KELAHIRAN Rasulullah saw pada tanggal 20 April Tahun 571 Masihi atau 12 Rabiul Awal, Tahun Gajah memiliki sejarah tersendiri.
Tahun kelahiran baginda dinamakan Tahun Gajah berikutan peristiwa Kota Makkah diserang tentera Kristian bergajah di bawah pimpinan Abrahah yang ketika itu menjadi Gabenor kerajaan Abassinia yang memerintah Yaman.
Tujuan tentera itu ialah untuk memusnahkan Kaabah, pusat penyembahan berhala ketika itu.
Ibnu Abbas meriwayatkan, Abrahah bersiap sejak awal pagi lagi untuk memasuki Makkah.
Bagaimanapun, berlaku kejadian pelik di mana untanya yang diberi nama Mahmud, tidak mahu bergerak dan hanya duduk melutut.
Walaupun unta itu ditarik, diseret, malahan dipukul dengan besi, ia tetap tidak mahu bangun.
Sebaliknya, apabila ia dihadapkan ke arah utara, selatan, atau timur, unta itu segera bangun.
Sebaik saja ia dipalingkan ke arah Makkah, ia duduk melutut semula.
Pada ketika itulah datang sekawan burung menghujani angkatan tersebut dengan batu.
Ibn Abbas meriwayatkan, sesiapa yang terkena batu itu, tubuh mereka akan hancur berkecai, kulitnya menggelupas, dagingnya berguguran jatuh, darah mengalir seperti air, dan tulangnya hancur.
Abrahah juga terkena rejaman batu daripada burung berkenaan dan akibatnya dagingnya mulai tanggal dari tulangnya.
Dalam keadaan kebingungan ditimpa malapetaka itu, mereka bergegas meninggalkan tempat berkenaan untuk pulang ke Yaman.
Abrahah sendiri mati di negeri Khath’am.
Selepas 50 hari kejadian berlaku, lahirlah junjungan besar Nabi Muhammad yang menjadi penyuluh alam semesta ini.
kredit: beritaharian
Salam Ukhuwah..~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan