Bacaan Popular

Rabu, 6 Februari 2013

Kitab Manzil



Hari ini adalah hari-ulang tahun kelahiran tok yang ke 58. Ermm... dah bertambah tua juga tok. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam yang mengizinkan tok dapat terus menulis untuk para pembaca disini.

Sempena dengan birthday tok yang ke 58 pada hari ini tok nak kongsikan perihal Kitab 'Manzil'.

Kitab Manzil adalah kumpulan pilihan ayat2 Al-qur’an yang dibacakan oleh Rasulullah s.a.w. ke atas seorang Badui yang sedang mengalami sejenis penyakit gila.

Selepas Rasulullah s.a.w. membacakan ayat2 itu, maka telah hilang penyakit gila orang Badui itu. Ayat2 kumpulan ini bagus juga dibuat amalan ratib harian dan bacaannya digunakan juga sebagai keperluan perubatan dari segenap penyakit Zahir danBatin.

Kehebatan ayat2 ini telah diperkukuhkan oleh seorang sahabat Rasulullah s.a.w. bernama Ubai ibn Kaab, r.a. Hadith Sahih mengenai kehebatan ayat2 Al-qur’an kumpulan ini boleh dirujuk dalam kitab "Hayatul Sahabah" jilid 3, mukasurat 374.

Orang tua2 menasihatkan agar kita membacakan ayat2 ini untuk "mengobati" anak2 atau adik2 kita yang nakal (atau punisteri/suami) agar menjadi orang baik dan taat kepada Allah,s.w.t. Test-lah sendiri ! Wallahu a'lam.

Jikalau seseorang dirasuk makhluk jahat, ayat-ayat dari Kitab Manzil ini dapat memulihkan keadaan orang yang dirasuk. Dan mengikut pengalaman seorang kawan tok yang mengamalkan Manzil apabila dia dipanggil untuk memulihkan orang yang kerasukan maka selagi dalam perjalanan lagi makhkluk jahat ini sudah lari keluar kerana dia (makhluk jahat itu) sudah tahu orang yang mengamalkan Manzil sedang dalam perjalanan untuk menghalaunya keluar dari tubuh yang sedang dirasuknya.

Walau apapun keyakinan kita tidak boleh melepasi kepercayaan bahawa Allah Maha berkuasa keatas sesuatu.



Bagi memudahkan bacaan anda disini disertakan susunan bacaan Manzil:


Bacaan 1: Al-FatihahBacaan 

2: Surah Al-Baqarah (Surah 2) ayat 1-5.Bacaan 

3: Surah Al-Baqarah (Surah 2) ayat 163.Bacaan 

4: Surah Al-Baqarah (Surah 2) ayat 255-257.Bacaan 

5: Surah Al-Baqarah (Surah 2) ayat 284-286Bacaan 

6: Surah Al-Imran (Surah 3) ayat 18.Bacaan 

7: Surah Al-Imran (Surah 3) ayat 26-27.Bacaan 

8: Surah Al-A'raaf (Surah 7) ayat 54-56.Bacaan 

9: Surah Al-Israa' (Surah 17) ayat 110-111.Bacaan 

10: Surah Surah Al-Muminuun (Surah 23) ayat 115-118.Bacaan 

11: Surah Asy-Syafaat (Surah 37) ayat 1-11.Bacaan 

12: Surah A-Rahman (Surah 55) ayat 33-40.Bacaan 

13: Surah Al-Hasyr (Surah 59) ayat 21-24.Bacaan 

14: Surah Al-Jinn (Surah 72) ayat 1-4.Bacaan 

15: Surah Al-Kafiruun (Surah 109) ayat 1-6.Bacaan 

16: Surah Al-Ikhlas (Surah 112) ayat 1-4.Bacaan 

17: Surah Al-Falaq (Surah 113) ayat 1-5.Bacaan 

18: Surah An-Nas (Surah 114) ayat 1-6.



Contoh berdo'a:  (Repeat: contoh saja) 

Ya, Allah.... jadikanlah pembacaan ayat2 Engkau ini sebagai obat untuk ..................(nama) agar dia...................................... (misalnya: menjadi seorang yang taqwa kepada Engkau ... ataupun mohon dibaikkan dari penyakitnya,contoh...nakal, suka bertengkar, malas sembahyang, dsb.) 

Bagi lebih memudahkan lagi bacaan bolehlah rujuk  rakaman dibawah ini.



Selamat Beramal


kredit: rakangroup


Salam Ukhuwah..~

5 ulasan:

  1. Assalamu'alaikum tuan, Tokwan blogspot.com selamat hari ulang tahun kelahiran kali yg ke 58, semoga terus berkarya di laman blogspot tuan, terima kasih

    BalasPadam
  2. Ya ALLAH, sempena HARI LAHIRNYA INI,
    Aku menadah tangan kepada MU,
    ampunkanlah dosa-dosa nya,
    sesungguhnya kami tidak mampu menghadapi api neraka MU,
    sekiranya Engkau menetapkan umurnya panjang,
    Berkatilah usianya agar dia sentiasa berada dalam rahmat MU,
    sekiranya rezeki yang diberikan kepadanya melebihi keperluannya.
    Engkau campakkanlah rasa kesyukuran di hatinya,
    agar dia tidak lupa kepada makhluk MU yang lain,
    Ya ALLAH, shbtku ini amat lemah dalam menempuh mehnah duniawi, lapangkanlah dadanya dan bantulah dia dalam mentaati MU,
    Janganlah Engkau biarkan dia walaupun sekadar sekelip mata atau kurang daripada itu..
    ya ALLAH, tetapkanlah hatinya pada agamamu dan sentiasa mentaati perintahmu.. didiklah hatinya dengan al-quran dan sunnah rasul MU..
    Ya ALLAH, jadikanlah dia di kalangan tentera-tentera MU,
    yang sentiasa berjuang menjulang agama MU.
    agar dia berada di kalangan mereka yang BERJAYA..
    Aamiin Ya Rabb

    sanah helwah tok wan :)

    BalasPadam
  3. selamat hari lahir tok...
    semoga mendapat rahmat dariNya..
    dan semoga mendapat kesihatan yang lebih baik
    serta diperluaskan rezeki dariNya

    BalasPadam