Bacaan Popular

Isnin, 30 Disember 2013

Bencana



Allah berfirman bermaksud: “Wahai kaumku, mintalah ampun daripada Tuhanmu, kemudian kembalilah mentaati-Nya agar diturunkan hujan lebat dan menambah bagi kamu kekuatan yang sedia ada dan janganlah kamu membelakangi seruan-Ku dengan terus menerus melakukan dosa.” (Surah Hud, ayat 52)

Keengganan menunaikan tuntutan agama seperti mengeluarkan zakat juga adalah salah satu hal yang boleh mengundang kemurkaan Allah. Di antaranya melalui kemarau panjang.

Dalam hal ini Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: “Tidak menghalang sesuatu kaum itu daripada mengeluarkan harta mereka melainkan mereka menghalang langit daripada menurunkan hujan. Kalaulah tidak kerana binatang yang ada di muka bumi ini, nescaya langit pasti tidak akan menurunkan hujan buat selama-lamanya.” (Hadis riwayat Muslim)

Daripada Tarmidzi, daripada Ali bersabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah bagi Allah menimpakan bencana ke atas mereka, iaitu:

1.  Apabila harta yang dirampas daripada peperangan diagihkan kepada orang tertentu saja.

2. Apabila wang zakat dikeluarkan kerana menebus kesalahan.

3. Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri.

4. Apabila suami terlalu mentaati isteri.

5. Apabila anak menderhakai ibu bapa.

6. Apabila seseorang itu lebih memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri.

7. Apabila kedengaran lebih banyak bunyi bising.

8. Apabila lebih ramai membicarakan hal keduniaan dalam masjid.

9. Apabila pemimpin sesuatu kaum itu orang dihina oleh kaumnya sendiri.

10. Apabila memuliakan orang lain kerana takutkan ancaman yang akan diambil ke atasnya.

11. Apabila arak menjadi minuman biasa dalam majlis.

12. Apabila ramai lelaki memakai sutera.

13. Apabila wanita dijemput ke dalam majlis untuk menghiburkan lelaki.

14. Apabila wanita bermain alat muzik.

15. Apabila orang terkemudian menghina orang yang terdahulu.

Maka, pada saat itu tunggulah bala yang akan menimpa dalam bentuk angin (puting beliung) dan gerak gempa yang maha dahsyat atau tanaman tidak menjadi.”

Sebagai umat yang meyakini kuasa Allah Taala, tidak dapat tidak, kita terpaksa akur untuk menerima hakikat bahawa segala bencana Allah sebenarnya bukanlah kerana sengaja Allah mahu menurunkannya. Ia disebabkan kerakusan dan keegoan manusia itu sendiri yang begitu lahap mengejar kuasa dan kebendaan.

Akal yang dikurnia Allah bagaikan tidak ada nilai dan kegunaan sedikit pun apabila nafsu mula m
erajai diri sendiri. 

Akhirnya, marilah kita pulang ke dalam diri masing-masing, berfikir dengan kewarasan akal dan dengan kesucian iman kembali ke jalan yang hak yang syumul.

kredit: rakangroup


Salam Ukhuwah..~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan