Bacaan Popular

Ahad, 29 Disember 2013

Adab-adab Makmum



Dalam kita bersolat secara berjemaah sehari 5 waktu pastinya dalam berbagai keadaan. Ada masa kita seperti terburu-buru seolah-olah mengejar imam dengan fikiran kita pergi entah kemana-mana tempat samaada jauh maupun dekat. Dalam waktu itulah tanpa kita sedar kita sudah bersama-sama dengan imam. Sebenarnya ramai makmum yang solat bersama imam tanpa mereka sedar. Sepatutnya mereka solat mengikut imam bukannya bersama imam.

Istilah bersama imam ialah dimana apabila imam belum habis roko' makmum pun roko'. Bila kita lihat dari arah lain, imam sampai dia pun sampai. Untuk tidak bersama-sama imam dalam setiap rukun solat maka ini diperturunkan cara solat yang mengikut imam. Dan ini dinamakan adab-adab menjadi makmum yang baik.

1. Makmum hendaklah ke masjid atau surau seberapa segera dan sebaik-baiknya sebelum azan dikumandangkan. Maka dia akan banyak memperolehi pahala dalam menunggu, iktikaf dan solat sunat. Itulah yang dikatakan menunggu solat mendapatkan pahala seperti solat. 

2. Segera berdiri apabila bilal mengucapkan iqamah dan memberikan makluman agar membentuk shaf. Hendaklah berusaha agar mendapatkan shaf pertama dan tempat utama kalau masih memungkinkan. Apabila shaf utama sudah penuh, hendaklah memenuhkan pula shaf berikutnya dengan memulakan dari bahagian tengah. Begitulah seterusnya sehingga tidak terbentuk suatu shaf baru, melainkan shaf dihadapannya sudah penuh dan rapat.

3. Hendaklah bertenang, memusatkan fikiran kepada Allah sementara menunggu imam mengangkat Takbiratul Ihram. Dalam keadaan seperti itu, sesetengah orang mengucapkan Ushalli…dan sebagainya untuk membantunya memusatkan fikiran sebelum memulakan solat tersebut.

4. Apabila imam telah selesai mengangkat Takbiratul Ihram, makmum hendaklah segera mengangkat Takbirratul Ihram juga agar mendapat fadhilat Takbiratul Ihram bersama imam yang utama. Oleh itu bagi yang biasa membaca Ushalli… sebelum bertadbir, sebaiknya dibaca sebelum imam bertadbir atau bersama-sama imam. Hanya jangan mengangkat Takbiratul Ihram terlebih dahulu sebelum imam betul-betul telah selesai Takbirtaul Ihram. Jika telah selesai imam bertakbiratul Ihram, makmum baru membaca audzu…bismillah…dan ushalli…, maka sudah terlepas dari mendapat Takbiratul Ihram bersama imam yang utama.

5. Hendaklah makmum merendahkan suaranya sekadar yang hanya didengari oleh dirinya sendiri agar tidak mengganggu jemaah yang lain. Sama ada ketika membaca Ushalli, doa, iftitah, fatihah, takbir intiqal dan lain-lain.

6. Hendaklah makmum mendengar bacaan imam seperti Fatihah dan surah. Dikehendaki pula agar makmum ikut membaca fatihah imam di dalam hatinya, untuk menambah kekusyukan.

7. Makmum hendaklah mengerjakan ruku', iktidal, sujud, bangun dari sujud, duduk di antara dua sujud dan sebagainya setelah imam mengerjakannya. Contohnya jika imam hendak sujud, biarlah sujudnya sempurna iaitu dahi telah mencecah lantai, barulah makmum boleh bergerak. Demikian juga makmum hendaknya mengucapkan takbiratul ihram setelah imam mengucapkannya. Rasulullah s.a.w.memberikan amaran kepada makmum yang mendahului imam ketika mengangkat kepalanya dari sujud. Baginda s.a.w.  bersabda ertinya: "Apakah tidak takut orang-orang yang mengangkat kepalanya sebelum imam, bahawa akan dipusing oleh Allah kepalanya menjadi kepala keldai?." (Bukhari & Muslim dari Abu Hurairah)

8. Jika imam membuat kesalahan, hendaknya makmum menegurnya dengan bacaan tasbih "Subhanallah", jika makmum lelaki. Jika makmum perempuan dengan menepuk tangan seperti yang dibenarkan oleh syara'.

Semuga solat dan amalan kita diterima Allah s.w.t.


Salam Ukhuwah..~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan