Bacaan Popular

Selasa, 26 Februari 2013

Jadilah Sebidang Tikar Tua



Kali ini marilah kita sama-sama merenung dengan penuh renungan yang mendalam akan penerangan seorang sahabat Rasulullah s.a.w. yang bernama Ibnu Mas'uud r.a. (iaitu Abdullaah Ibnu Mas'uud r.a.).

Ibnu Mas'uud r.a. menjelaskan......(mafhumnya):

" Bagaimana kamu nanti, apabila FITNAH telah meliputi kamu semua, (dimana) orang-orang tua (dewasa) akan terus bertambah tua dalam FITNAH itu, (dimana) kanak-kanak akan terus subur membesar dan menerima asuhan dalam FITNAH itu, (di mana) manusia (orangramai) akan mengikuti malah berlumba-lumba / berebut-rebut untuk jatuh dalam FITNAH itu, malah mereka akan menganggap dan menjadikan FITNAH itu sebagai SUNNAH.



Apabila (ada golongan yang) cuba untuk mengubah / membetulkan akan FITNAH itu atau apabila (ada golongan yang) cuba ber'amal dengan amalan lain (iaitu amalan yang sebenarnya) dan tidak dengan amalan FITNAH itu, maka dikatakan (kepada golongan tadi) : Haazaa munkar ( maqsudnya: Ini adalah suatu perkara mungkar)".

Lalu ada seseorang bertanya kepada Ibnu Mas'uud r.a......(mafhumnya): 

" Maka bilakah akan terjadinya sedemikian rupa, wahai Abdullah !". 

Jawab Ibnu Mas'uudr.a....(mafhumnya): 

"Apabila sedikit sahaja orang-orang yang amanah ada di kalangan kamu, dan apabila begitu banyak / ramai sekali para umara` (para pemerintah / para pemimpin) ada di kalangan kamu, dan apabila sedikit sahaja para fuqoha` (orang-orang yang benar-benar mengerti dan memahami akan agama) ada di kalangan kamu, dan apabila begitu ramai sekali para qurro` (qori-qori) (tetapi tidak mengerti apa yang dibaca mereka) ada di kalangan kamu, dan apabila dunia dicari dengan menerusi amal akhirat, dan apabila mereka (iaitu orang-orang yang berada di zaman FITNAH itu) belajar / memahami ilmu bukan atas maksud agama.

Maka diketika itu akan ada para umara`/ para pemimpin / para pemerintah (yang akan memerintah) ke atas kamu semua, andaikata kamu menta'ati mereka maka mereka akan menyesatkan kamu, dan andaikata kamu mendurhakai (tidak menta'ati) mereka maka mereka akan membunuh kamu".

Maka orang (yang mendengar penjelasan Ibnu Mas'uud r.a.) itu pun bertanya.......(mafhumnya): 

"Maka apakah yang akan engkau perintahkan kepada kami (kiranya kami berada di zaman itu), wahai Abdullah !". 

Jawab Abdullaah Ibnu Mas'uud r.a....(mafhumnya): 

" Kun hilsan min ahlaasi baitika wa illaa fannaaru aulaa (maksudnya) :

Jadilah kamu sebidang tikar tua daripada tikar-tikar tua yang ada di rumahmu, kalau tidak demikian maka api neraka adalah lebih layak (untuk kamu) !! "
. Lalu orang (yang bertanya) itu berkata ....(mafhumnya): 

"Engkau telah membunuh daku, wahai Ibnu Ummi 'Abd !". [Ibnu Ummi 'Abd adalah nama gelaran bagi Abdullah Ibnu Mas'uud r.a.].

Bagaimana perasaan dan pengertian anda setelah meneliti dengan sebenar-benar penelitian akan penerangan Ibnu Mas'uud r.a. itu ?

Begitulah perihal dan situasi yang telah di jelaskan oleh beliau r.a., di mana perkara yang mungkar dan fitnah diterima sebagai sunnah dan diamalkan oleh manusia, sementara perkara yang ma'ruuf dan sunnah pula diterima sebagai mungkar dan fitnah dan ditentang oleh manusia.....!!

Aduuhai...

Nampaknya terpaksalah kita bersifat seperti sebidang tikar yang tua yang terletak dimana-mana penjuru rumah kita ! Atau bagaimana ?

Satu soalan : Apakah sifat-sifat atau ciri-ciri sebidang tikar tua yang terletak didalam rumah kita ? 

Ermmm......tak ada seorang pun di antara kita yang mempunyai sebidang tikar usang / buruk / tua / lama di rumah masing-masing, kerana semua tikar / carpets adalah baru-baru dan standard belaka....?

Sesungguhnya setiap pesanan, petunjuk dan arahan daripada Rasulullah s.a.w. dan para sahabat r.a. adalah tidak boleh dipandang ringan. Pesanan-pesanan, petunjuk-petunjuk dan arahan-arahan ini adalah bagaikan lampu-lampu yang menerangi kegelapan malam. Semoga kita sama-sama mengambil i'tibar.

kredit: Ustaz Jalil


Salam Ukhuwah..~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan