Muqaddimah :
Iman merupakan sesuatu yang cukup penting dalam kehidupan seorang mukmin. Hukum syara' telah menjelaskan bahawa Iman dan Islam itu ada pintu masuk dan juga pintu keluarnya. Sesungguhnya ikrar dan mentasdiqkan dua kalimah syahadah itu menjadi pintu dan kuncinya. Seseorang dianggap keluar daripada Iman dan Islam apabila lahir daripadanya perkataan, perbuatan atau i’tiqad yang membatalkan ikrar dan tasdiq keimanan. Oleh itu sesiapa yang bercakap atau melakukan perkara-perkara yang menunjukkan keingkarannya terhadap ikrar syahadah maka syahadahnya terbatal dan keluarlah ia dari Islam.
Pengertian Iman Dan Kufur :
Iman : Ikrar dengan lidah, membenarkan dengan hati dan beramal dengan perbuatan.
Kufur : Ingkar dengan apa yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. supaya beriman setelah ditegakkan segala hujjah-hujjah, disampaikan kebenaran itu dan dinyatakan kepada mereka yang melakukan amalan-amalan yang dianggap ingkar menurut nas-nas yang sahih.
Batas-Batas Keimanan :
Iman dan kufur dibatasi oleh empat batas-batas utama. Setelah itu sesuatu ucapan atau perbuatan yang membawa maksud yang disengajakan untuk melanggar keempat-empat batas ini, maka ia akan mengeluarkan seseorang itu dari Iman dan Islam. Antara batas-batas utama yang menjadikan terbatalnya Iman seseorang itu adalah :
1. Mengingkari atau mencela sifat Rububiyyah Allah s.w.t.
Menjadi keutamaan dalam kehidupan seorang mukmin ialah mentauhidkan Allah s.w.t. dalam apa jua urusan samada rezeki, kehidupan, kejadian alam dan sebagainya. Sesungguhnya Allah s.w.t. lebih mengetahui segala apa yang berada di bawah pentadbiran-Nya.
Sebagai contohnya, terdapat sebahagian daripada umat Islam hari ini seolah-olah tidak merasai bahawa apa yang diterima adalah daripada Allah s.w.t. Apabila digertak oleh mana-mana pihak, mereka merasakan bahawa pihak tertentu akan menggugat mata pencarian mereka, lantaran bagai lembu yang dicucuk hidung, mereka menurut segala arahan walaupun bersalahan dengan syari’at Islam.
2. Mengingkari atau mencela sifat Uluhiyyah Allah s.w.t.
Kebanyakan daripada umat Islam meyakini bahawa segala penciptaan adalah kekuasaan Allah s.w.t. Namun tidak ramai yang berusaha untuk melakukan pengabdian secara mutlak hanya kepada Allah s.w.t. semata-mata. Seolah-olah tidak merasai bahawa segala apa yang dilakukan akan dipersoalkan di padang mahsyar nanti.
Merelai yang lain daripada Allah sebagai kuasa yang menghalalkan dan mengharamkan atau kuasa perundangan dan kuasa pemerintahan. Firman Allah yang bermaksud ;
“ ….. ingatlah..hak mencipta dan memerintah adalah hak Allah…”
* Surah al-A’raf : ayat 54
3. Mengingkari atau mencela Rasulullah s.a.w., kerasulannya dan apa yang dibawanya dalam rupa hukum syari'at. Perkara tersebut berlaku dengan i’tiqad, perkataan dan perbuatan, di mana sesiapa yang melakukannya batallah imannya dan keluarlah ia dari Islam.
Umpamanya mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w. mempunyai gundik yang ramai dan hanya tahu memuaskan hawa nafsu semata-mata lantaran memiliki isteri yang melebihi 4 orang. Ada segelintir daripada mereka yang mengaku Islam tetapi meragui apa yang disampaikan oleh Baginda s.a.w. Firman Allah yang bermaksud ;
“ Dan jika engkau bertanya kepada mereka ( tentang ejekan-ejekan itu ), tentulah mereka akan menjawab : “Sesungguhnya kami hanyalah berbual dan bermain-main.” Katakanlah : Patutkah nama Allah dan ayat-ayat-Nya serta rasul-Nya, kamu memperolok-olok dan mempermainkan?…..”
* surah at-Taubah : ayat 65
4. Menolak atau menentang hukum Syari'at Allah. Menyakini bahawa syariat, perundangan, hukum dan hudud yang telah disyariatkan oleh Allah tidak mengandungi sebarang hikmat adalah perbuatan kufur terhadap Allah.
Sepertimana yang banyak berlaku kini, perlaksanaan hukum yang tidak berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah. Firman Allah yang bermaksud ;
“Maka demi Tuhanmu ( Wahai Muhammad ), pada hakikatnya mereka tidak beriman sehingga mereka menjadikan kamu sebagai hakim terhadap perselisihan di antara mereka, kemudian mereka tidak merasa keberatan untuk menerima hukuman yang dikenakan dan mereka menerima sepenuhnya…”
* surah an-Nisa’ : ayat 65
5. Keengganan mengiktiraf nikmat Allah samada nikmat berbentuk lahiriah atau sebaliknya. Firman Allah yang bermaksud ;
“ dan Ia telah memberi kepada kamu sebahagian daripada tiap-tiap apa yang kamu hajati. Sekiranya kamu ingin menghitung nikmat Allah ke atas kamu nescaya kamu tidak dapat menghitungnya. Sesungguhnya manusia ( yang ingkar ) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya, lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya….”
* Surah Ibrahim : ayat 34
6. Mencintai hidup dunia lebih daripada hidup di akhirat dan menjadikan dunia sebagai matlamat utama yang unggul dan terakhir. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud ;
“ Katakanlah ( wahai Muhammad ) : “jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri ( atau suami-suami ) kamu, dan kamu keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah ( tempat tinggal ) yang kamu sukai, ( jika semuanya itu menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan ( daripada ) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksa-Nya ); kerana Allah tidak akan memberi pertunjuk kepada orang yang fasiq (derhaka)….”
* surah At-Taubah : ayat 24.
Penutup :
Daripada penjelasan ringkas di atas, adalah wajar kita memandang berat terhadap persoalan keimanan agar nikmat keimanan dan keyakinan kepada kebenaran yang telah dianugerahkan oleh Allah s.w.t. itu dijaga dengan sebaik yang mungkin. Tegakkan kalimah syahadah dalam kehidupan kita seharian, keluarga dan seterusnya masyarakat serta negara. Sebarang penyelewengan akan membawa kerugian yang besar bukan sahaja di dunia, bahkan jua di akhirat.

kredit: Yati
Salam Ukhuwah..~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan