Hidup kita ini mestilah beradap, jikalau hidup tanpa adab itu dinamakan biadap. Antara adab-adab yang hendak kita sentuh pagi ini ialah:
Adab Kedua Ibu Bapa
Taati ibubapa dalam semua perkara selagi tidak bertentangan dengan syariat.
Pandanglah wajah mereka dengan penuh kasih sayang.
Bercakap dengan lemah lembut dan merendahkan suara di hadapan mereka.
Cium tangan mereka pada waktu pagi dan sebelum tidur ataupun waktu hendak berpergian.
Usah berkecil hati dengan teguran dan sikap mereka yang tidak menyenangkan.
Janganlah mengenepikan ibubapa dalam membuat sesuatu keputusan dan tindakan.
Sentiasa mendoakan mereka. Misalnya doa yang bermaksud :
“Ya Allah, ampunilah dosa kedua-dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihaniku sejak kecil dahulu.”
Adab Suami Isteri
Suami wajib menyempurnakan tuntutan nafkah kepada ahli keluarganya.
Suami Isteri hendaklah sentiasa mendalami dan menghayati peranan sebenar mereka menurut syariat.
Hendaklah saling bertolak ansur dan bekerjasama dalam urusan hidup seharian.
Suami hendaklah menjaga maruah keluarganya, begitu jugalah di pihak isteri.
Sentiasa bersikap pemaaf dan mudah meminta maaf sekiranya wujud kesilapan dan kesalahan.
Semarakkan rasa kasih sayang sesama ahli keluarga.
Adab Berjiran
Jangan menyakiti hati jiran.
Ucapkan tahniah dan lahirkan rasa gembira ketika mereka mendapat sesuatu kejayaan atau kegembiraan.
Hulurkan bantuan dan ucapkan takziah ketika mereka menghadapi kesusahan atau musibah.
Pilihlah masa dan keadaan yang sesuai untuk berbual atau menziarahinya.
Jika memasak makanan yang berbau, hendaklah diberi sedikit kepada jiran.
Jangan mudah percaya tanggapan buruk orang lain terhadap jiran kita.
Memerhatikan atau mengawasi rumah jiran ketika mereka tiada di rumah.
Sentiasa berusaha mengukuhkan semangat kejiranan.
“Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat-Mu yang Engkau telah berikan kepadaku dan kepada ibubapaku dan supaya aku dapat berbuat amal soleh yang engkau redhai, berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri”
Al-Ahqaaf : 15
Salam Ukhuwah..~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan