuh hal agama akan tiru mereka melalui media melalui pandangan terus ketika dalam perjalanan di bandar atau pekan. Lalu mereka membesar dalam keadaan yang demikian. Permandngan perempuan berpakaian menjolok mata menjadi semakin biasa dan merebak kepada anak-anak kita dan mereka pu terbiasa dan tak terasa bersalah atau berdosa dalam pakaian yang demikian.
Bayangkan jika adek perempuan kita berada di Amerika dan terpaksa menjadi harta awam disana disebabkan tiada lelaki yang hendak kahwin dengannya. Untuk menyelamatkan mereka dari menjadi harta awam maka perempuan sendiri kena kurban perasaan mengambil mereka untuk dijadikan madu. Ingatlah ketika kita telah menyelamatkan seseorang dari terjerumus kedalam dosa pasti kebaikan yang dilakukannya selepas terselamat dari dosa itu kita juga akan diberi imbuhannya melelui catatan amal milik kita.
Allah s.w.t. perintah dalam al Quran, 'Kahwinlah satu dua atau tiga jika kamu mampu dan jika kamu tidak mampu memadailah kawin satu'. Tapi yang kita pulak pandai-pandai buat peraturan lelaki kawin satu saja. Kita yang sudah bersuami tidak mahu kongsikan suami kita dengan wanita lain sebab kita takut berbagai-bagai perkara, takut anak-anak kita tak cukup makan walhal ikan dilaut yang berjumlah bertrilion-trilion itu masih boleh Allah bagi makan sejak dulu, inilah perkara yang patut kita fikirkan.
Setiap manusia (bayi) yang didatangkan kedunia pasti sudah tertulis rezeki, jodoh dan mautnya. Tugas kita taat perintah Allah dan jangan melawan. Allah suruh tutup aurat tutuplah. Nabi s.a.w. kata jangan pakai wangi-wangian ketika keluar rumah (perempuan) jangan pakai. Tapi kita dizaman ini berwangi-wangian ketika pergi kerja dengan pakaian yang sangat menggoda kaum lelaki. Ini bukti kita melawan Allah dan Rasul.
Sememangnya Allah ta'ala telah tetapkan jumlah perempuan melebihi jumlah lelaki agar lelaki boleh memiliki isteri lebih dari satu bagi yang mampu (zahir dan bathin). Namun oleh kerana perempuan telah menguasai lelaki pada hari ini maka lelaki terpaksa ikut perintah perempuan. Marilah kita berbalik kepada pegangan al Quran serta sunnah Nabi s.a.w. sebab didalamnya pasti ada kejayaan dunia dan akhirat.
Amalkan banyak membaca al Quran didalam rumah, membaca hadith Nabi s.a.w. serta perbanyakkan solat sunat didalamnya. Hiasi rumah kita dengan amal-amal yang baik. Jaga setiap perkataan yang hendak dikeluarkan ketika dalam rumah maupun luar rumah terutama selepas subuh dan selepas asar. Dua waktu inilah biasanya mulut para ibu menyebut perkataan-perkataan negative dan dengan perkataan negative ini kekadang ianya menjadi doa yang menyebabkan apa yang kita sebut itu kabul lalu jadilah apa seperti yang disebut.
Sebaliknya dua waktu ini Allah ta'ala perintah kita dalam al Quran agar mengingatiNya. Cara terbaik untuk mengingati Allah pada waktu itu ialah dengan berzikir. Berzikir tidak semestinya memegang butir-butir tasbeh, mengagak-agak masa yang diambil untuk sesuatu tasbeh pun sudah memadai, contohnya untuk 100 tasbihat biasanya mengambil masa 15 minit maka sambil tangan buat kerja dapur atau cuci kereta boleh tasbihat dan agak-agak sudah 15 minit atau lebih sikit pun takper maka bertukar pula kepada selawat keatas Nabi s.a.w. dengan cara yang sama. Selesai 100 selawat sambung pula dengan 100 istighfar. 100 istighfar ini adalah kerana kita ikut Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w. yang maksum beristighfar sebanyak 70 kali pada setiap hari dan sebagai umatnya kita kena istighfar sebanyak 100.
Zikir-zikir yang lain tak beranilah Tok Wan nak rekomenkan sebab takut tak tertanggung oleh kita sebagai orang awam, lainlah jikalau kita gulongan alim atau soleh solehah.
Lakukanlah kebaikan ini secara istiqamah pasti Allah ta'ala menolong kita menjauhi kita serta anak cucu kita dari zina.
.
.
La haula wala quwwata illa billah..~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan